Assalamualaikum!
Aku kembali semula selepas seminggu tak update. Maafla takleh nak update laju-laju sebabnya aku takde masa nak karang ayat best-best. Kagum dengan orang lain boleh update setiap harikan. Huk huk.
Lagipun, aku sekarang bekerja part time sejak cuti ni. Saje nak carik pengalaman dan extra income. Yela, nak duk sini kene ada duit, if not kene la balik Malaysia. Oh! I'm not ready yet! ;p
Anyway, entry ni masih lagi berkaitan dengan Winter Trip aku pada Disember 2014. Tapi kali ni aku fokuskan kepada persediaan untuk aku mengharungi musim sejuk yang bagi aku agak extreme daripada musim-musim yang penah aku alami. Bahkan, lagi sejuk dari musim sejuk di United Kingdom ni sendiri.
Jadik, langkah-langkah penting dalam membuat persediaan amatlah penting supaya tidak mati beku di negara orang. InsyaALLAH.
terasa seperti polar bear. ahaks! |
Kawasan yang aku pegi ni adalah terletak dalam kawasan Arctic Circle yakni Kiruna, Sweden dan jugak Rovaniemi, Finland. Tetapi pada masa aku di sana aritu, kawasan yang paling rendah suhunya adalah di Kiruna dan Abisko yang mana suhu adalah lebih kurang -15 degree celcius secara putara setiap hari.
So, memang sejuk bekulah aku kat sana.
That's why persediaan dari segi winter attire harus dititikberatkan.
Apa yang aku nak kongsi ni adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri untuk trip ni, dan aku akan tambah sedikit sebanyak info yang aku rasa insyaALLAH berguna untuk mereka yang akan menerjah Arctic Circle pada musim sejuk akan datang dan taktau la bila-bila. Janji sampai.
Untuk trip aku selama 2 minggu, memang aku try untuk meminimumkan pembawakan pakaian yangg aku rasa tak perlu. Yela, winter season kot. Sesuai untuk bergaya sakan bagi mereka yang suka bergaya. Aku pun takdela terkecuali. Cuma kali ni, I have to take it seriously sebabnya aku akan bawak backpack yang tak begitu besar yang perlu sumbat jaket tebal yang aku rasa dah makan space agak besar. So, try to modest as much as possible.
Ni adalah list attire yang aku bawah untuk 2 minggu punya travel dan tambahan jika perlu:
Bahagian kepala
- snowcap *bawah yang jenis tebal lagi bagus*
- topi yang bertutup *aku beli kat H&M sebab tertarik dengan design macam russian*
- face mask yang macam perompak tu
- penutup telinga untuk elak kebas
- muffler jika nak bawak
- 2 helai t-shirts untuk pakai tido dan seharian
- 1 helai long-sleeve jumper yang agak tebal
- 1 helai long-sleeve jumper yang tak brape tebal
- 2 helai thermal wear *if possible bawak lagi 1 helai extra*
- 2 helai jaket tebal yang berhoodies as outerwear kalo boleh jenis kalis air
- sepasang gloves *sila bawak lebih lagi bagus*
- baju fleece amat berguna untuk keep warm dan tak berat
- beberapa pasang hot pad hand warmers
- 1 helai jeans
- 1 helai ski pants yang waterproof dan bahagian dalam bermaterial fleece
- 1 helai sweatpants untuk tido
- 3-4 pasang stokin yang jenis tebal. Kalau ada jenis wool lagi bagus
- 1 pasang walking boots yang jenis waterproof
- 1 pasang thermal wear jika perlu
- 1 pasang seliper jepun
- 1 botol kecik Vaseline
- 1 helai kain pelikat
- 1 helai microfibre travel towel
- ubat-ubatan seperti panadol, ubat selsema dan hot balm
Macam aku aritu ketika di Abisko untuk membuat aktiviti seperti chasing the aurora borealis, husky dogs sledding dan jugak ice fishing. Pihak hostel ada menyediakan warmsuit seperti yang aku pakai di gambar pertama. Memang selesa sangat. Ada banyak saiz yang available. Di bahagian dalam, aku pakai ski pants/jeans, thermal wears dua helai dan jugak jumper. Cukup selesa. Selain daripada tu, ada jugak pihak hostel menyediakan boots dan gloves tapi aku tak pakai la dorang punya sebabnya rasa berat yang amat dan tak selesa untuk bergerak. Huk huk.
Ok dah cukup aku kongsikan. Sekarang, aku share antara barang-barang yang dah sebut tadi. Baca ayat je macam tak puaskan. So, tengok gambar la pulak.
Ayuh!
dua buah beg aku bawah. Kanan tu as daypack dan kiri as bagpack 65L brand Karrimor sedap pakai tak besar dan just nice. Gonna be my favourite backpack nanti for future trips.. InsyaALLAH |
Okeh sedikit tips tambahan maybe aku rasa berguna kot kalo nak carik benda-benda ni semua. Jikalau korang akan transit di London sebelum meneruskan perjalanan ke kawasan sejuk beku camni. Dan korang memerlukan beberapa barang dan pakaian tambahan untuk dibawa ke sana. Aku suggest beli di Primark ataupun Sports Direct sebab sini banyak barangan yang mampu milik.
Ok dah tu sahaja aku rasa yang aku mampu menaip buat masa sekarang. Dan apa yang aku kongsi adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku sendiri. Setiap tubuh badan manusia adalah berbeza tahap ketahanan masing-masing. Kalo rasa anda jenis sejuk, kene bawak extra attire skit. Kalo rasa mampu tahan, aku suggest bawak jugak lebih skit macam thermal wear.
As you would never know what nature can do to you until you experience it.
It's better to overdress rather than under dressed.
Ok that's it for now. Hopefully, this entry will give a little bit of guidance on how to dress for your Arctic Circle tour. Hope you enjoy your trip and feel the experience.
Till then..
Bye!
aku setuju ngan ko pasal thermal wear uniqlo heatech tu ... mmg kurang berkesan kalo dah suhu subzero
ReplyDeleteyup.. sebab aku penah try. ibarat inner kat dalam tapi takde kesan.
DeleteTips yang sangat berguna. Lepas ni boleh la aku refer entry ni utk my next wint trip. John, aku intan lavender. Jom follow blog baru aku www.dorsettpink.blogspot.com
ReplyDeleteterima kasih. share yg aku rasa might be useful to others. insyaALLAH. ;)
Deletebetullah.. macam or Russia John. BTW, cantik kasut Karrimor tu
ReplyDeletehahahah ;p terima kasih. beli time sales. hiks.
Deletethanks for the info!kasut tu cun!hehehe
ReplyDeleteno worries! hahaha cun ke? aku rasa lama2 tgk rasa hodoh gak. huk huk
Deletewah...mesti best dok sana sampai belum ready nak balik ke sini...anyway nice sharing.
ReplyDeletehahahah takdela best mana. tu tak bersedia nak kembali ke alam realiti. ahahah
DeleteHiks!
ReplyDeletemotif!
DeleteSuhu 10 darjah pun, pakai heat tech tu tetap menggigill.. mcm x best la.. brand Kathmandu dan Camprio tu beli di mana ya ?
ReplyDeletekathmandu tu beli kat melbourne time tu ada sales. yg camprio tu beli kt sports direct. ;)
DeleteOkay...patut ko publish entry ni sblm aku gi jepun itu hari...tidak lah aku kesejukan smpai demam tak kebah2 kena salji....hahhhaha...thx john...aku bookmark terus entry ni utk masa akan dtg....
ReplyDeleteadehhhh. bertabahlah. ingat dah tau kan. ;) terima kasih! ;)
DeleteCANTIKNYA KASUT KARRIMOR!!!!!!!!!
ReplyDeletehahahah TERIMA KASIHHHH!
Deletesejauh ini kakiberangan dah pegi.. mmg meng up kn semangat kumpul duit nk travel juga walapun diri dah tua.. muahahaha..
ReplyDeletealhamdulillah rezeki. semoga impian tercapai! ;)
DeleteKasut tu cntik
ReplyDeleteterima kasih. ;)
DeleteDah muat...sebab dah kurus. Gitu kan dah kerja keras partime demi kumpul duit, mestilah kurus. Anyway thanks for all the info.
ReplyDeletehahahah kurus skit je. hopefully dpt turun lg. ;)
DeleteTenkiu for de checklist.
ReplyDeletealaaa... baru nk cari kt uniqlo...
tak elok ea?
Hmmm nk g jepun ni lg 2 mgu...
tgk weather forecast 1-6 deg...
Ayooo..melbourne yg 10- 12 pun tak tahan...
below 6?
Jgn lh baru sampai sehari dah demam.
huhuhu...
Hand warmer tu kt mn nk cr kt malaysia?
Hrtu ada beli warm pad tu kt melbourne, pastu tinggal kt sana rasanya.
Huhuhu...
sorry lambat reply..
Deletekalau below 6 degree kalo ada gloves yg tebal insyaALLAH dah ok. hand warmer ni sy bawak sbb suhu subzero. nnt beku jari2 ni nnt. huhuhu.
handwarmer tu sy beli thru ebay. maybe ade jual kt kedai sports direct kt subang.
Ha 1 lg... dh pakai tudung... tak yah lh mafla n tutup telinga kan?
ReplyDeleteTak kebas kan?
haritu kat korea -15. kebas telinga n muka. nasib baik ada mafla. buat tudung 2nd layer :D
Deletebest pi jenjalan musim winter ;)
ReplyDeletegood info for future who want to travel this winter season ;)
Ada best dan ada yg tak best gak. Tp the feeeling yg dpt tgk snow tu best yg amattt!
DeleteUseful tips, thanks :) btw, am a fan of Karrimor now, hari tu sempat order walking shoe dan winter glove dgn John :) so, bila nak ambik order lagi ? hihihi...
ReplyDeleteHahaha tak sempat dah nk amek order sbb busy skit skang ni.
DeleteThanks John... Tips yg mabeles, tapi tak tahu bila ada keberanian utk travel time suhu negative.
ReplyDeleteSejuk aircond pun mcm nak pakai 2 lapis
no worries. orang kata tak try takkan tau sampai bila2kan. tp mmg sejukkkla. kalo sejuk aircon tu kira ok lg la... tp ni aircon natural. fuhhh~
DeleteInsya Allah akan try gak satu hari nanti john...
DeleteThis year balik msia ke john?
Thanks! Kasut kita same! Kaler...hahaha
ReplyDeleteyeayyyyy! hi 5!
DeleteHahahaa.. aku tak suka pakai vaseline tu...
ReplyDeletehahaha nape x suka? xde rasa pun kan. hiks.
DeleteGood tipsss
ReplyDeletethanks you!
DeleteJadi ini adalah rukun backpacker yang ke berapa John? =p Aku pun kagum dengan yang mampu kerap update blog, aku nak tulis kena tunggu mood, kalau paksa memang ayat dia kelaut~
ReplyDeleteinsyaALLAH rukun wajib! hahaha uishhh aku takdela kerap mana pun. ni pun kalau nak menaip kene tggu mood datang plus ada banyak keje lain yg lagi penting! hahaha
Deletebhahaha saya lah tu pergi beli thermal wear uniqlo lepas tu menyesal T.T
ReplyDeletetapi tak pergi tempat snow jadi tak adalah membeku sangat..
takpe. atleast ada satu dh ok org kata. ;)
Deletekasut ohsem sgt!
ReplyDeleteberguna tak vacum dgn plastic storage tu utk baju sejuk ni ? Sbb baju sejuk selalu gedabak2 kan? Lg2 ramai isi rumah yg travel sekali
dulu pernah pakai vacuum plastic storage tu tp bila part nak kene gulung jdk mcm renyah je ended up x pakaipun.
DeleteKasut cantiknyaaa..beli kat mane..plz plz...
ReplyDeleteboleh beli kt sports direct. ;) kat malaysia pun dah ade cawangan.
DeleteNak tny, bag yg bwk tu due2 msk flight ke? Yg 65l tu lps ke as hand luggage?
ReplyDelete