Showing posts with label Northern Ireland. Show all posts
Showing posts with label Northern Ireland. Show all posts

Thursday, July 17, 2014

4D3N Ireland - Total Expenses!

Assalamualaikum!!!

Salam 10 Ramadhan terakhir untuk ummat Islam semua. Pejam celik, pejam celik uishh cepat giler masa berlalu. Aku duk rasa baru je start puasa aritu ni dah tinggal 1/3 dah dari 30 hari kita akan berpuasa. Aku yang duk puasa 19 jam ni pun tak rasa pape. *sigh*

How time flies kan... 

Anyway, ni adalah total expenses untuk trip aku ke Republic of Ireland & Northern Ireland bulan May aritu. Fuhh~ terlajak almost 2 bulan nak abeskan. Walhal trip pendek jekan. Nak buat camne.. Malas tu berganda-ganda lak.

Ayuhh!


Transportation
  • Flight ticket Ryanair (Return journey) : GBP20/pax
  • Car rental 4D3N Europcar : GBP122.70/5 pax = GBP24.54/pax
  • Fuel 4D3N : GBP107/5 pax = GBP21.40/pax
  • Parking at Dublin City : GBP1/pax
  • Single journey bus ride at Giant Causeway : GBP1/pax
  • Taxi ride to Birmingham Airport : GBP6/pax
Total transportation cost : GBP73.94

Friday, June 27, 2014

#4 - Giant's Causeway | Shaped by Imagination

Hey Hey Heyy!

Sebelum aku lebih lupa nak sambung cerita pasal Ireland ni, baiklah aku sambung cepat-cepat. Kang makin lama, makin malas lak. Terus hilang diawangan cerita tu. 

Ayuhh! 

Selepas dah abes jejalan kat kawasan sekitar Carrick-a-Rede dalam entry sebelum ni --> SINI teruskan perjalanan lebih kurang dalam 10km sebelum sampai ke tempat parking yang luas kat area Giant Causeway ni. Actually, tempat parking tu kene bayar tapi bayaran dia adalah termasuk dengan ruangan cafe, ruang exhibition, dan beberapa perkara lain lagi. So, okla takde masalah sebab kitaorang memang plan nak mencekek kat cafe tu kot-kot ada something yang boleh ditelan. Kebulur dah rasanya nih! 



Friday, June 13, 2014

#3 - Carrick-a-Rede Rope Bridge

Hoiiiii!!!!

Pukul 5:30 pagi aku dah terjaga dari tido aku.  Walhal malam sebelum tu aku terlena dalam jam 10:30 malam camtu. Penat sangatkan katanya. Tup-tup 5:30 pagi aku dah kedengaran bunyi-bunyian Upin Ipin dari ipad kawan aku. Tu tandanya anak kawan aku dah bangun ler. Hahaha

Aku ingatkan dorang masih lagi dalam tak mandi, rupanya dah siap pakai baju semua! Tunggu nak gerak je. Motif awal giler bangunkan? Sampai aku sendiri pun terjaga segar bugar lak tu. Kat luar pun memang dah cerah giler dah skang ni. Borak punya borak... decided untuk gerak awal arini untuk menuju ke Giant Causeway. 

Kalo ikutkan map, tak jauh pun masa nak sampai kalo pakai highway yang ber'toll', tapi pagi tu, aku cakap why not kita lalu jalan "Causeway Scenic Route". Aku nampak papan tanda tu time nak pegi ke The Dark Hedges semalam. So, aku assumed Causeway Scenic Route tu memang akan menghala ke Giant Causeway lah. Saje nak tengok view, mana tau lagi cuns.

So, ape lagi? Let's bersiaplah! Lebih kurang 7 pagi camtu kitaorang dah on the road dah. 

Fuh~ awal-awal... 

Pemandangan sepanjang perjalanan tu memang lawalah aku kata. Teringat pulak macam view kat Great Ocean Road. Jalan pesisir laut. Walaupun cuaca agak sendu, tapi kene la jugak redha. Sesekali sempat stop untuk amek gambar sebab lawa. Hiks. 

aku nampak tunnel kecik ni pun kat pinterest, jumpa gak akhirnya tapi takde ruang nak stop kete pun, jadik snap dari dalam kete jela

Wednesday, June 11, 2014

#2 - Dublin, Ireland | "The Dark Hedges"

Hari ni naik kapal terbang lagi oiiii!

Bersambung dari entry sebelumnya yang tertunda aritu dek kerana panjang pulak. 

Flight menuju ke Dublin dari Birmingham tak amek masa lama pun. Lebih kurang 40 minit je. Macam nak balik dari KL ke KB je rasanya. Eh, rasanya lagi singkat je. Yela, Ireland ni terletak kat pulau sebelah UK ni je. Bukannya jauh mana pun. Flight aritu pagi lebih kurang jam 8:30 pagi. So, kene la datang lebih kurang 2 jam awal ye dak? Walaupun dah siap buat web check-in siap-siap, takut la pape yang tak disangka terjadi. 

Skang ni kat UK, pukul 4:45 pagi dah sunrise, haaaa cuba bayangkan waktu subuh aku kat sini jam 2:31 pagi. Fuhhh~ awal betol. Tak sempat nak tunggu 2/3 malam nak buat tahajud. Hiks. acah-acah la zuhud skit sekali-skala. Jadiknya, by the time aku gerak menuju ke airport pagi tu dalam pukul 5:30 pagi dah memang ada matahari keluar dah. Cuma yang lainnya, sunyi sepi. Yela, manusia mana nak bangun seawal ni nak pegi ofis? Acu kabor? Masing-masing masih lena diuli mimpi oiiiii.... 

By the time sampai airport, biasalah early flight selalunya memang ramai orang, plus time tu selalunya harga tiket memang murah. Hiks. Everything must be low cost katanya. Tak kisahlah. Janji dapat naik kapal terbang. 

Sebelum pegi ke departure hall, kene la sahkan passport and visa dulu kat boarding pass yang tersedia aku printed out kat rumah. Then, barulah menuju ke departure hall. Birmingham Airport ni punya security check ni kadang-kala renyah gak. Kene bukak kasut la, belt la, cecair semua kene keluarkanlah. Tapi nak buat macam mana kan? Ikut jela... 

Somehow, aku lebih suka terus terbang direct dari Birmingham instead of terbang dari antara salah satu airport kat London nu. Yela, senang takde incur more cost plus jimat masa. Ni nak pegi London lagi satu hal amek masa perjalanan. Busuk-busuk pun dalam 3-4 jam gak la nak sampai sana. Haaa camne itu? Tapi dah tu tiket yang dapat dari London yang paling murah, terimalah seadanya katanya. 

Wahhh, panjang dah intro aku kat atas ni! Fuhhh!

Okeh-okeh, flight pagi tu takde delay-delay. On the dot katanya! Plus, aku perasan mostly yang naik flight ke Dublin pagi tu pakai suits sume. Maybe ada meeting kot.  Yela, flight pun awal pagikan. Cuaca aritu memang marbeles. Langit biru, awan kepul-kepul semua cantiklah! Harapnya kat sana nanti pun cuns babas gak. InsyaALLAH. 

Sempatlah aku membuta barang seminit dua atas flight tu. 

bukti cuaca elok pagi tu

Monday, June 9, 2014

#1 - Kisah Planning trip ke Ireland dan Northern Ireland

Irish!

This time, aku berpeluang untuk menjejakkan kaki ke Irish Land pulak. Alhamdulillah. 

Tak plan pun actually, ni semua gara-gara kawan kat sini ajak untuk penuhkan group dorang since nak buat roadtrip kat sana nanti, kalo penuh dapatlah jimat kos untuk sewa kete dan lain-lain. Pegi sana tak lama pun, pegi untuk 4 hari 3 malam.

Tempat utama yang wajib pegi kalo datang ke Ireland dan Northern Ireland ada beberapa seperti Giant Causeway dan Cliff of Moher. Basically, boleh dikatakan semua nature. Kalo mereka yang sukakan nature, maybe Ireland boleh masuk dalam wishlist anda gak. Selain daripada tu, city yang mungkin singgah adalah Dublin, Ireland dan jugak Belfast, Northern Ireland. 

Bagi peminat filem romantik "P/S: I Love You" pun penah buat shooting kat taman negara kat sini. Adakah berjaya kitaorang jumpa? Hahahah kene tunggu la kot.


Sunday, May 25, 2014

Tips | 4D3N in Ireland & Northern Ireland

Assalamualaikum!

Kembali bersiaran selepas berjalan naik kapal terbang. Hiks. 

Terasa lama betol tak naik kapal terbang ni. Bontot rasa panas dah duk kat rumah ni. Haruslah kene anginkan dengan kerusi kapal terbang. Ye dok? Hahahah. 

Kejadian travel ke Ireland ni berlaku lepas balik dari Switzerland aritu. Kawan aku ajak penuhkan orang untuk trip dia untuk jejalan ke Ireland. Tak mahai pun tiket kapal terbang hanya GBP20/return! 40 minit perjalanan je dari Birmingham ni. 

Ape lagi? One set go! 

Since ni trip pendek, maka aku try buat segalanya untuk planning. Senang dan tak susah mana pun. Plus, aku nak tau beberapa tempat lokasi mainstream yang aku nak terjah bersama jemaah nanti. Tak boleh terlalu hardcore sangat sebab bawak budak 2 tahun dan cuaca pun agak macam gloomy kalo ikut ramalan cuaca. 

Kali ni travel secara troli-molly. Tak mau galas beg. Campak je dalam bonet. Senang!