Ke Korea ke Kita?
Ewahhhh! Lama betul aku tak pegi Koreakan? Apetah lagi makan makanan korea nih. Seingat aku last sekali aku makan bila sebelum aku fly ke UK dulu sempat buat jamuan perpisahan dengan rakan aku di Seoul Garden. Tu jela last sekali makan.
Sebut Seoul Garden, rasa nak pegi makan pulak hiks.
Anyway, hari yang aku balik ke kampung untuk menyambut hari raya. Aku dah plan dengan kawan aku untuk berifthor bersama-sama sambil catch-up stories katanya. Since flight aku malam tu adalah dari Subang Airport, maka lebih afdhol untuk bukak puasa dekat-dekat dengan kawasan airport je. Yela, hari tu adalah hari jumaat, terkenal dengan hari kesesakkan lalu lintas sedunia. Kang pegi makan jauh-jauh dari airport kang, terlepas flight aku. Mana nak cekau duit bila dah menganggur ni kan. Haaaa... sendiri mau ingat la kan.
Citta Mall paling senang sekali! Lagipun aku pun familiar dengan tempat tu. Banyak kedai makan kat situ dan parking bersepah. Kedai makan pun banyak pilihan. Pilih je nak makan kat mana. Aku dan kawan aku pilih nak makan makanan korea. Ade pulak kedai Mr. Dakgalbi ni. First time aku dengar, why not try. Sempat dulu banyak review kat blog-blog yang penah datang makan sini. Reviews yang aku baca semuanya agak bagus-bagus.
So, let's la kita!
Since sampai awal, book siap-siap pastu pegi tengok wayang kat MBO tingkat atas. Walaupun Citta Mall ni macam takde orang, tapi bila malam, agak ramai penduduk yang datang makan kat sini. Not bad rupanya.
Set menu untuk pilihan selera. Kami pilih Dakgalbi set menu untuk 2 orang berharga RM64/set |
Jangan risau ianya dijamin HALAL oleh Jakim Malaysia, expiry date adalah 15 Disember 2015, sebesar-besar kertas A3 sijil halal dia tampal kat pintu masuk. Jangan was-was dah okay! |
Kalau korang nak tau, Mr. Dakgalbi ni merupakan sebuah franchise yang dibawak masuk dari South Korea sendiri. Kiranya memang original dari sanalah. "Dakgalbi" tu sendiri merupakan sejenis makanan korea yang melibatkan hot plate and also chicken.
Suasana kedai agak luas dan lebih kurang layout dan konsep seperti yang ada di Korea jugak aku tengok. Takde banyak beza. Tukang jaga cashier atau boss dorang pun memang Korean cuma tu lah.. pekerja dorang adalah bangla? How how how? Tapi awas! Bukan sebarang bangla ok. Dah mahir dah dalam bab-bab penyediaan makanan korea nih.
Duduk je, tak sampai 5 minit dah terus sampai hot plate yang masih lagi sejuk letak atas api yang memang ada kat setiap meja dalam kedai makan tu.
suasana dalam kedai #1 |
suasana dalam kedai #2 |
Pekerja datang bukakkan api kasik panas dulu kuali tu. Datang pulak bahan-bahan lain untuk dimasak seperti dibawah ni.
ramen |
cheese? aku pun tak tau ape fungsi cheese ni. kat belakang tu pulak nasik |
air anggur hijau. sedap pulak! setin rasa macam tak cukup |
kimchi la ape lagi. benda wajib! aku tak suka sebab masammmmmmm.... huhuhu. takleh jadik kpop la gini. ahaks! |
Bila dah panas kuali tu, pekerja dorang yang akan buat semua seperti mengacau semua hingga jadik sebati. Expert dah dorang bab kacau-mengacau ni. Laju je aku tengok tangan dorang bergerak. Ahaks. Kecur air liur aku bila tengok bila semua bahan dah sebati. Tak sabar nak makan!
Benda tu siap masak semua tak lepas tu waktu berbuka! Bismillah la kita.
ok dah start panas. let's kacau! |
takut terpercik??? jangan risauuuu ada pendinding okay! |
dah siapppppp! yummeh! |
uishhhh! aku nampak kurus dalam ni. semoga kekal macam ni hingga akhir hayat. insyaALLAH amin.... |
Seperti yang aku lihat time dia masak tu, alhamdulillah memang sedap dakgalbi ni. Ayam dia memang diperap dengan begitu rapi dan bila masak kita semuanya dapat rasalah! Kene dengan tekak aku. Ada sedikit pedas, manis camtu. Owh ya, mula-mula tu dia masak semua pakai ramen. Nasik tu dia akan masak kemudian bila ramen dah abes. Kiranya lebihan ayam sayur semua tu akan digaul semula bersama nasik dan cheese.
Untuk set untuk 2 orang ni, bagi mereka yang jenis berperut kecik aku suggest boleh share 3 orang. Sebab aku makan berdua dengan member aku pun rasa nak muntah nak abeskan. Terasa banyaklah la pulak. Al-maklumlah.. aku ni makan skit je skang. Hakkktuihhhhh! poyo kan.
Seperti gambar diatas, bila ramen dah abes. Pekerja dorang akan datang pulak gaul nasik bersama lebihan dakgalbi tu bersama dengan cheese. Yang ni pun bagi aku sedap jugak. Cuma bila dah makan tu, terasa perut dah penuh la pulak. Bila tengok rupa kat atas tu teringat pulak kedai Yuganae kat Myeongdong tu. Ramai malaysian penah makan nasik goreng seafood kat situ. Aku jugakkkkk yang tak penah okay! Sedih! Harap next time pegi sana, dapat merasa. Katanya sedap. Isks.
Anyway, perut dah kenyang dan hati pun dah puas hati dapat makan makanan sedap. Ayuhlah beransur.
By the way, sini ade free wifi. Takyah guna dataplan tu. Jimat skit. Ahaks!
Selain dari Citta Mall, Mr. Dakgalbi ni ade banyak lagi cawangan lain yang ada. Alamatnya adalah seperti dibawah:
Mr. Dakgalbi
No. J-G-02, SOHO KL, Solaris Mont Kiara
No.2, Jalan Solaris, 50480 Kuala Lumpur.
Tel: +603-62065567
61, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.
Tel: +603-21105090
Lot G-29, Citta Mall, No.1, Jalan PJU 1A/48, Ara Damansara
47301 Petaling Jaya, Selangor D.E.
Tel: +603-78325424
C-10-G, Ground Floor, Setiawalk, Jalan Persiaran Wawasan,
Pusat Bandar Puchong, 47160 Puchong, Selangor D.E.
Tel: +603-58798166
PV128, Setapak
Facebook: https://www.facebook.com/mrdakgalbikl
Bila dah abes dan nak bayar kat kaunter tu, kalau anda terasa badan atau baju seperti berbau makanan korea yang amat kuat dan selepas ni nak kene pegi tempat lain yang agak vogue. Tak payah risau dengan bau yang kuat itu. Sebabnya, kat kaunter tu ade penyembur febreeze haaaa.... semburlah banyak-banyak kat baju tu kasik hilang skit bau sebelum melangkah keluar dari kedai tu. Barulah wangiiii....
Haaaa ape lagi. Terasa nak pegi makan tak?
Okeh dah tu je.
Till then.
Bye!
John ...
ReplyDeleteWaaahhh sekarang nih gigih buat JJCM !!! Hehehehhee suka baca pasal makanan , sebab automatiknya akan terliur !!!
Hahahahhahaaa
hahahah takdelah jjcm sgt. kebetulan nk makan situ dan ade amek gambar kan. ahaks.
Deleteawat kurus sangat John? diet ekkk...
ReplyDeletehihihi takde lah diet sgt pn cuma aritu kan keje berat skit.
Deletewaaa menarik. john slalu buat jjcm ni nti gemokla tu hoho
ReplyDeletehuawaaaaa jgn ckp cmtu. takmo gemuk pls.. huhuhu
Deletemenarik.. tertarik.. memang da bomb la kedai ni
ReplyDeletehaaaa kene pegi try ler nnt okeh! yums!
Deletewah kena gi jugaklah carik dakgalbi ni..hari tu pergi Itaewon..muree da tutup..lewat sangat dah.....
ReplyDeletehaaaa mohon nek cik pegi jugak okeh. ade je byk branch kt kuala lumpur ni. ;)
DeleteFuhhh teringin plk korean food nihhh...nyum3...
ReplyDeleteBgus idea febreze diorg tu knnn....hehe
kannn! baguskan. takdelah bau kepam sgt baju nnt bila keluar. ahaks.
DeleteRepeat jommm.. haha
ReplyDeletejommmmmm!
DeleteSalam perkenalan.
ReplyDeleteOwh ada dekat Bukit Bintang jgak yer? Kene terjah ni!
Thanks for the info. ;)
Harga makanan dia jauh lagi mahal dari yang dekat Seoul, tapi dekat Seoul boleh makan yang Seafood aje la, air anggur nampak sedap, patut beli 2 tin huhu
ReplyDeleteMacam best. Tapi jauh. Kalau turun kl boleh la try. Dah try bulgogi brothers? Daebak juga tu. Hihi
ReplyDeleteSalam, nak tanya kenapa sijil halal tu tulis rumah sembelihan ayam dan alamatnya lain dan bukan di Citta Mall. Bagaimana penyediaan dapur serta ramuan masakan, adakah disahkan oleh JAKIM juga. Mohon pencerahan, terima kasih.
ReplyDeleteMaaf...klu silap. Tapi bila check status HALAL dlm website JAKIM tak jumpa . Seoul Garden ada dlm website JAKIM
ReplyDeleteBila tengok sijil HALAL JAKIM, pls baca betul betul. Samada yang disahkan halal tu the restoran itself maknanya keseluruhan kitchen tu Halal. Atau pun bahan mentah nya saja seperti di Dakgalbi ni.. Ayam saja. Jgn confuse dh mudah mengatakan tempat tu halal hanya sebab nampak logo tu je. Just my two cents..
ReplyDeleteBoleh ke booking time dtg tu ? Cnth mcm nk tgk wyg tp after tgk wyg tu nk mkn mr.dakgalbi tp before gi tgk wyg baru nak tempah on that day jugak ?
ReplyDeletePedas x
ReplyDelete