Tuesday, August 1, 2017

Kuang Si Waterfalls, Luang Prabang | Laos

Hi!

Lama tak menaip kat sini. Dah bersawang skit. Skit jela. Hahah

Anyway just nak sharing benda simple-simple maybe sedikit sebanyak info yang berminat untuk ke Luang Prabang, Laos ni nanti. Salah satu tempat yang menarik ketika trip aku ke sana sepanjang 4H3M adalah Kuang Si Waterfalls (terletak kira-kira 30km dari pekan Luang Prabang) ni. Kiranya highlight yang bestla bagi aku. 

Ada beberapa cara untuk ke sana antaranya:
1) Amek package tour yang harganya antara 50,000 kip untuk 4 jam tour
2) Amek tuk-tuk (kurang pasti harganya)
3) Bawak motor sendiri yang harga sewa motor around 100,000 kip untuk satu hari.

Entrance fee: 20,000 kip/pax

Option yang aku pilih adalah sewa motor. Saje nak try merempit untuk ke sana. Adalah dekat sejam merempit baru sampai kt air terjun ni. Keadaan jalan sangat ok. Kereta pun takdelah banyak sangat. 

Air terjun Kuang Si adalah air terjun yang terbesar di Luang Prabang yang ada 3 lapisan dan lapisan teratas adalah setinggi 50 meter yang mana airnya mengalir terus ke kolam yang berwarna turqoise. Ada certain area boleh mandi-manda so bawak baju mandi tu ye. Tapi lapisan yang paling cantik tu takleh mandi. Hanya tengok sahaja la nanti. 

Kawasan sekeliling memang di jaga dengan begitu bersih sekali. Ada banyak meja dan kerusi untuk berpiknik plus tong sampah pun banyak. Laluan untuk ke setiap lapisan pun dibuat dengan begitu selamat. Sejukkk je duk kat situ. 

Jom layan gambar...







 


Till then.

Bye!

5 comments:

  1. subhanallah lawanyer lah haiii
    yang lapisan atas tu awat takleh mandi john?
    bahaya ke atau kandungan sulphur tinggi

    ReplyDelete
  2. lama tak singgah blog ni dah...awat slim sgt skrg ni john?? huhu

    ReplyDelete
  3. lama jugak tak bac akisah kakiberangan di sini ;)

    ReplyDelete