Saturday, September 20, 2014

Bhg.3 | Stuttgart’s Municipal Library, Jerman

Guten Tag!!! 

Bak kata orang  Jerman kepada anda semua. Atau dalam bahasa inggerisnya adalah selamat tengah hari. Hari ni hari Jumaat kan? Aku nak hidangkan sesuatu yang ringkas dan boleh menyegarkan bijik mata. Esok dah weekend, maka kene ler enjoy! 

Kalo ikutkan dari entry aku sebelum ni, malam tu aku berangkat menuju ke Stuttgart dari Heidelberg. Tak jauh pun perjalanannya naik train, dalam sejam camtu. That's why aku amek train malam. Kira bila sampai sana, terus check-in hostel untuk tido, dan esoknya terus keluar jejalan. 

Untuk berkaitan dengan transporation dan jugak accommodation, sudah aku share dalam entry mula-mula aritu. Boleh rujuk ---> Tips di Jerman 

suasana dalam coach kelas ke-2 dalam train menuju ke Stuttgart dari Heidelberg

Dari Haupbahnhof train station (Central Train Station) tu, actually kalo rajin dan gigih boleh menapak menuju ke Hi Hostel yang sudah aku booked awal-awal tu. Tapi disebabkan dah macam almost midnite dah aku terus amek subway untuk menuju ke sana. Tak jauh pun dalam 15 minit train ride. Seperti biasa, berpandukan direction yang aku dah copy siap-siap kat handphone aku ni, terus carik line train yang sepatutnya untuk kesana. 

Tapi sebelum tu, kene la beli tiket. Aku beli sehala je dulu yang berharga EUR2.20 untuk kawasan zone 1. Esoknya baru aku bercadang nak beli daypass. Yang penting sampai hostel nak mandi terus bummmmm! 

Tido ler~ 



Proses check-in berlangsung tanpa ada masalah. Cuma yang kureng skit, takde wifi kat bilik. Yang ada cuma kat coffee house and kawasan reception je. Dah la wifi kene bayar. Terbantut niat aku nak bersocial media malam tu. Memang lepas mandi terus tido. Tapi sempat la bertegursapa dengan roomate aku malam tu. Dari Italy katanya datang sini untuk belajar bahasa Dutch selama 6 bulan. Dah nak balik katanya.. rindu anak bini. Hiks. 

**********************************

16 Ogos 2014

Pagi tu, aku bangun awal macam biasa. Segar skit badan sebab dapat tido yang cukup. Bangun pegi breakfast yang disediakan. Makan jela yang mana boleh makan janji boleh alas perut tak bagi lapar untuk jejalan aritu. 


pintu masuk hostel aku untuk aritu

Arini aku dah sort out plan aku nak pegi mana. Tapi sebelum tu, aku nak pegi ke tourist info kat Haupbahnhof. Untuk ke sana, aku jalan kaki je turun bukit dari hostel aku. Dari hostel tu memang aku nampak stesen keretapi yang besar. So, takdela masalah nak navigate, plus memang ada jalan bertangga menuju ke bawah. Takdela sesat barat. 

Haupbahnhof, kat depan bangunan ni ada tourist info centre, kene lintas jalan

Mula-mula skali aku nak pegi ke library kat Stuttgart ni. Aku jumpa gambar library ni pun secara tak sengaja time duk scroll gambar kat dalam Pinterest. Tu yang memang dah aim nak jejak kaki ke library ni. 

Ape yang best sangat sampai aku teruja nak ke sana tuh? Hiks.

Tapi sebelum tu, sedikit info berkaitan dengan Stuttgart's Municipal Library (Stadtbibliothek am Mailänder Platz):-

  • Architect:  Yi Architects 
  • Location: Mailänder Platz 1, Stuttgart
  • Opening Ceremony: October 21, 2011
  • Plot Area: 3 201 m²
  • Total Cost: EUR79.0 million
  • Architecture idea: The design focused on the idea of establishing the City Library in Stuttgart as a new intellectual and cultural centre. In order to satisfy this claim in terms of urban development, it was suggested that the library building be given a special position within the block structure envisaged in the master plan: a detached, monolithic building that would tower over the surrounding buildings. In this way, the privileged urban treatment of the City Library becomes an unambiguous symbol of its special significance.

Tak guna cakap panjang-panjang, tapi mereka yang berminat untuk membaca dengan lagi lanjut berkaitan bangunan yang aku rasa nak duduk situ je boleh la baca ---> SINI 

Jom layan gambar....

By the way, mesti ada yang berkata dalam hati nanti, macam sama je dengan library baru kat Shah Alam tu. Ye, saya pun tahu akan hal tu tetapi tak penah la saya nak jejak kaki sebab saya bukanlah ulat buku. Maka, nanti bila saya pulang ke tanahair, akan saya jejaki library baru Shah Alam tu nanti. Okeh? 

rupa bangunan dari luar, nampak macam biasa

ruang legar utama di ground floor

view dari level 8 - paling atas skali

view dari tengah-tengah

angle lain lak ;p

putih dan putih je dekorasi

PC untuk check buku yang ada

couldn't get enough of this. am i crazy? 


buku tersusun kemas di rak-rak

pengunjung yang leka membaca

kerusi untuk duduk

minimalist at its best!

buku-buku untuk dibaca

rak buku

dongak ke atas

leka membaca (read: poyo) hahahah ;p

Time aku pegi tu dalam pukul 9.30 pagi camtu, tak ramai sangat orang infact memang kosong je. Ada beberapa tourist lain jugak yang datang melawat. Dorang pun macam kagum dengan library secantik ni. 

Lama gak aku spent kat situ. Ada la dalam 2 jam sebab leka duk dalam tu. Bila pikir balik, ntah ape la aku duk buat dalam tu. Ahaks. Btw, ada jugak kafe kat sini kalo datang nak minum ke ape. Kat tingkat atas skali. Boleh la layan perasaan kalo nak. ;p.  Ada banyak bahagian, untuk kanak-kanak pun ada. Terlupa nak amek gambar time tu. Hiks. 

Untuk sampai ke sini tak susah pun. Boleh jalan kaki ataupun naik train.  Satu stesen je. Nanti turun kat stesen Mailänder Platz. Kalo nak jalan kaki pun boleh. Dari bangunan Haupbahnhof, sila jalan ke arah kanan. Nanti akan nampak bangunan library ni. 

Ok dah. Tu je. Korang rasa excited tak kalo ada peluang datang sini okeh? Must see and experience by yourself! 

Till then...

Bye!

10 comments:

  1. Nampak luas dan designnya kemas. Minda pun terasa luas dan lapang.

    ReplyDelete
  2. pening tengok buku....sbb akak pun bukan ulat buku..hehe

    ReplyDelete
  3. John tak nampak macam ulat buku...tapi peminat buku...pasal John sambung belajar..boleh buat PhD lepas ni..tahniah..nice library..

    ReplyDelete
  4. on my birthday? pi library?
    heheeh
    ya Allah...akak bole gile dok dalam library ini!!!
    ps: tak de hostel ke dalam library???
    tetiba
    hehe

    ReplyDelete
  5. Seronok cuci mata kat sini. Gamba menariksss. Info pun banyak. Salam kenal.

    ReplyDelete
  6. wow,
    semangat nk bergambar je la kalau dtg sini...
    hihihihi

    ReplyDelete
  7. neuschwanstein palace xde ke john..

    ReplyDelete
  8. Selamat menyambut hari raya aidil adha maaf zahir dan batin dari saya sekeluarga.

    ReplyDelete