Assalamualaikum!!!
Bila kita dah mula merancang untuk terbang ke mana-mana famous cities kat Australia mahupun New Zealand. Perkara pertama ataupun yang menjadik kerisauan para pelancong adalah berkaitan makanan.
Kita sedia maklum kalo datang melancong ke negara yang penduduknya bukan majoritinya adalah Islam, makanan halal adalah menjadi satu masalah agak besar kepada kita semua. Kang jadik lapar pulakkan dahtu takleh nak travel jejalan. Tetapi di Australia, ada bahan makanan halal jika nak beli tapi kebanyakkan adalah sedikit mahal dan bagi mereka yang nak jimatkan belanja sudah semestinya nak bawak sedikit sebanyak bahan makanan dari Malaysia. Betol tak? Aku pun begitu jugak. Kadang-kala kemut jugak. Nak save bajet katanya.
So, since masih ramai lagi yang agak kurang jelas mahupun malas nak buat kajian terperinci berkenaan makanan apa yang boleh bawak dan tak boleh bawak masuk ke dua buah negara ini yakni Australia mahupun New Zealand. Aku rangkumkan entry ni sebab requirement ataupun rules yang dikenakan oleh kedua-dua negara adalah sama ataupun lebih kurang. Entry ni jugak menandakan aku dah muak atau benci nak menjawab soalan berkaitan makanan boleh tak boleh untuk bawak masuk ke Australia ataupun New Zealand. Pfft!
Mengikut hasil pembacaan aku yang tak seberapa ni. Australia or New Zealand is very proud of its "STRICTEST QUARANTINE LAW IN THE WORLD". Kita mesti ingat dua buah negara ni tak penah kene wabak penyakit "hands, foot and mouth disease" yang teruk. Dorang ni begitu menjaga tentang ni. Yelah, dua-dua buah negara ni bukan terbentuk daripada tanah besar. Ianya sebuah benua ataupun pulau.
Ok takmau membebel panjang lebar, aku teruskan kepada agenda utama aku. Harus diingatkan apa yang aku type ni adalah hasil input dari pengalaman aku sendiri, pembacaan dan jugak pengalaman orang lain jugak. Harap maklum.
Makanan yang BOLEH dibawa:
- Mee segera seperti Maggi/Mamee/Bubur Nasi yang berperisa ayam, kari, vegetarian dsb.
- Ikan sardin/tuna dalam tin
- Rencah sambal tumis, kari ayam, kuah kacang seperti jenama Brahims, Aliff dsb (kecuali yang ada bunga cengkih)
- kiub ayam, tomyam especially jenama Maggi (jenama ni amat femes kat sana)
- ikan bilis (dipaketkan di kilang seperti beli kat Tesco ataupun Giant)
- beras, bihun, spageti dan lain-lain yang tidak mempunyai unsur-unsur terlarang seperti telur
- Nescafe / tea 3-in-1 (yang ni aku baru tau sebab takde susu, hanya guna non-dairy creamer)
- Susu formula untuk bayi ataupun anak-anak kecil
- ubat-ubatan yang dinasihat/dibenarkan (prescribed by) oleh doktor. Panadol atau balm boleh bawak
- rempah ratus yang berbentuk serbuk dipaket/dibeli di Tesco ataupun Giant
Makanan yang TIDAK BOLEH dibawa:
- serunding daging/ayam
- bahan makanan yang mengandugi telur
- hasil tenusu seperti susu, cheese, mayonis dsb
- minuman/makanan yang mengandungi coklat ataupun susu (Milo 3-in-1)
- buah-buahan
- rempah ratus yang berbentuk bijik seperti bunga cengkih, lada hitam yang masih belom dikisar
- daging, ayam mentah ataupun makanan yang berunsurkan bahan-bahan ini
Sebelum kita turun dari kapal terbang, kita akan diberikan "ARRIVAL CARD", jangan lupa untuk "TICK" pada ruangan disediakan seperti makanan ataupun ubat-ubatan yang dibawa. Please declare whatever u bring. Kalo anda didapati tertangkap dan jika sabit kesalahan membawa bahan terlarang. Anda akan disaman on the spot lebih kurang AUD340+++ jika sabit kesalahan. Selain itu, boleh dibicarakan, denda lebih dari AUD60k ataupun penjara selama 10 tahun.
Kalo boleh, asingkan siap-siap bahan makanan yang kita bawak tu dalam satu beg/kotak. Sediakan senarai ringkas bahan makanan yang dibawak tu just in case pegawai tu tanya dan periksa. At least, we are being prepared. Takdelah terkeluar bra, spender kalo makanan tu dalam beg pakaian.
Dan lagi satu, beras, sayuran, telur, roti dsb semua tu boleh beli kat sana je. Takde mahal mana pun. Buat berat beg je bawak semua tuh.
Adalah amat amat amat BODOH kalo tertangkap jugak akibat takmo declare punya pasal.
Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut untuk apa yang perlu di "DECLARE", boleh rujuk di website ini ---> Australia Biosecurity & Examples
Satu lagi peringatan, "LUCK" adalah sesuatu yang kita taktau yang terjadi kepada diri sendiri mahupun orang lain. Ada sesetengah orang dia bawak benda yang actually dilarang dibawak masuk. Tapi time dia bawak tu, terlepas dari pihak imigresen untuk diperiksa. Itu kita katakan "LUCK" dia baik time tu.
So, katakan anda, anda dan anda yang berkawan dengan mereka yang bernasib baik tu menberi anda nasihat/pendapat silalah jangan amek pusing atau percaya bulat-bulat. Sila buat kajian dengan terperinci berkaitan apa yang boleh dan tak boleh bawak masuk ke Australia mahupun New Zealand. Anggapkan diri anda tu tak bernasib baik dan mungkin terkantoi kalo bawak jugak akibat berani mati takmo declare. Kalo bawak jugak dan declare, kemungkinan besar makanan tu akan dibuang terus ke dalam tong sampah.
Baiklah itu sahaja bebelan aku untuk kali ni. Semua yang baik itu datang dari Allah S.W.T dan yang buruk tu semuanya datang dari khilaf aku sendiri.
Sekian.. wasalam.
Bebelan yang sangat berguna, TQVM HF... persediaan ni...
ReplyDeleteWooolllla weeiiiiiiiiii....ibarat orang mengantuk di sorongkan bantal..plan hari ni nak pegi supermarket cari bekalan mkan...panduan yg sgttt berguna nih..syg sama kamu heee
ReplyDeleteLepas ni kalau ada yg tanya soklan cenggini..bagi pelangkong hhahaha
cam tau2 je org nk g ostolia..terbaek!!
ReplyDeleteLagi satu kalo kantoi dah la kena denda,silap haribulan masuk rancangan Border Security gitu..lulz
ReplyDeletejohn,
ReplyDeleteaku bawak 3 in 1 nescafe angan old town white coffee tak lepas bro. sedap jea ari tu dia lempar masuk tong sampahh. cissss
good info tq
ReplyDeleteGitew...
ReplyDeletetepaksa rujuk blog ni kalau nak pengi Australia nanti.
(pekup mulut)
ReplyDeleteopsss..
ok bro ...jelas dah
tamau tanya lagi
huhu
(gigil print entry nih dan beli barang di Giant je)
thankssss
(motif?)
Masa saya first time pergi Australia last year, hampir nak bawa mooncake untuk my ex-roommate yang belajar Master di sana. Nasib baik tak bawa. Tapi saya nie jenis yang suka bagi gift untuk orang, last minute terbeli pula kopi Sabah 3-in one di airport KK sebelum bertolak. Terkejut gila kena suruh beratur untuk dicium oleh anjing. Masa tu, hati saya nak terkeluar dari badan pasal tidak declare itu kopi. Nasib baik tidak kena. Like you said, maybe cause of "LUCK", but in future, bagus saya tidak mau bawa semuak makanan ataupun be honest, JUST DECLARED.
ReplyDeleteTerkeluar bra spender tu aku pernah tengok dulu hahaha.. cian.. that y kene susun elok2 bukan main campak je barang dlm beg..
ReplyDeleteby the way thanks a lot for this information.. baru tahu ada juga barang makanan yg di benarkan bawa masuk :D
@Mie,
ReplyDeletehahaha harap menjadi panduan utk org lain sedikit sebanyak. ;)
@Jari Manis,
gitewwww sampai macam tu skali. kekeke.
@Yayanrahman,
wahhhhh!!! bestnyaaa jumpa kat sana okay! ;))
@Arabella,
yez! tepat skali. ahaks. femes nanti.
@Maszuber,
bertabahlahh... maybe tu ade kandungan dairy.
@As Chichee,
you are welcome. ;)
@Janggel,
ahaks! sampai macam tu skali katanya!
@Kak Anash,
hahahah gitew kak anash. over okay! ;p
@Diana Teo,
mooncake ade kandungan telurkan? Huhuhu thank God u tak bawak. Yup.. just declare! ;)
@Time Traveller,
ahaks! tu ungkapan paling senang nak pakai bra and spender. kekeke. nanti kelam kabut sbb nak cover malu. kekeke
thanks kaki berangan.. best sangat baca entry awak ni. Ingat saya lagi tak? hihi.. =)
ReplyDeleteNak tanya pendapat awak boleh? awak agak2 Egypt selamat tak utk dilawati pada hujung tahun ni, sebab saya dah book tiket lah =S
@MasReena,
ReplyDeletehonestly...tak payahlah pegi. tangguhkan dulu. kawan saya yg blajar kat sana bgtau saya. kawasan pelanconga bukanlah kawasan perang tu. tak terlibat pun. tapi still.. tak takut kalo terkena peluru sesat ke ape. yela, walaupun orang kata ajal maut tu kat mana-mana pun boleh. tp, kalo diri sendiri dah tau kat situ perang, lagi mau pegi. hurm...
kalau aku bawak tuna spread tu boleh tak?????
ReplyDeletemy advise, kalo nak pegi nz or oz, tak yah bawak apa2. nanti sampai sana beli je kat supermarket diorang. takat nak makan roti, tuna, salad, belambak kat sana ye dak?
ReplyDeleteselama aku travel, mmg aku jenis bawak serunding. senang nanti nak makan dgn roti kat mana2 negara. TAPI oz dgn nz mmg aku tak bawak, lenggang kangkung sbb dah sah2 tau tak leh bawak. so kat sana, pandai2 la nak idup. takat nk mkn benda simple, ok jer blh survive kat sana kan :)
aih rindu nya nak road trip!!!
euwwww..mcm tau2 jah ai nak emel tanya sbb lagik 2 minggu nak pi ostoloa ngan nz....kekekeke
ReplyDeletegood info..thanks for sharing!! mau terkeluar bra ke hape kat epot tu buat malu muka aje kan! nak nak kat belakang kita ada mamat hensem huuuuu
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteNak tanya.. agak2 bubur nasi yang segera tu boleh tak bawak?
@Syikin Asril,
ReplyDeletetakde masalah. as long as takde ayam/daging dalam tu. seingat sy dulu pegi HK pn bwk bubur nasik tu. mmg nasik je kan. insyaALLAH takde masalah. ;)
good info. baru plan nak ke sana. bila nampak maggi, fuh legaaa..
ReplyDeleteHey man, just visited Gold Coast, Melbourne and Sydney two weeks ago and found your all your reviews to be very helpful! Thanks and keep traveling! :)
ReplyDeletefatin
ReplyDeletenk tanye..lau bwk makeup leh x..i mean..daycream la..night cream..toner..
Salam nk tanya susu formula baby bleh bawa ke? And tea herbs mcm tea org kampung (detox) tu bleh bawa ke bro?
ReplyDeleteKalau benda2 halal dlm paket sebenarnya boleh dicari kat Oriental shops yg ada di sekitar Sydney. Ni la peluang tengok orang Korea, India dan Cina cari makan dgn jual barang keperluan etnik sendiri. Durian pun ada kalau nasib baik. Tapi dalam peti ais dah la hehe ..
ReplyDeleteKat Sydney, kalau duduk Malaysian Hall boleh tanya budak2 situ kat mana nak cari.
Atau kalau nak adventure, pergi ke Lakemba, perkampungan Islam terbesar Sydney. Makanan halal amat byk, dari beryani kepada masakan Lebanese. Dan boleh tengok masjod yg hidup 24 jam ditengah negara yg gay. Di sini juga ada pejabat mufti Australia.
salam, just info sbb dh 4 thn berturut2 berulang ke Sydney.
ReplyDeletekalau nk bawak processed food mcm daging kari ke, ayam rendang ke bole dgn syarat dlm tin. daging kari yg dlm pek mcam Brahim tu takleh bawak masuk. sbbnya dlm pek maybe senang pecah dan konon2nya takut mencemarkan bumi australia mereka, tp kalau dlm tin should be ok. Chicken floss n beef floss bole bwk masuk sbb dh xde rupa daging seketul2. info ni dpt daripada custom officer sbb masa pegi sydney baru2 ni saje beramah mesra dgn custom officer :)
Klu bawak benda yang boleh bawak contohnya maggi cup tu, kena declare jugak ke acane?
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteboleh bawa tepung gandum & jagung dlm tin tak...perencah??
ReplyDeleteGood info..tqvm.
ReplyDeletevape boleh bawa tak? hehe
ReplyDeleteAssalam . Klu bawa contack lens blehh lepas x ?? Kne declare x ?? Saya na bawa dlm 3 psang , dduk sane 55 hari
ReplyDeleteSy akan terbang ke canada.. boleh kongsi kan apa2 yg terlarang utk negara tu dan tips pakaian sesuai utk kesana..tq
ReplyDeleteAssalamualaikum. Chocolate boleh ke pos ke sana ?
ReplyDeleteAlhamdulillah,serunding saya lepas.kalau nak bawa serunding kena packing macam adabi knorr..kali ini saya bawa yang packing dari Angromas punya.
ReplyDeleteSalama najea dayang, bulan depan sy nk ke nz... serunding mcamane yg awk bawa tu? Kalo pack dlm botol lepas tak?
DeleteCampuran ayam+sayuran yang ditumis+blend dan dibekukan sbg stok utk makanan baby boleh lepas tak?
ReplyDeleteAssalam,means pekasam pun xboleh bawak ya?
ReplyDeleteIyalah tu saya baru jer nak otw..
ReplyDeleteSemoga barang barang Saya bawa tak bawa Masalah loh
Makanan beli dlm flight tapau utk mkn di tmpat penginapan boleh ke.
ReplyDeletePaling tersemat dihati
ReplyDelete'Adalah amat amat amat BODOH kalo tertangkap jugak akibat takmo declare punya pasal.'
hehehhe thanks atas peringatan berguna ni
statement paling berkesan dihati
ReplyDelete"Adalah amat amat amat BODOH kalo tertangkap jugak akibat takmo declare punya pasal."
hahaha thank you sangat
Kat sini pun ada kdai Asian.. .Rasa mcm x pyh bwk pun xpe ...
ReplyDeleteroti boleh bawa ke?
ReplyDelete