Friday, July 25, 2014

Menjelang Syawal... | Salam Aidil Fitri 1435H

Assalamualaikum! 

Rasa takde mood sangat nak berupdate blog ni. Aku salute la sape-sape yang gigih duk update blog hari-harikan. Aku ni walaupun free je manjang, cerita ada tapi mood nak menaip tu memang ke laut lah. Malas-malas tu memang no.1 skang ni. *sigh*

Anyway, macam mana persiapan untuk menyambut lebaran? Harapannya bersederhana jela kita semua. Aku ni first time la nak rasa kat overseas. Persiapan takdelah meriah mana tapi adala gigih aku duk buat biskut dua tiga jenis nak melepas rasa nak makan sangat tu. Buat yang mana senang jela. 

Tapi sebelum tu nak cerita yang aritu sempat la terjah ke Manchester, ni adalah first time ye aku pegi sana. Walhal takde la jauh mana pun dalam sejam setengah perjalanan je. Ni pegi pun sebab nak buat suprise untuk housemate aku yang ada convocation kat Uni. of Manchester. Master in Music ye... jangan main-main. Hahahh aku tiap-tiap hari belajar vokal dengan dia. Hiks. 

jommmm kita selfie dulu! 

salam perantauan dari kami... 

Thursday, July 17, 2014

4D3N Ireland - Total Expenses!

Assalamualaikum!!!

Salam 10 Ramadhan terakhir untuk ummat Islam semua. Pejam celik, pejam celik uishh cepat giler masa berlalu. Aku duk rasa baru je start puasa aritu ni dah tinggal 1/3 dah dari 30 hari kita akan berpuasa. Aku yang duk puasa 19 jam ni pun tak rasa pape. *sigh*

How time flies kan... 

Anyway, ni adalah total expenses untuk trip aku ke Republic of Ireland & Northern Ireland bulan May aritu. Fuhh~ terlajak almost 2 bulan nak abeskan. Walhal trip pendek jekan. Nak buat camne.. Malas tu berganda-ganda lak.

Ayuhh!


Transportation
  • Flight ticket Ryanair (Return journey) : GBP20/pax
  • Car rental 4D3N Europcar : GBP122.70/5 pax = GBP24.54/pax
  • Fuel 4D3N : GBP107/5 pax = GBP21.40/pax
  • Parking at Dublin City : GBP1/pax
  • Single journey bus ride at Giant Causeway : GBP1/pax
  • Taxi ride to Birmingham Airport : GBP6/pax
Total transportation cost : GBP73.94

Tuesday, July 15, 2014

#6 - Wicklow Mountain National Park, Ireland

Assalamualaikum! 

Okeh aku janji ni adalah entry pendek pasal Ireland. Tak larat aku nak peram lama-lama dah. Nak abeskan cepat-cepat before masuk bulan Syawal. Eceh~. 

Kali ni adalah dari Cliff of Moher menuju ke Wicklow National Park. Tau kenapa nak pegi sini? Sebab kawan aku kata kat sinilah salah satu scene dalam filem "P/S: I love You" penah buat. Aku yakin ada diantara kita yang penah tengok filem ni. Actually aku penah tengok aritu before pegi sana. Hahaha amek mood katanya. 

Tapi hari yang sepatutnya kitaorang explore Wicklow National Park, memang takde rezeki sebab cuaca tak begitu baik sepanjang hari. Mendung. Berkabus. Hujan.  Kira cukup pakej la. Agak membantutkan actually. Tapi dah sampaikan.. kita amek gambar yang mana ikut sedap hati jela. 

Monday, July 7, 2014

Pengalaman berpuasa di UK! (Minggu Pertama)

Assalamualaikum!

*Entry ini tidak ada kaitan dengan aktiviti travel*

Pejam celik, pejam celik dah seminggu dah kita berpuasa di bulan yang penuh barakah nih. Rasa sekejap gilerkan? Bangun tido, buat keje skit, masak-masak kat dapur eh dah nak berbuka. 

Tahun ni, tahun pertama berpuasa kat overseas. Excited much? Takdela jugak lepas duk kat sini dah nak masuk 6 bulan tak rasa pape pun. Rasa macam duk kat KL jugak cuma yang berbezanya persekitaran, makanan yang jumpa kat luar dan orangnya. Kawan-kawan kat sini pun orang dah aku rasa macam kenal lama, jadiknya perasaan homesick tu takdelah la sangat. Adakah ini simptom aku akan lupa diri taknak balik Malaya dah? Ahaks! 

Anyway, kat sini skang dah masuk musim panas dah actually. Tapi panas dia takdelah berbahang sangat aku rasa. Still rasa sejuk gak waktu siang tu. Tapi bila dah masuk malam, bila bukak pintu rumah rasa macam bukak peti ais. Hiks. Okla takdela kene pakai sweater pun. Rasa macam sejuk-sejuk aircon pun ada. Yang penting tak ketibas. Haaa tahu ke ketibas tu ape? Ketiak basah! 

Thursday, July 3, 2014

Review : Jacob's Well Bed & Breakfast, Rathdrum

Assalamualaikum!

Masih lagi entry yang berkisar berkenaan trip aku di Ireland bulan May aritu. Kali ni, aku nak share berkaitan dengan salah satu tempat accommodation aku sepanjang trip tu. Ni actually pertama kali aku stay kat Bed & Breakfast (B&B). Kalo ikut plan asal, B&B ni bukanlah dalam list aku untuk menginap pun. Aku lebih prefer hostel sebab lebih murah plus, studentkan.. nak duk mewah-mewah takdelah mampu mana pun. 

Tapi kenapa aku pilih duk B&B ni? Hahaha senang je, honestly time duk carik accommodation takde pun hostel yang available kat kawasan sekitar Wicklow National Park ni. Kalo tak silap pencarian aku la time tu, memang aku takde jumpa pun hostel. Kalo yang ada pun macam holiday park which was fully booked during that time. So, I ended up my research by booking the B&B. 

To tell you the truth, it's quite expensive but I guess, bila lagi nak merasa duk B&B ni kan. Sekali pun jadiklah... 

Tuesday, July 1, 2014

#5 - Cliff of Moher

Assalamualaikum! 

Salam Ramadhan buat seluruh pembaca blog Kaki Berangan yang budiman. Semoga kita bersama-sama dapat melipatgandakan amal ibadah di bulan yang penuh barakah ini. InsyaALLAH. 

Aku macam mana? Pertama kali puasa di overseas nih. Kalo dulu berpuasa di perantauan di KL je. Now now now... berpuasa diperantauan di overseas! Haaa.. mixed feeling? Adalah jugak sebab sebagai penggemar pencuci mulut bulan puasa ni, haish macam-macam dah aku craving nak makan. Contohnya tadi baru siap buat roti jala. Hahaha. Gigih okeh belajar kat youtube macam mana nak kiraikan jadik roti. 

Pengalaman pertama gak buat aku ni untuk tahun ni sebab nak kene berpuasa selama lebih dari 20 jam kat sini. So, hanya tinggal dalam 5 jam je untuk maghrib, berbuka, isyak, terawih, moreh, dan sahur. Fuhhh~ Semoga aku tabah. Nasib takde kelas time-time gini. Boleh la bertabligh sana sini. Hahahah. ;p

Papepun, Ramadhan Kareem semua. Jangan lupa puasa penuh, shalat teraweeeh, iftor dan jugak du'a kita semua selamat dunya akhirat. Amin... 


**************************************************