Assalamualaikum!!!
Dah lupa dah kat KakiBerangan? Aku masih lagi hidup ye...cuma busy dengan kerja hakiki. Alhamdulillah... first trip untuk tahun 2013 telah selamat aku dan kawan-kawan jayakan. Ada jugak dramanya walaupun trip pendek selama 5h4m je di Kota Surabaya, Indonesia time cuti Chinese New Year tempoh hari.
Tiket bila beli? Dah lama tak silap aku... tu pun dah ingat-ingat lupa. Yang penting time promo la ye... Time ni memang aku gamble je nak join trip pegi Surabaya ni since still dalam peak period untuk kerja aku nih. Tapi since harga tak brape nak mahal... gamble jela dulu beli tiket nih. Harga return pada asalnya yang kami dapat ialah hanya RM146/pax (return dan tidak termasuk luggage and meals). Tetapi yang harunya! Tukang beli tiket kami yakni Mr. Janggeltrekker tersalah beli tiket balik yakni waktu balik kami adalah jam 5.30 pagi! Pengsan.... gigih ke nak bangun pepagi buta untuk pegi airport? Tidakkk!!! Hahaha so, kami suruh Mr. Janggel tu belikan tiket balik sahaja tapi waktu flight petang dari asalnya yakni jam 3.10 pm waktu Indonesia. Tambang untuk tiket balik hanya RM54/pax (tidak termasuk meals and luggage).
Since aku sangat busy dengan kerja sumenya... aku hanya mintak tolong Fatt and Janggel untuk uruskan segala-galanya. Aku just tanya-tanya macam tu je. Kenapa Fatt? Sebab dia penah pegi ke Surabaya dan cover tempat-tempat yang kami nak pegi ni tempoh hari. So, mintak jasa baik Fatt untuk rekomen supir yang bersesuaian dan murah untuk kami. Yela, kalo nak main serkap jarang je supir ni, tak best lak kang ada pape yang terjadik tengah jalan. Takke haru nanti? Hahaha.... persiapan untuk supir memang diserahkan semuanya. Interaksi mereka hanya kami dapat melalui email. Alhamdulillah... berjaya dapat supir dengan rate untuk seorang hanya IDR1.1 juta/pax untuk 3h2m trip (Surabaya-Probolinggo-Bromo-Ijen-Surabaya) yang termasuk hotel, transport, driver, fuel, tips, entrance fee). Ok ape lagi yang terkurang? Rasanya memang dah termasuk semua. Harus diingatkannye... harga IDR1.1 juta ni memang paling yang aku rasa sebabnya perjalanan trip kami ni memang amat jauh! Ibarat.... contohnya dari KL ---> Johor ----> Pahang -----> KL balik.
Ni alamat dan nama supir tu untuk korang guna kalo teringin nak pegi ke Surabaya ataupun lain-lain tempat di Indonesia. Dia boleh uruskan untuk anda! InsyaALLAH...
Selain dari amek supir ni, kami jugak ade plan sendiri yakni kalo nak pusing-pusing sekitar Surabaya, kami akan gunakan public transport. So, kami dah book 2 malam di Surabaya. 1 malam ketika hari pertama since flight kami malam, dan yang malam ke-dua ketika hari terakhir di Surabaya. Mr. Janggel yang tolong booked accommodation tu. Nanti aku akan bagitau dalam entry-entry yang seterusnya.
8 February 2013, hari yang telah dinantikan telah tiba. Hari Jumaat ye... hujan pulak tu aritu. Plan asal nak pegi keje, tapi sebab aku dah amek half day, maka aku keje work from home jela. Yela, lepas solat jumaat nak gerak pegi airport dah. Flight kami adalah pada jam 8.45 malam. Nak murah punye pasal. Tak kisah malam ke siang.. janji murah! Kami dah sepakat nak check-in bag so beli la 30kg untuk 4 orang dan jugak makanan dalam tu. Takut tak sempat nak melantak kat airport.
Untuk trip kali ni, disertai oleh Mr.Janggel, Masmz dan jugak Tan Sri Coco. 4 orang sumenye! First time ni nak naik kapal terbang bersama Tan Sri Coco. Adakah beliau akan behave? Haaaa.... memang kami dah sepakat untuk park kereta sama-sama kat Putrajaya Sentral dan naik ELR menuju ke Stesen Salak Tinggi dan naik bas pengantara ke LCCT. Nampak tak brape banyak transit kene buat nih? Demi keriangkan berganda katanya! Guna tagline Mr.Janggel jap. Hahaha. Masmz bergerak dari Teluk Intan untuk join kami.
Aku tak banyak gambar untuk entry pertama. Tapi nak suggest korang try perasa baru biskut Oreo nih. Sangat sedap okayyyy!!!! |
Untuk trip kali ni, disertai oleh Mr.Janggel, Masmz dan jugak Tan Sri Coco. 4 orang sumenye! First time ni nak naik kapal terbang bersama Tan Sri Coco. Adakah beliau akan behave? Haaaa.... memang kami dah sepakat untuk park kereta sama-sama kat Putrajaya Sentral dan naik ELR menuju ke Stesen Salak Tinggi dan naik bas pengantara ke LCCT. Nampak tak brape banyak transit kene buat nih? Demi keriangkan berganda katanya! Guna tagline Mr.Janggel jap. Hahaha. Masmz bergerak dari Teluk Intan untuk join kami.
Cut the story short.... kami semua dah buat web check-in siap-siap kat umah. So, bila sampai just perlu drop-off luggage and verify document jela. Time tengah beratur yakni barisan yang sangat panjang kat LCCT tuh. Nyampah betol dengan AirAsia nih, kaunter punyela banyak tapi tak bukak pung! Cam haram lembap! Bila turn kitaorang dah sampai, macam biasa kasik passport dan boarding pass. Letak beg untuk kasik dorang timbang dan letak luggage tag. Minah AirAsia tu pun duk angkat letak angkat letak beg Masmz yang palinggggg kecik dan ringan tuh. Pastu tak semena-mena dia kata, "Encik, dah tak sempat ni.. pintu dah nak tutup" "Kene angkut sume beg bawak masuk kabin" "cepat encik....sila berlari cepat" Haaaa... lebih kurang macam tu lah keadaan ni. Dah la macam agak blur skit. Pastu bila dah kene tampar oleh Tan Sri Coco, sedar balik. Teruslah kami berlari menuju ke boarding hall.
Berlari kami macam The Amazing Race tuh! Dengan bagpack yang berat kat belakang tu sume. Hahaha. Kena tahan jap kat nak masuk international departure tu. Kata pegawai AirAsia tu, takleh bawak beg lebih dari 7kg la pulak. Pastu since dah takde masa dah... dia kata bagitau dorang Manager yang bagitau suruh bawak naik. Dah lepas azab... kene berlari pulak ke gate kapal terbang. Berpeluh dah aku nih ibarat duk membanting padi kat sawah. Haishhh... drama pulak walaupun tak sampai Surabaya lagi nih.
Akhirnya.... tiba jugak kami kat depan muka pintu pesawat tuh. Berpeluh tau... pastu stewardess yang nampak kami berpeluh-peluh tu, hulurkan tisu untuk lap-lap muka. Terus terharu depan pintu pesawat. Hahah ok drama. Perjalanan menuju ke Surabaya mengambil masa kira-kira 2 jam 30 minit. Waktu di Indonesia adalah 1 jam lewat dari Malaysia. So, pandai-pandailah adjust sendiri masanya. Dalam flight lepas makan sume tu, sempat melayan filem Karipap-karipap Cinta. Aku pun taktau nape aku tengok cerita ni... tapi sebab filem ni je yang ada... layan~
Alhamdulillah...kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya lebih kurang jam 10.15 malam waktu tempatan. Patutnya kami patut sampai jam 8.45 malam, tapi korang takkan tak kenal AirAsia. Kalo flight tu tak rescheduled, memang tak sah! Kagum jap kat airport Juanda ni sebab guna aerobridge and airport dia agak besar compared airport di Medan dan jugak kat Jogjakarta. Ada free wifi uols! Harus diingatkan... wifi amatlah penting untuk update segala facebook, twitter dan tak lupa instagram ye! Hahaha tak lupa foursquare! Hahaha.
Sampai kat arrival hall, terus amek taxi bermeter menuju ke Providence Homestay. Penginapan kami untuk malam tu. Tambang taxi ke Surabaya City ialah dalam berharga IDR100k untuk 4 orang termasuk harga tol. Smooth je perjalanan. Lalu highway yang tak sesak langsung! Maybe sebab dah almost midnight dah.
Ok dah... panjang dah ni. Nanti aku sambung.
Till then.. wasalam..
Kalo sesiapa yang masih belum mengundi blog KakiBerangan, jangan lupa untuk mengundi aku kat link di sini ----> http://mitbca.com/category.php?id=7
Hei akak pun pergiiii Surabaya minggu lepas, cuti Raya China, tapi akak pergi 9 Feb-16 Feb...apasal kita tak jumpa? Awat tak habaq nak pi time sama?????
ReplyDeleteNi nak MARAH ni!!!!!
hoi ok dah panjang ni? cite sampai abis la! tengah syok2 baca gelak ketawa ko benti lak...hahahahaha!
ReplyDeletepart amazing race tu aku leh byg kan camne peluhnya ko! hahaha! BUT KARIPAP-KARIPAP CINTA??? YA ALLAHHHHHHH! SERIUS???
HAHAHAHAHA!
Yesss john layan KARIPAP KARIPAP CINTA SORANG2!!!! Hahahaha
ReplyDeletetak sabar nak tgk gamabr bromo... kami tak nampak sbb hujan!
ReplyDeleteBiqque,
ReplyDeleteKaripap-Karipap Cinta tu bersambung-sambung deme tengok! Tak cukup dalam kapal terobang, dalam kete pun sambung lagi.... Hahahahahahahaha
John,
Magaddddddd...... John, hebatnya drama sampai ada aksi tampar-tampar gitew!!
Fuhh jenuh gak la bwk beg berat lagi kena lari2..tragis.
ReplyDeleteTan sri siap tampar2 ek...hahaha
tepi..TanSree dtg komen...
ReplyDeleteerr...
iye ker Tansree yang tampar????
(sambil belek2 tapak tangan sendiri..)-agak lupa adegan itu..
hahahah...
iya
nengok citer karipap-karipap cinta jon sengeh sensorng..kan janggel, kan??
(masih terasa ke-cungap-an amazing race ...)
aloo...TanSree sangat behaved dgn korang, kan?
OMG..karipap2 cinta? mat rempit sgt ko nih! hahahah..cepat la kuaq gambar..chek tak sabar nk tgk!
ReplyDelete@Mrs.Eady,
ReplyDeletethank you! ;) keep on reading...
@Naramas Aman,
yeke??? tak berkebetulan pulak. maybe berselisih tengah jalan la kot. xde rezeki nk jmpe akak. hihihi.. jgn ler marah ye akak. sy pn tak bgtau sape2 nk pegi nih. katanya suprise. hahaha ;p
@Biqque,
panjang ke? hahaha yela kene la kasik suspen skit. haaaa berpeluh kau! dh mcm mandi dah basahnya! karipap cinta tu je ade yg best dlm tab nk tengok! hahah layankan jela. nk tido x lena lak. hahaha .
@Janggel,
motif ko yg download kan!!!! hahahaha bukan ko tumpang gelak skali ke? kekeke.
@Kay,
huhhu bertabahlah. kami pn bernasib baik sebab nampak. tapi cuaca time waktu petang mmg mcm nk hujan. mendung je awan.
@MasMZ,
hahahah ye aku sambung ler sbb tak abes tengokkk! kekeke. kann tampar-menampar gitew... kekeke.
@Zila,
haruslah jenuh. nasib baik beg saya tak brape nak berat. dalam 6kg je. boleh la lantun2kan.
@Kak Anash,
heheheh bukan akak tengok jugak ke filem tu dari kejauhan? kekeke tahniah akak! untungla dapat travel dgn kami kan. ;p
@Chawanna,
hahahah yela!!!! terpaksa okayyy! tu je yg ada utk hilangkan kebosanan. hahaha.
Suarabaya is my favorite travel destination. Because beautiful temples, nature, calm beaches and lovely peoples....
ReplyDeleteSurabaya Hotels in Indonesia
Thanks
Mayra Victoria
harap sangat aku tak macam tu ler, kena berlari dengan backpack bagai masuk kapal, kalau kena, memang mati tengah jalan jer, ahaha...karipap-karipap cinta, citer apa tu? ahaha...
ReplyDeletepandai supir ni buat packege.. ye la bole tahan gak harge die.. siap ade connect dgn hotel2 dan sebagainya.. haha
ReplyDeleteSaya sentiasa aware with Kaki Berangan updated =D. Dah hampir 2 bulan tak ada update, masih banyak peminat. Hahaha... Lain kali nak pergi Surabaya, akan ambil supir yang u introduce =D
ReplyDeleteLepas ni jangan lewat lewat ye..counter tu mmg slalu lembab..Nekcik suka pergi situ sebab banyak masjid terutamanya Masjid wali songo..macam kat Mekah pulak ..ramai orang dan jualan tasbih..Nekcik selalu ambik supir hotel jer..slalunya macam ok jer
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete@Orga,
ReplyDeletehahaha actually dh memang smpai awal. biasalah hero kan suka last minute. kekeke. kene download bro filem karipap2 cinta! best! hahaha
@Shah_rule,
hahaha kannn cerdik sungguh. bagus ade connection mcm tu. senang nak deal best price. locked price terus.
@Diana Teo,
thanks diana! i recommend this tour package to u. very good.
@Nekcik,
insyaALLAH xmo lewat dah lepas ni. ;) tula.. actually waktu kami di surabaya mmg tak cukup masa. ade separuh hari je kat bandar surabaya tu sendiri. byk bnda missed. insyaALLAH ade rezeki boleh datang lagi. ;)
One of my memorable experience in Surabaya beside Bromo is definitely watching the Reog Dance at Balai Pemuda. Can't wait to see your full entry on Bromo. Weather bagus masa tue?
ReplyDeleteTerbaik bro
ReplyDeletesilent reader here ...
ReplyDeleteSalam dik. Akk ada berbalas email dengan Pak Wawan tentang trip ke Surabaya.Setelah berbincang akak dah setuju dengan tawaran yg diberikan dan dijangka akan berangkat ke Surabaya dalam bulan Mac.Tapi yg mushkil sekarang apabila akk terjumpa komen yang ini...Having planned by trip to Indonesia on a whim, I booked a tour from what seemed to be the cheapest and decent tourgroup I could find on the web. I found out belatedly that of the money I gave (approx $180) which they said was already a budget tour, others paid half of what I did and got better services and more from their money.
ReplyDeleteI was supposed to get 2 nights stay in a hotel with breakfast, tours to Mt. Bromo and Mt. Ijen inclusive of entrance fees, and comfortable transportation.
Instead, Bromo Adventureland owned by Mr. Wawan picked me up from the airport with a van without aircon (but promised airconditioned transfers) made me sleep at the van for the first night, no breakfast for the 1st day, I was late for the sunrise in Mt. Bromo, he made 7 tourist fits in a 5-6-seater 4x4, and even tried to make me share a room for my 2nd night (good thing I pushed for my own room). To make it worse, he was even pushing me to pay 50,000 rupiah camera fee that was not mandated by the local government in Mt. Ijen. Most tourists didn't pay it. I was fooled.
All in all, Mr. Wawan of Bromo Adventureland, seemingly a nice man, will run away with your money. He will take advantage of tourists and milk them for all that they are worth. Apa pendapat adik?
itu sebab untuk International departures kena sampai 3 jam sebelum time berlepas....
ReplyDeleteteringin nak ke Surabaya ke Mt. Bromo tu.... tapi takut tak larat nak naik ke atas tu.... penat tak???
ReplyDelete