Wednesday, February 4, 2015

#2 | Stocholm, Sweden - Jalan-jalan secara ringkas

Ya  ALLAH!!!

Haaa... camtula feeling bangun pagi esoknya. Aku bangun lagi 15 minit nak pukul 11 pagi! Memang terbabas aku bangun pagi tu. Yela, sape suruh mata tak boleh lelap sampai jam 5 pagi! Gilerrrr dek gara-gara pekena latte malam sebelum tu. Walhal dah telan panadol siap-siap sebab nak kasik turun skit panas badan tu. 

Memang kelam-kelibut aku bangun pagi tu. Dengan muka mamai abes, mata kuyu aku terus ke receptionist cakap aku nak check-out lambat skit sebab yela.. obviously aku baru bangunkan. Ahaks! Dengan beg tak repack balik lagi semua. Nasib baik dia kasik, maybe sebab hostel pun tak full house arini. Takdehal. 

Bersiap macam biasa. Ketung-ketang semua. Lebih kurang pukul 11 lebih camtu aku check-out dan keluar untuk jejalan sekitar Stockholm ni. Rugi betol rasanya sebab dah pukul 11 pagikan. Dalam pukul 2:30 petang jap lagi dah nak masuk waktu Maghrib dah. Maka, gelap lerrrr... Haih! Dahla aku dah ada beberapa tempat nak terjah aritu. 

Tengok jela yang mana sempat. Kalo tak sempat..... hurm... ;p


Ape kaitan gambar kat atas? Aku bawak basikal sambil hantar surat? 

Tidakkk... tidakkkk! Hanyalah gambar semata. Tak tau nak letak gambar apa sebagai permulaan. Ahaks. 

So, pagi tu memang aku dah siap-siap untuk keluar jejalan. Pagi tu alhamdulillah, cuaca cantik dengan langit biru semua, cuma yela sejuk je dalam 3-4 degree celcius camtu. Better pakai proper attire kalo travel musim sejuk camni. Kang, terketar-ketar sambil sight-seeing adalah sangat tak best okeh! Rasa nak balik hostel berbungkus je kejenya. 

Pagi tu aku plan nak terjah Gamla Stan (Old Town) nak tengok waktu siang camne lak. Pastu nak pegi area Royal Palace, Hard Rock Cafe, dan jugak Stockholm Public Library. Ada a few tempat lagi nak pegi, cuma aku rasa macam tak sempat sebab nanti nak kejar train menuju ke tempat lain lak jam 5 petang camtu. Kira buat yang mana sempat jela. 

Owh ya.. di Sweden, rakyatnya menggunakan bahasa Swedish tetapi jangan risau sebabnya english is widely spoken oleh orang kat sini. So, kalo macam sesat ke ape. Tanya je dalam english. InsyaALLAH dorang akan jawab. Usah gusar~ ewaaah! 

Untuk jawapan berkaitan dengan transportation untuk jejalan kawasan Stockholm, boleh rujuk entry sebelum ini ---> Transportation

Gamla Stan

Kalo orang datang ke Stockholm, rasanya kiranya tempat yang agak wajib datang jugaklah kalo ikut pembacaan aku. Tak tau la citarasa orang lain camne. Tapi aku datang la jugak sebab kat Stockholm pun aku tak lama sangat. So, baik buat benda yang wajib. 

Sedikit info berkaitan Gamla Stan ni:
  • the Old Town dan "Stan" adalah bermaksud Bandar. 
  • antara yang terbesar dan terpelihara yang ada di Eropah.
  • tempat tarikan utama di Stockholm.
  • Disini merupakan di mana Stockholm di temui pada tahun 1252.
  • kawasan Gamla Stan merupakan sebuah pulau "Stadsholmen" yang dikelilingi oleh beberapa pulau kecil yang terdapat di sekitarnya antara adalah Riddarholmen, Helgeandsholmen dan juga Strömsborg.
  • kawasan di sekitar Gamla Stan ni, kita boleh lihat banyak lorong kecil yang mempunyai cobblestone streets yang begitu kemas sekali, cafes, kedai-kedai souvenirs, bangunan bersejarah.
  • banyak bangunan di sekitar Gamla Stan dipengaruhi oleh senibina dari Utara Jerman. 
  • nak baca lebih boleh la refer sini --> Wikipedia 

Jarak dari hostel aku menuju ke sini actually boleh je jalan kaki, tapi disebabkan aku taknak buang masa berjalan aku kene jugak naik bas yang ada. Dari hostel aku tu tak susah pun sebab hentian bas ada kat depan pintu masuk hostel. Dalam 10 minit camtu sampailah aku. Jalan tanpa arah tujuan, tapi aku tetap akan pegi ke main square di Gamla Stan tu. Time ni memang ada lagi Christmas Market. Nak tengok suasana waktu siang pulak, sebab semalamnya sendu yang amat! 

Jom layan gambar!

salah satu street yang ada, meriah dengan macam-macam kedai ada

lumrah hidup | walaupun negara dah maju, tetap ada insan yang kurang berkemampuan

Mårten Trotzigs Gränd | Lorong yang paling sempit di Stockholm, kurang dari 1 meter lebar

basikal

cobbled street

iconic buildings in Gamla Stan

crowd at the Christmas Market located at Gamla Stan Square, Stortorget

kanak-kanak

acara ape ntah, kurang pasti

menara jam

basikal
Stortorget

Stortorget |  Used to be the site of the Stockholm Bloodbath, where Swedish noblemen were massacred by the Danish King Christian II in November, 1520

Royal Palace

Dalam kawasan Gamla Stan jugak terletaknya Royal Palace untuk keluarga diraja Sweden. Istana yang mempunyai sebanyak 1,430 buah bilik dan 660 tingkap. Besar tak besar kan istana ni. Aku tak masuk pun, kalo mereka yang berminat boleh la spend masa untuk melihat sendiri interior di dalam istana yang aku rasa besar yang amat nih!

Ok jom layan gambar jela. 

askar yang mengawal salah satu pintu istana

tetingkap

The southern facade

view #1

view #2

Aku spend tak lama kat situ sebabnya hari macam dah nak masuk maghrib dah. Lagipun suhu macam jatuh dan makin sejuk dan berangin. Adehhh... tak tahan pulak rasanya. Terus carik bas untuk ke lokasi seterusnya. 

Stockholm Public Library

Ni pun actually aku nampak dalam Pinterest. Interior dalam library ni bagi aku agak klasik. Alang-alang tu aku singgah la skali sebabnya library ni terletak betul-betul depan Hard Rock Cafe Stockholm. So, bagi mereka yang pegi ke HRC tu, masuk sekejap tengok sendiri okeh. 

Direction: Aku guna Google Maps untuk cara ke sana dari Gamla Stan. 


dari tangga menuju ke ruang lobi utama

buku-buku yang tersusun kemas

kaunter untuk pertanyaan 

The inside of the rotunda

ruang lain

Menarik bukan? Aku penah pegi ke Stuttgart Public Library di Germany. Tu pun library yang bagi aku amat menarik sekali. Boleh refer entry ---> SINI untuk bayangan lanjut. 

By the time aku siap melawat semua. Hari memang dah gelap dah la. So, aku terus balik ke hostel untuk solat dan amek beg sebelum bergerak menuju ke Central Station. Sempat aku masak nasik siap-siap dalam microwave sebagai bekal kot-kot lapar nanti untuk perjalanan dalam train selama 17 jam! 

Salah satu muzium penting yang ada kat Stockholm ni adalah Vasa Museum. Muzium kapal yang amat tersohor kat sini. Aku tak sempat nak terjah aritu. So, kalo korang sempat pegi, jangan lupa pegi okeh! Terdapat kapal yang terbesar binaan kayu yang penah ada dan masih elok keadaannya. 

Other than that, aku rasa tak perlu spend terlalu lama kat Stockholm ni. Maybe dalam 2 hari 1 malam sudah memadai kalo korang travel jenis macam aku ni. Hiks. 

Ok dah tu je. Tamat untuk bahagian Stockholm. 

Till then..

Bye!

14 comments:

  1. Adeh. Boleh pula terbabas kan. Pukul 9.45am baru bangun? Rugi laaaa. Nak buat macam mana kan dah tidur lambat sebab balun latte. Hahaha. Susah la nak travel kalau jangka masa agak pendek. I mean gelap awal. Tak puas. Dah masuk dalam list, buildings di sekitar Gamla Stan tu nice (tambah lagi gambar memang cantik) and macam ramai je orang kat situ. Pasal library tu, I personally love the classic interior. Memang spend masa panjang dalam tu snap gambar interior je. Hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha actually silap. bangun 10:45 pagi lg 15 mins nk kene check out! what to do benda dah nak jadik kan. yup.. kalau travel musim winter mmg camni la siang pendek. yup yup! nnt jgn lupa terjah!

      Delete
  2. jarang org travel singgah library... kena cuba ni.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuppp ni pn secara kebetulan jumpa dlm pinterest. ;)

      Delete
  3. love your review ni.. gambar2 tu nombor 1

    ReplyDelete
  4. ehem..muat ker lalu lorong sempit tu. :P hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah muat laaaa.... kan dah kurus skang ni. ahaks!

      Delete
  5. meriah...dapat le berimaginasi sebagai orang putih ye...

    ReplyDelete
  6. Cantik gila library dia John. Macam bnak buat edisi llibrary pulak bila gi mana2 lepas ni

    ReplyDelete
  7. Terima kasih kerana berkongsi ... memang menarik ... Insya Allah nanti kalau ke sini, akan jadikan rujukan kat tempat tempat nih!

    ReplyDelete
  8. cantik2 gambar ko john uiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!

    ReplyDelete