Friday, August 29, 2014

P6 | Summer 2014 | Seharian di Seville, Sepanyol (Part2)

Helllooo!!!

Aku sambung dari entry sebelum ni ---> Seville (Part1) 

Ke mana lepas tu dari Seville Cathedral? Dari situ aku jejalan menuju ke salah satu tempat lagi nak tengok berpandukan map kat tangan tu. Jalan kaki jela sebab nak naik public transport pun rasa macam tak berbaloi. Boleh sampai dengan jalan kaki je. Walaupun panas tetap gigih okeh! 

Time duk jejalan tu sempat gakla singgah kejap kat kedai souvenirs. Beli yang mana patut skit jela then gerak semula. Time panas-panas tu pekena ice lemon tea memang syiokkk giler! Rasanya sebotol tu yang harganya dalam EUR2/bottle duk teguk kejap je dah abes. Takleh nak bayangkan kalo ade parents yang datang travel dengan bawak anak-anak kecik time summer membahang camni. Aku rasa duk berkampung kat hotel jela kot sejuk skit. Huk huk huk... 


Thursday, August 28, 2014

P5 | Summer 2014 | Seharian di Seville, Sepanyol (Part1)

Helllooo! 

Jom aku sambung balik cerita Spain tanpa lengahnya. Kang lama-lama aku lupa kang lepas tu terkubur terus. Nak buat entry nak upkan diri-sendiri pun tak sempat gamaknya. Hiks. 

Hari yang ke-3? Kot ke-3 la kot rasanya. Aku pun dah lost track. Walaupun masih lagi di awal summer trip aku untuk tahun ni. Pagi tu bangun awal seperti biasalah bersiap dan breakfast yang disediakan oleh pihak hostel. Cukup sekadar roti bakar dan cereal. More than enough. Pagi tu, panggil teksi lagi untuk ke train station sebabnya pagi tu aku akan buat daytrip kat Seville yang terletak kira-kira 139km dari Cordoba. Jadik nak jimat masa naik train jela yang amek masa kira-kira 45 minit nak sampai. 

Harga tiket train pegi dan balik ke Seville adalah EUR18.50/return journey. Tiket ni pun kitaorang beli in advance. Kalo nak beli on the day nak bergerak pun takde masalah sebabnya train yang kitaorang naik tu memang tak penuh pun. Banyak seats yang kosong. Sepanjang perjalanan pagi tu, ada beberapa kali ternampak ladang bunga matahari. Fuhhh~ hati ni meronta nak turun dari train nak berlari dalam ladang bunga matahari tu. Lawa seyyyy! Tapi apekan daya....

Monday, August 25, 2014

P4 | Summer 2014 | Alcázar & Sekitar Cordoba

Helo helo! 

Seminggu lebih takde entry baru. Al-maklumlah pegi travel lagi. Hiks. Selepas rehat seketika sebulan lebih dari naik kapal terbang. Terasa bernyawa balik. Ahaks O to the Ver la orang kata. 

Anyway, aku nak sambung kembali entry trip bumi Andalusia bulan June aritu. Masih lagi di Cordoba. Tempat ni kan femes ade satu drama ape ntah yang ada guna tajuk di Cordoba ni. Tak tengok so takdela tau sape pelakon dia ke ape. 

Kalo ikut entry lepas, lepas makan tengah hari tu, aku balik semula ke hostel untuk rehat tengah hari dan mandi semula lepas rasa belengas badan semua ni dek lenjun sebab peluh. Yela, bila travel time summer gini takdela nak buat secara terus-menerus. Badan cepat penat dan maybe akan moody dan cranky. Balik rehat, kene pasang aircon kuat kasik sejuk skit. Nasib bilik aku tu ade aircon. Rasa kat heaven buat seketika. Rasaya aku tak terlelap kot cuma rehatkan badan dan terus pegi mandi. Segar rasanya! 

Petang tu kitaorang keluar balik maybe dalam pukul 3 petang camtu kot. Nak pegi ke sebuah istana lama katanya. Nama istana tu Alcazar. Yang terletak sebelah je Masjid Cordoba dan jugak Guadalquivir River. Kira jalan kaki memang boleh sampai. 


kubu di luar istana

Thursday, August 14, 2014

P3 | Summer 2014 | Mosque-Cathedral of Cordoba, Sepanyol

Buenos días!

Atau dalam bahasa melayu adalah Selamat Pagi ataupun Selamat Sejahtera pun boleh! 

Kali ni trip aku ke bumi Sepanyol. Secara khususnya banyak fokus kepada kawasan Andalusia yang terkenal dengan kegemilangan tamadun Islam yang megah pada zaman dahulu. Kiranya macam "Kembara Andalusia" pun boleh. Tapi takdelah sempat cover kesemuanya bandar dalam Andalusia. Sempat pegi hanya ke beberapa tempat sahaja. Kalo ade kesempatan lain, boleh terjah yang tak sempat pegi aritu. 

Seperti biasa, check out dari hostel di Madrid pada awal pagi dan menuju terus ke train station. Pada mulanya memang plan nak naik bas je untuk ke sana tapi akan amek masa dalam 30 minit++ jugaklah untuk sampai jadik the best option kitaorang call je taxi (EUR7.60/cab) suruh hantar ke train station. Dalam 10 minit camtu dah sampai. Nama train station adalah "Madrid Puerta De Atocha Salidas". Besar betol train station ni. Rasa macam kat airport pun ada siap kene scan bagai untuk masuk ke boarding hall. Since tak sempat nak breakfast pagi tu, sempat alas perut dengan light breakfast kat cafe yang ade kat boarding hall tu. 


Wednesday, August 13, 2014

P2 | Summer 2014 | A Day in Madrid, Spain

Hollla!

Kat mana aku stop kat entry sebelom ni? 

Haaaa okeh dah balik hostel untuk check-in semua bagaikan. Dah siap boleh terlelap aku sebab badan terlalu penat gamaknya sebab tak tido semalaman kat airport. Okla dapat la lelap barang 2-3 jam sebelom bangun mandi untuk explore city of Madrid ni yang mana sempat. 

Since siang kan panjang, kira advantage jugakla sebab ada masa yang panjang untuk jejalan. Tapi kadang-kala tu aku pikir kalo siang terlalu panjang buat kita leka dan makin penat sebab nak tunggu malam tu jenuh gakla. Ahaks. 

Okeh! Ke mana kita?

Nak pegi taman yang terkenal kat Madrid ni. Kalo datang Madrid kene la pegi taman ni. Kata kawan serumah aku ni. Nak pegi Retiro Park. Tak susah hanya naik metro je untuk sampai ke sini. Maaf la aku dah lupa the exact station metro tu tapi yang penting memang terus sampai ke stesen Retiro Park ni. 

remaja tempatan beriadah, rasa seronok la kalo ade sepasang rollerblade ni

Monday, August 11, 2014

P1 | Summer 2014 | A Day in Madrid, Spain

Summer Break! 

Bila duk blaja kat overseas, kebanyakkan students mesti duk tunggu-tunggu summer break. Yela, time summerlah semua student mostly ada cuti musim panas yang panjang! Ada la kira-kira 2-3 bulan duk free dari segala buku akademik dan kelas yang perlu hadiri. Aku pun tak terkecuali. 

Ewahhh~ 

 Seperti sedia maklum, dalam bulan 6 aritu right after abes last paper exam aku aritu terusla aku terbang ke negara Sepanyol untuk menikmati percutian musim panas yang maha panas lah yang penah aku rasa! Ahaks tobat dah taknak pegi time musim panas yang memuncak.. cukup la dah penah rasa sekali. Kira aci boleh cerita kat anak cucu nanti kalo umur panjang. InsyaALLAH. 

My first leg started in Madrid. Macam mana boleh sampai sini? Tiket flight paling murah adalah turun kat Madrid ni lah dari London. As a student yang sengkek. Kos menjadi halangan utama untuk travel. Yela, haruslah pilih option yang paling murah. Plus, alang-alang tu boleh la explore ape yang best kat Madrid ni. Tengok apa yang ada katanya... 

Since nothing much to see in Madrid and can be covered within one day, we decided to spend only a full day in this city. Kira been there done that cukup la kot. 


Tuesday, August 5, 2014

Seharian di Stratford Upon Avon

Assalamualaikum!

Masih lagi ada mood raya ke? 

Ni aku ada satu entry nak bagitau kat orang ni. Berkaitan dengan travel gak. Ni pegi aritu dalam bulan puasa. Saje nak jejalan yang dekat-dekat. Tak jauh dari Birmingham gak dalam 40 minit train ride yang berharga GBP5/return. Haaaa murah tak? Ni tiket pun beli pakai RailCard 16-26 (kira macam kad diskaun gak) kalo tidak jadik mahal ler skit. 

Trip ni pun pegi sebab kawan aku yang ajak. Bila lagi nak explore bahagian dalam United Kingdom ni sendiri. Banyak tempat yang bagi aku agak lawa kalo nak explore. *sigh* banyak lagi ni tak explore. Time is running out! 



Monday, August 4, 2014

Syawal 1435H | "Kerana Kerisik & Kacang"

Assalamualaikum!!!

Salam 8 Syawal! Aku rasa arini dah ramai dah start keje dah kan? Lebih kurang seminggu dah raya. Cukup-cukupla kot duk kat kampung tu. Moh beraya kat bandar lak. Mesti banyak open house hujung minggu nanti. 

Anyway... how's my raya in Birmingham? Best ke tidakkk? Nak kata besttt gilerrr tu amatlah tipukan. Yela, bila dah 23 tahun asyik beraya dengan family je. Tup-tup, tahun ni kene beraya sebagai anak perantau lak. Mau tak syahdu hidup aku ni kan? T___T Tapi tahun ni pun ada kenangan yang tersendiri. Nasib baik ada kawan-kawan yang boleh dicerca, dihu-ha, bergembira bersama-sama di pagi syawal. Takdelah sendu mana pun.