Assalamualaikum!
Rasa takde mood sangat nak berupdate blog ni. Aku salute la sape-sape yang gigih duk update blog hari-harikan. Aku ni walaupun free je manjang, cerita ada tapi mood nak menaip tu memang ke laut lah. Malas-malas tu memang no.1 skang ni. *sigh*
Anyway, macam mana persiapan untuk menyambut lebaran? Harapannya bersederhana jela kita semua. Aku ni first time la nak rasa kat overseas. Persiapan takdelah meriah mana tapi adala gigih aku duk buat biskut dua tiga jenis nak melepas rasa nak makan sangat tu. Buat yang mana senang jela.
Tapi sebelum tu nak cerita yang aritu sempat la terjah ke Manchester, ni adalah first time ye aku pegi sana. Walhal takde la jauh mana pun dalam sejam setengah perjalanan je. Ni pegi pun sebab nak buat suprise untuk housemate aku yang ada convocation kat Uni. of Manchester. Master in Music ye... jangan main-main. Hahahh aku tiap-tiap hari belajar vokal dengan dia. Hiks.
jommmm kita selfie dulu! |
salam perantauan dari kami... |
Bercakap pasal persiapan raya pulak. Kat sini kan mana ada orang duk jual biskut raya bagai. Kalo nak makan, kene la buat sendiri orang kata. Kalo tidak, tak merasa ler.
Jadik aku dengan mengambil inisiatif sendiri nak buat sendiri. Walaupun dah lama giler tak buat biskut-biskut ni. Selalunya adalah biskut tunjuk jela paling senang sekali.
Ayuhhh!
chocolate chips cookies versi subway meletop rasanya! ahaks |
ni masih lagi biskut coklat chips tapi aku buat kecik skit, rangup dan tak keras, presentation adalah amat instagram material. hahaha |
plan asal adalah nak buat red velvet cookies, ntah macam mana aku gedik pegi pakai sirap ros punya merah. abes rasa biskut aku rasa air sirap! hahahah |
yang tu adalah biskut Walnut Birmingham aku tukar skit dari pakai almond pakai walnut. hiks. |
biskut cornflakes madu. rasanya semua orang suka biskut ni. meletop! hahaha gigih la duk buat masukkan satu-satu dalam cup tu. makannye kejap je abes! |
persiapan buat biskut cornflakes madu |
dah siap, masukkan dalam bekas ler nanti masuk angin. do not touch until raya, tapi rasanya satu satu balang lesap! |
ni pulak cornflakes cookies, saja buat skit nak rasa. dah abes dah biskut ni ahaks! |
*****************************************
Papepun, dikesempatan ini, aku di perantauan ini mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri buat seluruh muslimin dan muslimat walau dimana jua kita berada.
Dikala menyambut hari lebaran nanti, jangan dilupakan saudara seagama kita di Gaza yang sedang diserang Zionis yang tidak berhati perut itu. Selitkan doa untuk mereka di dalam doa kita nanti. InsyaALLAH semoga ALLAH melindungi mereka semua.
Dan juga aku ingin memohon maaf di atas segala kesilapan tutur kata, dalam penulisan dan percakapan ataupun segala benda yang mungkin membuatkan anda semua terasa atau berkecil hati. Sesungguhnya aku adalah manusia yang tak lari dari kesilapan sendiri.
Maaf zahir batin dari Kaki Berangan....
Selamat Hari Raya di perantauan john...maaf zahir batin...gigih berbalang buat kuih raya tu...hehe
ReplyDeleteselamat hari raya DJ! Maaf zahir batin! gigih ler sebab nak makan time raya punya pasal. hiks. ;)
Deletewah...meletop sungguh biskuit cornflakes madu...hahaha.... Selamat hari raya..maaf zahir dan batin.
ReplyDeletehahahah haruslah meletop MKL! hahaha setahun sekali raya katanya. hiks. selamat hari raya maaf zahir batin! hati2 balik ke kampung tu.
DeleteSelamat Hari Raya John! Maaf Zahir dan Batin ye..Best weh dpt beraye kat obersea, cecite gak tu tapi takut aku melalak kat sana lak tepon mak pagi raye..thehee..
ReplyDeleteWoh! kad raya kacak gak!Nway, bisekut raye ko mengancam kuts, haku pun da bekurun tak buat thehehehehe..kim salam kat fida jacob ye! ^^ V
chimeiiii! selamat hari raya! maaf zahir batin! insyaALLAH kalo ade rezeki raya kat sini jugak ko haaa. ;) aku ni pun rajin ler jugak nak buat. kalo kat msia, tidak ler nak buat biskut tu haaa. hahahah
DeleteWah!!! Semangat nak buat biskut raya tu... Mmg salute lah dgn KB, sya sendiri blum pernah pun buat kuih raya :) apa2 pun Selamat Hari Raya, maaf zahir batin :)
ReplyDeletehahahah semangat anak perantau katanya! biase2 je takde nak salute sangatlah org lain lg gempak kot. hiks. selamat hari raya! maaf zahir batin. ;)
DeleteWah... gigihnya John buat biskut. Selamat Hari Raya maaf zahir batin buat John di perantauan...
ReplyDeletehahahah gigih ler PLM, skali skala katanya. selamat hari raya! maaf zahir batin. hati2 blk ke kampung tu. ;)
Deletefirst time beraya kat perantauan eh? gile rajin buat kuih!! hehe..btw, selamat hari raya aidilfitri..:)
ReplyDeleteaah first time katanya. hiks kene la rajin sbb sendiri nak makan punya pasalkan. selamat hari raya yayan!
DeleteOh John !!!...Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin..selama kita kenal di alam maya ni mesti adalah salah dan sila..kalau ta ada tu tipu heee...sob..sobb..sob...sedih bukan sbb John x dpt balik raya di kg tapi sedih sbb JM tak dpt rasa beraya di obersea...ahahah obies tak?
ReplyDeleteSekali sekala apa salahnya merasa beraya di perantaun kak..mesti lain sikit suasananya..
Ya Ampun..John..JOhn..bukan saja pandau buat kuit, biscuit raya pun boleh...presentation mmg mantop!!!..hai untung lah sapa kawin gan ngan John..dh le bijak, hensem, baik dan rajin pulak memasak...opss..panjang nyer komeng
ahak! hahaha takdela sedih mana pn. alhamdulillah ok je kat sini. selamat hari raya! maaf zahir batin! hati2 balik kampung tu.
DeleteSelamat Hari Raya!
ReplyDeleteBOOM!
BOOM! Y bother Y bother Y bother~ selamat hari raya!
Deleteam smiling to see your presentation.
ReplyDeletebalik malaya..kalau tak buat...siap!
kekekekek thank you akak blh masuk masterchef x? ahaks! insyaALLAH kalo saya balik malaya la. ahahahh ;p
DeleteSelamat Hari Raya John..
ReplyDeleteWah tahun ni beraya di perantauan ye ;-)
yupppp! raya di perantauan katanya. insyaALLAH ok la hendak-Nya. selamat hari raya Ako! ;)
DeleteWaaa..gigih buat berjenis jenis kuih raya... respek betul la kat orang orang di perantauan nih !!!
ReplyDeleteSelamat hari raya john...pagi raya jangan nanges tauuuu !!
hahahahah takdela gigih mana pun akak oiii. buat skit2 je yg mana reti dan senang katanya. ;) selamat hari raya akak! maaf zahir batin. harap2 tak la air mata jatuh.;)
Deletesalam raya dari perantauan john!
ReplyDeletepresentation ala instagram akak kasi 4 1/2 bintang!
bagus sungguh ko dik, akak pun tak rajin buat semua sekut-sekut tu, tunjuk aje pandai..mmg dasar pemalas kan!
selamat hari raya akak!
Deleteamboihhhh thanks akak. blh la masuk masterchef ni. plating dah meletopkan! ahaks.
Selamat Hari Raya John....
ReplyDeleteselamat hari raya pae! maaf zahir batin! kek buah sebekas! ahaks.
Deleterajinnya awk.. bertuah sapa dapat ;D
ReplyDeletehahahah rajin ler sekali skala. T___T
Deleteselamat hari raya, john..
ReplyDelete*cantik biskut2 tu...
selamat hari raya zilla! maaf zahir batin. hiks takleh lawan biskut dia buat lagi meletop! ;)
DeleteWah nampak sedap-sedap cookies John buat. Memang terbaik le John. Pandai pandai pandai :)
ReplyDeleteMacam mana puasa dalam musim panas di sana?
Tentu meriah dapat raya di perantauan.
Saya mengambil kesempatan di sini untuk memohon maaf di atas segala kesalahan saya pada John.
Allah akak buat yang simple-simple je demi nak amek mood raya. ;))) puasa so far takdelah teruk mana pun. saya rasa alhamdulillah ok je. tak terasa panjang pun ada kdg2 tu saya pun amek kesempatan memohon ampun maaf kalo ada terkasar bahasa ke ape. selamat hari raya akak!
DeleteSelamat hari raya john
ReplyDeleteWalau kat mana pun , penting adalah raya di hati
selamat hari raya pak itam! tu dia... yang penting raya! ;)))
Deleteselamat berhari raya bro...jauh benor raya tahun ni yer...maaf zahir dan batin...
ReplyDeleteselamat hari raya bro! nampak mcm beraya ber3 ye. maaf zahir batin.;)
DeleteWoww salute la. Gigih buat kuih raya. Hehe. Selamat hari raya john!
ReplyDeletehahahah kene la gigih rara! selamat hari raya! maaf zahir batin. ;)
DeleteSalam Aidilfitri. Hee.. Maaf zahir & batin jgk :)
ReplyDeleteComel je itik biru tu. Hehe...
selamat hari raya! maaf zahir batin. ;) itik free kat rumah. ahaks.
Deleteselamat hari raya beb. Maaf zahir batin ye
ReplyDeletekelasss cookies2 yu. boleh meniaga la taun depan
selamat hari raya dzuchan! maaf zahir batin! nampaknya kene bukak order la tahun depan. hahahah
DeleteSelamat Hari Raya :)
ReplyDeleteSedap-sedap kuih raya
selamat hari raya jugakkk! ;) kuih raya simple2 je. hiks.
Delete