Buenos días!
Orait! Entry kali ni bersambung untuk kesekiankalinya. Tak sabar aku nak abeskan cepat-cepat. Sebabnya, 1 September ni dah start kelas semesta baru. Maka, tamatlah cuti summer aku untuk tahun ni. Sekejap je abes kalo dipikirkan. Takdela lama mana pun. Tapi adela dalam 2 bulan lebih camtu. Hiks.
Untuk perjalanan hari ni, aku akan check-out dari Osio Hostel kat Cordoba ni setelah 2 malam kat sini. Terima kasih diatas hospitality yang diberikan. Aku siap buat laundry lagi kat sini. Kene bayar EUR5 untuk sekali cuci. Okla takdela banyak mana nak cuci. Bila asyik berpeluh time travel gini, tak selesa okeh nak pakai balik baju yang rasa macam kotor. Bila dah basuh tu lega la gak. Nasib baik sini cepat kering. Panas ler katakan... even waktu malam sekalipun.
Hari ni akan naik train skali lagi selama 2 jam lebih menuju ke Granada. Yang paling utama nak jejak kaki ke kota Alhambra. Femes tempat ni. Kiranya amatlah mainstream dikalangan tourist ni.
Hurm.. ada ke yang pegi Granada tapi tak singgah Alhambra? Persoalan kat situ. ;)
|
view dari train menuju ke Granada |
Tak silap aku, train kitaorang aritu tak silap jam 10 pagi. Memang dah beli in-advance tiket train ni just in case sold out ke, harga makin mahal ke. Yela, nama pun student. We can't afford to pay high price ticket kalo nak travel jenis adhoc ni. Tak pasal-pasal melukut di tepi gantang je nanti kat Spain ni. Hiks. Anyway, nothing happened. Smooth journey straight to Granada.
Plan asal bila dah sampai kat Granada Train Station ni, kiranya memang nak letak luggage semua kat loker la kalo ada ataupun kaunter letak beg. Tapi sangkaan aku dan yang lain-lain memang meleset. Takde loker dan takde kaunter simpan beg pun kat stesen ni. Stesen dia memang kecikkkkkk! Kecikkkk! I mean memang kecikkk! Nak tak nak, memang kene angkut skali bawak pegi ke Alhambra.
Kitaorang sampai kat Granada pun dah tengah hari camtu. Waktu nak masuk ke Nasrid Palaces dalam Alhambra tu tak silap pukul 3 petang. Nak masuk istana ni memang kene ikut timing dia. Takleh aci redah beli tiket terus masuk. Ni pun aku amat berterima kasih kepada mastermind trip ni which was not me obviously sebab dah memang fully prepared dengan online ticket purchased eventho it was slightly expensive compared to normal rate. Nak buat macam mana tu je tiket yang available untuk masuk. The other time slots adalah lewat petang. Memang taklah sebab malam tu kene naik night train menuju ke Barcelona pulak.
|
Granada Train Station |
|
pemandangan depan train station, ada banyak taxi depan train station ni so tak susah |
Bagi mereka yang memang nak melawat Alhambra ni, aku nasihatkan korang beli tiket in advance thru online sebab demand untuk masuk ke Alhambra ni adalah tinggi. Kalo boleh, once dah sorted out the itinerary nak tau bila pegi ni terus beli tiket online. Harga tak silap dalam EUR15.40/pax.
Untuk cara beli tiket boleh refer ---> SINI
Dalam kes aku, kitaorang terlambat beli tiket so nak beli yang berharga EUR15.40 tu memang dah tak dapek. Ended up beli tiket kombo yang merangkumi beberapa tempat menarik kat Granada ni dalam harganya lebih kurang EUR35/pax. Mahal kan? Tapi nak buat macam mana sebab dah memang sampai Granada, takkan nak masuk Alhambra. Betol tak?
Time dah sampai tu takleh nak buat apa dah la luggage pun takde tempat nak simpan buat sementara waktu. Nak carik bas pun ntah tak tau. Nak cepat punya pasal, naik je teksi yang ada untuk menuju ke Alhambra. Teksi kat sini pakai meter so takdelah isu nak kene cekik ke ape dek driver nanti. Amek dua buah teksi so sorang kene bayar dalam EUR7/pax. Agak mahal tu sebenarnya tapi nak buat camne. No other option orang kata.
Time ni musim panas, so memang ramai betol orang duk beratur kat kaunter tiket. Yang kitaorang ni pulak menggagau duk carik kaunter untuk redeem online voucher untuk tiket tu. Rupanya bukan kat main entrance untuk redeem tiket tu. Satu keje pulak kene tarik/usung beg dari atas bukit (read: main entrance) menuju ke another entrance yang terletak kat bawah. Pusing punya pusing lepas tanya orang barulah jumpa the exact entrance. Cuaca panas tu tak usahlah cakap lagi kan... hanya ALLAH je tau.
Cut the story short, nasib baik kat entrance tu ada tempat tinggal luggage, free of charge! Alhamdulillah lega.
Tak membuang masa, terus la kitaorang pegi ke Nasrid Palaces sebab temujanji kitaorang untuk masuk ke dalam istana tu adalah jam 2:30 petang. Tak sempat dah nak explore bahagian lain dalam Alhambra yang mana bagi aku memerlukan satu hari suntuk untuk explore. Kalo orang lain betol-betol minat sejarah, rasanya lagi lama kot masa spend kat sini nanti.
Bila dah sampai tu ingatkan boleh la terus masuk... rupanya kene beratur okeh!
|
pasangan daripada timur tengah bersama anak dorang yang cheeky! sempat berborak kejap time nak letak barang tu |
|
pelancong yang sedang beratur menunggu giliran, ramai orang putih |
|
view dari tempat beratur tadi menuju ke Nasrid Palaces |
Okeh sebelum aku berkongsi lanjut berkaitan dengan gambar-gambar dalam Nasrid Palaces ni, sukacita aku nak bercerita berkenaan dengan Alhambra ni ataupun Granada secara keseluruhan yang mana aku rasa kira sebagai umat Islam patut mengambil iktibar diatas peristiwa yang berlaku di Granada untuk panduan kita di masa hadapan. InsyaALLAH.
Kalo mengikut sejarah, Granada merupakan kota Kerajaan Islam yang terakhir di Eropah yang berjaya ditakluk oleh pemerintah Kristian. Faktor utama kejatuhan empayar kerajaan Islam di Eropah ni tak lain dan tak bukan disebabkan oleh perpecahan umat Islam tu sendiri.
Sebelum jatuhnya Kerajaan Granada, mereka sempat memeterai perjanjian dengan Kerajaan Castile, salah sebuah kerajaan Kristian yang terkuat di Eropah bagi menghindari daripada ditakluki mereka. Biasalah perjanjian ni meliputi pemberian ufti emas setiap tahun kepada kerajaan Castile, dan sebagai balasan mereka akan memberikan kebebasan kepada kerajaan Granada untuk urusan pentadbiran dan mengelakkan daripada ancaman luar.
Lama gak Granada tunjuk kepada kerajaan Castile ni lebih kurang 250 tahun. Biasalah dalam masa tu banyak ancaman yang diterima oleh pihak kerajaan Granada. Kemuncaknya adalah apabila Raja Ferdinand dari Aragon berkahwin dengan Puteri Isabella dari Castile yang menyatukan dua kuasa kuat kerajaan Kristian ni. Perkahwinan ni menguatkan lagi cita-cita mereka untuk menjatuhkan kerajaan Granada dan seterusnya melenyapkan jejak-jejak Islam di benua Eropah. MasyaALLAH....
Pada tahun 1482, peperangan antara kerajaan Kristian Sepanyol dan Granada telah pun bermula. Walaupun diambilkira dari segi kekuatan tentara, tentera Granada jauh lebih kecil tetapi semangat juang yang ditunjuk oleh mereka amatlah tinggi demi menjaga dan memelihara kewujudan Islam di Eropah.
Tetapi pada ketika tu, agaknya dah terlambat sebabnya perpaduan kerajaan Kristian lebih tinggi daripada umat Islam pada ketika tu. Yang mana pemimpin Islam mula berpaling tadah antara satu sama lain. Yang lebih parah, pada tahun 1483, Muhammad anakanda kepada Sultan Granada mula memberontak akan pemerintahan ayahandanya hingga terjadiknya peranga saudara. Raja Ferdinand pada ketika tu mengambil peluang tu untuk menakluki Granada. Raja Ferdinand membantu Sultan Muhammad menentang ayahnya untuk memerintah Granada. Usaha itu berjaya tetapi Sultan Muhammad berjaya memerintah hanya wilayah Granada tetapi tidak di wilayah lain yang mana sudahpun diambilalih oleh kerajaan Kristian.
Tak lama selepas memerintah Granada, Sultan Muhammad mendapat surat daripada Raja Ferdinand untuk menyerahkan Granada kepada mereka. Alangkah terkejutnya sang Sultan akan permintaan tersebut. Ingatkan panas hingga ke petang tapi hujan di tengah hari. Rupanya ada udang disebalik mee rupanya rancangan Raja Ferdinand yang membantu Sultan Muhammad memberontak. Sultan Muhammad cuba untuk mempertahankan Granada daripada ditakluki dengan bantuan daripada kerajaan Islam di Afrika Utara dan Timur Tengah, tetapi bantuan yang diterima tidaklah begitu kuat untuk mempertahankan Granada.
Pada tahun 1491, Granada telah dikepung oleh pasukan Raja Ferdinand dan Ratu Isabella. Sultan Muhammad terpaksa menandatangani surat penyerahan Granada kepada mereka.
Pada tanggal 2 Januari 1492, pasukan Kristian memasuki Kota Granada. Pasukan ni masuk ke Istana Alhambra dan memacakkan bendera mereka di tiang menara, menampalkan simbol kerajaan mereka di dinding tanda kemenangan mereka. Allahuakbar..
Dan pada menara tertinggi di Istana Alhambra, mereka kibarkan bendera salib untuk memberitahu semua siapa pemerintah sebenar Granada. Ini telah menyebabkan masyarakat Islam di Granada takut untuk keluar dari rumah mereka.
Setelah itu, Sultah Muhammad diusir keluar dari Istana Alhambra, dalam perjalanan di puncak bukit, baginda menoleh melihat bekas kawasan jajahan takluknya sambil menitiskan airmata... Ibunya yang melihat perkara itu terjadik langsung tidak merasa simpati akan anakandanya itu. Bahkan sempat menyembur dengan kata-kata "janganlah engkau menangis seperti perempuan, kerana engkau tidak mampu untuk mempertahankan Granada seperti seorang lelaki". Perrghhh... makan dalam kata mak dia nih.
Umat Islam di Granada pada mulanya dijanjikan toleransi dan keamanan oleh pihak kerajaan Kristian, namun hakikatnya dusta semata-mata yang mana mereka dibunuh dan diusirkan ke afrika utara.
Maka, berakhirlah peradaban Islam di Eropah yang berlangsung selama 7 abad lamanya.
Panjangkah? Ni pun aku dah olah jadik pendek skit tapi it was a very good story to tell.
Jom layan gambar dalam Nasrid Palace ni.
|
tanda masuk ke istana Nasrid |
|
ukiran-ukiran indah di dinding istana |
|
begitu teliti! |
|
ukiran yang bermotifkan islamik banyak betol |
|
the reflection |
|
ukiran |
|
ukiran indah kalimah Allah yang memenuhi dinding istana |
|
air pancut dari mulut singa |
|
dinding dan tiang |
|
kubah |
|
hiasan |
|
view daripada sebuah jambatan di dalam Nasrid Palaces |
|
pokok limau kat sini memang banyak.... geram je rasa nak petik tapi tak sampai la pulak |
|
patio |
|
pelancong dari luar |
|
menuju ke taman yang indah |
|
Generalife - Patio of the Irrigation Ditch ---> More Stories |
|
view Alhambra dari Generalife |
|
zoom skit |
Lama gak kitaorang spend dalam Nasrid Palaces ni sebab besarrr sangat bagi aku. Bila dah keluar tu memang takde orang sangat dah. Amek beg dan sempat singgah kedai souvenir kat situ beli skit je untuk kenangan. By that that dah almost 6 pm camtu. Kat situ memang ada teksi, so tak susah nak pegi semula ke train station.
Now what? Lapar gilerrr okehhh! Seharian tak isi perut dengan makanan solid.
Tanya kedai halal kat driver teksi tu herem dia taktau kat mana. Kat train station tu, kitaorang jalan je tanya orang ada tak macam kedai middle east whatsoever. Yela, dah kebulur ni kan. Kalo boleh nak carik yang halal. Allah tolong orang musafir ni. Ada terjumpa satu mamat ni, dia kata ada kedai halal tak jauh dari train station tu. Memang tak jauh pun dalam 200 meter je dari entrance train station tu. Kat deretan kedai.
Kedai Kebab orang dari Turki. Owner dia nama Abdul Khalid. MasyaALLAH baik sungguh orangnya. Time tu kitaorang je ade dalam kedai tu. Aku rasa dia dah nak tutup dah kedai tu. Dalam masa sejam je lagi camtu. Kitorang pun order la bagai nak rak. Yela orang lapar ni memang makan banyakkk. Ada pulak wifi! Tu nikmat dah tak terkata pulak kata orangkan... Dah siap makan tu, tanya la owner tu ada tempat solat tak. Dia kata takde. So, we decided mintak izin untuk solat je kat satu sudut dalam kedai dia. Dia kata takde masalah. Toilet pun ada dua lelaki dan perempuan. Time nak solat tu, dia hulurkan sejadah kat kawan aku pastu siap tahankan depan sejadah tu dengan kerusi macam kita selalu buat kat sini taknak orang lalu depan orang solat kan?
Perasaan time tu. Ya Allah jumpa gak orang yang sangat baik sepanjang travel ni. Kawan aku lepas kasik salam semua menangis peluk kawan aku. Aku yang lelaki ni maybe kurang skit rasa syahdunya, tapi hati perempuan ni mudah tersentuh orang kata. Tak sangka la jumpa orang baik macam ni.
Cut the story short, cincai kira masa nak naik train pun dah tiba. Lepas bayar semua tu teruslah berlari ke train station. Sempat bersalam dengan Abdul Khalid tu. Semoga Allah memurahkan rezekimu.
|
rupa Abdul Khalid |
Direction kedai halal Turki ni tak susah. Dari pintu masuk Granada Train Station ni, korang just jalan belah kiri menghala ke deretan kedai-kedai tu. Nanti kedai tu akan ada belah kiri korang tak jauh pun dalam 200 meter camtu. Harap jumpa! Sorry terlupa nak amek gambar.
Now! Boarding on night train to Barcelona!
Till then...
Bye!
Al-Hambra,kapan mau bertamu di sana... aishh.. kena kumpul duit cepat2 ni....
ReplyDeleteSalam John
ReplyDeleteBagaimana keadaan dalam Al Hambra tu, pasti dingin dan sejuk walaupun kat luar panas menyengat
Semua hanya tinggalan sejarah betapa Islam dulu hebat di sini,
Alhamdulillah, mereka masih memeliharanya untuk tatapan pelancong
mudah-mudahan dapat ke sana suatu hari nanti... Amin....
ReplyDeleteuntung korang dapat jumpa orang baik-baik sepanjang dekat sini, baru lah syok sikit nak travel. reflection punya pics, ohsem gitu...
ReplyDeleteteringinnya nak pi al-hambra ni...
ReplyDeletewow...ada ripit ke sini lagi tak?
ReplyDelete(goncang tabung buat muka sedih)
Alhamra? Granada?..terus google cari lokasi..mmg FAIL lah bab nih huhuh
ReplyDeleteJohn! mane sambungan Spain? I'm planning to go there in Dec. nak follow ur itinerary.. hehe
ReplyDeleteRara! Basically dh nk abes dh. I stayed at barcelona for 2d1n before flying to paris. Maybe i will share some of it later. 😅
Delete