Monday, July 30, 2012

Sydney, New South Wales - Day 3! (Blue Mountain)

Assalamualaikum!!!

Kemalasan melanda time bulan posa ni. Yeayyy! Dah dapat makan ayam percik, jala mas, buah tanjung, nasik kaya. Tau tak ni kuih kat mana? Gigih aku pegi balik weekend aritu semata-mata nak makan tau! Sorilah, gambar takde. Bulan posa tahun ni kurang sungguh entry makanan dari aku. Maybe sebab tak cukup bajet nak pegi makan buffet. Takpelah, bersederhana itu adalah penting. Tak gitu Ustazah Siti Nur Bahyah?

**********

Papepun, jom aku sambung cerita Sydney aku untuk hari ke-3. Kalo datang ke Sydney, memang tak sah kalo tak pegi skali ke Blue Mountain. Haaa...ape yang best kat sini? Macam ala-ala taman negara tapi sangat besar! Yang paling femes kat sini tentulah Three Sisters. Kembar ke? Haaa...google sendiri. 

Penginapan aku ketika di Sydney. Ini bukan Malaysia Hall Sydney tau!!!

Suasana dalam Central Station

Aku cancelkan booking kat sini, tapi sesuatu telah berlaku....huhuhu.

Atas Harbour Bridge, menuju ke???

Ni sedikit sebanyak info untuk korang baca okies... 

The Blue Mountains is a mountainous region in New South Wales, Australia. It borders on Sydney's metropolitan area, its foothills starting approximately 50 kilometres (31 mi) west of the state capital. The area begins on the west side of the Nepean River and extends westward as far as Coxs River. Geologically, it is situated in the central parts of the Sydney basin. Consisting mainly of a sandstone plateau, the area is dissected by gorges up to 760 metres (2,490 ft) deep. The highest point of the range is Mount Werong at 1,215 metres (3,986 ft) above sea level. A large part of the Blue Mountains is incorporated into the Greater Blue Mountains Area World Heritage Site, consisting of seven national park areas and a conservation reserve.

Untuk sambungan boleh klik SINI

Macam mana nak pegi ke Blue Mountain dengan pelbagai cara? Ada yang murah...ada yang mahal. Untuk aku, tentulah aku pilih yang paling murah! Hahah walaupun ada orang kata aku travel mahal. Boleh? Takpelah...lain orang, lain cara masing-masing. Meh sini aku bagitau cara nak pegi ke Blue Mountain. InsyaALLAH, aku kasik sedetail yang mungkin! 

Mula-mula korang pegi Central Station untuk naik cityrail tapi mesti naik Blue Mountain Line. Perjalanan agak lama lebih kurang kira-kira 1 jam 30 minit hingga ke 2 jam dalam train tu. Tapi jangan risau, train dorang tak crowded plus selesa sangat! Btw, aku guna MyMulti3 tu tau...memang pass ni cover sampai ke Blue Mountain. Berbaloi-baloi. Then, korang turun kat Katoomba Station. Keluar je dari station tu, akan nampak kaunter Hop On Hop Off. Kat sini kalo korang nak tour guide untuk jalan-jalan bolehla beli tiket dengan dorang yang berharga AUD38/pax. Kalo korang nak guna TrolleyBus kene bayar AUD25/pax. Bas ni pun agak bawak pusing-pusing attraction yang menarik kat Blue Mountain ni. Tapi bas dia jenis klasik, so agak menarik di situ. 

Tapi, kalo nak lagi murah dengan hanya guna MyMulti3 tu, korang boleh opt untuk naik normal bas je yang bernombor 686. Bas ni kaler putih. Normal bas, aku perasan most of tourist naik bas ni, maybe nak save budget macam aku gak. Kuikuikui. Macam mana nak naik bas ni? Dari station train tu, korang lintas jalan then jalan menuju ke Carrington Hotel. Ade bus stand kat betol-betol hotel tu. Siap skali dengan jadual bas. Bas ada setiap 30minit. Just tunjuk pass MyMulti3 tu, naik bas je. Bas ni memang lalu setiap tourist attraction yang ada kat Blue Mountain ni. Bas ni akan stop kat Chocolate Factory, Echo Point, Scenic World dan patah balik. Kekerapan ialah 30minit. So, korang boleh bajet time korang nak duk melepak sampai pukul brape. 





Destinasi pertama yang aku terjah ialah Echo Point. Ade ape kat sini? Kat sinilah terletaknya Three Sisters. Ada sejarah yang tersendiri pasal dorang ni. Menurut cerita orang zaman-zaman dulu. Meh aku copy paste sedikit sebanyak info dan gambar-gambar yang sempat aku snapped.

The Three Sisters is the Blue Mountains’ most spectacular landmark. Located at Echo Point Katoomba, around 2.5 kilometres from the Great Western Highway, this iconic visitor attraction is experienced by millions of people each year. 

The Three Sisters is essentially an unusual rock formation representing three sisters who according to Aboriginal legend were turned to stone. The character of the Three Sisters changes throughout the day and throughout the seasons as the sunlight brings out the magnificent colours.  The Three Sisters is also floodlit until around 11pm each evening looking simply spectacular set against the black background of the night sky.

Each of the Three Sisters stand at 922, 918 & 906 metres tall, respectively. That's over 3000 feet above sea level! The Legend The Aboriginal dream-time legend has it that three sisters, 'Meehni', 'Wimlah' and Gunnedoo' lived in the Jamison Valley as members of the Katoomba tribe.

These beautiful young ladies had fallen in love with three brothers from the Nepean tribe, yet tribal law forbade them to marry. The brothers were not happy to accept this law and so decided to use force to capture the three sisters causing a major tribal battle.

As the lives of the three sisters were seriously in danger, a witchdoctor from the Katoomba tribe took it upon himself to turn the three sisters into stone to protect them from any harm. While he had intended to reverse the spell when the battle was over, the witchdoctor himself was killed. As only he could reverse the spell to return the ladies to their former beauty, the sisters remain in their magnificent rock formation as a reminder of this battle for generations to come.






Mount Gibraltar


Kawasan kat Echo Point



Ni adalah Three Sisters versi orang hidup bersama adik-beradik mereka.

Ni pulak trek yang menuju ke Three Sisters Walk dan jugak terdapat Giant Stairway untuk berjalan sendiri diatas badan Three Sisters. Mengambil masa kira-kira 15 minit berjalan kaki. Worth to try!

Dah sampai. Tapi nampak Sister yang pertama je. Yang kedua dan ketiga terlindung dek Yang pertama



Dah sudah jalan-jalan ke Three Sisters Walk tu, kami tak pegilah naik sampai ke Giant Stairway tu. Hanya mereka yang kuat urat lutut je boleh terjah sebabnya memang curam abeslah tangganya! Kecut perut tengok. Lagipun, perut ni asyik duk bunyi-bunyi jek tanda kelaparan yang amat. Dah sampai balik ke kawasan lapang Echo Point, duk lepak situ sekejap untuk menikmati roti tuna. Alhamdulillah...buat alas perut katanya. Sempat singgah gift shop beli fridge magnets. Cuaca harini tersangatlah baikkk...memang aku cuak gak sebabnya Abg Im bagitau kalo pegi Blue Mountain time winter, kebarangkalian nak nampak Three Sisters adalag tipis sebabnya kabus duk lindung. Rugi jela nanti. Yela, 2 jam perjalanan beb. Dah siap-siap makan tu, ternampak pulak bas no. 686 tu lalu, tak lepaskan peluang untuk naik bas tu untuk ke Scenic World pulak! Kang terlepas bas, alamatnya kene tunggu lagi 30minit. Tak ke bosan? Hari semakin pendek.

Tak lama lepas tu, sampai la pulak kat stesen kereta kabel untuk ke Scenic World. Kalo korang taknak turun kat sini, boleh turun di hentian yang seterusnya. Tapi since aku dan kawan aku nak try naik kereta kabel ni, terus turun sini. Dari kereta kabel ni, boleh nampak Wentworth Waterfalls kat bawah tu, memang cantikk! Kedalaman tebing ni pulak boleh melepasi ketinggian Eiffel Tower sebanyak 2 kali! Kalo jatuh ni, confirm tak jumpa carik. 


Stesen kereta kabel kat Scenic World. Naik dulu nanti bila sampai kene beli tiket


Sedikit info mengenai Scenic Skyway:

‘Walk on air’ in the Skyway, the world’s first cablecar with an Electro-sceni glass floor. As you ride across the valley, part of the floor becomes transparent under your feet, allowing you to see the valley nearly 300 metres below from an extraordinary perspective! The 720 metre journey takes you above ancient ravines and dazzling waterfalls. The 360 degree bird’s eye view takes in the Three Sisters, Katoomba Falls, Mount Solitary and the never ending expanse of the Jamison Valley.

 

Bila dah sampai ke seberang, aku beli tiket combo untuk try Scenic Railway, Scenic Cabelway, Scenic Walkway dan jugak yang aku try tadi yakni Scenic Skyway dengan harga AUD28/pax. Agak mahal jugak tapi demi niat untuk try nanti balik ralat aku beli jugak. 

Kat situ kami try dulu Scenic Railway. Macam taktau rupanya macam mana, just naik dulu. Time ni dorang tengah buat renovation. Katanya nak upgrade supaya lagi best tapi railway ni tetap berjalan seperti biasa. Tak terjejas sangat pun. Tapi agak scary time nak turun tu. Jom aku cerita sedikit info mengenai Scenic Railway.

Ride the steepest incline railway in the world down to a lush and hidden valley! The 415 metre descent will lead you through a cliff-side tunnel into ancient rainforest. From there you are free to explore the Scenic Walkway which will guide you through the forest to the Scenic Cableway platform. The Scenic Railway can carry up to 84 passengers and operates every 10 minutes.


Pengalaman naik Scenic Railway ni paling besttt!!! tak terucap dek kata-kata. Harus dicuba!


Tengok kat tepi tu dorang tengah buat renovasi. Scary skit gamaknya kalo terjatuh kat situ. Terus macam cerita Lurah Dendam

Then, sebab nak menuju ke Scenic Cabelway, kita kene lalu dulu Scenic Walkway. Haaa...ape ada kat sini? Meh aku copy paste info. 

Discover over two kilometres of boardwalk through the rainforest, including 380 metres of wheel chair accessible boardwalk. Take the time to look around and find some fascinating facts about the local flora and history of the valley. Along the way you will also find the Marrangaroo Spring where you can have a refreshing drink of pure Blue Mountains water. Take a break in the Rainforest Room deep within the valley, boasting bench seating for up to 110 people.



Gambar kat bawah ni pulak time tengah naik Scenic Cabelway. Jom aku copy paste cerita dari internet ok!

The steepest aerial cable car in Australia takes you on a 545 metre ride into (or out of) the World Heritage Listed rainforest of the Jamison Valley. Once at the bottom, experience the 300 metre Scenic Walkway on your way to the base of the Scenic Railway. The Scenic Cableway can carry up to 84 passengers and is completely wheelchair accessible.




Wentworth Waterfall
Dah setel naik kereta kabel dan sume-sume tu, tunggu bas balik untuk ke Katoomba Train Station untuk pulang ke Sydney. Hari semakin petang dah ni. Perjalanan masih lagi jauh. Sejuk tu toksah kata laa...rasa macam nak beku dah ni jari-jemari aku! Tambah pulak dengan angin bertiup agak kencang. Nasib baik dah beli fridge magnets siap-siap kat giftshop sebabnya kat area pekan sume kedai dah tutup jam 3 petang! Giler awal okehhhh!!!




Dah sampai ke Central Station. Time ni jam lebih kurang 7 malam. Gelap sungguh dah ni. Plus, malam ni ade hari terakhir konsert Lady Gaga live in Sydney. Sempat tengok beberapa peminat fanatik yang berpakaian seperti makcik Gaga. Tak sempat nak snap gambar pulak. Malam tu, terserempak pulak dengan blogger Masviona. Haaa...korang mesti kenal dorang kan. Femes tu...katanya honeymoon di Sydney. Terima kasih sekali lagi sebab sudi tolong aku dan kawan-kawan direction ke Malaysia Hall Sydney. Malam tu dinner di rumah seorang Malaysian yang amek master kat sana. Alhamdulillah....gulai lemak uols! Kenyang!



Till then, wasalam...

Wednesday, July 25, 2012

Sydney, New South Wales - Day 2! (Paddy's Market & Around the City)

Assalamualaikum!!!

Hari ke-5 kita berpuasa. Macam mana? Aku masih lagi cuba untuk kurangkan membeli makanan secara rambang bijik mata. Kenela jaga perut, poket dan nafsu tu. Yela, bulan puasa ni kenela berjimat-cermat. Tak boleh nak beli ape-ape ikut nafsu je. Kene ingat, orang di negara lain serba kekurangan. Semoga kita sama-sama memupuk sifat berjimat-cermat. InsyaALLAH. 

**********

Tanpa buang masa, jom aku sambung cerita travel aku di Sydney untuk hari yang ke-2. Dari hari yang pertama, semua orang kalo dah baca tentu akan tau yang aku menginap di rumah kawan kepada kawan aku yang menetap di Sydney. Senang cerita, aku namakan dia Abg Im (nama sebenar). So, pagi tu bangun awal. Takdela awal sangat tapi awal jugaklah. Kata Abg Im semalam, arini dorang nak bawak aku dan kawan-kawan pegi Flea Market yakni dinamakan Rozelle Market. Adakah market ni hanya menjual air rozelle? Sama-sama kita nantikan...actually, ni first time aku pegi flea market kat overseas. Yela, asyik duk tengok orang lain je pegi. Aku pun teringin jugak ye dak? Hahah. Rozelle Market ni hanya dibuka pada hujung minggu sahaja yakni sabtu dan ahad dari pagi sampai ke petang. Lokasi? Hurm...kalo ikutkan dari pemerhatian aku, letaknya tidak jauh dari Sydney Fish Market. Pandai-pandailah sendiri korang nak pegi sana. Jangan tanya aku. Tu pun nasib baik orang tolong bawakkan. Hehehe. 

Kat sini memang banyak sungguh barang-barang terpakai yang dijual termasuklah pakaian, barang-barang antik, barang kristal, vcd and boxset, bunga-bungaan, dan macam-macam lagilah! Kawan aku gigih duk belek jaket-jaket yang lawa-lawa dengan hanya AUD10 sehelai! Tapi kene pandai pilih la ye. Tapi ade jugak yang mahal. Aku? Sekadar memandang dengan lirikan mata sahaja. Takde barang yang aku berkenan. High taste la katakan. Muahah *riak*

Jom layan gambar sekitar... 







Lepas dah lepak kat flea market tu barang sejam dua.... Abg Im kata dia akan hantar kami ke city. Then, from there boleh jejalan sendiri untuk explore the city. First stop, dia turunkan kami kat kawasan pelabuhan ke macam jeti macam tu. Sorila dah lupa. Tapi near Darling Harbour. Kat sini ade beberapa blok apartment yang aku rasa harga untuk sebuah memang layak untuk duduk kat sebuah rumah banglo kat Bukit Antarabangsa termasuk jugak kapal layar persendirian. Hahah. Tapi memang cunlah! Aku suka design dia sebab simple. Memang sesuai sangat untuk buat bachelor pad. Opps! Hahah. Kalo tak silap aku, ni kawasan National Maritime Museum. Kalo teringin nak melawat muzium, silakan. Agak besar gak muzium dorang ni. Before this, ada pameran 100 tahun Titanic. Tapi dah abes dah. If not, boleh singgah melawat. Bukan slalu kan. Alhamdulilah....cuaca hari tu sungguh lawa! Langit membiru tanpa awan berkepul-kepul. Such a great weather! Taktau nak kata ape dah. 

Jom tengoklah sendiri betapa lawanya langit pada mata aku lah...mata korang, manelah aku tau.


Kiri kanan adalah apartment ye..





Kat situ kami just lepak untuk amek gambar. Takleh lama-lama coz matahari terik memancar walaupun tak rasa panas langsung. Boleh kene sunburn kalo duk berjemur lama-lama. Since arini agak leisure, kami just jejalan pusing city je. Next destinastion, jom pegi ke Hard Rock Cafe Sydney! Hard Rock Sydney baru dibuka kalo tak silap aku tahun 2010 ke 2011? Takpelah, yang penting betol-betol kat Darling Harbour tu. Tak susah mana pun nak carik. Yang penting korang tau macam mana nak pegi ke Darling Harbour. Actually, takde train atau bus stop yang betol-betol berhenti kat depan Darling Harbour kalo tak salah aku. Kalo tak salah aku ye. Maybe orang lain boleh kasik direction? 

Tapi yang aku tau... korang boleh naik train dan turun kat Town Hall Station ataupun Wynyard Station. From there, you guys need to walk a little bit. Okla kan...exercise. Dari Paddy's Market pun dah tak jauh. Kalo berjalan kaki kira-kira 15 minit macam tu lah! Tapi since tak panas, so memang sangat-sangat ok untuk amek angin luar. 

Ok dah...jom masuk ke Hard Rock Cafe Sydney! Memang dah jadik rutin kawan aku ni, mesti beli shot glass untuk koleksi peribadi. Aku lak? Hurm...tak penah terpikir nak buat koleksi. Not for now i guess. But there's only 1 thing that I would like to buy for myself which is fridge magnet and also a hoodie. Hahah dulu pegi Beijing, memang ralat betol tak beli hoodie Hard Rock Beijing. Balik Malaysia baru ralat tak beli. Padahal, bukannya pakai sangat pun kat Malaysia ni. Just gedik nak ade dalam almari. Bila dah sampai Sydney pulak, memang aku nak belila untuk diri aku sendiri. Walaupun hoodies yang ada hanyalah kaler putih. Cis! Confirm cepat kotor nanti! Berkenan pulak kat hoodies yang promoter duk pakai. Tapi katanya dah out of stock. Cis cis cis! Sebab pikir nanti mesti datang lagi kat sini. So, aku just beli fridge magnet je untuk aku. Nanges tau bayar AUD21 sekeping! Kawan aku gigih duk amek kiriman dari Malaysia. Okla..orang kirim. Plus, ade free wifi! Sambil duk tunggu kejap, aku duk layan laaa fb, check-in bla bla bla. Cuaca sungguh elok! Rugi kalo tak jalan-jalan sampai patah kaki! Tapi yang boleh aku tengok, banyak baju-bajan dah takde size sangat. Size besar mostly dah abes. Tinggal size extra large takpun extra small. Haishhh....



Lepas dah abeskan duit sedikit, just tembak-tembak kat kawasan Darling Harbour tu je. Arini ari weekend, so ramai parents yang bawak anak-anak jenjalan. Seronok je tengok sambil melepak kat tepi jeti. Eh jeti ke? Kat situ gak ade playground as well as merry go-round. Awesome! Jomlah layan gambar... 






Time ni kalo tak salah aku lebih kurang jam 12 tengah hari. Ingat-ingat lupa dah. Tak lama pun lepak situ. Harini jugak aku shopping souvenirs kat Paddy's Market. So, sape-sape yang datang Sydney wajib datang sini kalo nak beli souvenirs ke pape yang lain. Kat sini kasik anda harga yang berpatutanlah untuk souvenirs. Dari Darling Harbour ni memang tak jauh pun, jalan kaki merentasi taman dalam 15 minit je jalan kaki. Takut sesat? Jangan risau, sebab signboard bersepah tunjuk arah kat mana Paddy's Market tu. Ni direction kalo dari tempat lain...sebagai contohnya. 

How to get there:-
By train: Catch the train to Town Hall or Central Stations. It's only a five minute walk to Paddy's
By bus: The Sydney Explorer stops right outside the door.
By Monorail: Alight at Haymarket station, right at the door of Paddy's
By Light Rail: Alight at Haymarket, right at the door of Paddy's.

Sebab apa aku pegi ke Paddy's Market arini? Sebabnya since arini hari Ahad, esok dan lusa yakni Isnin dan Selasa, market ni memang tutup. Operation hour adalah dari 9 pagi - 5 petang (Rabu sampai Ahad). So, you guys need to plan your shopping time. For your info, market ni macam kat uptown Shah Alam, yakni kat bawah bumbung. So, memang ade macam-macam kedai yang jual souvenirs, barangan kulit, baju-bajan plus harga pun agak murah. Kalo tak cukup cash, jangan risau visa/mastercard are widely used. Normally, minimal purchase is AUD20/receipt. Tapi semuanya bergantung kepada budi bicara tuan kedai tu. So, harini memang kami all-out untuk beli souvenirs kat Sydney. Coz, lepas ni memang tak pegi mana-mana kedai murah dah. Yela, esoknya dan lusa memang dah tutup. Just pusing-pusing kat kedai mana yang murah. We ended up kat sebuah kedai souvenirs indonesian ni. Agak murah gak barang-barang souvenirs yang dorang jual plus pandai cakap melayu pulak tuh! Spent kat dalam tu tak lama pun lebih kurang 2 jam je. Jom tengok gambar sat!




Dah abes shopping tu, takde pape dah nak buat kan, terus kami jalan-jalan kat George Street tak jauh dari Paddy's Market. Kalo korang nak carik makanan halal, sepanjang George Street ni ade beberapa buah restoran halal untuk kita makan. Don't worry. Penah dengar Kasturi Cafe? Haaa....kedai tu pun terletak di George Street. Berhampiran YHA Central. Chatime pun ada kalo korang nak minum. Kekeke...aku sempat beli! Teringin yang pelik-pelik kekdahnya. Tapi hari ahad tu, Cafe Kasturi tu pulak tutup. So, kami carik kedai lain. Ada kedai turkish kebab yang bukak. So, kami makan lunch kat situ je. Portion untuk 1 set + drink adalah AUD13. Portion besar, boleh share la kot kalo korang perut kecik. Alhamdulillah...kenyang jugaklah. 






Since hari pun masih lagi awal, why not naik ferry pusing-pusing kat Circular Quay? Haaa...lagipun dah tak perlu bayar pape since dah ade MyMulti3 pass. Public transport adalah all access! Hehehe. Let's! Arah tujuan memang takde, tapi memang kalo boleh nak lalu bawah Harbour Bridge. Kalo tak salah aku, hari tu kami naik kat Wharf 4. Dar Circular Quay menuju ke Darling Harbour dan patah balik ke Circular Quay. So, korang kene tanya dulu arah tujuan feri sebelum boarding. Ada certain feri memang tak patah balik. So, kami naiklah.... perjalanan akan amek masa kira-kira 1 jam plus minus. Tapi feri tersebut akan stop kat beberapa jeti termasuk kat Luna Park. Feri agak besar macam feri kat Langkawi tu. So, memang takkan rasa mabuk pun since bukannya ada ombak pun kan. Memang selesa! 


Jomlah layan gambar...aku dah takde cerita. 


















Bila feri patah balik ke Circular Quay, hari dah pun gelap nak masuk Maghrib. Terus amek bas kat depan Circular Quay untuk balik semula ke rumah. By the way, kalo korang menginap kat Malaysia Hall Sydney, boleh jugak amek bas kat depan bus stand Circular Quay bas nombor yang sama yakni 377, 373. Jangan lupa ok. 




Malam tu home cook dinner, main game, online dan tido. Haiiii....dah macam duk sana dah. *berangan tak abes*


Till then, wasalam...