Tuesday, November 20, 2012

Jogjakarta : Never Ending Asia - Pop! Hotels and Jalan Malioboro

Assalamualaikum!!!

Pertama sekali marilah kita berdoa ke hadrat Ilahi agar umat Islam di Palestin selamat dari bedilan laknatullah Yahudi. InsyaALLAH...

Jom aku mulakan dengan kisah percutian aku ni yang ke Jogjakarta. Aku beli tiket ni dah lama aku pun dah lupa bila tapi yang penting harga return ticket adalah hanya RM100. Murah giler babas okeh! Aku taktau la boleh dapat lagi tak harga macam ni. Kawan aku penah dapat tiket pegi balik ke Bali dengan hanya less than RM200. Aku teringin nak ke Bali untuk berbogel kat sana. Korang penah buat tak? Hahah matilahhhh statement berani mati. 

Patutnya kami pergi berempat yakni aku, Janggeltrekker dan jugak Chawanna. Tapi disebabkan bermajikan yang bermasyarakat majmuk, maka Chawanna terpaksa backed-off sebab her other half terpaksa bekerja. Kesian jela yang aku mampu titipkan dari Jogjakarta untuk kalian bertiga. Bertabahlah.... there will be next time. Disebabkan mereka tarik diri, maka plan kami terpaksa berubah, hotel yang sudah dibooking terpaksa dicancel. Pastu pulakkan... gigihla aku duk e-mail balik supir tu ubah balik schedulenya. By the way, untuk 2 hari full kami amek supir dari Jogjakarta sendiri. 

Untuk mengetahui list-list yang available kat sana korang boleh refer kat Jogjakarta Car Rental . Dari situ, korang boleh pilih dari senarai yang ada. Korang kene e-mail untuk mintak quotation dari dorang. Then, wait for them to reply. Aku ada hantar beberapa email mintak quotation dari supir-supir nih. Tapi yang berbalas hanyalah dari Lestari Car Rent. Klik Lestari Car Rent. Kat situ pun ada contact number dorang. Cut the story short, dorang quoted 900,000 rupiah untuk 2 hari full (car + driver + fuel). Kalo korang ramai lagi jimat kot. Since kami berdua, setiap seorang bayar half. For your info jugak, harga ni tidak termasuk parking dan jugak makanan untuk supir tau. So, kiranya apa yang kita makan, supir tu makan jugak. Aku taktau samada ni paling murah ke tak. Tapi antara sume supir-supir yang aku dah e-mailed, ternyata paling murah adalah dari Lestari Car Rental. Yang lain-lain sumenye quoted more than 1.5 juta rupiah!~ Cis! Tapi janganlah kata ni mahal sebabnya kalo nak lagi murah sila sewa kereta sahaja then drive sendiri kat sana which aku malas untuk berbuat demikian. Dengan sesat barat, keadaan trafik kat sana. Hanya tuhan sahaja yang tau. Better amek supir je senang. 

Time aku pegi ke Jogjakarta ni, memang cuti panjang. Dengan cuti Deepavali dan jugak Awal Muharram. It was such a looooongggg week for Malaysia as well as Indonesia. For your info jugak, itinerary kami terpaksa jugak dirombak! Sebabnya AirAsia yang disayangi telah mendelaykan flight aku pada asalnya jam 7 pagi beranjak kepada pukul 11.50 pagi! Cam haram kan! Abes rosak plan aku.... terpaksa amek supir untuk the next day. Patutnya sampai-sampai je airport, supir akan terus menunggu kami. Bertabah jela... Maka, hotel pun terpaksa la berubah! Kebanyakan hotel yang murah serta berdekatan dengan Jalan Malioboro telah pun sold out! Nasib baik hotel yang Chawanna book tu ada kosong. Pejam mata jela.... 

Hari yang dinantikan pun telah tiba... aku gerak dari rumah lebih kurang jam 8 pagi. Nasib baik dah check-in so takpayah nak gelabah itik nak bergerak ke LCCT. By the way sekali lagi, aku tak sabar nak tunggu KLIA2 siap... boleh la fefeeling terbang dari real airport. Aku tengok LCCT tu dah macam stesen bas. Ntah-ntah stesen bas kat Pudu Central lagi cantik dan elok kot. EH? hahahah I need a real airport experience! What to do... nak naik Malaysia Airlines bukanlah anak jutawan. Nak sampai jutawan Hai-O jauh sekali. Maybe suatu hari nanti. InsyaALLAH... Sampai kat LCCT tu pulak, beratur bukan main panjang! Kaunter pun bukak skit je. Cam haram..... pastu ada pulak budak-budak sukan yang mengayuh basikal datang untuk check-in jugak. Diangkutnya sekali dengan basikal-basikal dorang yang sebanyak 14 bijik dan jugak beg-beg dorang sume tu. Bikin panas beb. Dah la ko datang lambat dah tu barang-barang pulak banyak. Memang aku hangin gakla! Pastu siap tak cukup berat luggage pulak! Pundek~ Orang lain dah merungut dah tanda lambat. Pastu barulah bukak kaunter lagi satu! Nak terlambat barulah terhegeh-hegeh. Hampeh.... 

Jomlah boarding.... aku tak sempat nak buat booking untuk makanan dalam flight. Now kene buat 24 hours sebelum berlepas. Terpaksalah beli dalam flight je. Mahal pun mahal ler sebab perut ni dah mengamuk since pagi tadi lagi.. Aku dapat seat last sekali so memang akan dapat makanan cepat! Yeayyy! Sebelah aku pulak ada sepasang makcik pakcik dari Indonesia. Curlastttt pakcik tu sebab pakai kopiah yang terpahat 1Malaysia. Ntah-ntah pemberian abang Najib. Kekeke. Flight mengambil masa kira-kira 2 jam 25 minit untuk sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Adisujitso. Betol ke ejaan ni? Macam ajinomoto je. Time kami sampai tu baru je hujan lebat reda. Terus keluar dari arrival hall untuk amek cab menuju ke POP! Hotels. Yelah... dah pukul 2 petang waktu tempatan. Harga tambang dari airport ke Jalan AM Sangaji jalan dimana hotel tersebut terletak ialah 70,000 rupiah. Sebuah van yang besar berwarna hitam. Sekali lagi taktau murah ke mahal... perjalanan mengambil masa kira-kira 30 minit untuk sampai. Jalan tak brape nak busy atau macet. 

Sampailah kami di POP! Hotels hotel ni masih lagi baru dibuka.... so we expect a brand new stuff inside. Harga yang kami bayar untuk 1 malam twin beds adalah USD39/room. Okla kot termasuk breakfast dan ada free wifi sampai ke bilik. Untuk ke Jalan Malioboro hanya perlu berjalan kira-kira 10-15 minit sahaja. 






Breakfast pada esok paginya

Kalo sesiapa nak book hotel ni, make sure awal-awal tau. Aku aritu pun bernasib baik sebab dapat 1 bilik. Sebabnya selalu penuh. Overall, okla hotel ni. Tak terlalu mewah dan ok-ok je. Ada basic facilities. Yang penting internet wifi pun laju! TV pun ada macam-macam channels termasuk Starworld dan jugak HBO. Untuk ke Jalan Malioboro pun dekat je. Depan tu ada rumah makan Eny. Macam nama biras Biqque je nih! Hahaha. 

Malam tu kami keluar ke Jalan Malioboro untuk usha-usha apa yang best kat situ disamping nak carik makan malam. Malam ni agak ramai orang... meriah jugaklah. Macam-macam jenis dijual yang paling utama ialah kain batik! Boleh dikatakan setiap kedai ada jual kain batik. Nasib baik jual kain batik, takdelah aku berminat sangat nak beli. Cuci-cuci mata bolehla kot. Kat sini gak ada banyak kereta kuda untuk sewa naik. Kalo mana-mana perempuan atau gadis-gadis atau anak tiri yang berminat nak jadik Cinderella dipersilakanlah. Jangan lupa lambai-lambai tau.. mana tau tersangkut jejaka Lombok kat situ. Kekeke...

Pastu kami singgah makan kat Lesehan Perjuangan Hidup. Macam gerai-gerai tepi jalan tu tapi konsepnya makan atas lantai. Epic sangat bagi aku yang selalu menggunakan sudu perak ketika berada dirumah! Hahaha. Macam-macam lesehan yang ada. Korang pilih jela. InsyaALLAH halal sebab dorang tulis Halal. Jangan tanya aku sure ke tak Halal. Aku sumpah korang jadik biawak nanti. Janji yakin dan tengok keadaan sekeliling ok ke tak. Aku just amek ayam bakar dan nasik putih. Ya ALLAH! Ayam bakar dia sedap gilerrr okehhhh! Memang taste aku ler. Pastu sambil makan-makan tu dihiburkan oleh penghibur jalanan. Aku sempat request lagi Mariah Carey. Tercirit dorang menyanyi! Hahahah.... 

View dari tingkap bilik. Depan tu ada Rumah Makan ENY



Tanda jalan paling Femes kat Jogjakarta. Wajib amek gambar kat sini okeh! 




Perhentian Bas. Unik!


Lesehan Perjuangan Hidup. Allahuakbar!!! 


Alamakkkk....aku tak cukup gambar lak pulak! Aku nak pegi makan colek kat gerai mek dekat umah aku ni! Nanti aku sambungla ye... dah lambat nih! 

Till then... wasalam. 

29 comments:

  1. Wow Jogja!!!!
    Tak sabar tunggu episode seterusnya!

    ReplyDelete
  2. Colek macam mana yer? Sorry teringin colek tiba2 sobss...

    kat celah vedah mana dpn rumah u?

    ReplyDelete
  3. terkekek2 aku baca part makan pakai sudu perak. bunguk!!! HAHAHA

    siyes ke nama lesehan tu perjuangan perjuangan hidup?? errkk...aneh yach?

    ha, klu ko oder burung goreng/bakar mesti ko akan jumpa kepalanya sekali..huhuhu

    ReplyDelete
  4. motiff citer tergantung? ko bukan posa ke memalam???

    ReplyDelete
  5. Fatt....kepala tu yg sedap...umpama mkn kari kepala ikan...sehingga menjilat jari...cuma beza yg ni ada paruh...boleh nyonyot...kekeke

    ReplyDelete
  6. ahaha...nak dengar jugak macam mana diorang nyanyi lagu mariah carey, hehe...

    ReplyDelete
  7. Akak pun plan nak pergi cuti disember tp terbatal kerana batasan masa bertembung dgn kewajiban kerja...cantik gambar di entry ni.

    ReplyDelete
  8. John, tak kisahlah mahal ke murah tang transport tu..yang penting enjoyyyyy!!:D

    ReplyDelete
  9. memandangkan kalau diizinkan Allah, saye akan ke Jogja tahun depan, makanya entry ini membantu dalam pelbagai pekara, terutama bab transport tu, sbb masih terkial-kial mengugle transport paling berkesan dekat jogja..

    makasih..

    ReplyDelete
  10. macam lawa jer hotel korg tu.. aku jgak x sampai lg malioboro nie.. hish gambar ayam last tu membuatkan aku lapar.. terpaksa aku cari ayam bakar hari nie..

    ReplyDelete
  11. entah kenapa,aku memang berminat dengan tempat-tempat tinggalan sejarah...jadi sila siapkan travelogue anda secepat mungkin..hehe

    dahtu,pasti aku akan konfius nak g angkor watt dulu ke borobudur dulu...
    @_@

    ReplyDelete
  12. Marilah kita Solat hajat utk selamatkan Palestin dari penindasan Yahudi

    ReplyDelete
  13. dah leh agak...
    kalau dah cuti lamaaa kat sana....
    dengan style entry mcm nih...
    kompom...banyyyaaakkk la entry citer Jogja....
    ....
    ...
    .
    .
    lagu mariah carey tuh camneh ???

    ReplyDelete
  14. @Janggel,
    wow! giteww....ko bila lak nak tulis? kekekke gigil2~



    @Fida Jacob,
    hahahah dekat rumah i je kedai makan tu. warung ore kelate weh! ado colek~ sedappppppp!



    @Nieda,
    sila berangan dan beli tiket! best best! hehehe



    @Fatt,
    hahahaha iye..mula2 aku tak perasan tp bila tgk banner dorang mmg betol nama lesehan tu ialah Perjuangan Hidup! hahahah. takdela ada hati nak order burung bakar. cukuplah sekadar ayam2~ hehehe



    @MazMZ,
    hahaha takde motif! aku tak puasa la mazhab mana ko ikut nih! ciskek~

    ReplyDelete
  15. @Orga,
    hahahah mcm mana nak dgr? biarlah rahsia la kot. hahaha ;p



    @Kak Mah,
    bertabahlah akak...semoga ada rezeki di masa hadapan. insyaALLAH.



    @Zilla,
    itew dia! yang penting kita enjoys~ hehehe.



    @Dzuchan,
    insyaALLAH.... ada byk lagi yg tak sempat nak tau. aku try cerita yg mana aku tau jela. ;) happy planning!



    @Dan Arif,
    hahaa lawa ke? simple and modern style kot pastu colorful. hehehe. ayam tu sedap bangat wehhhhh! hahaha manis2 kelat.

    ReplyDelete
  16. @Penunggang Bulan Putih,
    insyaALLAH...akan diusahakan. setiap org ada minat yg berlainan kan. dua2 tempat ni ada specialtynya. pegi je dua2...hehehe.



    @Ceklala,
    heheh bestnyaaaa jugakkkk! ;)



    @Naramas Aman,
    insyaAALLAH. ayuh kita semua.



    @Kak Anash,
    amboihhh akak! perli ke? kekekek

    ReplyDelete
  17. Oh,pop hotel ni baru rasanya. Masa gi dulu belum ada lg. Btw, airport tu 'Adisucipto' sebenarnya.

    ReplyDelete
  18. john...

    nak tanya kete sewa ko tu sewa bape ribu? sempat x kalau nak gi borobudur, prambanan dgn pantai nyi loro dalam masa 12 jam? next year aku kesana, masalah transport dgn hotel x jumpa lg yg sesuai. Maklumat ko ni banyak membantu aku...cheers

    ReplyDelete
  19. best kan Jogja?

    hari tu aku gi duk hotel apa entah, ada 2 katil, lebih kurang RM 30 satu malam. share 3 orang, bayau 10 sorang.

    POP! tu macam menarik. lain kali ar try.

    btw, cantik gambau ko bro. apa brand?

    keep posting!

    ReplyDelete
  20. @Zaraab,
    aah hotel tu masih lagi baru... thanks for the correction. ;)



    @Hulubalang,
    kat atas tu aku ada tulis siap2. utk 2 hari full adalah 900k rupiah. kalo ko nk compress sume 3 tempat dlm masa 1 hari agak rushing la kot. maybe pagi pegi ke borobudur, lepas tu shot terus ke prambanan. jarak antara dua tu jauh gak.



    @Keri,
    so far best jugakla...hehehe. aku guna nikon d3000 + lens 55-105mm je. thanks for visiting!

    ReplyDelete
  21. John...

    Gelak2 aku baca cite ko nih..suruh org nyanyi lagu mariah carey...mmg sengal r..tp good idea gak..

    ReplyDelete
  22. Aku terpaksa la pasrah merelakan korang tidur di POP hotel tu, mcm lawa je rupenye, len kali aku duk situ plak.. perluke nk share gambar makanan? td aku tertekan tgk gambar kt blog janggel, kt blog ko pn ada! tak sensitif langsung..

    nasi gedeg ada try? eh betui ke tak aku eja tu tah hahah

    ReplyDelete
  23. I find your blog from google search and feel your blog is complete package of travel services can i get then information about how to buy online cheap ticket.
    http://satotrip.com/

    ReplyDelete
  24. not bad gak, can be considered in my next trip. bila kah itu> hemmm...

    ReplyDelete
  25. seratus hinggit jer? la ni ngah dok mikir.. member ajak teman pi Jogja.. nengok tiket 394 inggit.. hmm sesak napas dok pikir nk join ker x

    ReplyDelete
  26. hai kami lestari rent car sudah mempunyai web sendiri, web kami di www.rentalmobiljogjamurah.com

    Terima kasih

    ReplyDelete