Saturday, June 4, 2016

Eat.Travel.Doodle

Well, hello hello! 

Do you guys miss me? Hahahah aku ada je ni haaa. Lately, memang tersangat jarang bukak blog. Blogwalking? Apetah lagi... malas! Plus, travel ni memang aku dah slowdown skit. 

Anyway, entry kali ni berkaitan "Eat.Travel.Doodle" anjuran majalah travel "Gaya Travel". Pertama kali, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada En.Sharmsoul sebab sudi jemput aku, walaupun picisan sangat dah skang ni dalam dunia blogger. Akhirnya dapat jugak aku join event yang dianjurkan oleh Gaya Travel ni. Dulu asyik busy dengan kerja tak pun travel jekan. 

So, untuk event "Eat, Travel, Doodle" ni, ianya adalah anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MyMOTAC) dan Tourism Malaysia dengan kerjasama Gaya Travel Magazine. 



Kalau sebelum ini, Gaya Travel pernah anjurkan "Eat.Travel.Write" tapi kali ni special skit sebab ditukar kepada "Doodle" lak. Haaaaa doodle tu ape dia lak? Doodle ni macam simple drawing yang kita conteng-conteng atas kertas. Tak pun cara senang macam sketch jela apa yang kita nampak atau minat. Kiranya event kali ni, macam travel sambil doodle! Menarikkan? 

Aku? Memang tak pandai la mendoodle ni. Tabik spring la kat Janggeltrekker sebab doodle dia cantik! Sapa-sapa yang nak order bantal doodle atau tudung doodle boleh la ke instagram beliau : @doodlebyren . Ayuhh! Limited edition katanya. 

Event "Eat.Travel,Doodle" ini boleh dikatakan agak besar dengan kehadiran para media, bloggers dan doodlers dari Indonesia, Filipina, dan Brunei. Hebat bukan? Sambil berjumpa kenalan baru dan bertukar-tukar pendapat. 

Event ni berlansung selama 3 hari (27-29 Mei 2016), tapi aku dapat join hanyalah pada 28-29 Mei sahaja sebab ada komitmen kerja katanya. Tapi rasa rugi jugaklah sebab hari pertama tu ada melawat tarikan terbaru di KL Tower. Aku dah lama giler tak jejak KL Tower. Last waktu tahun 1998. Haaa lama giler kan! 

Anyway, aturcara event adalah seperti dibawah:


Antara highlight sepanjang 3 hari event ni berlangsung dapat aku simpulkan contoh macam:
  • KL Tower : Skybox (mesti pegi untuk alaminya sendiri! Rugi-rugi tak dapat join aritu!)
  • KL Eco Park : Kat tengah-tengah bandaraya KL ni pun ada hutan untuk kita nak lari sekejap dari kesibukan kotaraya yang pesat membangun, aku pun baru tau.)
  • Floria di Putrajaya, ada acara Magic of The Night yang menarik. 
  • KL City Gallery : First time aku masuk, banyak benda-benda menarik yang boleh tengok plus boleh dapatkan info-info menarik kalau nak melawat di sekitar Kuala Lumpur. 
  • Teater MUD : The history of Kuala Lumpur. Seriously sangat menarik! Wajib tengok, tayangan ada setiap hari jam 3petang dan 8:30 malam. 
  • Hop on-Hop Off : Nak tengok semua tempat menarik di KL? Naiklah bas nih! 

Jom layan gambar dari lensa @akugraphy


sesi mendoodle

sesi mendoodle

sesi briefing oleh Mr. Alex di KL City Gallery

salah satu ruang dalam pameran di KL City Gallery

model pencakar langit di Kuala Lumpur, banyak rupanya!

The Spectacular City Model Show : The highlight of the gallery is the spectacular Kuala Lumpur City Model, measuring an incredible 40ft x 50ft, which showcases the city’s past, present and future through advance multimedia projection mapping on the model, the first of its kind in South East Asia.

Upside Down House yang bakal dibuka di kawasan KL Tower

En.Nuar (CEO Gaya Travel) sedang melihat peserta-peserta Eat.Travel.Doodle kali ni

gelagat peserta di KL Eco Park

gelagat peserta di KL Eco Park

blogger femes : Lily Riani The Globetrotter

jambatan gantung yang ada di KL Eco Park

gelagat peserta di KL Eco Park

gelagat peserta di KL Eco Park

suasana di Floria Putrajaya 2016

salah satu acara di Magic of the Night

tarikan terbaru di KL Tower : Skybox!

ada bran tak?

built away from ground at 3000 meter height! 

Panggung Bandaraya KL : Teater MUD

salah satu scene dalam MUD

group photo dengan pelakon-pelakon teater MUD

group photo lagi!

jom naik Hop-on Hop Off bas pulak keliling KL!

duk kat open deck la baru besttt walaupun panas skit. hehehe 

last stop! KLCC! 

malam tu semua nak makan durian, pegi la kat Jalan Raja Alang! Craving satisfied! 

KL Lights Up! Level 10 Regency Hotel. Terima kasih kerana menaja penginapan kami! 

Dah namanya Eat.Travel.Doodle mestila ada hasil doodle-lan setiap para peserta yang mengambil bahagian dalam contest yang dianjurkan oleh GayaTravel. Hadiah-hadiah menarik okeh yang menanti para pemenang. Hebat-hebat semuanya hasil karya dorang sume ni. Ayuhh kita lihat! 







Orang berbakat tentulah menangkan,. Tahniahhh! Hadiah disampaikan oleh En, Juhan (Chief Editor) Gaya Travel Magazine

Group photo!
 Secara keseluruhan, event "Eat.Travel.Doodle" berjaya dilaksanakan oleh pihak penganjur dan i had fun with all the activities! Congratulations again to MyMotac, Tourism Malaysia and especially Gaya Travel Magazine. Well done!

Malaysia Truly Asia... #dekatje kenapa nak pegi jauh-jauh kan? Hiks. 

Till then. 

Bye!