Tuesday, August 5, 2014

Seharian di Stratford Upon Avon

Assalamualaikum!

Masih lagi ada mood raya ke? 

Ni aku ada satu entry nak bagitau kat orang ni. Berkaitan dengan travel gak. Ni pegi aritu dalam bulan puasa. Saje nak jejalan yang dekat-dekat. Tak jauh dari Birmingham gak dalam 40 minit train ride yang berharga GBP5/return. Haaaa murah tak? Ni tiket pun beli pakai RailCard 16-26 (kira macam kad diskaun gak) kalo tidak jadik mahal ler skit. 

Trip ni pun pegi sebab kawan aku yang ajak. Bila lagi nak explore bahagian dalam United Kingdom ni sendiri. Banyak tempat yang bagi aku agak lawa kalo nak explore. *sigh* banyak lagi ni tak explore. Time is running out! 




Apa tempat yang aku nak terjah ni?

Katanya Stratford-upon-Avon, femes katanya dengan tempat kelahiran William Shakespeare, orang mesti familiar dengan naskhah "Romeo & Juliet" dan jugak "Hamlet" tu la dia yang mereka cerita tu. Femes la sebagi pemuitis yang terkenal zaman dahulu. 

Perjalanan aku bermula seawal 9 pagi naik train dari Birmingham menuju ke Stratford Upon Avon ni. Cuaca pagi tu amatlah cantik! Harap-harap dapat la jejalan dengan tenang dan tak lapar. Al-maklumlah... nak bermusafir. "Eh" tak lebih 2 marhalah pun. Hahahah dari train station Stratford, jalan kaki untuk menuju ke town centre tak jauh pun dalam 10 minit jalan kaki. 

Dalam perjalanan dari train station menuju ke town centre nampak ada beberapa kedai makan Halal kiri dan kanan Boleh pilih nak masuk yang mana satu. Tapi pilihannya adalah macam jenis kebab, pizza tu jela. Time sampai tu tak bukak lagi. Yela, bulan puasa kot. Hiks. 

Bagi mereka yang mencari macam kawasan penuh dengan British dan suasana British, kalo datang ke Stratford ni memang akan rasa pengalaman tersebut. Susana tenang dan lawa okeh! Takde pun rasa sesak-sesak dengan orang yang bukan British. I feeling sangat! Hahahah. Rekabentuk bangunan pun agak berbeza skit dari ape yang aku selalu tengok kat Birmingham ni. Town dia tak besar mana pun. InsyaALLAH boleh cover semua dengan menapak je. Nak dengan taknak je. Trust me. Tapi aku tengok ade je HOHO Bus kalo nak naik. Tapi aku tak brape gemar sangat naik bas ni. Ntah la maybe sebab money contraint dan penah naik skali dulu kat. Tak suka la... Macam tak puas. 




Kalo datang ke Stratford ni, memang orang kata antara tempat yang wajib singgah kalo nak adalah 5 buah rumah yang berkaitan dengan William Shakespeare yang terletak dalam pekan Stratford ni. Ada yang dekat antara satu sama lain dan jugak ada yang jauh. 

Antara rumah-rumah tersebut adalah:
  1. Shakespeare's Birthplace : tempat lahir katanyaa....
  2. Nash's House & New Place : tempat meninggal....
  3. Anne Hathaway's Cottage : Rumah bini Shakespeare ni, tua dari Shakespeare
  4. Mary Arden's Farm : Rumah ibu Shakespeare
  5. Hall's Croft : Rumah anak cucu William Shakespeare
Tiket masuk kombo untuk semua tempat-tempat ni adalah berjumlah yang aku bayar adalah GBP21/pax. Agak mahal actually tu pun dah guna student card. Maka, dapatlah diskaun skit. Tapi bila pikirkan bila lagi nak masukkan? Tak mungkin nak datang lagi dah kot. Cukuplah kita cover abes kali ni. 

Untuk more info berkaitan entrance fee ataupun Shakespeare ---> SINI 

FYI, kesemua rumah-rumah ni dijaga dengan begitu teliti untuk panduan dan attraction generasi masa depan. Kiranya, tiket yang dibayar adalah amat berguna untuk pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan sekitar. Memang terjaga dengan begitu elok skali. 

Rumah pertama aku jejak adalah Shakespeare's Birthplace. Kecik je rumahnya tapi zaman dahulu dah dikategorikan sebagai rumah orang kaya dah. Keluarga Shakespeare ni femes dengan pembuatan sarung tangan. 

Cakap banyak pun tak guna. Mesti korang lagi syiokkk nak tengok gambarkan? Ahaks! ;p

dalam galeri Shakespeare

dorang ni bukan duk melepak saja-saja, dorang akan berlaku salah satu babak dalam novel pilihan korang, aku mintak "Romeo & Juliet" ahaks

ni lah Juliet.. lawa ke tidak? ;p

rupa dari luar rumah kelahiran Shakespeare ni

menghendap dari celahan tingkap

laman rumah Shakespeare, ada taman jugak kat sini

cuaca cantik!

view lain pulak untuk rumah Shakespeare ni

Dari satu rumah ke rumah lain pulak yang terletak tak jauh dari situ. Sempatlah dalam pada tu nak ronda-ronda kawasan sekeliling jalan utama tu. Kiri kanan ada macam-macam kedai. Tak masuk sangat pun sebab tak tau nak beli ape. Lebih kepada duk amek gambar Rakyat tempatan duk jalan-jalan pun ramai. Maybe amek peluang sebab cuaca arinikan amatlah best! 

Nasib baik puasa je... kalo tidak dah lama aku singgah salah satu kedai kopi yang ada untuk lepak-lepak. Rasa macam syiokkkk je ;p


cheers pakcik

sebatang jalan yang wajib singgah

bentuk bangunan dorang ni tak sama, senget benget!


Rumah seterusnya adalah Nash's Place and New Place. Rumah baru untuk William Shakespeare bersama sekeluarga. Lebih besar sedikit dari rumah tadi dan ada taman yang agak besar dan lawa. 











Lepas tu pegi pulak ke Hall's Croft rumah anak perempuan Shakespeare ni. Tak jauh gak daripada situ. Time ni cuaca macam tiba-tiba berubah macam nak hujan. 

Tapi jalan jela... 






Bila hujan dah berhenti... kitaorang pegi lak ke Stratford River Side. Saje nak tengok kawasan sekitar. Ramai betol orang duk bersantai. Syiokk pulak rasanya time ni matahari mula menyinar kembali. 


budak-budak sekolah duk siapkan assignment luar

roundabout kat tengah-tengah pekan

tempat duduk

canal kat Stratford Upon Avon Riverside, teringat houseboat yang kat Amsterdam

houseboats

ke mana kita selepas ni?

swans

riverside yang indah

jambatan

kerusi untuk beristirehat tapi takde sape pun guna kerusi ni, semua pakat duk lepak atas rumput, kene bayar kot

tak silap aku ada sebab nape dorang buat duri-duri macam ni kat bawah jalan sebab nak elak gelandangan tido kat bawah jambatan, tercucuk bontot kang! ahaks

jeti

rekabentuk bangunan yang berwarna black and white


Next? Ke mana aku lak? Aku tak terjah ke semua rumah-rumah ni sebab masa macam agak suntuk tapi yang last memang nak pegi Anne Hathaway's Cottage yang terletak agak jauh dari town centre. Pada mulanya ingatkan boleh la jalan kaki. Rupanya hampir 2 miles kitaorang menapak okayyy! Fuhhh~ jauhhh giler. Ingatkan boleh la jalan kaki je. Sampai melecet gakla kaki ni. Gara-gara pakai kasut tak proper. Rasakan! Kawan aku siap kaki ayam je sebab tak tahan sakit. Tapi berkat kesabaran bulab posa gaklah. 

Mesti korang ingat ni rumah Anne Hathaway pelakon the Princess Diaries tu kan? Ahaks. Tidakkk ye.. mulanya aku pun ingat camtu kan. Jadahnya Anne tu British ke? Ahaks I thought she is an American? Gituew~ hiks. Rupanya dia ni bini William Shakespeare. 

Rumah dia ni lawa siap ada garden yang banyak bunga! 


bumbung rumah berbentuk segi tiga

kedai kebab halal 

icon bulan sabit katanya tempat mengambil inspirasi sambil tengok bulan waktu malam

Anne Hathaway's Cottage

Bila dah abes ronda-ronda kat sini la tiba-tiba hujan turun dengan maha lebat! Kiranya tamatlah jalan-jalan seharian kat Stratford Upon Avon ni. Nak jalan kaki balik ke train station memang tidaklah nak redah hujan ni. Maka, call taxi jela. Susah gak nak dapat sebabnya dah waktu petang ni, ramai driver taxi dah balik rumah. Abes keje katanya. Nasib kitaorang dapat gak satu buah ni. 

Kalo korang sempat dan berminat boleh la singgah ke sini. Kalo taknak pun takpe. Tapi overall, aku suka dengan tempat ni. Lain dari yang lain skit dari pemandangan biasa aku tengok kat UK ni. Haaaa macam tu ler. 

Till then...

Bye!

9 comments:

  1. first?
    tak?
    kbai


    avon-teringat plak yang akak TAK PERNAH sampai sini!!!
    kbai balik

    ReplyDelete
  2. loh

    aku pun ingat tu Anne Hathaway pelakon tu.

    ReplyDelete
  3. selamat hari lebaran John

    mmg tenang kat sini dan suasana original masih dikekalkan
    nice picture

    ReplyDelete
  4. memang best tempat ni..malangnya tak dapat spent seharian kat sini :(

    ReplyDelete
  5. Aku baru je tgk raya baru ni rancangan The Fabulous Baker Brothers kat channel TLC shoot kt stratford ni.. Amazing giler tgk diorang pakai pakaian zmn lama gini.
    Pastu tgk plak gambar ko pergi sini....walla!

    ReplyDelete
  6. Selamat hari raya Mohd John ;p

    benci tak tunggu taw.... huhuhu

    lenmacam je gambar tu?? gajet baru kerrrrr????

    ReplyDelete
  7. bestnya galeri shakespeare....terbaik...salam lebaran..raya sebulan kan di sana.

    ReplyDelete
  8. Kalaulah tahu tempat ni dulu. *frust*. Thanks highlightkan

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum John...
    Love your blog. Very informative indeed! Boleh tak akak nak minta nasihat?

    ReplyDelete