Assalamualaikum!
Okeh kali ni aku nak ceritakan segala persediaan yang aku dah buat untuk trip aku ke Myanmar ni. Time tengah ada mood ni baiklah aku ceritakan segalanya. Tu pun kalau aku ingat lagilah. Ni semua berpandukan pengalaman aku dan jugak hasil daripada bacaan aku daripada blog mereka yang penah ke sana seperti Zilla, Supermeng Malaya, Zaradiab dan Jea Mohamad. Thanks guys.
Alhamdulillah, aku boleh katakan semuanya berjalan lancar. Takde cacat-cela whatsoever. Bajet pun ngam-ngam seperti yang aku plan. Takde shopping pun kecuali fridge magnet sahaja semata-mata. Kali ni aku dah insof. Hahaha lagipun takde bajet untuk tu semua.
Itinerary
Right after dah beli tiket tu, aku teruslah rangka plan itinerary aku secara kasar. Dalam kepala otak aku ada 3 kawasan utama yang akan singgah selama 5h4m punya trip tu yakni Yangon, Bagan dan jugak Inle Lake. Kira kalau tengok dalam map negara Myanmar tu lokasi tu seperti berbentuk 3 segi. Ada rujuk Zara pasal itinerary kot-kot sesuai ke tidak.
Secara kasar, itinerary aku adalah seperti dibawah.
Day 1: Yangon - Overnite in bus to Bagan
Day 2: Bagan
Day 3: Bagan - Overnite in bus to Inle Lake
Day 4: Inle Lake
Day 5 : Inle Lake - Overnite in bus to Yango and back to Kuala Lumpur
Basically, tempat-tempat yang menarik di sana adalah pagoda, pagoda dan pagoda. Seriously, kat Bagan paling banyak pagoda. Boleh muntah hijau tengok pagoda kat sana. So, pilihlah yang terbaik untuk lihat yakni ketika sunrise ataupun sunset. Kalau tengah hari, maka bersiap sedialah dengan sunblock! Sebab panas tu amat memancar-mancar dan perit. Aku siap sunburnt teruk kot kat seluruh badan.
So, itinerary tu up to you guys sendiri macam mana nak rangka. Aku ras di Yangon boleh stay 2 days 1 nite, aku tak tido sana ended up tak sempat cover banyak tempat. Rasa rugi pun ada. Tapi takpelah.
Visa
Rakyat Malaysia yang nak masuk ke Myanmar diwajibkan visa. Entry berkaitan permohonan visa boleh rujuk entry yang dah aku sediakan. Boleh klik link ---> SINI
Accommodation
Sepanjang kat sana, aku sempat 2 malam sahaja di hotel kat sana. Yang lain-lain tu memang bermalam atas bas je. Ada 3 kali bermalam atas bas. Untuk menjimatkan masa dan jugak bajet untuk accommodation.
.:Bagan:.
Zfreeti Hotel
No. 407, Thiripyitsayar 5th Street, Near Shwe Zi Gone Pagoda, Nyaung U
Room type: 2 twin-beds room (USD65/night with breakfast)
.:Inle Lake:.
Sandalwood Hotel
No 88, Phaung Daw Pyan Street, Win Quarter, Nyaung Shwe Township
Room type: 2 twin-beds room (USD39/night with breakfast)
|
bilik di Sandalwood Hotel, Inle Lake |
Transportation
Sepanjang aku kat sana, banyak menggunakan bas, angkutan macam jeepney tu dan jugak sewa e-bike untuk ronda-ronda sendiri. Apa yang aku tau, orang luar yakni pelancong yang datang ke Myanmar tidak dibenarkan untuk sewa kereta ataupun motor untuk explore sendiri. So, faham-faham jela ye. Paling busuk yang boleh sewa pun adalah e-bike. Aku suka naik e-bike ni, macam bawak scooter je.
Untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Seperti contoh Yangon ke Bagan. Ada dua pilihan samada nak naik bas express ataupun naik train. Aku tak berkesempatan nak naik train untuk route Yango-Bagan sebabnya harga sedikit mahal, dah time consuming. Jadik aku teruskan untuk naik bas sahaja.
Untuk train: Tiket boleh ditempah lebih awal menerusi travel agent yang ada di sana. Boleh book via email based on the trusted agents kat sana. Agents yang aku dapat adalah dari website --> http://www.seat61.com/Burma.htm . Kat situ ada list of travel agents yang boleh bantu kita beli tiket. Quotation yang aku dapat dari dorang adalah lingkungan USD30 untuk sleeper coach.
Untuk bas: Tiket juga boleh dibeli lebih awal dari Malaysia. Aku guna JJ Express untuk 2 routes yakni Yangon-Bagan dan jugak Inle Lake-Yangon. Untuk JJ Express ni memang aku rekomen untuk korang guna servis dorang. Bas memang tip top dan selesa. Kene beli cepat kang, sold out. Boleh book via facebook page dorang sahaja ---> https://www.facebook.com/jjexpressbus . Harga untuk 1 way ticket adalah Kyat18,500/pax. Boleh bayar kat sana je. Don't forget to print the booking confirmation ye. Tiket bas boleh ditebus di JJ Express agent yang ada di Yangon, berhadapan Yangon Central Train station.
|
JJ Express agent di depan Yangon Central Station |
|
Yangon Central Station |
|
inside JJ Express bus. Siap ada screen kat kerusi, dan pramugari okeh. Ada makanan ringan turut diberikan |
|
ofis JJ Express tempat naik bas di Aungmingalar Highway Bus Station |
Owh ya, JJ Express ni takde laluan untuk Bagan ke Inle Lake. Jadik aku booked bas menerusi hotel yang berharga Kyat11,000/pax. Tapi bas dia agak horror la bagi aku. Sempit, berbau dan asyik pasang rancangan macam doa-doa agama dorang. Seram sejuk jugaklah. Tapi sampai dengan selamat.
Manakala, di Bagan memang aku sewa untuk 2 hari e-bike. Range harga adalah antara Kyat 5,000-Kyat 9,000/day. Dorang slalu kira Kyat1,000 (USD1).
|
e-bike ni boleh naik 2 orang harga Kyat9,000/day |
Myanmar Currency
Myanmar menggunakan matawang "Kyat" sebutan dia macam "Chet" camtu. Tapi Kyat ni takde jual kat Malaysia. Jadik the best way adalah bawah USD pegi sana. Tapi, make sure USD dorang tu duit baru keras kejung tu lagi ye. Takde sebarang kedutan, lukisan mahupun lipatan kat duit USD tu. Keji tau okeh. Bila sampai kat arrival hall di Yangon International Airport, korang boleh tukar duit USD tu ke Kyat. Ada banyak money changer yang tunggu korang kat situ.
Tapi yang kureng ye... duit yang dorang kasik tu. Pehhhh! Buruk nak mampos! Macam dah kene belacan. Dah la berbau pulak tu. Kalau nasib tak baik, dorang kasik note Kyat1,000 haaaa masaklah korang dapat seikat duit tu. Jenuh nak kira bila nak bayar. Hahaha.
Makanan halal
Aku jarang makan kat luar sepanjang di sana. Cuma beli nasik putih dan telur je makan dengan ikan bilis goreng kering. Makanan halal ada dijual di Yangon. Tapi takdelah makan pun. Tapi kedai grocery kat sana ada jual jugak makanan yang dari Malaysia. So, takde masalahlah. Roti pun yang aku jumpa ada tanda halal. So, boleh la beli buat bekal. Harga pun lebih kurang je dari Malaysia.
Kat sana jugak, aku ada try street foods seperti air tebu dan jugak buah-buahan yang ada letak asam tu tepi jalan. Ahaks nasib takde sakit perut. Air tebu dia kene try sebab memang rasa sedappp sangat! Fresh rasanya. Lebih kurang rasanya seperti di Siem Reap aritu. Asam buah dia pun lebih kurang kat Malaysia jugak.
Okeh ape lagi eh?
Budget
Okeh... bab bajet ni aku bawak dalam USD150 sahaja. Tidak termasuk accommodation sebab yang tu aku dah bayar siap-siap in-advance dari Malaysia. Kiranya USD150 tu termasuk transportation, makan, entrance fees dan jugak sedikit souvenirs untuk trip 5h4m tu. Cukup je.
Tapi harus diingatkan, korang kene set aside siap-siap USD10 dan USD20 untuk admission fee ke Inle Lake dan jugak Bagan. Kene bayar waktu nak masuk ke bandar tersebut. Nanti tiket tu kene make sure ade dengan korang setiap masa. Nanti akan ada pegawai yang akan check tiket tersebut. Ada jugak yang berjaya lari dari bayar entrance fee ni. Tapi kalau nasib tak baik, kenela denda.
Okeh dah tu je...
Papehal, boleh email. InsyaALLAH.
Till then.
Bye!