Good morning! Rise & shine baby~ Ahaks
Hari ni aku rajin skit untuk menaip. Sambil dengan menunggu baju kat dalam dryer tu siap. Ayuhla aku menaip, sementelah gambar yang aku nak masukkan dalam entry ni pun dah ada. Maybe entry pendek, benda ni aku takkan lupa jugaklah sepanjang aku travel ni.
Sepanjang anda semua travel ni, penah tak tersalah timezone setiap tempat yang anda jejaki yang menyebabkan anda tersadai ataupun terlepas connecting flight ataupun other public transport?
Aku?
Ni first time okeh! Nak dijadikan cerita taktau kat mana tersadai tu. Okla aku exaggerate skit. Aku tau tempat tu kat mana cuma aku taktau macam mana aku boleh tersadai kat sini dah la dah dekat midnight, takde hostel berdekatan, musim sejuk beku dan di tempat yang mana almost sunyi sepi!
Okeh ceritanya....
Kan dalam entry sebelum ni aku bagitau yang kene kejar train untuk menuju ke Kiruna balik tengah hari tu lepas main dogsledding? Yes, I managed to get on the train straight to Kiruna. I bought the ticket on-board which costed me kinda a lot of money instead buying it online. Well peeps, better purchase your ticket in advance while at the hostel okeh? Don't be like me. Every single cent is precious!
Bla bla bla... sampai la Kiruna. Snow tengah turun dengan lebatttttttnya! Ya Allah moment yang sangat cantikkk dan best! Time tu suhu dalan minus 8 degree celcius and it was kinda warm for me after a few days in Abisko. Even the local said that day was the warmest day in winter! Hahahah. But still, for an asian like me. It was really cold!
Managed to hop on the free shuttle bus straight to Kiruna Busstation about 5-7 minutes journey from the train station. Snow turun~ Syahdunyaaa jalan sorang-sorang nih!
train dari Abisko Ostra menuju ke Kiruna untuk sejauh lebih daripada 80km |
kawasan sekitar Kiruna Busstation, snow lebat! |
depan Kiruna City Hall |
snow lebat di ranting pokok |
the view! feeling snowy in my heart. hahahah |
snow shower |
alone and wonder |
Kat Kiruna Busstation ni, aku akan naik 2 bas untuk menuju ke destinasi aku yang seterusnya iaitu Rovaniemi, Finland. Ni kira nak cross boarder la nih. Dari Swedish Lapland menuju ke Finnish Lapland. Dari Land of Ikea ke Land of Nokia! Haaaaa camtuh katakau!
Untuk perjalanan timetable, aku dah check lama lagi cuma bila hari nak bertolak dari Abisko tu baru aku check balik betul-betul jadual perjalanan dan camne nak pegi ke Rovaniemi ni. Dari research aku yang ala-kadar je, aku kene naik 2 kali bus. Kira kene naik bas henti-henti la menuju ke kawasan boarder Finland dan naik bas lain pulak menuju ke Rovaniemi.
Ok fine. Takde masalah. Aku kene tengok jugak jadual perjalanan bas. Okeh, takde masalah dari Kiruna menuju ke Tornio-Harapanda Station (boarder Finland). Aku kene naik bas yang bernombor 10 untuk menuju ke sana untuk perjalanan kira-kira 5 jam dengan banyak hentian sepanjang perjalanan. Okla takde masalah.
Tiket bas aku beli atas bas tu je berharga SEK395/pax kira-kira GBP30 dan boleh bayar guna debit card ataupun credit card. Disebabkan aku dah tak cukup duit Kroner, aku swipe jela debit card aku. Nasib baik ada duit. Kalo tidak? Hurm....
Keadaan bas sangat bersih dan takde orang pun! Kosong! Camne tuh? Biar betul dalam hati aku ni. Takde orang ke? Yela... jauh gak perjalanan aku ni. Tak tau betul ke tak perjalanan aku ni. Tawakkal jela.
Perjalanan dari Kiruna menuju ke Tornio, aku dapat tengok dalam gelap jugakla perubahan keadaan sekeliling dari kawasan yang putih dengan salji kepada kawasan yang basah dek hujan. Ada satu kawasan ni, snow lebat gilerrr! Geram je nak turun dari bas tu nak pegi guling-guling. Boleh? Hahahah tak puas lagi nih!
Dalam pembacaan aku, aku kene naik lagi satu bas yang menuju ke Rovaniemi malam tu dari Tornio dan waktu last bas bertolak adalah sejam selepas aku selamat tiba di Tornio. Bas yang operate ni adalah guna masa Finland ye... bukan Sweden! Sweden adalah awal satu jam dari Finland.
Okla, kira sempat la aku nak naik bas yang terakhir tu. Dalam pada tu, bas pun agak lambat skit nak sampai ke destinasi aku tu. Maybe sebab cuaca malam tu pun tak brape nak elok. Hujan dan jalan licin. By the time aku tiba di hentian yang lain aku kene tukar bas lagi untuk menuju ke Tornio. Bas tu pulak tiba lambat! Haihhh... sabar jela.
tak tau kat mana dan kawasan sunyi sepi |
icy road |
By the time aku sampai kat hentian bas Tornio-Harapanda tu macam excited jugaklah sebab dah sampai dan kene naik bas lain pulak. Ok... kawasan sunyi sepi. Pintu hentian bas kunci. Takde orang.
Wehhhh! Mana semua orang nih???
Tak kelakar okeh. Dah la time tu hujan, angin bertiup agak kuat, dah almost tengah malam, aku lapar dan takleh masuk dalam bangunan untuk panaskan badan.
Tapiiii! Nasib baik ada free wifi. So, aku check balik jadual bas tu dan riki-riki papan tanda yang ada kat situ. Sah! Memang bas tu dah terlepas meninggalkan aku sorang-sorang kat sini. Aku dah terlambat sejam dek gara-gara salah tengok waktu. Actually, in real situation pun memang aku takkan sempat nak kejar pun bas ni untuk menuju ke Rovaniemi.
So salah siapa? Aku atau masa? Hahahaha
Mula-mula, aku duk jela kat luar hentian bas tu. Sejukk wey, cuba gak carik macam tempat tersorok yang boleh aku tido ke duduk dengan proper dengan keadaan super sejuk dan berangin ni. Dah la basah. Pintu hentian bas ni pulak akan dibuka sekitar jam 4 pagi nanti. Nak buat ape nih? Mati kutu aku kat situ sorang-sorang. Nak menjerit pun takde sape nak dengar sebab sunyi sepi.
Hurm.. okla aku duduk kejap main internet ape-ape yang patut. Tak lama lepas tu, aku macam ternampak ada sebuah stesen minyak Shell tak jauh dari situ. Maybe ada kedai "Select" kat situ yang maybe boleh tumpang berteduh dari suasana sejuk ni. Okla, pikul beg balik dan jalan kaki dalam hujan renyai-renyai menuju ke stesen minyak tu.
Sayuuuu je hati aku ni.
Maybe nasib aku baik, ada pulak 7-Eleven kat Shell tu yang beroperasi 24 jam! Hahahah masuklah aku dengan senyuman kelat di muka. Buat-buat konon nak beli sesuatu la. Aku beli la skit makanan, pastu ada macam tempat makan terbuka kat situ. Tapi takde kerusi. Kira meja tinggi tu jela untuk makan terus. Ok, bagus dah ni... letak beg then usha-usha ape ade dalam kedai tu.
Mintak izin kat pekerja 7-11 tu boleh tak kalau macam aku nak tumpang stay kat sini sampailah hentian bas tu bukak balik pukul 4 pagi nanti. Muka ni abes seposen dah aku buat. Rasa agak helpless la jugak dah la penat seharian travel ni. Bagitau la sebab aku dah tertinggal bas semua bla bla bla salah tengok masa bla bla bla. Kat sini rupanya dorang tak pandai sangat cakap english tapi faham la skit-skit ape yang aku cuba sampaikan. Dorang kata ok takde masalah walaupun maybe dalam hati ape ke kesian budak ni. Hahahah.
ni lah hentian Tornio-Harapanda tu, kosong dan berkunci! |
Mula-mula tu aku nak bersila je atas lantai, tapi salah seorang pekerja 7-11 tu masuk dalam amekkan aku satu kerusi. Syahduuuu lagi rasanya ada orang kasik kerusi. Boleh la aku menongkat dagu kat meja yang ada. Malam tu memang aku takdelah bosan mana sebabnya dalam 7-11 tu ade free wifi! Hahahah tak tertido laaa aku malam tu sebabnya takleh nak tidola tak selesa. Aku kan persis anak raja kene ada tilam bantal empuk baru boleh lena. Maka, duk main handphone jela... nasib powerbank masih ada power.
Sempat call Byya di London bagitau keadaan aku ni. Yela, dia je yang masih terjaga. Nak call orang kat Malaysia tidoooo semuanya. Hahahah.
Bila dah duk dalam 7-11 tu, memang aku tanggalkan jaket tebal yang aku pakai tu. Sarung seliper jepun semua sebab nak solat semua senang. Maka, berisitierehatlah aku dalam 7-11 tu. Nasib tak brape ramai orang yang datang membeli malam tu. Mesti kalo dorang tengok, anak sapela yang tersadai kat dalam ni kan. Ahaks.
Tunggu... punya tunggu... bila dah sampai pukul 4 lebih pagi camtu, aku bersiap-siap la bergerak meninggalkan 7-11 tu jalan kaki balik menuju ke stesen bas. Hujan pulak renyai-renyai, redah jela.
thank you for your hospitality |
ke Finland pulak ke kita? hiks |
Nasib baik pintu dah pun dibukak tapi orangnya tarak! Takpelah masuk jela atleast boleh la baring-baring kat kerusi panjang tu. Free wifi pun ada. Sementara tunggu kaunter tiket bukak, aku rehat-rehat jela. Nothing much to do pun.
Lebih kurang pukul 8 pagi camtu dah mula nampak orang yang datang kat sini. Cafe pun ada bukak, pegi la aku pekena kopi panas dan kuih yang ada jual kat situ. Saje nak abeskan duit Kroner yang coins ni. Pasni takleh pakai dah. Finland guna matawang Euro ye kawan-kawan. Beli tiket bas menuju ke Rovaniemi yang berharga EUR22.90.
Keadaan bas agak usang tapi dalam good condition. Aku tak pikir apa dah, lepas dah naik bas tu terus tertido lena kat seat depan. Penat sangat sebab dah tak tido semalaman ni. Tapi aku perasan, driver bas pakai jaket kulit macam nak bawak motor besar! hahahah
Sedar-sedar je, aku dah sampai Rovaniemi. Memang lena sungguh aku tido pagi tuh!
To be continued...
Bye!
hahaha..tak leh blah betul gambar sangkut dagu kat meja tu.
ReplyDeletepekerja2 kat situ mesti meleleh airmata tengok budak ni..kesiannnn..hehehe
Tu muka bosan yang amat tu kak. Takde benda nak buat dah. Nak tido memang takleh la kan. Dorang buat taktau je kat saya malam tu. Busy gak katanya.
Deleteoooo. ni la budak msia yg tersadai tu and captured by cctv. hahaha. bertabah!
ReplyDeleteHahahaha iye itula saya! Hahaa
Deleteassalamualaikum
ReplyDeletesinggah pagi
wah seronoknya pengalaman travel kan
Waalaikumussalam. Tak brape seronok pun untuk pengalaman tersadai ni.
DeleteYa Allah.. syahdu betul situasi macam tu... masa kitorang tersadai kat Bali dulu pun dah macam homeless sangat2.. tapi okey lagi sbb ramai orang tersadai sama.. ni sorang2.. kalau kite sorang2 kat situ.. mau nangis berlinangan snow... huhuhuu
ReplyDeleteKannnnnn! Sangat syahdu. Tersadai sorang2 ni takde masalah bg saya as long as ade wifi In Shaa Allah tak bosan. Hahahaha kalao tidak, mati kebosanan jela. Ahaks
Deletemcm2 ko buat kan... just to kill time...good..good....:)
ReplyDeleteHahaha tau xpe. Cuma x menari je dalam kedai. Kang jdk viral lak. Haha
Deletemahal sungguh pengalaman kau John :)
ReplyDeleteHuhuhuhu mahal sangattt. Memang tak lupa la. Pasni kene tengok timezone betul2. Huhu
DeleteOMG! You're a true legend weh. Hahaha! Kalau aku, part tertinggal bas tu je pun aku dah meraung sehabis mungkin (maybe tak mampu kot sebab cuaca sejuk gila). Hats off for your braveness jalan cari tempat untuk berteduh. Nasiblah orang 7-11 tu baik kan. Not bad juga la for you to stay while waiting the bus station buka. Salute ah! Teringin juga experience benda ni tapi aku tak sanggup nak experience sorang-sorang. Bhahaha!
ReplyDeleteAdehhh! Takde la legend mana pun. Aku punya situasi ni bagi aku takdela teruk mana pun. Cuma nasib baik ade 7-11 ni utk berteduh kasik panas skit. Tp ko kene try nnt skali. Baru tau rs camne.
DeleteMujur ade 7E weh.. klu x sure kejung ko kat situ...
ReplyDeleteKannnnnnnnnn! Sangat mujur weh!
Deleteapa sekali pun viewnya cantik....hang pun semakin putih melepak...Hi3.
ReplyDeleteAhaks! Putih la sbb sejukkkk
DeleteGigih kan ko nak cari spot tersorok kat bus station tu. Siap ada hati nak beradu, dahlah suhu giler nye beku. Alhamdulillah semuanya selamat. Bak kata ko, doa orang musafir cepat makbul.
ReplyDeleteGigih laaaa sbb sejukkan. Pastu mcm taktau nak pegi mana dh. Kene la ikhtiar dlu. Alhamdulillah... Semuanya selamat.
Deleteok baru aku tau finland pakai euro ... ingatkan mcm negara2 jiran die jugak pakai kroner ..
ReplyDeletecantik betul bus stationnye... skali tengok mcm restaurant pun ade jugak
Actually sebelum ni dorang pakai matawang asal dorang. Tp yg guna euro ni x silap aku masih baru lagi dlm 2-3 tahun lepas tak silap. Stesen bus tu mmg aku ingat restoran. Tp part hentian bas tu kecik je, selebihnya kt blakang tu mmg restoran. Hiks
Deletepokok snow tu...rasa nak goyang2kan aje. gewam tgk !
ReplyDeleteKannnnnn! Berlari laju pastu langgar! Ahaks
DeleteSubhanallah cantiknya.. Tqs fir sharing semua foto & journey...
ReplyDeleteYou are welcome ;)))
DeletePenat tu klu tak tidur langsung. Saya sekali pernah tersadai kat stesen train, tapi nasib baik bukan musim sejuk. Susun kerusi elok-elok, tidur kejap. Tu pun still penat jugak. :p
ReplyDeleteWoo.. ni kes memang syahdu. Baca pun dengan hati yang berdebar2. Sib baik orang 7/11 bagi tumpang. Idak kalu mesti pengsan
ReplyDeleteSubhanAllah...cantiknya snow....nice picture...
ReplyDeletesedang membayangkan situasi nie berlaku masa raya.....
ReplyDeletesambil dengar lagu dendang perantau.....
perrrgghhh! berwajah baru. gempak siot... tahniah john
ReplyDeletegitu ha menyangkut dagu di meja sambil kemera di atas para....hiks
ReplyDelete