Monday, August 4, 2014

Syawal 1435H | "Kerana Kerisik & Kacang"

Assalamualaikum!!!

Salam 8 Syawal! Aku rasa arini dah ramai dah start keje dah kan? Lebih kurang seminggu dah raya. Cukup-cukupla kot duk kat kampung tu. Moh beraya kat bandar lak. Mesti banyak open house hujung minggu nanti. 

Anyway... how's my raya in Birmingham? Best ke tidakkk? Nak kata besttt gilerrr tu amatlah tipukan. Yela, bila dah 23 tahun asyik beraya dengan family je. Tup-tup, tahun ni kene beraya sebagai anak perantau lak. Mau tak syahdu hidup aku ni kan? T___T Tapi tahun ni pun ada kenangan yang tersendiri. Nasib baik ada kawan-kawan yang boleh dicerca, dihu-ha, bergembira bersama-sama di pagi syawal. Takdelah sendu mana pun.


Apa juadah di pagi 1 Syawal?

Alhamdulillah... serba sederhana dan mengenyangkan. Segala plan dan preparation sudah pun dibuat 2-3 hari sebelom menyambut syawal lagi. Ada berpakat dengan seorang keluarga melayu yang dah lama menetap kat sini. Kirany kitaorang sambut beraya umah dialah untuk prepare segala juadah hari raya ni. 

Juadah yang dah pikir nak buat adalah satey, nasik impit, kuah kacang, rendang ayam dan daging, lontong. Haaaa banyak ke tidak tuh? Hahahah okla dapat merasakan. Biskut raya tu toksah cakap ler memang ada. Ada semprit dan tart nenas gak. Malam raya tu sempat duk uli tart nenas. Huduhhh gilerrrrrr bentuknya. Tapi lantaklah janji rasa tart nenas. Hahaha.


       



1 Syawal berakhir dengan macam tu je... takdelah meriah mana tapi oklah dari tak sambut langsungkan. Drama pun ada okeh! Tapi tak eloklah untuk diceritakan kat sini tapi cukup nak uji sesebuah persahabatan tu. Takde kaitan dengan aku secara langsung tapi ianya cukup memberi pengajaran untuk aku sendiri untuk masa depan. 

Anyway... makanan raya memang aku tak snap langsung! Macam mana ntah boleh terlupa nak snap. Penat sangat kotkan... huk huk. 

Apa plan 2 dan 3 Syawal? Haaaa aku dan kawan-kawan buat roadtrip! 

Plan ni dah lama dibuat alang-alang takde benda nak buat sangat time raya kat sini. Ayuhlah kita jelajah UK ni tengok ape benda yang boleh dibuat. 

Antara yang sempat kitaorang terjah untuk 2 hari roadtrip ni adalah Mayfield Lavender Field. Brighton dan jugak Seven Sisters Country Park. Sempat bermalam kat rumah saudara kawan aku ni kat pertengahan perjalanan. Okla sambil datang ziarah hari rayakan.

Perjalanan bermula seawal 7 pagi. Sempat aku goreng mihun untuk bawak bekalan makan tengah hari tu. Pastu ada lebihan rendang dan nasik impit kuah kacang. Bawak jelakan... tak masuk lagi berbalang-balang biskut untuk kudapan dalam perjalanan. Perghhh! Macam roadtrip yang jauh yang amat! Hahaha walhal nak sampai tu takdela amek masa lama pun. Busuk-busuk pun dalam 3-4 jam je. Ahaks! Yang penting semangat tuh. 

Raya ke-2 tu memang plan dah semua akan pakai baju hari raya. Nasib semua bawak baju raya lebih. Kira takdelah duk ulang baju raya yang samakan Hiks. 

Tempat pertama yang kitaorang terjah adalah Mayfield Lavender Farm yang terletak kira-kira 15 miles dari kota London. Tak dapat terjah sampai ke Provence di France, kat UK pun ada lavender farm yang cantik kalo nak tengokkan.

Ni details Mayfield Lavender Farm:

Croydon Lane, Banstead, SM7 3BE
Opening Times:

- 9am to 5pm Thursday to Sunday from 8th May
- 9am to 6pm EVERYDAY from 1st June to 30 September 2014

Parking: GBP2/car
Entrance fee: FREE


Apa lagi? Jom layan gambar okeh! 












Lama gak kitaorang lepak kat Lavender Farm tu, sampai nak tutup dah kekdahnya. Sempatlah berpiknik kat bawah pokok tu. Fuhhh~ nyawan sungguh weh! Wangi? Ntahla hidung aku ni macam takdelah bau wangi mana pun. Tapi kawan aku kata wangi je. Adakah hidung aku ni dah ada sesuatu? Hurm... 

Dah puas tu, teruslah menuju ke rumah saudara kawan aku tu. Dalam sejam perjalanan camtu... Alhamdulillah malam tu dijamu dengan mee bandung. Meletop rasanya siap bertambah-tambah lagi. ^___^


******************************


3 Syawal.. hari bermula awal dengan makan breakfast dulu dan kemudian menuju ke Brighton tak amek masa dalam sejam lebih dari tempat kami berada. Nak pegi tengok pantai katanya... Cuaca sepanjang hari tu memang awesomelah! Takde tanda-tanda nak hujan langsung! 

Bila dah sampai kat Brighton tu, giler ah ramai orang! Nak carik parking pun takde. Taknak buang masa punya pasal, kitaorang terus je perjalanan menuju ke Seven Sisters yang terletak kira-kira 40 minit dari Brighton ni. 

Lalu la jalan yang tepi English Channel tu. Lawa seyyy view dia!

The Seven Sisters are a series of chalk cliffs by the English Channel. They form part of the South Downs in East Sussex, between the towns of Seaford and Eastbourne in southern England. They are within the Seven Sisters Country Park. They are the remnants ofdry valleys in the chalk South Downs, which are gradually being eroded by the sea.

Cakap banyak tak guna jom layan gambar..












Dah macam pukul 5 petang camtu, kitaorang mula bergerak menuju ke Brighton semula nak tengok ape yang ada kat situ. Saje cuci-cuci mata. Summerkan... maka boleh tengok ramai orang keluar jejalan. 


ferris wheel pun ada kat sini

katanya kat sini ummah LGBT ramai duk buat penempatan kat sini

pemandangan Brighton Pier

anak-anak muda nak pegi lepak tepi pantai sambil bawak minuman

bermesra

ramai yang duk bersantai atas pantai yang ada pebble stones ni takde pasir pun

macam theme park

pelukis jalanan

pier

sunset di Brighton Beach

Brighton Royal Pavilion. tak jumpa mana pintu masuk... amek gambar jela

bayangan

senibina yang macam islamik skit

femes katanyaaaaaa

beli dua sets, share 5 orang. jadiklah nak makan lapar katanya....

Dari Brighton teruslah pulang ke Birmingham. Dalam tengah malam baru sampai.  Whatttt day! Yang penting seronok! 

Till then...

Bye!

22 comments:

  1. selamat hari raya john..
    tetiba la teringin nak beraya sekali sekala kat tempat orang, boleh gitu? haha
    gambar ramai2 kat brighton beach tu mengingatkan aku dkt scene 22 jump street lak

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh boleh takde masalah. aku ni pn cukupla kot sekali unless terpaksa tu lain cite. T__T

      Delete
  2. Selamat hari raya buat John di perantauan...mmg best..bukan senang nak dpt peluang beraya di negara orang..cantik warna baju melayu tu..sambil beraa leh jalan-jalan lagi..ohh...nikmat betul :-_

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya JM. terima kasihhh.. sesekali kan org kata beraya di perantauan. ;)

      Delete
  3. Marbelles gambar ko baju merah kt Lavender Farm tuh
    Mmg marbelless!

    Aku jelesss!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaks! terima kasihhhhhh! ^___^ jangan jeles aku doakan ko dpt sampai gak nnt. insyaALLAH.

      Delete
  4. Minal Aidzin Wal Faidzin Bang Jhon, maaf lahir batin ya.
    Brighton Royal Pavilion ini bentuknya memang seperti Masjid, ada kubah gitu ya Bang Jhon. Apakah memang ada pengaruh arsitektur Islam ya ?
    Oh ya.. di sana orang ciuman di jalanan gitu bebas amat ya..Bang Jhon...hehe. Astagfirullah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya firdaus. iya, sy pn ingat mula2 tu masjid. rupanya bukan istana asalnya.

      Delete
  5. selamat hari raya bro... syokkan beraya sambil berjalan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya azura! syiok la jugak sesekali raya kat sini. hiks.

      Delete
  6. Salam Aidilfitri :)
    Maaf zahir batin dr CN. Hee..

    Tajuk entri mcm blh buat novel ni. Hehe (gurau senda hari raya. hee...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaks! mmg boleh tajuk novel tuh. kasik mcm2 plot dlm tu. ;)

      Delete
    2. Kumpul2 story, blh jd 1 novel ni :D

      Delete
  7. mesti wangi gila....lavendar...SALAM LEBARAN 2014

    ReplyDelete
    Replies
    1. jujurnya saya tak bau sangat wanginya tapi kwn sy bgtau mmg dia terbau wangi bunga lavender tu. hiks. salam lebaran~ ;)

      Delete
  8. Selamat Hari Raya! Memang raya Lavender sungguh. Balik Msia bawa2 lah cek hidung, ke dah lali wangiwangian bunga. Maaf zahir batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha kene check hidung ke nih? aisehhhh~ selamat hari raya bibie!

      Delete
  9. Selamat hari raya!
    Kat mana pun kita raya janji semangat tu tetap sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeahhhhh! tu semangat yg kita mau! selamat hari raya liza! ;)

      Delete
  10. cantik weh lavender tuh..bleh guling2 kuch kuch hotak heii..ritu kat jeju x dapek kan...x dapek tgk lavender buat misi mencari lupin kat Nz pun jadi le insyallah T T

    ReplyDelete
  11. Bilalah nk beraya style obersi nih <--- smbil kiro duit rayo oohh sadis.Selamat hari raya john.

    ReplyDelete
  12. pic sume cantik2! adehhhh jelesss!!!

    ReplyDelete