Friday, September 19, 2014

Bhg.2 | Hujan di Heidelberg, Jerman

Alrite!

Bersambung dari entry pertama sebelum ni, lepas dah naik train menuju ke Heidelberg dari Frankfurt city. Takde masalah, smooth journey orang kata. Aku dah simpan siap-siap direction untuk ke hostel aku ni. Kalo nak jalan kaki memang agak jauh so kene naik bas dalam 15 minit camtu. 

Time tu tak silap dah lebih pukul 10 malam dah. Kira suasana kat train station tu agak sunyi. Aku tak buang masa terus la pegi ke hentian bas untuk ke hostel. Terus nampak bas yang patut aku naik tu. Actually, kene beli tiket dulu kat mesin kat luar tu takpun boleh beli dengan driver bas. Tapi ntah taktau la aku blur kot time tu, aku menonong je naik bas tanpa beli tiket. Tak lama lepas tu bas dah gerak. 

Cuak gak kang tiba-tiba ada orang datang check ke ape. Tapi nasib baik takde pape. Timbul rasa bersalah sebab orang kat sini kan amat memegang teguh akan prinsip Trust tu. Kira dorang percaya yang penumpang akan bayar. Nasib la dapat tourist macam aku yang tak bayar tambang. Hiks. Kalo tak silap tambang dalam less than EUR2/way camtu.

Nak buat camne, sebab kelam kabut takut kene tinggal dek bas kekdahnya.


Dah sampai hentian yang sepatutnya, turun ler kan ape lagi. Sunyi betol kat kawasan old town of Heidelberg ni. Takde sape-sape pun aku tengok. Dah la tu hujan macam renyai-renyai skit malam tu. Terus la aku tengok direction untuk ke hostel. 

Time duk jalan tu, aku rasa macam aku dah tersesat jalan. Tak tau nak figure camne. Sebab kalo ikut direction katanya dalam 20 meter je dari hentian bas tu. Aku dah menonong jauh dah rasanya time tu. Tak nak makan buah langsat dah memalam camtu, terus aku masuk satu kedai makan, terus tanya direction kat mana sebenarnya hostel Lotte Backpacker ni. Baik betol siap tolong google maps dan tunjukkan jalan untuk aku. 

Rupanya.... hostel tu dekat gilerrrrrrr dari tempat aku turun tadi. Haish. Sabar jela. 

Untuk info berkaitan hostel boleh refer my previous entry --> HERE 

By the way, hostel aku dah booked ni memang betol-betol kat tengah Old Town, nak lagi precise betol-betol sebelah stesen keretapi kabel nak pegi ke Heidelberg Castle. Since receptionist tutup awal, aku dah emel siap-siap kat dorang bagitau kelambatan kehadiran aku untuk check-in. Dorang dah tinggalkan siap-siap kunci kat bawah satu pasu bunga depan pintu. Bila masuk pulak, kat anak tangga naik atas, ada satu nota untuk aku berkaitan nombor bilik dan etc. Hai laaa... senangnya hidup malam tu. Takde banyak renyah. Amek kunci dalam balang yang tertera nama aku. 

Malam tu lepas mandi, tido ler... zZzZzZ..... 

**************************************

15 Ogos 2014

Pagi tu, aku terjaga awal sebab ada bunyi roomate aku duk kemas-kemas barang dia. Maybe nak terus check-out kot. Aku husnozon sajelah. Hahahah korang faham ke tidak ape maksud husnozon tu? ;p

Pagi tu memang bumi Heidelberg dihujani rahmat Tuhan. Ada ketika lebat, ada ketika renyai-renyai. So, memang expect hari ni seharian kat Heidelberg akan gloomy. Tapi takpe, aku akan try to make the best of it. Lagipun, aku ada satu hari full je kat sini. Dah buat sedikit research ala-kadar dari pengamatan aku menerusi gambar yang aku tengok insyaALLAH boleh cover dalam masa satu hari. 

Owh ya, breakfast turun disediakan... makan ler cereals and susu. Okla daripada takde makan langsung. Jimat duit.... hiks. 


Walaupun hujan, takkan nak duk terperap dalam hostel je kan. 

Aku gagahkan jugak keluar walaupun hujan renyai-renyai time tu. Terus ler pegi ke tourist information centre untuk amek maps. Nak ler tengok ape yang ada kat sini. Walaupun hujan, suasana agak meriah dengan pelancong yang lain. Ada gak wedding berlangsung kat salah satu hall kat situ. 

Apa lagi? Jejalan ler...

arca Hercules katanya...

main square, kat bangunan depan ni ada tourist info centre

lorong kecik yang bersih

Takleh nak berjalan jauh lak sebab hujan pulak turun makin lebat. Terpaksa aku menumpang teduh kejap kat salah satu kedai souvenirs yang ada kat dataran tadi. Tengok ler yang mana berkenan. Fuhhh~ harga pun boleh tahan macam pricey skit. Macam contoh untuk sekeping magnet pun dah lebih EUR4-6/keping. Maybe sebab betol-betol kat tengah old town kot. Tapi kang tak jumpa dah lepas ni, aku beli untuk aku je. Yela, mahal macam bedil kot. Kenangan sendiri. 

Bila dah renyai skit hujan tu, aku jalan lagi. Nak pegi ke jambatan katanya. Landmark wajib kalo datang ke Heidelberg ni. Ni berdasarkan gambar yang aku duk tengok ler. 

Nama jambatan tersebut adalah Karl-Theodore-Brücke. Tak jauh pun dari tempat aku berdiri tadi. Aku just tanya orang kedai tu arah untuk ke jambatan tu. Terus ler ke sana... 

jam bentuk macam ni memang femes betol kat Jerman ni. jenis cuckoo kan?

ramai duk tumpang teduh jap kat kedai souvenirs

anak-anak kecil bermain bawah hujan.. dik, nanti demam

dah nampak dah gate menuju ke Old Bridge (Karl-Theodore-Brücke)

Sepanjang menuju ke gate Old Bridge ni pun ada kedai souvenirs, sedikit murah berbanding yang ada kat dataran tadi. Boleh beli kat sini kalo nak. Aku tengok-tengok jela sebab dah belikan tadi. 

Hujan lagi.... 

Old Bridge ni menghubungkan dua bahagian merentasi Sungai Neckar. Jambatan ni dibina bagi menggantikan jambatan kayu yang sering roboh pada zaman dahulu. Dibina diatas arahan King Karl Theodore pada lewat kurun ke-18. Daripada jambatan ni, kita boleh nampak banyak mansions yang mewah-mewah belaka. How I wish i own one. ;)))


Heidelberg Castle yang berada di atas bukit

view from the other side of Neckar River

Hujan makin lebat... takleh nak buat apa. Terpaksa aku berteduh kejap kat bawah hentian bas.


Lama gak aku bertapa kat bawah hentian bas tu, dalam hati ni duk berdoa kat Tuhan supaya hujan berhenti supaya aku boleh jejalan lak lepas ni. Bukan ape, aku nak naik bukit skit nak tengok view dari atas viewing point kat Philosopher Walk. Kalo hujan, macam mana nak naik ye dak?

Tak lama lepas tu, hujan berhenti, teruskan perjalanan aku ni...



Tak ramai orang yang aku nampak sepanjang perjalanan naik ke atas ni. Maybe sebab hujan kot. Boleh la jalan mendaki dengan tenang. Agak slippery sebab batuan pun basahkan. Adela dalam 15 minit camtu menapak ke atas. Rupanya kat lereng-lereng bukit ni ada ladang anggur dan jugak epal. Gerammmmmm je nak petik. Berbuah lebat pulak tuh!


Sesekali ada nampak orang duk berjogging. Orang tua pun ada duk jogging. Gigih haiii. Aku yang muda ni pun tercungap jugak rasanya nak sampai ke atas tuh. 

Layan jela view kat atas ni duk atas bangku yang disediakan.






Nak turun, aku ikut jalan lain. Ni main ikut rasa hati je nak turun. Saje nak explore view yang lain. Ntah celah mana la aku ikut tapi lalu kat celah-celah rumah yang cantik tepi bukit mengadap Neckar River ni. 

Kat Heidelberg ni ada sebuah universiti yang tertua kat Jerman sejak tahun 1386. Bandar Heidelberg ni ibarat pertama di antara tempat-tempat menarik di Jerman. Kiranya, sape datang memang akan suka. Aku pun agak tertarik kawasan Old Town ni. Tenang je rasa. Despite of haritu hujan je sepanjang hari. 





Bila turun tu, sempat lepak kejap kat riverside Neckar River ni sebelum hujan turun balik. Berlari anak aku menuju ke gate jambatan semula. Ramai yang tumpang berteduh kat situ. 

Dah reda skit hujan, aku pegi kat ke Bismarckplatz (main street) yang terletak tak jauh dari jambatan tadi. Kat situ kira main street yang sepanjang 1 mile jugaklah. Ada macam-macam kedai, restoran, cafe, shopping mall pun ada. Jejalan sambil tengok kedai ape yang boleh aku carik makanan untuk lunch. Payah gak tak jumpa kedai halal. Aku settled dengan makan seafood kat satu kedai seafood ni yang bernama Nordsee. 



ramainyaaaa ummah kat Bismarckplatz



ni lah kedai seafood tuh

lunch : tuna wrap & calamari EUR6.50

Lepas lunch, pekena pulak ais-krim sebab banyak betol kedai-kedai ais-krim yang ada. Walaupun sejuk, tetap sedap! Ahaks!

Nextttt!

Nak pegi pulak ke Heidelberg Castle. Terletak atas bukit belakang hostel aku. Kalo tak larat boleh la naik kereta kabel untuk menuju ke atas. Kalo nak jalan kaki naik pun takde masalah, ramai aku tengok yang menapak ke atas. Ada anak tangga dan signboard yang tertera.

Heidelberg Castle (Heidelberger Schloss) ni sebuah runtuhan istana yang memaparkan struktur Renaissance. 

Aku tak masuk pun sebab takde duit time ni. Lagipun tak berminat nak masuk sebab nampak macam haunted je dari luar (read: malas) hahahah. takpelah aku  just jejalan kat kawasan luar pun menyajikan view yang cukup menarik!






Dah puas berjalan, aku balik semula ke hostel untuk shalat dan rehatkan diri sebelum aku bergerak semula menuju ke train station malam tu. 

Malam ni nak kene naik train menuju ke destinasi lain pulak. 

Till then. 

Bye!

22 comments:

  1. Abe MKL..JM FIRST!!...ehh ye ke ahahaha..jap nanti datang balik!

    ReplyDelete
  2. ahahaha...naik bas FREE..x per di maafkan sbb tak tahu...bukan niat nk menipu kan..Allah knows
    sekali lagi JM google nak cari lokasi Heidelberg nih
    ahaks..mudah masuk hostel cam masuk umah sendiri je simpan kunci bawah pasu
    akhirnya JM dpt menatap wajah penulis yg semakin slim heheeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah kan tu pun dia dh bgtau siap2 mcm mana nak masuk hostel tu. so takde la cuak mana nnt. ;)

      Delete
  3. cantiknya tempat!!!! jeleshhhhh lahhh >.<

    ReplyDelete
  4. Apakah kaitan haunted dengan malas? Hahaha.

    Kejam tau John! Ko suka gi tempat lawa2, tempek gambar mengundang jeles. Uhuk. Baca experience ko jelah dulu, kot2 ada rezeki Insha Allah one day dapat menjejak kan. (Aminkan cepat!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha jujurnya malas dan takde duit time tu. kene la berjimat cermat katanya. ;) takpe, aku doakan ko dpt jejakkan kaki jugak nnt. insyaALLAH. ;)))

      Delete
  5. comey je bebudak naik beskal tuh..
    john! kalo bleh petik le buah anggur & epal tu kan..bawak balik skit tuk I..hahahah..
    nice view!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaks. comeyyyyy! ahhaha kalau ler aku blh bawak balik, mmg aku bukak gerai tepi jln jual buah nnt. hahahha

      Delete
  6. bila baca citer pasal hujan..rasa sejuk semacam
    Putrajaya pun hujan dik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaks. kat sini skang pun gloomy je manjang. T_____T

      Delete
  7. mmg diorang sgt percaya pada org lain kan? kalo kita silap pun, bila kita ckp I'm tourist, diorang akan lepaskan gitu jer slps bagi nasihat lbh kurang...

    gambar mcm biasa....lawa sgt sgt sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuppp kepercayaan tu mmg tinggi, jadik kita pun kene amek tu sbg amanah. thank you! ;)

      Delete
  8. wah seronok sakan pi jenjalan yer ;)
    tp comeiii jer semua suka pic buah epal tue ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. rezeki. yg pokok epal tu geram je nak petik, tapi ade pagar la pulak. ahaks.

      Delete
  9. Replies
    1. yuppp one of my fav too. byk bnda blh mkn berasaskan seafoods. yg calamari dan udang celup tepung tu mmg menggugat iman. ahaks. mahal la skit tapinya.

      Delete
  10. John.. Neuschwanstein Castle ada dalam itinerary tak tu hari? Tolong cakap ada.. nk kutip pengalaman. Tapi Heidelberg ni pun satu dalam list. Terbaiklah

    ReplyDelete
  11. Heidelberg Castle macam istane dalam cerite merlin lak.. hahaha.. =D

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum John hehe..boleh email dekat saya tak contact number..nak minta idea dan cadangan la..sbb next year akan ke europe sebulan solo backpek perempuan..jadi need sgt pertolongan..TQ

    ReplyDelete
  13. sorry lupa nak bg email saya noratajharun@gmail.com

    ReplyDelete