Wednesday, January 21, 2015

Tips | Preparation for Winter Trip 2014 (Transportation)

Pssssttt! Pssstttt!

Nak bagitau yang entry ni adalah amat penting! Kiranya segala info yang aku nak share ni adalah berkaitrapat dengan trip aku aritu yang telah menerjah beberapa buah bandar yang beriklim sejuk yang agak extreme. 

Jadik bagi mereka yang berminat nak terjah jugak. Harapannya entry ni dapat membantu. Tetapi, kali ni aku hanya fokus pasal mode of transportation yang aku gunakan. Yang lain-lain tu, insyaALLAH aku akan selitkan dalam entry yang berikutnya. 

Tapi sebelum tu, aku nak cerita la mukadimah kenapa aku buat winter trip ni agak lain dari ape yang aku nak buat. Actually, bila datang ke UK ni memang orang kata try la travel pegi negara sekian-sekian sebab cantik dan menarik kalo suka nak explore. Sebelum aku datang lagi ke sini, memang ada plan nak pegi terjah tempat-tempat seperti Prague, Vienna, Budapest, Copenhagen dan lain-lain bandar kat Europe ni lah. Yela, dah alang-alang dah duk sini setahun camtu why not try amek peluang nak tengok tempat baru. 

So far, Alhamdulillah ada beberapa bandar di Europe ni dah berjaya aku terjah sendiri. Tetapi after a while aku rasa aku nak tengok something different. Tak dinafikan yang bandar-bandar kat Europe ni agak berbeza antara satu sama lain. Kalo bukan nature, ada pulak bandar. Old town tak terkecuali. Tapi aku macam rasa lama-lama agak sama je semua tempat ni even tho actually ianya berbeza kalo kita tengok betul-betul akan sesuatu tempat tu. Jadik aku dapat idea nak tengok tempat sejuk yang ada salji, ada aurora borealis dan jugak Russia! So, target trip winter ni memang ultimate dream would be watching the northern lights as well as to be in Russia. 

Jadik... peluang tu takkan datang selalu. Kebetulan ni pulak dah penghujung tahun 2014 dan musim sejuk bakal menjelma tak lama lagi. Lagi-lagi bila aku check tiket flight pun agak murah. So, apa lagi! Yang penting, kita secure ticket flight dulu. Ingat motto aku "No Ticket, No Talk!" Bila dah secured ticket, barulah aku boleh plan pape yang patut. Tapi aku takdelah buat perancangan yang beria. Semuanya aku buat skit-skit sebab agak busy dengan dengan study. Plus, aku kene save duit untuk trip ni sebab nak terjah negara yang agak mahal dari segi kos sara hidupnya. Dan jugak aktiviti yang aku nak buat pun agak banyak nak pakai duit. That's why selama 2 bulan lebih takde pegi mana-mana. Demi mega trip katanya! Ahaks! 

Ayuhhh! Tanpa buang masa, aku mulakan. Kalo ada yang tertinggal tu. Harap maaf ler. 


Secara general seperti yang aku ceritakan dalam entry permulaan di ---> SINI 

Tapi takpe, aku ulang balik route aku selama 2 minggu travel ni, ianya bermula...

London --> Stockholm --> Kiruna --> Abisko --> Rovaniemi --> Helsinki --> St. Petersburg --> Moscow --> Manchester --> Birmingham 

Agak banyakkan? Tapi actually untuk trip ni aku rasa macam relax giler dari kebiasaan aku travel. Maybe sebab musim sejuk kot. Siang amatlah pendek dan mood semua orang ataupun suasana agak gloomy. Jadik semuanya menjadik slow and steady. Nothing to rush. 

Untuk trip ni, aku memang kene buat proper budget untuk tau brape jumlah keseluruhan kos yang diperlukan. Kalo dah tau brape rough budget, boleh la aku save duit siap-siap. Bajet yang aku buat untuk trip ni takdelah begitu details tapi aku cuma buat anggaran secara kasar dan memang aku buat buffer siap-siap just in case emergency. 


Public Transportation

Untuk bergerak dari satu bandar ke bandar yang lain, aku memilih beberapa mode of transportation seperti flights, train dan jugak bas. Ada beberapa sebab yang perlu amek kira bila bab pengangkutan ni antaranya nak jimat masa, nak try, dan jugak kos. 

Bagi sesiapa yang macam berminat untuk bergerak dari satu bandar ke bandar lain boleh jugak try naik cruise yang tersedia. Ni kalau korang travel di bahagian Scandinavian Countries ataupun belah-belah Eastern Europe. 

Antara syarikat kapal yang aku jumpa yang boleh korang try adalah seperti --> Viking Line dan Eckero Line 

Kalo korang tanya pasal nak naik kapal ni, harap maaf aku takde info ataupun pengalaman naik kapal-kapal ni semua. Maybe boleh "Google" untuk info lanjut. Tapi aku ade check jugak prices dia lebih kurang macam naik train ataupun naik kapal terbang jugak. Tapi ni aku rasa lebih kepada untuk merasai pengalaman je kot. Nak kata untuk cepat, rasanya tu adalah mustahil la kan. Hiks. 




Okeh. Aku try cite berdasarkan route-route aku so that senang faham nanti. 

London, United Kingdom - Stockholm, Sweden : Tak lain tak bukan ler, kene naik flight. This time, official sponsor adalah RyanAir. Ahaks! Sponsor la sangat. Bayar dengan duit pound okeh! Tapi harga tiket yang aku dapat agak murah yakni berharga GBP24.99/way. Aku suka naik RyanAir ni sebabnya handcarry boleh bawak 2 bijik beg. Satu beg kecik (daypack) dan lagi satu backpack aku dalam 45-60 liter camtu. So, kira lepas semua beg aku. Takyah nak kene beli baggage allowance untuk check-in. Jimat lagi. 

Stockholm, Sweden - Kiruna, Sweden : Untuk ke Kiruna, ada options untuk naik night train, flight ataupun naik bas! Haaaa yang naik bas tu, aku rasa bergantung kepada yang sanggup jela. Yela, mana taknya jumlah masa perjalanan adalah lebih daripada 24 jam untuk sampai okeh! Plus, harga tiket pun jauhhhhhh lagi mahal berbanding naik flight ataupun naik train. Pikir baik-baik okeh. 

Tips: Lagi murah dan jimat masa naik flight direct menuju ke Kiruna. Boleh dapat tiket serendah GBP34/sehala. Boleh beli tiket menerusi Norwegian Airlines .

Tapi untuk route aku ni, aku pilih untuk naik night train. Ntahlah, nak kata murah takdelah sebab tiket aku dapat adalah sedikit mahal berbanding kalau naik flight je. Maybe sebab aku nak jimat untuk accommodation 1 malam kot. Aku pilih sleeper coach (6 beds) untuk perjalanan selama 17 jam nih! Giler kematu kalo amek seats je which are cheaper than sleeper cabin. Tapi takpe. Layan je. Dan aku gunakan kelebihan as a student untuk beli tiket pada harga diskaun. Hiks. Untung lagi kat situ. Aku gunakan kad ISIC yang aku ada. Lebih kurang international student card camtu. Owh ya, aku beli online untuk tiket ni. 

Website : http://www.sj.se/?l=en (SJ Trains)
Price : SEK682/pax (±GBP55) 




Kiruna, Sweden - Abisko, Sweden : Jarak perjalanan antara dua tempat ni adalah 80km (1jam+). Aku stop sekejap di Kiruna sebab nak tengok ape yang ada kat sana. Actually, boleh je direct pegi ke Abisko. Tapi nak jadikan cerita, train tetap akan stop di Kiruna sebagai persinggahan. Website yang sama seperti diatas untuk beli tiket. 

Price : SEK53/pax (±GBP4.50)

Tips: Tiket boleh boleh dibeli melalui online, kaunter ataupun atas train. Tetapi, sebaiknya beli siap-siap online sebab lagi murah berbanding beli atas train. Aku tak beli tiket return dari Abisko - Kiruna. Aku beli atas train, jadik aku terpaksa bayar lagi mahal dari apa yang boleh aku dapat kalau beli online. Plus, aku takleh bayar as a student. So, I paid full price as an adult. Rugi rugi! 



Abisko, Sweden - Rovaniemi, Finland Lapland : Dari Swedish Lapland, aku menuju ke Finnish Lapland. Ni actually satu cabaran buat aku. Tapi cerita penuh, aku akan ceritakan dalam entry yang sepatutnya. Bab transporation untuk menuju ke Rovaniemi dalam masa yang singkat (singkat la sangat, still amek masa 4-5 jam gak nak sampai tu), aku pilih untuk naik bas. Dari Abisko ke Kiruna, aku naik train je sama macam aku pegi ke sana. Cuma dari Kiruna ke Rovaniemi, aku naik bas henti-henti. Korang mesti tau kan camne bas henti-henti tu kan? Aku kene tukar 2 kali bas untuk sampai ke Rovaniemi. 


Aku gunakan website diatas untuk membantu aku untuk tau brape anggaran kos dan bas apa yang patut aku amek untuk sampai ke destinasi. Aku tak beli tiket awal-awal. Aku beli tiket atas bas tu sendiri dan boleh bayar guna debit card/credit card. So, aku bayar guna debit card sebab taknak abeskan cash.  Tapi aku dah bajet siap-siap brape yang patut aku bayar. 

Kiruna - Tornio Harapanda Station (boarder Finland) : SEK395/way (±GBP32)

Tornio Harapanda Station - Rovaniemi : EUR22.90/way 

Total masa perjalanan dari Kiruna ke Rovaniemi adalah dalam 5-6 jam jugak untuk sampai. Takde stamp passport kat boarder. Tu agak sedih gakla. Ingat boleh la dapat satu stamp dalam passport. Tapi takpelah. 



Rovaniemi, Finland Lapland - Helsinki, Finland : Untuk masuk ke St. Petersburg, Russia, takde jalan direct daripada Rovaniemi. Maka, terpaksalah aku transit dulu di Helsinki (ibu negara Finland) sebelum masuk ke Russia. Dari Rovaniemi ke Helsinki, kalau naik train makan masa 10 jam. Tapi aku taknak bazir masa, maka aku pilih naik flight je yang makan masa hanyalah 1 jam 20 minit. Harga tiket pun lebih murah berbanding naik train. Naik bas of course la lagi murah tapi masa lak lama. 

Price : GBP49/pax for 1 way 



Helsinki, Finland - St. Petersburg, Russia : Untuk masuk ke St. Petersburg, aku pilih untuk naik train sekali lagi. Perjalanan tak lama pun. Cuma 4.5 jam sahaja. Tiket aku beli siap-siap thru online. Dan proses imigresen nak masuk ke Russia ni memang di buat dalam train je. Samada pihak imigresen Finland ataupun Russia. Dorang akan naik setiap coach untuk check setiap penumpang. Get your passport ready okeh! Plus, ada perkhidmatan money changer juga ada, tapi biasalah rate sedikit berbeza berbanding tukar kat city je. But, I did that anyway because I don't have any Russian Rubles with me at that time. 

Visa requirement for Malaysian to enter Russia? The answer is YES! I'm gonna put an entry about the Russia visa requirement later on some other time. It's not that tedious as what you heard. For me, it's kinda easy to apply. 

Website : https://www.vr.fi/cs/vr/en/frontpage (Finland Train - Allegro)
Price : EUR39.01/pax

Allegro Train yang bawak aku menuju ke St. Petersburg dari Helsinki

arrival dan departure card yang perlu diisi ketika nak melepasi boarder negara Russia


St. Petersburg, Russia - Moscow, Russia : The best transportation untuk ke Moscow dari St. Petersburg adalah naik train. Rangkaian train yang ada di Russia ni memang bagus! Ada dua pilihan. Samada nak yang cepat ataupun lambat. Kalau yang cepat boleh naik high-speed train yang diberi nama "Sapsan" yang amek masa kira-kira 4 jam untuk sampai. Manakala, yang slow boleh naik normal train yang memakan masa kira-kira 7-8 jam untuk sampai. 

Normal price untuk Sapsan (4 hours journey) : Average RUB4000 and below (±GBP40)

Normal price for normal train (7-8 hours journey) : Average RUB1500 and below (±GBP15)

Untuk trip aku, aku saja nak try high-speed train Russia ni. Baru je beroperasi pada tahun 2009 untuk route Moscow - St. Petersburg ni. Instead of naik train yang 7-8 jam perjalanan, aku naik yang cepat skit untuk jimat masa. Tiket aku beli menerusi kaunter. Aku beli sehari sebelum bertolak ke Moscow. Sila sediakan passport ketika nak beli tiket tu. 

Tips: Takde banyak beza beli online ataupun over the counter. Dari segi harga pun tak banyak beza. Tapi better beli online sebab korang akan dapat tengok list of trains yang available untuk route tersebut beserta harga, jenis seats dan jugak jenis train. Korang boleh beli sehari sebelum bertolak jugak. Jadik jangan risau sebab kekerapan agak tinggi untuk route Moscow - St. Petersburg. Kalau nak beli jugak over the counter, sila bersedia dengan masalah bahasa. Pekerja di kaunter tiket payah nak jumpa yang faham english. Kalau dia faham pun, tak reti nak jawab balik camne. Hahahah tu yang aku alami. Macam ayam itik! 

Website : http://pass.rzd.ru/main-pass/public/en (Russian Train)
Price : RUB3,370/way (±GBP35) 


Sapsan 
keadaan dalam coach yang penuh dengan penumpang

artikel berkaitan Malaysia yang terpapar dalam majalah Sapsan. bangga okeh!


Moscow, Russia - Manchester, United Kingdom : Actually, Manchester bukanlah city yang aku nak terjah pun. Tapi disebabkan tiket untuk balik yang paling murah adalah flight yang mendarat di Manchester. Maka, aku amek jela. Plus, aku ada kawan kat Manchester, boleh la menumpang berteduh untuk barang semalam dua sebab time aku balik tu Christmas Eve, so berkrismas la aku kat Manchester dulu alang-alang tu boleh la berboxing day.  Ahaks!

Untuk route ni, aku pilih Easyjet, sebab paling murah. Cuma yang aku kurang berkenan skit dengan airlines ni adalah kedekut handcarry. Boleh bawak hanyalah 1 beg je okeh! Handbag bagi perempuan sudah dikira sebagai 1 bag! Maka, kene sumbat la dalam satu beg besar. 

Price : EUR69.99/way 


Ok dah tu je tips yang aku dapat sharekan.  Maybe ada yang tertinggal. So mintak maaf siap-siap kalau tak lengkap tu. Abes cite bab transportation. Nanti next entry pasal benda lain pulak kalau aku rajin nak menaip. 

Till then...

Bye!

11 comments:

  1. Good info.nanti aku boleh refer entry ko ni bile aku nak ke sweden kelak

    ReplyDelete
  2. perghh... memang kena menuntut ilmu kaw2 kalau nak jalan ke sana... ^_^

    ReplyDelete
  3. thanks for the info beb...aku selalu dgr org ckp visa russia leceh, tp interesting ko ckp ok...even officemate aku dpt invitation letter lg dah dr sana, still byk songeh embassy kat sini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam DJ,

      Yup betul walaupun dah dapat invitation letter dari sana tetap susah untuk ke Negara dia. banyak step kena ikut.. ini pengalaman saya masa ke sana sebelum ini. Masalahnya Kedutaan Rusia disini ok je tapi di Negara dia itu yang banyak problem.

      Delete
  4. Tabik spring!. nak berguru ngan ko la mcm nie kt birm.

    ReplyDelete
  5. Salam perkenalan,

    Wahhhh bestnya masuk blog ni.. kenapalah saya tak jumpa dari awal kalau tak senang jadi rujukan hehehe.. apa-apa pun blog ni jadi rujukan saya untuk ke korea nanti insyaAllah..

    ReplyDelete
  6. lengkap. me likey. dah set as favorite ^O^

    ReplyDelete
  7. Dah lama nak p Russia tapi ada visa plak ek....leceh tak?

    ReplyDelete
  8. Jarang2 dgr blogger travel russia..nice trip

    ReplyDelete