Sunday, September 30, 2012

Melbourne, Victoria - Total Expenses!

Assalamualaikum!!!

Dah abes cerita Australia trip. Ni last post mengenai total damages incurred. Overspent. Only one word i could describe and yet I can say I'm satisfied with this trip. 

Day 1
  • Myki 7 days pass: AUD32.80 + AUD6 (card cost)
  • Skybus (1 way): AUD17
  • Malaysia Hall Melbourne (6 nights): AUD87
  • Dinner at Papa Rich: AUD10.90
  • Groceries at Woolies: AUD11.75
  • Flight from Sydney to Melbourne (Tiger Airways): AUD59.97

Day 2
  • Car rental for 2 days: AUD49/pax
  • Lunch at Iluka at Apollo Bay: AUD16
  • Fridge magnets at GOR: AUD11.90
  • Fuel: AUD10

Day 3
  • Lunch at Phillips Island: AUD18
  • Fuel: AUD17
  • Fridge magnets: AUD3.95
  • Snacks: AUD2

Day 4
  • Fridge magnets: AUD20
  • T-shirst: AUD15
  • Padlocks: AUD3.50
  • Bubble Tea: AUD4.80
  • Churros: AUD2

Day 5
  • Topup Myki to Puffing Billy: AUD5
  • Fridge magnet: AUD7
  • Lunch at Lord of Fries: AUD13.95
  • Fridge magnest and poscards: AUD12.50
  • T-shirts: AUD15

Day 6
  • Lunch at Lord of Fries: AUD7.95
  • Stamps for postcards: AUD20.80
  • Milk tea: AUD4.80
  • Snacks: AUD3.95
  • Kebab: AUD9
  • Chocolates: AUD12.50
  • Airasia Flight from Mel - Kul: RM1,225


GRAND TOTAL: AUD511 + RM1,225 = RM2,860

Exhange rate: AUD1 = RM3.20 (Ni rate lama! Aku tukar kat Midvalley)

Perghhh....pengsan jap aku bila tengok total kat atas balik. Walhal, ni aku tak include shopping merepek kat DFO sume tu. Yang tu biarlah rahsia.... Tapi jangan ikut cara aku ni tau! Tak elokkkk! Matilah kene cerca nanti. 

Nak pujuk diri sendiri, "takpelah, bukan selalu ko shopping gila-gila macam ni. Kat overseas je ko buat, balik Malaysia mana ade shopping pun. Weekend pun duk melepek kat rumah aje. Fair la kan?" 

Till then...wasalam.


Friday, September 28, 2012

Shopping : What did I bring back from Melbourne, Australia!

Hallluuuuu!!!! 

Cerita pasal Melbourne dah abes, now nak tunjuk pulak barang-barang yang aku bawak balik dari Melbourne untuk panduan bersama. Kalo taknak guna as a panduan pun takpe. Kebanyakkan barang-barang dibeli di Victoria Market dan jugak DFO South Wharf. Pilihan lain untuk shopping adalah di Harbour Town. Tak jauh dari DFO South Wharf. Boleh naik free circle tram. 

Ayuhhh!!! 

Salah satu kasut aku beli kat sana. Saje suka-suka beli sebab murah. Hahah boleh pakai dengan short-pants. Harga dalam AUD59.

Akibat terlepas peluang beli jaket kat Paddy's Market, Sydney. Aku rembat 2 jaket kat Melbourne. Hitam kat Cotton On (AUD49.90) dan yang kelabu lak kat Giordano (AUD80) setelah duk pikir-pikir banyak kali. Aku amek gak sebab taknak ralat balik Malaysia. Aku pengumpul tegar jaket2 camni. Jangan jadikan amalan ye....membazir!

Nak kata pencil case pun boleh. Beli kat Smiggle. Harganya AUD20. Ada dalam 5 warna yang berasingan. Rambang! Amaran: Jangan bawak anak2 yang bersekolah rendah masuk kedai alat tulis ni, nanti sume nak beli!

Ini adalah stapler!!! Hahaha sebab bentuk unik, aku rembat 1! Harganya AUD5

Beg untuk isi hasil-hasil shopping. Beli kat Victoria Market dengan harga AUD25. Agak besar dan boleh dilipat. Ada warranty selama 1 tahun. 


Fridge magnets! Beli kat Victoria Market dengan harga AUD10 untuk 8 keping

Tshirts : Harga dalam AUD5-AUD6 untuk sehelai

Kemeja kasual: Aku suka beli time travel sebab kualiti kain amat berbeza dengan beli kat Malaysia. Memang puas hati. Beli kat DFO dengan harga AUD19/sehelai

Antara fridge magnet batu bodo yang paling mahal aku beli yakni AUD7 untuk seketul

Fridge magnets beli kat Great Ocean Road and Philips Island. Harga dalam AUD6-8 untuk sekeping

Ok...lupa nak snap gambar. Aku ade gak beli baju baby kat Gap dengan harga AUD10 sehelai. Normal price dalam AUD30++. Okla kan nak kasik kat anak kawan-kawan yang baru lahir. 

Ok dah tu je...

Bye!


Thursday, September 27, 2012

Melbourne, Victoria - Day 6! (Finale)

Assalamualaikum!!! 

Akhirnyaaaaaa!!! Ni entry yang penceritaan yang terakhir untuk Australia Trip selama 2 minggu. Harap-harap aku puas hati. Korang punye hati? Sila jaga sendiri okeh! Hahaha. 

Hari yang ke-6 di Melbourne, cuaca masih lagi gloomy dan tak seronok bagi aku. Sesekali hujan turun. So, next trip pandai-pandai la ye pegi time autumn takpun spring. Ni, main beli je tiket. Musim apa lain kira, janji dapat tiket murah. Hari ni still bangun awal tapi tetap keluar dari MH Melbourne lebih kurang jap 9 pagi camtu. Kali ni just nak pusing-pusing city je then melawat DFO South Wharf skali lagi untuk beli stok towel. Gigih tau. 

Actually taktau nak cerita ape...boleh tak aku just letak gambar je? Korang layankan jela ye.... 

Tram yang bermotifkan Hello Kitty




Shrine of Remembrance was built as a memorial to the men and women ofVictoria who served in World War I and is now a memorial to all Australians who have served in war.


At the back is Eureka Tower - Tallest building in Melbourne City





National Museum of Victoria



Yarra River

Federation Square



Bicycles for rent



Free tram for tourists



Near Flinders Street Station: Forgot the address *sigh*






Pendek jekan? Malas yang teramat nih! Ampunkan daku okeh. Esoknya pagi kami akan terus pulang ke Kuala Lumpur jam 9 pagi. Untuk pegi ke airport, kami gunakan perkhidmatan student kat MH Melbourne tu je. 1 trip ke airport dikenakan bayaran sebanyak AUD50 untuk sebuah kereta sedan. Okla kan bila share 3 orang hanya perlu bayar dalam AUD17/pax. Yela, ko nak bawak 3 bijik beg yang maha berat turun naik public transports??? So, kami dah bagitau awal-awal resident kat MH Melbourne tu. Kami bergerak seawal jam 6.30 pagi ke airport yang mengambil masa kira-kira 30minit untuk sampai. Owh ya, lupa nak bagitau right after i bought the return ticket from Melbourne to Kuala Lumpur, i purchased an upgrade seat from Optiontown (google it!). From economy seat to premium flat-bed seat! Please be informed that this arrangement will be granted based on first come first serve basis. Aku bayar RM364 untuk upgrade. Alhamdulillah...dapat upgrade. Merasalah naik premium class. Nak naik first class memang tak mampu lagi. Mane tau ade rezeki terpijak suatu hari nanti? InsyaALLAH... 

Overall....cuti 2 minggu ni tersangatlah best! Rasa macam takmo balik jeeee...nak masuk keje balik punyelah malas! It's time to pay the debts guys! 

Till then...wasalam.. 

Tuesday, September 25, 2012

Melbourne, Victoria - Day 5! (Puffing Billy)

Assalamualaikum!!! 

Lama gak aku tinggalkan entry untuk Melbourne ni, nak abes dah...tak lama dah. Tunggu ye. Papepun, terima kasih kepada semua yang telah tinggalkan komen ucapan tahniah kat entry sebelum ni. Jasa dan sokongan korang sume amat aku hargai. Nanti doa la lagi ye...mana tau kot-kot ade rezeki lain pulak. InsyaALLAH. 

Duk layan cite Adam&Hawa ni, teringat pulak kat Perth. Aku dah penah sampai sana bila tengok scene-scene kat Fremantle dan King's Park. Aku dah penah sampai sana weyyy!!! Gila babas cun! 

Dah jom aku sambung hari ke-5 di Melbourne. Kalo ikut perancangan hari ni nak pegi Puffing Billy. Ape ada kat sini? Yang aku tau specialnya ialah dapat naik keretapi wap ("steam") zaman dulu melalui kawasan bukit-bukau yang indah permai. Dorang masih lagi mengekalkan keoriginality gerabak dan cara mereka menghidupkan keretapi ni. Okeh...bahasa melayu tunggang-langgang. Faham-faham sendiri la ye. Ni link untuk keterangan lanjut ---> http://www.puffingbilly.com.au/ 

Pagi tu actually cuaca masih lagi gloomy pastu ade hujan rintik-rintik. Memang bagi aku sangat tak bestnya untuk berjalan dan amek gambar. Tapi sebab alang-alang dah sampai dari jauh nun Malaysia, gagahkan diri gak pegi jejalan. Takpelah, anggap jela takde rezeki untuk cuaca elok kat Melbourne ni. Petanda kene ripit lagi. Adakah misi 2014 akan tercapai? 

Macam mana nak pegi Puffing Billy? Haaaa senang je, pegi je Flinders Station, pastu carik platform yang menuju ke Belgrave. Belgrave ialah stesen yang terakhir. Jarak perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam lebih. Jangan risau kalo kene berdiri dalam train, sebabnya korang takkan kene berdiri! Coach dorang tak brape nak ramai sangat orang. Ada a few route yang menuju ke Puffing Billy. Ada yang direct ke sana dengan limited stops, ada gak yang stop kat setiap stesen. Sumenye ikut nasib. So, tengok jadual elok-elok tau. Hujan sepanjang perjalanan....aku pun mudah tido. Hahah. 

Kat setiap tram stops ade benda ni, Petanda yang boleh digunapakai untuk bajet masa ketibaan dan route yang dipilih




Lebih kurang sejam lebih perjalanan, sampailah kami. Tak ramai pun orang time ni, dalam less than 20 people around. Bila dah sampai jangan risau sebab ada signboard menuju ke Puffing Billy punye station keretapi. Jalan kaki dalam less than 5 minutes. Time ni agak sejuk gakla...nasib baik pakai jaket baru beli (motif nak sebut gak jaket baru nih!) 

Sedikt info mengenai Puffing Billy, aku cilok dari wikipedia: 

The Puffing Billy Railway is a narrow gauge 2 ft 6 in (762 mm) gauge heritage railway in the Dandenong Ranges near MelbourneAustralia. The primary starting point, operations and administration centre, main refreshment room (also selling souvenirs) and ticket purchasing are located atBelgrave station

Operations are centred on Belgrave, which houses the main offices of the railway (other offices are located at Emerald) as well as the locomotive running shed and locomotive workshops. It is also the base for track maintenance operations.

Most trains start from Belgrave and travel to Lakeside, or to the terminus at Gembrook, and return. The railway operates every day of the year except Christmas Day, with at least two and up to six advertised services departing Belgrave each day. One service each day has the option of first-class carriages and lunch.
A semi-regular service is the Dinner Train, which usually departs Belgrave on a Friday or Saturday evening and travels to Nobelius Siding, where the passengers disembark and have a sit-down dinner in the converted packing shed of the former Nobelius Nursery. After the meal, the passengers rejoin the train for the return journey to Belgrave. Savouries and drinks are served on the train.
A popular feature of a ride on Puffing Billy is sitting on the ledge of the open-sided carriages (see picture).
There is also a narrow-gauge railway museum adjacent to Menzies Creek station. 





Time kami sampai, ada 1 train yang route paling jauh sedang menanti untuk berlepas. Time ni mula ada rasa doubt dalam hati masing-masing. Sementelah harga tiket amatlah mahal, journey yang memakan masa lama, cuaca tak brape nak elok... Hurm...last-last kami pikir we should just let go this journey. Amek gambar kat kawasan sekitar jela. Boleh check kat sini untuk harga tiket ----> Train Fares 

Mula-mula tu ade gak perasaan nak naik gak train tu, tapi pilih route yang paling pendek yakni menuju ke Menzies Creek. Tapi kekerapan pulak masalahnya. Jeles yang amat sebab Kak Coco dah penah naik train ni! Cis! Hahaha. Takpelah aku redho dengan ketentuan itu. 

Mehla tengok gambar kawasan sekitar....


Gelagat macam ni sempat aku buat walaupun gerabak tidak bergerak! Posing tetap posing yeeeee...hahaha















Ni pulak coach First Class. Siap boleh lunch dalam tu lagi sambil minum wine. Anda mahu?

Lepas tu hujan turun dengan lebatttnyaaa! *drama* hujan turun lebat gaklah, kami pun tak teragak-agak untuk balik semula ke Melbourne City. Tapi sempat gak beli 1 keping fridge magnet untuk kenangan walaupun harganya amatlah mahal compare to other tourist spots. 1 bijik harganya dalam AUD8 untuk jenis batu bodoh. Haaaa....macam mana batu bodoh tu? Figure out sendirilah! 

Kami sampai ke Melbourne City dalam waktu petang camtu. So, perut dah berkeroncong mintak diisi. Peluang ni diambil untuk mencuba makanan kat kedai makan "Lord of Fries". Haaaa raja segala kentang goreng? Besar mana gamaknya fries nih? Kat mana lokasi berhampiran? Time ni kitaorang just pegi kat kiosk yang kat Flinders Station je. Sederet dengan kedai-kedai lain. Konsepnya macam fastfood. Ada beberapa pilihan yang HALAL untuk dipilih! Jangan risau adik-kakak sekalian. Anda takkan kebulur kat Melbourne ni. Macam-macam jenis la pulak kan nak pilihnya! Buat pilihan yang tepat! By the way, setiap sos kene tambah AUD2. Mahal nak mampos! Tapi makan jela. Range set ada dalam AUD8 hingga AUD13. Time ni mood aku nak makan fries je. Ayuh! 


BBQ Sauce

Cheese! Aku suka giler yang nih!!! cheese tertarik-tarik gitu bila makan!





Lepas tu kami terus balik ke Malaysia Hall. Dah hari hujan...plus sejuk yang teramat! Berehat jela sambil tengok tv. 

Till then...wasalam.