Tuesday, November 6, 2012

Photobook : Perth has arrived!

Assalamualaikum!!!

Lama rasa tak update sebab terlampau busy dengan kerja hakiki. Try nak sambung cerita pasal tempat yang aku pegi last October aritu tapi masih takde masa nak menaip. Banyak kerja perlu disetelkan. Yang penting next week cuti 1 week! Cuti bersambung katanya. InsyaALLAH. Boss dah kasik approval verbally pagi tadi. Thank you so much boss! I owe you fridge magnets okeh! Hahaha 

Papepun, ke mana hilangnya photobook Krabi aku? Yang aritu aku duk membebelkan dari company Photobookmart. Yang tu memang tak dapat lagi, baru dapat e-mail dari dorang semalam katanya akan dipos pada hari khamis nanti. Nanti sama-sama kita tengok camne. If not, memang aku spam wall fanpage dorang! Hahah. 

Hari ni hari gembira lagi sebabnya photobooks untuk Perth, Australia dah sampai! Tak kepalang gembiranya aku! Kali ni aku order dari company Pixajoy. Boleh refer kat website dorang ---> Pixajoy takpun fanpage dorang ----> Facebook Fanpage Pixajoy . Time aku beli ni sebab saje macam dah gian sangat nak beli photobook. Nak tunggu dari company Photobook Malaysia tak keluar-keluar lagi promo dekat Groupon ke, Mydeals ke, etc. Tup-tup ada la promo dari Pixajoy yang berharga RM78 termasuk delivery charges. Agak mahal sebenarnya compare to harga sebelum ni. Tapi sebabkan dorang ada buat promo untuk size yang aku nak yakni A4 Landscape (11.5 inch x 8 inch). Maka dengan tanpa segan silu aku buat bayaran untuk 2 buah photobook. Malam tu terus pilih gambar untuk Perth! Hehehe. Betapa kegigihan aku layak diberikan penghargaan! Hahaha. 

Sebelum aku beli tu, aku dah buat research skit-skit pasal company ni. Aku dapat rekomen dari kawan-kawan kat fanpage kata Pixajoy ni pun bagus companynya. Plus, bila aku baca review dari orang yang penah buat dengan Pixajoy ni rata-rata ni memberikan pujian dan puas hati dengan kualiti, customer service dan printing dorang. Aku baca semua ni kat fanpage dorang tau. So, why not to give it a try? Kalo review bagus takde salahnyakan. At least we have another option instead of Photobook Malaysia. Am I right? Hahah. By the way, layout software antara Pixajoy & Photobook Malaysia adalah sama! So, sangat senang untuk guna! 


Tapi ni punye promo dah nak abes. Cepat sebelum kehabisan masa!!! 

Ok, sedikit info untuk korang kalo terbaca jenis-jenis kertas atau printing yang digunakan oleh company photobook seperti Pixajoy ataupun Photobook Malaysia

1. Matte Lamination : Jenis printing yang takde pantulan cahaya. (sesuai untuk muka surat kat bahagian dalam.)

2. Gloss Lamination : Jenis printing yang memantulkan cahaya. (Sesuai untuk cover page sebab kalo terkena air, boleh lap-lap je)

Korang boleh google kat Youtube perbezaan antara dua jenis printing ni. Aku dah tengok. Ada perbezaan okeh! Dua-dua pun menarik. My own choice is cover guna gloss lamination and content guna matte lamination. Kalo tangan orang yang duk tengok tu ada belacan atau berbau belacan, takdelah terletak sangat kotorang kat photobook aku. Boleh lap-lap dengan wet tissue je. Hehehe. Tapi baca dulu description promo okeh! 

Jomlah tengok gambar! Untuk photobook Perth aku ni, cover guna Gloss Lamination, content guna Matte Lamination. 

Enjoys~ 











Till then, wasalam.


20 comments:

  1. cantiknyeeeeee!tingin jugak nk ade photobook cmni:)

    ReplyDelete
  2. Auchh pantas nye youolsss...

    u owe me FM as well... naik atas turun bawah bawak kotak besar gaban ni hahahaha...

    td ade org tanya, awak beli haper weihhh kemain besar kotak. ekekeke...

    tapi sebaik abg mailing room tu tak tanya asal ade bau minyak panasssss?? Hhahahahahaah bangang. Kekdahnya minyak panas pun beli online hahah.

    tp ape2 pun, memang cantik pun photobokk ni layak diberi pujian la gittew.

    ReplyDelete
  3. cantiknye~~ saya selalu berangan nak yg cmni..always tgk groupon kot2 ade promotion..pasni mmg nekad kena beli jgk ni..huhu

    ReplyDelete
  4. amboi gogessss sangat huhuhuhu #inzal

    ReplyDelete
  5. Pic pakai baju raya tu memang WIN..gigihh uolls...hehe

    ReplyDelete
  6. lepas jln2 , amik gambaq pastu blogging pastu photobook plak,,, mmg layak dapat award,,,, mmg retis!! keep up,,, kami mmg enjoys ur blok,,,,

    ReplyDelete
  7. chop,,, blog,,, hahah ** *&^%$

    ReplyDelete
  8. macam menarik, tapi tak reti sangat pasal nih, nak kena study dengan utube dulu kot.risau takut duit melayang tapi hasil tak seperti diharapkan. anyway, great info!

    ReplyDelete
  9. tgk gambar2 nie terus aku rindu balik kat Perth !

    ReplyDelete
  10. akak tak pernah pegi perth
    (komen apa ntah?)

    ReplyDelete
  11. Gambo2 semua cun.. mmg berbaloi letak dlm photobook ...

    ReplyDelete
  12. yela...gambar dah cantek memang sesuwai letak dlm photobook...ini gambar kelaut,verangan jela..hehe

    ReplyDelete
  13. Cantik, Menarik, apa lagi ekk? susun atur kemas jer..(pujian iklas tau)..hihihi

    Cik-anne pun guna khidmat Pixajoy dari dulu lagi.., memang superb!!! based at penang, antara yg termurah kot..

    ReplyDelete
  14. oh my canon! self-obsession sangattt! i loike! i loike!

    aku masih menahan...ouch!

    ReplyDelete
  15. homaiiiiiiii~ sungguh lah gigih anda. dah la post-post anda sebelum ni buat saya terliur nak berjalan bersungguh-sungguh! lepas tu tengok ini photobook punya post, lagi lah membuak-buak rasa nak ada jugak! haha. anyway, thanks untuk post-post yang sangat awesome! ;)

    ReplyDelete
  16. Cantik!

    Boleh buat harta pusaka utk anak cucu

    ReplyDelete
  17. Hv been yr silent reader for a while. Yr photos r beautifully awesome! Dah lama akak berangan nak buat photobook ala2 coffee table book.... after sneak peek at yr photobook, terus confirm i'll work hard for my photobook. Byk pulak nak disiapkan... India, GC, Haji....

    ReplyDelete
  18. wow..entry awak bagi idea baru untuk saya..tq so much :)

    ReplyDelete