Assalamualaikum!!!
Kalo dilihatkan tajuk kat atas tu, actually ramai travel blogger dah penah buat entry yang sama pasal permohonan China Visa ni. Tapi sebab aku nak buat jugak, so aku punye pasal la kan. Hahahah... tak kisahlakan... janji kita berkongsi benda baik. Lain penulisan, lain pemahaman... ye dok?
Permohonan China Visa ni kalo ikutkan kiraan ni adalah kali yang ke-3 untuk aku. First time buat dulu time nak masuk Shenzen yakni first time buat semua benda sendiri. Time tu kalo nak recall balik aku sendiri dah ingat-ingat lupa dah. Tapi yang penting aku berjaya~ Hahaha. Yang kali ke-2 lak, time nak pegi Beijing bersama travel agent dari PotoTravel . Tapi kali ke-2 ni, semua benda diuruskan oleh travel agent tu. Aku just kasik passport dan 1 keping gambar passport je. So, takyah pening-pening kepala.
Untuk kali yang ke-3 pulak, kalo ikutkan ni merupakan trip yang agak mega bagi diri aku untuk tahun 2013. Kalo ikutkan trip yang bakal aku buat ni dah ramai orang buat, teringin jugak nak trykan. Macam seronok je. Harap-harap semuanya selamat dan baik-baik belaka. Ok tanpa nak membebel panjang ayuh aku bagitau macam mana nak buat China Visa secara sendiri tanpa bantuan travel agent!
1. Masuk ke website ini ----> China visa application from Malaysia . Bila dah nampak seperti gambar kat bawah ni, terus klik ke Online Application Form. Application ni boleh diisi secara manual ataupun online. Tapi aku suggest korang isi je online sebabnya senang nak buat pembetulan jikalau ada salah sana sini nanti. Plus, kalo tulisan seseorang tu cantek dan kemas okla kalo nak tulis manual. Tapi kalo tulisan macam cakar ayam ataupun jenis besar-besar tak ke menyusahkan nak buat elok-elok nanti.
2. Bila dah semuanya dah complete dengan maklumat yang diperlukan, korang perlu print borang yang telah diisi itu kemudian turunkan tangantangan dan tarikh di ruang yang diperlukan.
3. Pastikan semua maklumat yang diisi hendaklah lengkap dan betul. Sebagai contoh: "bilangan hari ketika berada di negara China". Terlebih hari takpe, jangan terkurang hari.
4. Boleh dah setel semua kerja-kerja printing borang dan tandatangan, tibalah masa korang kene sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan anda itu. Antara dokumen wajib yang diperlukan adalah seperti berikut:
- 1 keping gambar berukuran passport (background biru atau putih)
- 1 keping salinan tiket kapal terbang (return ticket)
- salinan tempahan atau booking untuk accommodation ketika berada di China
- buku passport yang terkini dan masih lagi sah untuk lebih dari 6 bulan sebelum travel period
5. Hantarkan borang permohanan yang lengkap berserta dokumen yang lengkap ke Chinese Visa Application Service Centre (Tingkat 2) di Bangunan Bank of China (Bangunan OSK) yang terletak di Jalan Ampang. Waktu operasi untuk permohonan China Visa adalah seperti berikut:
Business hour : Monday to Friday
Application Submission : 9AM - 3PM
Payment & Passport Collection : 9AM - 4PM
6. Nasihat aku bila korang nak hantar borang permohonan tu, make sure korang sampai lebih kurang jam 9 pagi tu jugak. Kenapa aku suruh datang awal-awal? Sebabnya.. parking masih lagi banyak bersepah kat sebelah bangunan OSK tu. Nak senang, naik je LRT turun kat station Ampang Park. Tapi kene menapak la skit dalam less than 500 metres. Sebab kedua, kalo korang datang awal sebelum jam 10 pagi, korang punye giliran akan jadik cepat. Sebab apa, lepas pukul 10 pagi dan ke atas orang makin ramai especially wakil-wakil dari travel agent datang buat permohonan untuk customers dorang. Makin lama laaaa korang duk melangut kat situ nanti.
7. Bila dah masuk ke tingkat 2 tu, jangan pening-pening sebab ada 12 kaunter semuanya. Tapi tak semua kaunter adalah untuk permohonan China Visa. Ada 3 kaunter untuk cashier, 1 group collection counter, 1 passport collection counter dan selebihnya adalah application counter. Jangan lupa amek nombor giliran dulu ye. Jadilah warganegara yang teratur dan tertib.
8. Bila nombor giliran sudah dipanggil, siap sedialah dengan borang permohonan dan dokumen-dokumen lain. Pegawai yang bertugas akan menyemak borang berserta dokumen yang diperlukan. Kalo semuanya cukup lengkap dan perasa, maka cepatlah prosesnya. Untuk charge yang dikenakan boleh refer kepada gambar dibawah. Sebab aku hanya masuk sekali sahaja, tu dipanggil single entry. Bayaran dikenakan hanyalah RM58/pax. Kutipan passport boleh dilakukan selepas 4 hari bekerja.
9. Macam mana nak tau kita punye trip travel ni memerlukan single or double entries? Faham tak? Senang je kan...
- Single entry : Kuala Lumpur ---> Shenzen, China ---> Kuala Lumpur
- Double entries : Kuala Lumpur ---> Shenzen, China ---> Hong Kong ---> Shenzen, China ---> Kuala Lumpur
10. Selepas 4 hari bekerja, datanglah kutip passport seperti yang dijanjikan. Semoga semuanya lulus dengan cemerlang hendaknya. Dan bercutilah dengan riang ria di negara China.
Till then... goodluck!