Tuesday, February 10, 2015

#4 | Check-in at Ice Hotel Kiruna, Sweden!

Haaaaaa!

Rasa macam gempak tak tajuk entry kali ni?

Hahaha check-in di Ice Hotel. Walhaallll, masuk melawat je. Nak betul-betul check-in rasanya tak mungkin buat masa sekarang. Unless, aku ada duit berjuta dalam akaun bank takpun dalam guni kat rumah. Boleh la aku check-in kat sini nanti. InsyaALLAH. 

Anyway, kan dalam entry yang lepas aku ada bagitau yang aku stop kejap kat Kiruna. Aku ada dalam 3-4 jam masa untuk kill time. So, aku decided untuk pegi ke Ice Hotel. Ice hotel ni ada banyak di beberapa buah tempat.  Tak semestinya ada kat Kiruna je. Tapi kebetulan aku dah ada kat sana, alang-alang tu pegi la tengok sendiri dengan mata ni. Sebelum ni duk tengok gambar orang lain jekan... 

Tips: Dari Kiruna Train station, ada sebuah "free shuttle" untuk menuju ke Kiruna Busstation. Dan dari bus station ke city centre tak jauh. Hanya boleh jalan kaki je. 

Kiruna Busstation | Ada tourist information jugak kat sini

Time ni tak silap aku dah almost tengah hari ni, tapi suasana sekeliling memang rasa macam waktu maghrib. Tambahan pulak aritu memang weekend. Lagi laaaa sunyi keadaan sekeliling. 

Bus shuttle tu drop kitaorang kat sini. Semua pakat turun. Ada yang akan pegi tempat lain, ada yang akan terus check-in hotel/hostel. Dan aku pulak? Hurm.. tanpa arah tujuan. Cuma dalam kepala camne nak pegi ke Ice Hotel ni. Dengan info yang sepatutnya aku takde. Memang clueless abesla. Ada tanya kat driver bus tu camne nak ke sana. Tapi driver tu ala-ala tak reti lak nak cakap english. Ke aku yang tak faham? 

Hurm... ntah la i don't know. 

Tapi alhamdulillah terjumpa lak 2 orang traveller macam aku gak. Both of them were from China but one of them lives in Laos and another studies in Stockholm. Dua-dua tu nak pegi ke Ice Hotel gak. Jadik kami gerak sesama jela camtu. 

Kiruna City Hall

Tanya punya tanya, rupanya takde bas yang menuju ke Ice Hotel on weekend!

Kebetulan lak aritu weekend! Haishhh... sebab masing-masing eager nak pegi. The only option yang ada adalah naik cab untuk menuju ke sana. Kebetulan ada satu cab datang amek penumpang kat bus station. Mula-mula tanya brape tambang untuk ke sana dan brape lama nak sampai. 

Tips: Jarak dari bus station ke Ice Hotel kira-kira 15km je. Dan tambang taxi untuk ke sana adalah dalam SEK450/way

Actually tu agak mahal okeh. Tapi sebab nak pegi jugak maka semua sanggup share kos untuk ke sana. Atleast takdelah rasa terkejut bayar mahal camtu. 

Tips: Ada perkhidmatan bas untuk menuju ke Ice Hotel yang bernombor 501 bertolak dari Kiruna Busstation dan waktu berlepas adalah tak begitu banyak. Boleh check timetable di website ---> SINI tiket boleh dibeli dengan driver.

Jadik mintak tolong taxi driver tu callkan satu lagi taxi untuk kami. Rupanya taxi yang sampai tu boleh muat 7 orang! Fuhhh~ kalau travel in group ni memang lagi jimat banyak ah nanti. Tapi apakan daya, hanya bertiga time tu.. Kalau naik bas, aku tak pasti brape harga tambangnya tapi semestinya murah dari naik taxi. 

By the way, kat area Kiruna Busstation ni ada satu church yang agak femes kat sini yang berwarna merah. Aku tak sempat nak amek gambar aritu sebab taxi dah sampai pulak dah. Tapi kalau korang berkesempatan pegi okeh. Takde papepun, ibarat been there done that. 

menuju ke Ice Hotel

Kalau nak jimat cash, boleh bayar pakai credit card kat taxi ni. Takde masalah. Cuma jangan lupa activate dulu kad untuk international transaction okeh! 

gerbang yang menuju ke Ice Hotel

papan tanda

Untuk masuk ke dalam Ice Hotel akan dikenakan bayaran ye. Bukan free masuk je. 

Entrance fees:
Adults: SEK375/pax
Students: SEK200/pax
Child: I don't know

Tiket masuk boleh dibeli di Giftshop kat Ice Hotel ni. Nanti korang akan diberikan satu sticker untuk ditampalkan di dada. 

Suhu kat dalam Ice Hotel ni mencecah kira-kira -5 degree celcius dan suhunya adalah terkawal. 

Sedikit sebanyak info berkaitan dengan Ice Hotel Kiruna ni:
  • merupakan ice hotel yang pertama dan terbesar yang dibina sepenuhnya dengan salji dan ais yang terletak di daerah Jukkasjärvi, sebuah kampung kecil terletak di utara Sweden dengan jumlah penduduk kira-kira 1,100 orang dan 1,000 ekor anjing. 
  • meliputi kawasan seluas 5,500 meter persegi.
  • ice hotel ini dibina menggunakan kira-kira 1,000 ton ais yang diambil dari Sungai Torne dan 30,000 tan "snice" yakni campuran salji dan ais untuk menguatkan struktur ice hotel ini. 
  • kira-kira 1,000 orang terlibat dalam pembinaan ice hotel ini yang mana separuh daripadanya adalah artis yang dijemput khas untuk membuat design di beberapa bahagian dalam hotel. 
  • proses pembinaan ni adalah sepanjang tahun yang mana antara bulan march dan april, kira-kira 5,000 tan ais dibajak dari Sungai Torne dan disimpan dalam cold storage ketika musim panas dan musim bunga. 
  • proses pembinaan bermula pada bulan November - Disember. 
  • seluruh kawasan hotel dibuka untuk orang ramai pada bulan Disember sehingga mid-April.
  • dan selepas tu, ice hotel akan mula mencair dan kembali ke Torne River. 

Ok dah baca kan?  Jom layan gambar lak!

salji mula turun kat sini!

pintu tu adalah pintu masuk ke Ice Hotel. berdebor! ahaks

sekitar lobby selepas pintu masuk

pekerja yang menyambut kami

antara bilik-bilik suites yang direka oleh pelbagai artis yang mempunyai tema yang berbeza setiap satunya

nampak cosy tak walaupun sejuk beku?

olaf? ahaks

ketika ini, proses pembinaan masih belum siap sepenuhnya

salah satu suites

setiap pintu masuk suites, ada tertera nama designers dan tema suite tersebut

bilik untuk beradu

chandelier tersebut dibuat sepenuhnya guna ice tau

chandelier ais

bongkah ais yang besar

accommodation yang ada di kawasan ice hotel

mungkin mesin ni digunakan untuk membajak ais

pemandangan jalan di depan ice hotel

Tak silap aku, spent dalam sejam lebih ke kat kawasan ice hotel tu. Takdelah besar mana pun. Tapi okla untuk first time tengok the real ice hotelkan. 

Sape-sape yang berminat untuk bermalam dalam suites tadi, boleh dah untuk start menyimpan duit untuk bayar bilik yang berharga kira-kira selepas diconvert menjadik MYR dalam RM1,200/night dan ke atas. 

Ada pelbagai bilik yang ada seperti Snow Room, Ice Room, Northern Lights Room, Arts Suites dan jugak Deluxe Suites

Boleh rujuk ---> Info & Price List 

Dan lepas dah bosan kat situ dan masa pun dah nak dekat waktu train berlepas menuju ke Abisko. Maka, kene la amek taxi balik untuk menuju ke train station. Mula-mula train carik lagi 4 orang untuk cukupkan 7 orang. Atleast boleh la share-share tambang. Tapi harapan tipis sebab most of them datang dengan group tour. Nak tak nak, call jela taxi dari reception. Tambang sama jugak SEK450/way. 

By the time sampai kat kawasan train station balik, sempat aku solat siap-siap zohor dan asar. Sebelum berlepas menuju ke Abisko. 

Tu je. Overall, aku rasa macam ehh... ni je ke ice hotel? Maybe sebab time aku sampai tu tak fully complete lagi ice hotel tu. Or maybe aku put high expectation kat hotel ni. Tapi other than that, it was ok for me. Atleast dapat la jugak tengokkan. 

What say you? 

Till then...

Bye!


27 comments:

  1. mahalnyee tambang teksi tu ... tapi mmg menarik ice hotel ni... wonder jugak boleh ke tido dlm sejuk beku tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah mmg mahal sgt weh. kalo time tu aku sorang je memang tak terpegi la jawabnya. haha aku rasa boleh je kot tido. sebab alas tido dia dr bulu. mmg rasa warm... tp ntahla payah kot nk tido.

      Delete
  2. Kalau sekadar jalan2 melawat kawasan kat Ice Hotel ni...boleh la
    Tapi kalau suh tidur situ..bagi free pun hakak tak mau..tahap keyakinan tak berapa nak tinggi.
    Kang tgh tido tak pasal2 kena hempap dgn ice..mati beku..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaks. samala... kalo ada duit lebih pun belom tentu nk rs bila duk pikirkan sejuk beku duk dlm tu. ahaks.

      Delete
  3. Aku tak pernah lagi pergi ke tempat mcm ni lagi.. nak pergi, hanya mampu berdoa n berusaha, perhaps ku dpt jua kesini satu hari nanti

    www.dorsettpink.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. agak2 kejung tak kalau tido dlm bilik tu, John? - maaflah soalan tak mencabar minda hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kejung rasanya zilla. wlpn suhu dlm tu maintain minus 5, tp utk org asia mcm kita ni mmg kejung rasanya. huhuhu

      Delete
  5. i wonder how it feels like to sleep in those ice room.
    bole ke lelap ....
    kome ghaseee ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha i dont know la nana. tp sejukkkkk yg amattt la! ahaks. ntah2 tgh2 mlm larik keluar carik heater.

      Delete
  6. Gilos mahal bilik tuh. Kena usaha kumpul duit lebih2 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg mahal wehhh! ayuh la kita penuhkan tabung ayam kan. ;))

      Delete
  7. Hahahaa.. nasib baik ko dah sampai sana.. Dapt jugak aku baca kisah nyer.. nak pergi mmg tak la.. nak sewa bilik?? Lagi ler tak hahaha.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaks. alang2 kata dah sampaikan. nak la jugak tgk cmne rupanya kat dalam tu.

      Delete
  8. cun weh...tp mcm takde keberanian jerrr nak tdo dlm tuh!hahaha kebekuan nanti nih....hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnnn! cunnn bila bab kreatif dorang ukir ais tu. kalo pakai baju tebal2 okeh ni nnt. insyaALLAH tahan. hiks.

      Delete
  9. Menarik sangat pasal Ice Hotel nih ... Tapi still prefer to stay dalam bilik biasa hahahahhahaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaks. terima kasihhhh... tang sejuk tu yg nk pegi ke bilik biasakan. ade heaterr~

      Delete
  10. oklah tak rasi nak duk tempat sesejuk dingin beku nih...... hahahahahahaha auw

    #silabacadenganjelasjenisayatdiatas

    ReplyDelete
  11. wowowo.. cantek weh.. nk visit ok la.. nk tdo xder la.. hahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantekkk weh! aku pn tak rasa nak tido je. cukupla sekadar masuk tengok. mcm x lena tido je.

      Delete
  12. Fuhh.. sangat teringin nak tengok gu mana rupa dalamnya. Boss lama dulu pernah tunjuk gambar dia tidur kat Ice Hotel ni. Sejok tak katil dia John? Camana orang tidur

    ReplyDelete
    Replies
    1. atas katil ice tu dia lapik mcm selimut berbulu tebal. maybe rasa warm la kot tp x takde saya guling2 lak atas tu. ahaks.

      Delete
  13. Walaupun aku suka winter tapi xde gila lagi nak stay hotel ni kan. Bayar mahal2, mengigil dalam tu & confirm xdapat tidur.

    Btw, quite interesting fact. Beza bilangan penduduk. Orang cuma lebih 100 je dari populasi anjing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kannn! aku pun suka winter sbb boleh bergaya. ahaks. aku pn tau fakta ni lepas balik. ahaha google lepas balik. boleh cmtu? ;p

      Delete
  14. Menarik pengalaman ini, tks for sharing..
    Teringin juga nak tengok Ice Hotel tu,
    agak2 kukuh tak strukurnya?

    ReplyDelete