Selamat Hari Malaysia!!!
Nampaknya arini cuti lagi. Bestkan? Duk relax-relax kat rumah sambil tulis blog. Hahah
Jom sambung cerita Seoul ni pulak! Tak sabar nak abeskan... sebab aku dah mengalami long term memory loss dah ni.
Kiranya ni adalah bahagian terakhir untuk tempat lawatan aku di Seoul. Actually ada satu kejadian tertinggal ketapi pada pagi tu, punyalah gigih beratur beli ticket, by the time sampai platform... train dah gerak meninggalkan kami. Punyalah amazing race pagi tu, tapi usaha agak sia-sia. Dahla ada satu train je untuk haritu. Huhuhu. Ralat gaklah, nasib baik dapat full refund. So, okla. Maybe kene datang ripit lagi la gamaknya. *pitam*
Jadiknya activity yang terakhir adalah naik Hangang River Cruise. Dalam trip sebelum ni, memang aku plan nak naik pun, tapi nasib tak brape baik sebab dah abes perkhidmatan untuk hari tu. Jadik, trip kali ni memang alhamdulillah... dapat naik. Kitaorang pilih naik petang ke malam, sebab cruise ni akan menuju ke Banpo Bridge. Malam-malam cantik wooo...
Tapi nak berjalan menuju ke jetty cruise ni dari subway station memang giler hazab jaub nak menapak syaitan nirojim sangat! Kitaorang naik jetty Jamsil.
Ok sebelum melalut, sedikit info berkenaan info ni:
Salah satu cara untuk menikmati the best views of Hangang River di Seoul. Terdapat 3 docks untuk naik cruise ni yakni Jamsil, Yeouido dan jugak Ttukseom. Terdapat dua jenis cruise. Pertama, yang jenis return (Jamsil to Jamsil). Kedua, yang jenis one menuju ke dock lain (Jamsil - Yeouido)
Dengan menaiki cruise ni, boleh nampakla bangunan 63 Building, N Seoul Tower dan lain-lain. Cruise ni semua kebanyakkan digunakan untuk upacara perkahwinan, birthday parties, music performance etc.
Ok dah sambung..
Since travelmate aku cakap, kalo turun Jamsil adalah kene jalan jauh. Maka, disuggest supaya turun kat Sport Complex Station (Line 2 - Hijau). Kiranya tak payah jalan jauh-jauh sangat compare turun kat Jamsil Station.
Keluar-keluar je dari stesen Sport Complex, nampak tersergam gah Stadium Olimpik Seoul. Time ni ada game kat stadium cricket. Punyalah kuat bunyi sorakan. Rasa seronok pulak! Yela, kita slalu tengok mana-mana event sports ke, concerts ke.. crowd dorang ni memang terbaek!