Wednesday, July 1, 2015

4D3N | Secara Ringkas di Scotland

Quick update! 

Aritu aku berkesempatan untuk jejalan buat kali terakhir di UK ni sebelum berangkat pulang ke Malaysia dalam beberapa hari je lagi ni. *mixed feeling weh*

Tapi sebelum balik tu, aku sempatlah plan dengan kawan-kawan di London yakni Byya, Hairi dan Idrina untuk buat roadtrip ke Scotland. Yela, kalau nak explore Scotland ni, aku prefer pegi reramai atleast 4 orang sebab senang nak sewa kete boleh buat roadtrip instead of pegi sorang-sorang lagi tinggi kos dia untuk amek segala-mala tour pakej yang ada. So, dorang semua setuju untuk pegi ke sana! Yeahhh tambahan pulak travel bulan puasa ni, jimat lagi kos dalam bab makan ni. Hiks. 

So, dalam entry ni aku cite la secara ringkas maybe tips and tricks yang boleh korang gunapakai kalau berminat nak explore Scotland yang indah bagi pandangan aku. 

Kawasan yang aku cover ketika di Scotland hanyalah kawasan Scottish Highlands. Basically hanya Fort William dan Isle of Skye dan hanya seketika di Glasgow City. Edinburgh dan Inverness tak sempat la nak cover sebab takde duit! Hahaha maybe lain tahun la aku sampai. InsyaALLAH. 

How to go there
  • Cara terbaik dan menjimatkan masa mestilah naik flight. Boleh naik penerbangan tambang murah Ryanair . Kalau beli lagi awal untuk terbang dari London boleh dapat dalam GBP30/return. Terbang direct dari airport London Stansted. 
  • Kalau nak murah sedikit, boleh la naik bas. The cheapest option would be Megabus . Harga boleh dapat serendah GBP10/sehala kalau direct ke Glasgow. Tapi boleh jugak pegi ke kawasan lain di Scotland samada Edinburgh, Inverness, ataupun Oban. Tapi biasalah masa perjalanan memang lama lah lebih kurang 10-11 jam. Giler lamakan.
  • Kalau yang mahal skit, dan lama skit perjalanan boleh la naik train untuk 9 jam perjalanan. Harga tambang untuk sehala dalam  GBP30/sehala. Memang mahal dan aku sendiri tak rekomen. Untuk harga train boleh refer website National Rail UK 
Glencoe Pass

Where to stay
  • Basically kalau nak cover kat kawasan Fort William ataupun Isle of Skye. Dari research yang aku buat tak banyak hostel untuk cara budget atau dengan bahasa mainstream "backpackers hostel" yang ada. Ada banyak Bed & Breakfast yang aku perhatikan sepanjang roadtrip di sana. Maybe rate sedikit mahal dari hostel. 
  • Untuk hostel boleh la refer website seperti Hostelbookers, HostelWorld ataupun Booking.com. Rate pulak subjektif ikut kemampuan masing-masing. Macam trip aku aritu average untuk hostel untuk dorm adalah dalam GBP17-19/person. 
  • Selain tu, kalau yang sukakan cabaran skit boleh la bawak khemah dan sleeping bag masing-masing dah bercamping di kawasan holiday park yang banyak terdapat di sekitar Scottish Highland ni. Rate untuk seorang pun tak brape mahal dalam GBP9/pax. Tapi renyahlah skit sebab kene bawak khemah sendiri pastu kene pasang dan kemas balik khemah tu. Kalau ada banyak masa, why notkan? ;) 
  • Untuk trip aku ni, 1 malam di Fort William (http://www.farrcottage.com/) dan 2 malam di Isle of Skye (http://www.saucymarys.com/)
  • Aku rekomen untuk bermalam lebih lama di Isle of Skye sebab kat sini macam-macam benda boleh buat berbanding di Fort William. Kat Fort William aku rasa cukup untuk 1 malam sahaja. 

What to eat
  • Since aku pegi sana time bulan puasa, jadik takdelah kisah sangat bab makan ni. Cuma kene prepare juadah untuk berbuka sahajalah. Kat Scotland ni waktu berbuka lewat sejam dari normal. Jadik dalam jam 10:15 malam jugaklah baru bukak puasa. Lamakan? Pfft!
  • Nak carik kedai makan halal kat area Fort William ataupun Isle of Skye ni memang payahlah. Aku rasa memang takde langsung jumpa. Kat Glasgow memang ada berlambak so, takdelah risau.
  • Jadik, memang sepanjang kat sana memang kami masak untuk berbuka. Alah, takdelah prepare bersungguh pun. Juadah sekadar ala-kadar je tapi lazat. Kami beli beras, telur, spagetti, sos spagetti, ayam halal, daging cincang halal siap-siap ketika di Glasgow sebelum meneruskan perjalanan ke Fort William dan Isle of Skye. Ada jugak beli biskut dan buah-buahan. Jadik memang takdelah kebulur. Semua tu masak kat hostel sebab ada proper kitchen.
  • Untuk mencari kedai ayam dan daging halal ketika di Glasgow, aku gunakan apps Zabihah untuk locate lokasi kedai-kedai yang jual ayam/daging halal ni. Yela, bila drive ni senangla nak carikkan. 
Glenfinnan Viaduct, Fort William
What to see
Honestly, bagi aku di Scotland ni memang ada macam-macam boleh tengok. Dari segi sejarah dan jugak nature yang indah. Jadik trip aku selama 4 hari 3 malam ni tidaklah merangkumi semua tempat yang menarik. Kekangan masa menjadi halangan tapi takpelah explore mana yang sempat pun dah ok. 

Untuk trip ni memang kami fokus untuk explore setakat mana yang boleh di Fort William dan jugak Isle of Skye yang terletak di kawasan Scottish Highlands. Bagi mereka yang sukakan cabaran dan suka buat trekking. Rasanya di Scotland ni memang tempat yang sesuai. Kalau bawak pakaian yang sesuai untuk buat trekking, lagi bagus. Ada banyak trail dan hiking yang boleh dicuba termasuklah nak panjang Ben Nevis the highest mountain in UK katanya. Yang tu boleh la google sendiri ek. 

Untuk Fort William, kawasan yang sempat aku terjah hanyalah Glenfinnan Viaduct (Harry Potter shooting location), Loch Lomond, dan Loch Ness. Manakala sepanjang roadtrip tu sempatlah singgah seketika dibeberapa tempat menarik seperti Balloch Castle, Eilean Donan Castle, Glencoe Mountain Pass dan banyak lagi. 

Manakala untuk Isle of Skye, yang wajib orang pegi selalunya Fairy Pools, Neist Points, Portree dan jugak The Old Man of Storr. Tempat-tempat ni semua memerlukan kita mendaki bukit. Ada yang ada proper pathway dan ada jugak yang kene memanjat. So, pakaian dan kasut yang sesuai amatlah penting. Kalau tidak, tengok dari bawah jela. 

Untuk tempat lain, boleh la buat research sendiri. 

The Old Man of Storr, Isle of Skye
When is the best time
  • Aku pegi time musim summer. Yang best sebab siang panjang dan banyak benda boleh tengok tetapi cuaca tu memang unpredictable. 
  • 4 hari di sana, hari terakhir je betul-betul nampak matahari, tu pun bila dah dalam perjalanan menuju semula ke Glasgow.
  • Walaupun summer, please bring atleast 1 sweater or light jacket because the weather would be slightly colder compare to London. 
  • Kalau ada plan nak buat hiking ke apa, bawak skali baju hujan atau kalis air sebab memang selalu hujan kat Scotland ni. 
  • Jadik, the best time tu memang susah nak jawablah. Hadap jela ape yang ada kan. Just explore as much as you can. 
So, ape lagi ek? Layan gambar jela...

Balloch Castle

The view from Balloch Castle overlooking Loch Lomond

Balloch Castle

Loch Lomond

The Jacobites Steam Train at Glenfinnan Viaduct

Ben Nevis

somewhere along the Road

Port Augusta the south west end of Loch Ness

Loch Ness

Loch Ness

somewhere along the road

The Eilean Donan Castle

the view from Neist Point

The Skye Bridge

the view from Glencoe Pass

somewhere along the road

the view from the top overlooking Glenfinnan Monument and Loch Shiel

trail towards The Old Man of Storr

the view from the top

Portree, Isle of Skye

Ok dah tu je dulu. Nanti cerita details tunggula bila rajin datang menjelma. 

Selamat berpuasa semua!

Till then. 

Bye! 

21 comments:

  1. berbintang mata tgk pic lawa-lawa..... =)

    ReplyDelete
  2. Scotland... Ya Allah! Cantik sungguh. Nak menangis rasa tengok gambar-gambar ko ni!
    Yang penting, most of the times gloomy je hehehe. Susah nak nampak cerah merah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengs! yuppp scotland ni mmg slalu gloomy payah betul nk jumpa langit cerahhh maybe sebb kat kawasan tanah tinggi kot. huhuhu

      Delete
  3. Wow lawanya
    Wow Kurusnya
    Wow Wow Wow!

    ReplyDelete
  4. gambar tu semua lawa- nature lover katanya.

    terasa sejuk keluar dari PC takala tengok entry ini
    *tipu

    (entry bongsu dari UK nampak?)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hiks. takdelah bongsu kalau rajin update lagi. kikiki. ;p

      Delete
  5. bestnya kalau dpt pergi...sgt2 cntik gmbnye....

    ReplyDelete
  6. Sebulan khatam entry awak dr mula smpi sini...Kaki Berangan memang best...terasa diriku berangan2 sampai di mana2

    ReplyDelete
  7. Love your blog, John!

    Luckily I understand Bahasa Melayu, sebab I pernah pergi belajar kat KL ;)
    So it's not hard for me to read your post haha.
    Keep traveling and sharing!

    Greetings from Jakarta :)

    ReplyDelete
  8. MashaAllah...cantiknya pemandangan.Kalau dr glasgow ke tmpat ni by car berapa lama ye.bulan 3 sesuai tak utk dtg sini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam 3-4 jam jugak. depends cara bawak camne. bulan maybe lebih sejuk drpd london sbb kt atas kan. tp rasanya masih lg ada snow utk aktiviti main ski.

      Delete
  9. Kt fort William boleh sewa kerana tak? Sbb plan nk drive dari sana ke Skye. Atau mmg kena sewa dari Glasgow?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti. rasanya mcm takde company car rental kat situ. maybe boleh search thru rentalcars.com based on location.

      Delete
  10. mudah tak nk sewa kereta kt glasgow?

    ReplyDelete