Kisah baru!
Kisah baru ke masalahnya? Ahaks. Ni cerita dah nak lapuk dah tapi baru sekarang ada mood nak mengarangnya. Ni semua gara-gara terlalu banyak vitamin M, duk uruskan perpindahan ke rumah baru, dengan dengan musim kelas yang baru bermula. So, segalanya perlu diberikan keutamaan berbanding berblogging ni.
Tapi takpe. Kalo ada mood, boleh la mengarang ni. Kalo tidak, duk diam-diam jela tengok ape yang berlaku kat luar sana.
Mid-august aritu dalam 14-21 Ogos, aku dah berpeluang pegi travel lagi. Ni semua gara-gara tiket yang agak murah yang aku jumpa lepas balik dari summer trip aritu. Godek punya godek terjumpa tiket murah pegi ke Germany ni lebih kurang GBP51 in total untuk route dari London --> Frankfurt & Berlin --> London.
Okla tu kan?
Apa lagi? Klik ler button Confirm! Lepas tu duk diam-diam.... sampailah satu ketika baru start buat research. Buat research pun takdela beria sangat pun. Actually, aku dah malas nak beria-ria buat research ni. Cukup sekadar ape orang kata tau secara kasar / roughly tau ape yang boleh tengok kat sana nanti.
Lebih kurang 2 minggu lagi sebelom berlepas, aku dah mula nak tengok-tengok apa yang patut. Niat asal untuk accommodation tu just nak walk-in je. Bila duk godek HostelBookers dan website lain-lain tu tengok bilik hostel dah banyak yang full house. Aisehh... ni tak leh jadik ni. Kang tak pasal-pasal kene tido bawah jambatan. Nak tido kat hotel memang dah tak mampu la kan.
Tak nak amek risiko tu, aku plan siap-siap route mana yang aku nak terjah nanti sepanjang 8 hari kat Germany ni. Lepas tu barulah aku boleh book accommodation dan transportation yang sebaiknya.
Route yang aku dah decide adalah seperti berikut:
Frankfurt --> Heidelberg --> Stuttgart --> Munich --> Berlin
Untuk pergerakan dari satu bandar ke satu bandar, aku memilih untuk naik train/bus je sebabnya rangkaian pengangkutan darat kat Germany ni memang antara yang terbaik lah orang kata. Segala ceruk pun boleh sampai. Plus harga tambang tidak terlalu mahal untuk orang biasa naik. Kiranya mampu la. Nama pun negara maju...
Untuk perkhidmatan keretapi, boleh je nak beli on the spot ataupun beli in-advance thru online. Tapi time tu aku tak pasti samada kalo beli on the spot adakah harga lebih mahal daripada beli in-advance? Nak tak nak, since aku pun dah tau nak ke mana dan ke mana, aku beli je in-advance tiket train yang sepatutnya berpandukan kiraan masa aku nak naik train tu nanti.
Macam biasalah, pilih waktu yang paling murah dan dirasakan sesuai.
Untuk train, tak perlu nak beli tiket 1st class, sebabnya 2nd class pun bagi aku dah terlalu selesa untuk dinaiki. Tiket 2nd class tak perlu nak reserved seat jugak. Kalo ikut pengalaman aku, train tak terlalu penuh pun. Still ada tempat kosong untuk duduk. Ada sekali tu, satu coach tu dalam 2-3 orang je penumpang. Heaven! Ada jugak disediakan tandas dan wifi! Tapi berbayar la ye... not for free.
Untuk route:
- Frankfurt --> Heidelberg (train) : EUR19/sehala untuk 1 jam perjalanan
- Heidelberg --> Stuttgart (train) : EUR19/sehala untuk 1 jam perjalanan
- Stuttgart --> Munich (train) : EUR19/sehala untuk 2 jam perjalanan
Nanti just print je online tiket untuk dibawa bersama. Kalo taknak print pun takpe, just bukak attachment thru smartphones. Just tunjuk je nanti untuk di scan barcodenya. Sepanjang aku naik train kat Germany ni, orang kata tiket tu hanya cukupkan syarat je nak kata kita ni seorang yang jujur. Aku perasan, takde pun pegawai yang datang check tiket. Dalam perjalanan tu ada la pegawai yang lalu lalang 2-3 kali, tapi takde pun mintak tiket. Ni aku rasa sebab dah abes waktu bekerja la kot. Aku naik train pun dah waktu malam lebih kurang jam 9:30 malam untuk ke destinasi seterusnya.
Tapi ada sekali tu, train waktu pagi kira peak hour la orang kata. Dari Munich menuju ke Fussen. Yang tu ada orang check. Tapi tu nanti aku cerita secara details dalam entry tersebut.
Other than that, takde pape masalah.
Haupbahnhof = Central Train Station di Frankfurt |
Manakala untuk route terakhir dari Munich menuju ke Berlin, pada asalnya aku nak pilih naik train jugak sebab paling selesa untuk perjalanan yang jauh. Masa perjalanan dari Munich ke Berlin ni mengambil masa kira-kira 7-8 jam jugaklah nak sampai. Kalo naik train ni orang kata selesa la. Aku pilih night train pada asalnya sebab nak jimat untuk accommodation 1 malam. Tapi bila tengok harga tu. Fuhhh~ mahal weh. Almost EUR80/sehala. Taknakla bazir duit camtu je.
Try tengok bas pulak. Haaaa jumpa pun untuk night bas untuk 10 jam perjalanan berharga EUR22/pax. Terus la aku beli online terus.
Untuk website yang berguna boleh refer seperti link dibawah untuk membuat perbandingan.
Untuk bas, aku terus beli kat website Meinfernbus. Nanti dia akan kasik e-ticket untuk diprintkan. Naik bas dua tingkat siap ada free wifi lagi. Tapi aku takleh pakai lak malam tu. Nasib baik malam, terus la tido je. Kalo siang, mau mati kebosanan aku dalam bas tu.
Dalam setiap bandar yang aku terjah kat Germany ni, basically aku banyak jalan kaki dan ade jugak pakai subway/metro dorang. Sangat efficient dan coverage yang sangat meluas. Aku beli day pass yang berharga plus minus EUR7/day. Kira boleh naik turun train sampai lebam. Tak usah gusar kalo kene tukar train sesat barat semua.
Kat sini, memang takde gate untuk cucuk tiket semua. Semuanya adalah based on TRUST yang sangat tinggi. Jadik janganlah kita bawak perangai ibarat orang takde tamadun naik train tak beli tiket camtu.
Okeh dah setel bab transportation kat Germany.
Aku proceed pulak ke bahagian accommodation. Accommodation ni bergantung kepada bajet setiap individu gak. Bagi aku, hostel adalah pilihan utama lah kalo travel ni sebab murah. Yela, nak tido je pun. Bukannya nak berkuntum kat bilik sepanjang masa. Maka, hostel sudah memadai. Tapi dalam memilih hostel pun kene amek kira beberapa aspek seperti harga, lokasi, amenities, point of interest dan yang paling penting adalah reviews dari tetamu sebelumnya.
Aku suka pakai Hostelbookers/Hostelworld kalo nak carik hostel. Tengok yang mana paling sesuai dan tak jauh dari central station. Kadang-kadang tu pilih yang paling murah tapi review tinggi. Ikut nasib gak tu. Lepas tu, bila dah jumpa yang mana sesuai. Aku try search pulak nama hostel yang aku nak tu thru Booking.com. Kalo ada availability lagi, aku terus book thru Booking.com.
Kenapa aku book thru Booking.com tetapi tidak melalui HostelBookers/HostelWorld?
Sebabnya... aku taknak bayar deposit 10% yang dikenakan oleh 2 websites ni. Plus, kalo kita cancel booking tu nanti deposit tu akan hangus camtu je. Plus, aku dah terkena beberapa kali sebelum ni yang aku kene charge full day walaupun aku dah cancel revervation aku tuh. Maybe ada silap aku sendiri la yang aku tak aware. Tapi benda dah jadik. It's ok.
So, nak selamat aku pakai jela Booking.com. Harga tak banyak beza berbanding websites lain. Tiada deposit yang dikenakan cuma kene masukkan credit card atau debit card number untuk booking confirmation. Nanti boleh pilih samada nak setel in full by cash or charge to debit card/credit card. Aku selalu pilih untuk setel cash in full upon arrival. Senang nak keep track duit keluar masuk. Lepas tu, kalo nak cancel reservation pun tiada charge yang dikenakan kalo cancel booking tu 2 hari sebelum check-in.
By the way, bagi pengguna smartphones jangan lupa download apps untuk HostelBookers, HostelWorld ataupun Booking.com. Senang nak tengok booking info thru handphone je. Tak perlu dah nak print confirmation bagai semua tu. Boleh retrieve dari handphone je. Save the environment orang kata.
Untuk accommodation sepanjang di Germany ni. Aku dah siap-siap booking sebelum berangkat ke Germany. Antara senarainya adalah seperti berikut:
Lotte The Backpackers Hostel, Heidelberg
Price 5-beds dorm : EUR23/pax
Review aku: Terletak betol-betol kat Old Town of Heidelberg, tak jauh dari main attractions kat Old Town. Only walking distance from everywhere. Good and friendly host. Free cereals, coffee and teas all day long. Aku kata recommended lah. Ahaks
The Hi Hostel, Stuttgart (Rangkaian Hi Hostels)
Price 4-beds dorm : EUR31/pax
Review aku: Ni takde pilihan lain sebab hostel lain dah full house. Terpaksa bayar sedikit mahal berbanding hostel lain. Takdelah jauh mana dari central train station tapi still kene naik metro. Kalo nak jalan kaki boleh, tapi macam kene mendaki bukit kira-kira 1.5 km camtu. Larat ke? Hiks. Breakfast included. Biasa-biasa jela. Other than that ok.
The 4You Hostel, Munich
Website: http://www.the4you.de/en/
Price 8-beds dorm : EUR22/pax (2 nights)
Review aku: Ni punya hostel dengan giler dengan Haupbahnhof (main train station), jalan dalam 200 meter terus sampai. Nak carik pun tak susah. Kira lubuk backpackers la kat sini walaupun aku bukanlah backpackers tegar pun. Ahaks. Breakfast included. Makan sampai kenyang orang kata. Tak jauh dari situ ade main bus station. Aku jalan kaki je pegi sana since naik bas pun kat situ menuju ke Berlin. Nak makan halal, payah la skit sebab takde pulak aku nampak. Aku slalu opt macam pastry, tuna pizza or seafood meal jela. Other than that, aku prefer sebab great location!
Heart of Gold Hostel, Berlin
Website: http://www.heartofgold-hostel.de/
Price 8-beds dorm : EUR16/night (2 nights)
Review aku: Ni pun kira hostel yang berada di Central Berlin. Nak pegi mana-mana attraction pun tak jauh. Naik metro dalam 2-3 stations dah sampai. Tiada breakfast disediakan. Tapi kat luar hostel tu ada beberapa kedai pizza. Aku opted tuna pizza jela. Nak carik halal agak payah skit kat area sini. Okla kalo rajin boleh carik yang lagi elok. Tapi aku berpuas hati.
Untuk makanan lak... aku hanya bawak megi je 2-3 paket. Tapi tu semua memang tak terusik langsung! Aku rasa aku banyak survive hanya dengan makan roti, pizza je. Ada 2-3 kali makan macam ala kebab tu. Nak jumpa nasik ada skali aku pegi makan kat Fussen. Kedai asian, order fillet ikan bersama nasik putih. Rasa heaven time tu. Tu jela skali makan nasik. Yang lain memang hidup dengan simple meals. Pretzel kat sini memang macam-macam jenis tapi keras! Kalo cicah kopi panas memang syiokkk!
Kalo bab halal makan ni, kalo rajin carik insyaALLAH memang jumpa. Tapi aku kan jenis malas. Kalo rasa yakin tu, aku makan je. Tapi bukanlah makan sebarangan okeh. Ingat skit Allah duk tengok tuh.
Ape lagi eh?
Tips lain kalo aku ingat aku akan share thru entries yang akan datang.
Till then.
Bye!
wow great sharing
ReplyDeletekongsi info yang mana tahu je. hiks. ;)
Deletemurah murah gak once you are in Europe. untung laaa ko John...
ReplyDeletekhatam semua sekali ok ! :D
kalo beli awal2 mmg agak murah. kalo beli lmbt mmg tiket tu dah boleh balik msia dah kekdahnya. hiks. tak dpt khatam, tp try to make the best of it. ;)
DeleteAssalam John..lama tul x singgah sini haishh...rindu lah sikit2 ahahah GEDIK!!...holaa..ada tips..mmg ada perancang nk ke sana sbb ada kenalan blogger Aisya study di Germany ni..
ReplyDeleteGigih dan rajin kongsi info di sini dan memberi banyak manfaat kepada mereka yg ingin ke sana..In Sha Allah dgn cara ini dapat jugak pahala..terima kasih John..bila mau blk Msia..opsss
waalaikumussalam. untungla JM ade kenalan kt sana. boleh ler singgah melawat nnt kalo ade rezeki. insyaALLAH.
Deletewah.. sangat membantu. Sangat2 bagus. Terima kasih John
ReplyDeletebagitau ape yg saya tahu je kak. nothing much pun tp atleast dpt la bayangan org kata. hiks. ;)
DeleteBoleh consider utk next destination.. tapi spt biasa Kak Kep kena angkut 'askar kecik' 3 org.. hihihi.. so mmg tak dek chance dok hostel.. hihihihi
ReplyDeletekt germany ni ade mcm2 boleh tgk. cuma kene pilih and pegi je nnt. hiks. tak kisah la duk mana2 pn janji travel je kak. hiks.
DeleteOrg gi bln dpn...time octoberfest...leh ler join sekaki...ekekeekek...
ReplyDeleteSeronok yer khatam semua negara....siap berhari2 tu....ai is jeles. Sila balik skrg. Sponsor dah jerit tu....hiksss
waahhhh time tu mmg org kata peak season tu. nak join tu takdela sbb packed dgn klas katanya. papepun, have fun! ;) tapi tak mau balik boleh? hahahah
DeleteHarap-harap saya pun dapat ke Germany.
ReplyDeleteinsyaALLAH akak. ;)
Deletesyoknyer..hai mmg teringin juga..tgh kumpul dana ni ehehhe
ReplyDeletethanks for sharing.. suka baca n your review plus detail tentang pengangkutan n accomodation
ReplyDeleteSaya seronok mengikuti catatan perjalanan tuan.Saya pernah sampai ke Heidelberg castle dahulu..1989..agak lama dah..T.kasih kerana mengingatkan saya pada kenangan lama.
ReplyDelete