Wednesday, September 17, 2014

Bhg.1 | Seharian di Frankfurt, Jerman

Alrite!

Mukadimah entry pasal Jerman dah aku sempat ceritakan dalam entry sebelum ni. Harap dapatlah bayangan tentang ape yang aku alami kat Jerman. Kalo ade rezeki, insyaALLAH rezeki korang pulak.

Untuk bandar pertama yang aku terjah kat Jerman ni adalah Frankfurt. Merupakan bandar ke-5 yang terbesar di Jerman. 

Nape aku turun sini? 

Sebabnya tiket flight paling murah turun sini via Ryanair. I love Ryanair. Ahaks! Turun kat airport Frankfurt Hahn. Aku ingatkan airport ni dekat la dengan city centre. Tapi rupanya..... pfffttt! Almost 2 jam jugaklah dalam bas tu. Untuk jarak perjalanan kira-kira 122km. Maybe ni low-cost terminal kot. Kecik je airportnya tapi okla.

Seperti biasa, flight aku awal pagi. Jadik kene bergerak dari Birmingham menuju ke Stansted Airport naik bas National Express seawal jam 2 pagi. Giler awalkan? Nak sampai pulak ke airport tu amek masa kira-kira 3 jam lebih. Sempat la aku membuta dulu dalam bas. Disebabkan summer break masih lagi berlangsung time aku sampai tuh perghhhh ramai giler orang duk beratur untuk security check. 

Honestly, time tu aku macam agak cuak gaklah takut tak sempat lepas dengan security check ni untuk terus ke gate yang sepatutnya. Walaupun dah siap-siap buat web check-in tapi kegusaran tu tetap ada orang kata. Dalam duk cuak-cuak tu, semuanya teratur je. Nasib proses scanning tu tak lama sangat. Kira banyak kaunter bukak so cepat la semua orang lepas. 

Flight menuju ke Frankfurt mengambil masa kira-kira sejam lebih. By the time aku sampai dah pukul 9 pagi. Kat sini waktu awal sejam dari UK. Kene la take note akan hal tu. Kang ade yang terlepas pape kang. 


Untuk menuju ke City Centre, dari je arrival hall terus ke luar bangunan terminal sebab kat situ nanti ade bas yang akan bawak kita pergi ke city centre. 

Tambang bas ke city centre Frankfurt (Haupbahnhof) : EUR14/pax


Dalam bas tu, mengantok tak hilang lagi maka, aku terbungkang la kejap barang sejam lebih camtu. Jauh betol aku rasa nak sampai ke city centre tu. Rasa macam berjalan dari satu negeri ke satu negeri. Ewaaahhhhh over okeh! Hahahah... 

the view along the way to Frankfurt City

Dah selamat sampai kat Main Train Station Frankfurt (Haupbahnhof), terus la aku masuk bangunan train station tu nak carik loker letak beg aku ni. Aku tak bercadang untuk overnite kat sini sebab kalo ikut hasil research aku secara kecil-kecilan there's nothing much to see in Frankfurt pun. Tu pandangan aku laaa... bagi orang lain minat mungkin berbeza. Aku boleh katakan... Frankfurt ni adalah bandar yang agak besar. Bagi mereka yang suka nature, Frankfurt bukanlah tempat yang sepatutnya dijejaki. Gituew~ ;p

Tapi orang kata.. tak tido pun atleast kita tengokla ape yang ada kat sini. Lepas simpan beg dalam loker yang berharga EUR3.50/sehari, aku mula mencari tourist information centre nak amek maps and tanya ape yang boleh aku buat sepanjang hari kat sini. Lagipun aku punya train untuk menuju ke Heidelberg adalah pada jam 9 malam. Ada banyak masa untuk jejalan sampai bosan! 

Dari Haupbahnhof menuju ke Old Town tak jauh pun, boleh jalan kaki je lebih kurang 15 minit camtu. Takde ape yang nak dikejarkan aku jejalan ikut sedap hati orang kata. Ada gambar menarik aku amek. Kadang-kadang tu jalan je sambil tengok orang. 

Kat sini bahasa yang digunakan adalah Dutch tapi bahasa inggeris boleh difahami oleh orang kat sini. Jadik bahasa bukanlah menjadi masalah utama. 

Frankfurt Haupbahnhof - antara stesen keretapi yang terbesar dan tersibuk di Eropah

Kat depan Haupbahnhof ni adalah beberapa batang jalan, salah satu jalan tu ade banyak deretan kedai-kedai makan yang halal. Plus, ade gak supermarket yang halal. Jadik, bab makan aku tak risau sangatlah kat sini kalo lapar, boleh je masuk mencekek. Nak mencekek pun macam biasa la makanan seperti kebab, pizza, shawarma jela yang ada pun. Nasik campur? Sorry not available in this country katanya... hiks. Average untuk sekali makan adalah dalam  EUR6-7/meal. Portion agak besar, so bagi mereka yang berperut kecik/diet boleh makan secara sharing basis. 

salah satu kedai makan, nampak tak nama jalan tu. Tu la nama jalannya...

Lepas dah makan tengah hari, aku teruskan perjalanan aku jejalan ikut sedap hati. 

Jalan punya jalan.. terjumpa orang kata icon bandar Frankfurt ni iaitu...

lambang matawang EURO kat depan The European Central Bank

Frankfurt Skylines - Famous as Financial Capital of Continental Europe

homeless

kata-kata semangat

Daripada Central European Bank area, aku pegi lak jejalan kat area main river kat satu ada satu bridge yang ada padlocks ala-ala love tu. Dari situ boleh nampak lagi jelas skylines kat Frankfurt ni. Dari bacaan aku, katanya Frankfurt terkenal dengan jolokan Manhattan. Gitu la katanya...











Daripada jambatan tu, aku jalan kaki lagi menuju ke The Romer. The Romer ni adalah Old Central of Frankfurt. Kat sini ada banyak bangunan-bangunan yang bersejarah pada kurun ke 14 dan 15 yang mana telah musnah dalam Perang Dunia ke-2 dan kini dibina semula untuk tatapan umum. 

Kat The Romer ni jugak dikenali sebagai Town Hall of Frankfurt. 

Time aku sampai sini memang ramai orang especially tourists tapi ada gak mereka yang datang untuk attend wedding sebab kat sini pun ada satu gereja yang masih digunapakai. Kalo nak carik souvenirs pun ada banyak kedai tapi bear in mind yang harganya bagi aku sangat mahal. Untuk normal fridge magnets pun dalam lingkungan EUR4-6/piece. Payah nak jumpa yang jenis pukal seperti EUR10 untuk 3 keping ke camtu. Kalo ada pun, bukannya akan ada kat main area camni. So, carik lagi? Ahaks.

Jom layan gambar kat sekitar The Romer ni...











         

Dalam duk sedap-sedap jalan tu, hujan gerimis ler pulak turun. Berlari-lari anak carik tempat berteduh. Nasib baik hujan macam tak lama. Hujan panas ler katakan... Sempat masuk kat satu shopping mall ni. Sebab atas skali ada macam observation deck boleh layan view daripada atas. Tak jauh daripada The Romer ni. Nama shopping mall tu tak silap Galerie La Fayette tak silap. 

It's free! Sebabnya kat atas tu ada macam cafe kalo nak beli makanan skit. 


Dah bila rasa puas tu, aku turun ler balik. Ingatkan ade la Hard Rock Cafe kat sini tapi rupanya dah lama ditutup.. Okla kita carik next city pulak kalo ada.. 

Bila dah petang-petang camni, perut mula lapar balik. Dalam 2-3 jam lagi nak kene naik train pulak. Baik aku makan siap-siap. Kang sampai hostel boleh terus tido je. Ye dak? 

Singgah ler makan ayam and fries kat satu kedai halal tadi kat area Haupbahnhof tu. Nasib baik sedap. Sorry ler tak snap gambar kedai sebab duk layan makanan je. 


Alhamdulillah.. malam tu train tiba tepat pada waktunya. Takde delay kecuali kalo terpampang kat notice board yang gedabak besar macam kat airport tuh. Ada banyak platform, so tengok betol-betol kang ada yang terlepas keretapi lak. 

Ke mana next? 

Heidelberg!

Till then...

Bye!

14 comments:

  1. Usman was here bitch? Hiks. Mcm kenal je ayat nih. Ahaks. Kau tak tulis ke? Anyway jauhnya dr Frankfurt Hahn tu pergi city??? Aku igtkan sama dengan Frankfurt Airport! Duh. Jauh la ni nak sampaiii sighhh...

    Kamamidaa... Pabooo yaaa.

    ReplyDelete
  2. bangunan-bangunan di sana cantik....tunggu entri anda selanjutnya...orang pertama hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboihhhh. org pertama dia. eh dh ade org lain ler kat atas tu. ahaks. kat sana ade bangunan moden dan bangunan lama. mmg menarik!

      Delete
  3. Hi john.... mencbr juga perjalanan ko yer..hehe. .x pe..jnji happy... nk tnya..knp mereka ckp dutch? Not german meh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. uishh takde la mencabar mana pun. biasa2 je kot aku rasa maybe sbb dtg negara maju. maka semua bnda dipermudahkan. pasal ckp dutch tu, sbb germany and netherlands share similar vocabs and grammar. tu yg aku baca la. hiks.

      Delete
    2. Hmm...ntoh iye kot..tp aku tau yg mika ni blh paham satu sma lain..swiss,dutch n german.. kwn pertukaran pelajar aku ckp la dulu..hehe... ko bile nk blik ah? Lame no blajar..haha...

      Delete
  4. cantik sangat pemandangan dan bangunan kat sana : )
    yg ader banyak mangga2 kat jambatan tu utk aper lak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah jambatan yg ade tangga tu mcm tiru mcm kt korea, paris pun dh ade skang. konon2 nak menyemai cinta katanya. hiks.

      Delete
  5. Oh jauh rupanya Frankfurt airport ke city centre...sampai 2 jam!!! Tapi kalau naik train mungkin lebih cepat sikit, kot? Kalau naik MAS dari Malaysia memang turun di airport ini.

    Saya memang merancang nak ke Germany, tapi belum sampai masanya lagi...doakan saya dapat ke sana tahun depan :)

    Makanan halal mudah didapati di sana sebab ramai orang Islam. Di Berlin pun senang nak cari, kata anak saya sebab dia pernah ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo akak dari kl ke frankfurt, akan turun kat airport lain. international airport yg dekat dengan city centre dah. airport yg sy turun ni mmg utk low cost carrier. kat LCC terminal ni mmg takde train, so kene naik bas jugak.

      insyaALLAH saya doakan akak cepat sampai ke germany... aah makanan halal tak susah kat sini.

      Delete
  6. John...i'm really salute dgn guy yang travel solo nih..seorang yg mempunyai confident yg tinggi dan penuh gaya..nampaknya sebelum balik msia mesti habis khatam europe country kan

    Hamooii abe MKL..FIRST katanya...x acik!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha hayohhh tak payah nak salute2 la. dah ramai org lain buat solo-solo gini. hiks.

      Delete
    2. JM.. patutnye takleyh g sorg kat rome ni.. kne g bedue.. baru boleh "buang kunci' hhihi... =P

      Delete