Arini mood rajin skit nak update blog sebab tempat kali ni aku rasa jarang nampak kat sekitar KL ataupun Malaysia. Share with me if you know other locations as well okay? ;)
Weekend aritu aku berkesempatan join event terbaru anjuran Gaya Travel Magazine iaitu "Eat.Travel.Write.Doodle (ETWD)" yang juga bersempena dengan "Citrawarna 2016" yang berlangsung pada malam 25 September 2016 yang lalu.
Anyway untuk entry kali ni aku nak fokuskan tempat lepak yang terbaru bagi mereka yang tinggal Ampang dan jugak Kuala Lumpur. Starbucks Drive-Thru, Jalan Ampang baru je dibuka seminggu yang lepas. Aku nampak satu artikel pasal Starbucks ---> Best Food KL . Kebetulan dalam entry event ETWD kali ni, dorang selitkan sekali untuk datang melawat ke Starbucks yang baru dibuka ini.
Tak susah pun, datang daripada KLCC terus menuju ke Jalan Ampang sampai jumpa Great Eastern Mall dan Gleneagles Hospital. Tak jauh dalam 300 meter camtu dari hospital (belaha kiri), Starbucks ni terletak di seberang jalan (sebelah kanan). Kene buat u-turn bawah flyover la untuk ke sana. Kalo nak terus u-turn make sure takde kete dulu. Kang tak pasal-pasal accident pulakkan. Hahaha.
Benda yang menarik perhatian aku adalah concept, interior dan jugak struktur binaan Starbucks ni memang menarik minat aku untuk datang. Thanks GayaTravel sebab sudi bawak! Konsep dia lebih kepada minimalist dan moden. Tak perlu sarat dengan segala benda mak nenek. Just the way i like it to be. By the way, it's totally deserves a visit from all.
Aku rasa Starbucks kat sini antara yang paling luas kot yang penah ada kat Malaysia. Memang rasa spacious dan tak rasa lemas. Siap boleh buat discussion lagi bagi yang mereka berminat nak diskas pasal business ke apa. Ada ruang indoor dan outdoor untuk duduk. Tapi outdoor, ruangan dia limited la skit dan panas la. Hello, Malaysia kot. Ingat London? Hahaha. Dekorasi yang korang tengok kat gambar-gambar atas tu menarik bukan? Simple and just nice.
Kalau dah datang dengan Gaya Travel, takkan la datang minum lepak je kan. Pihak Starbucks Drive Thru siap adakan satu session bersama Malaysia Coffee Ambassador lagi, Cik Aisyah untuk memberikan sedikit sebanyak pengenalan berkaitan coffee culture yang sebenarnya. Ada banyak input menarik yang diberikan siap dengan demonstrasi lagi. Sebagai contoh, makanan apa yang sesuai untuk dinikmati bersama dengan secawan kopi. Dengan haruman yang boleh kasik high buat coffee lover. Fuhhh! Mengancam!
Tak lupa, ada jugak sesi menjawab soalan dan kuiz. Guess what? Aku pun menang hadiah dari Starbucks. Tak silap, soalannya aritu "Makanan apa yang sesuai bagi membangkitkan rasa dan bau kopi sumatera" Aku dengan selambanya jawab "cempedak goreng" Hahaha boleh walhal aku macam main cakap je. Lols. Reason dia? Sebab bau cempedak tu kuat dan fruity that why boleh membangkitkan rasa dan bau kopi tersebut.
Hadiahnya ape? Boleh amek 1 barang yang terletak di merchandise rack. Wow la kan. Aku amek tumbler yang limited edition yang berharga RM120. Yela, aku kan pengumpul tegar Starbucks Tumblers. Terima kasih Starbucks!
antara makanan yang disediakan untuk mencuba. bukan terus makan ye. kene tunggu Coffee Ambassador kasik instruction sambil minum kopi yang disediakan |
antara participants untuk ETWD kali ni, ramai muka-muka baru. well hello there~ |
Cik Aisyah (Coffee Ambassador) dan juga En. Salleharon (Senior Manager/Coffee Master) |
para participants yang gigih mengambil nota atau gambar. tekun semuanya. bagus! |
yang ni pun tekun juga. kelihatan blogger femes "That's So Farah" |
CEO GayaTravel, En Nuar sedang merakam video |
tu dia, betul-betul menikmati nih, ke acah-acah je? ;p |
kita makan waffle pulak sedap sambil hirup sumatera coffee. bau dia memang terangkat! |
turut dihidangkan, marble cheese cake, chicken lemongrass pizza dan jugak mushroom pie. very very delicious! yums |
sesi bergambar la bagi mereka yang berjaya menjawab soalan. nampak tak aku kat situ? bangga abes. lols |
sesi penghargaan dari pihak Gaya Travel Magazine kepada pihak Starbucks |
senyuman ayu dari Cik Aisyah (Malaysia Coffee Ambassador) |
blogger Ramble&Wander begitu fokus nampaknya. tekun! |
Ok dah tu je. Terima kasih kepada semua yang terlibat terutama sekali pihak Gaya Travel Magazine, Starbucks Malaysia dan juga Tourism Malaysia atas peluang yang diberikan.
Till then.
Bye!