Masih lagi di hari ke-2 di Abisko.
Lepas balik dari ice fishing tu, aku rehat-rehat jela kat dorm, pastu terlelap 2 jam camtu. Ngantok katanya time sejuk-sejuk gini memang best berseludung dalam selimut. Hiks. Malam ni memang aku dah plan untuk pegi tengok sendiri untuk kali ke-2 kot-kot ada lagi aurora borealis kat bumi arctic circle ni. Tak payah amek pakej ataupun tour, boleh pegi sendiri tengok kat tepi tasik. As suggested by the hostel as well as the other guests.
Tetapi...
Lihat langit aritu... hurm, nampaknya macam tak secerah malam semalam. Banyak awan dan kabus arini. Orang kata memang payah skit la nak nampak kalau cuaca gloomy macam ni. Tapi dalam hati aku, memang kene pegi gak tepi tasik tu. Kot-kot ada rezeki time tu langit tiba-tiba cerahkan.
*berdoa dalam hati*
Dalam duk jalan kaki tu, memang dalam hati tak putus-putus doa supaya dapat tengok untuk kali ke-2 aurora borealis ni. Kalau ada awan atau kabus pun, mintak banyak-banyak supaya angin tiup kasik pegi main jauh-jauh...
Time aku duk jalan tu, jumpa satu family anak beranak duk stop tengah jalan. Duk amek gambar. Tanyala... memang nampak aurora malam tuh! *berpandukan dari kamera dorang laaa*
Wahhhh! Ni sudah bagus, walaupun kabus malam tu memang agak tebal. Aku terus kuarkan tripod dan kamera dari beg. Sejuk tu memang toksah cakaplaaa... malam tu minus 11 degree celcius! Dan aku tak pakai pun warmsuit dari hostel tu. Gamble je pakai banyak layer baju-bajan yang aku bawak sendiri. Huk huk huk
Tak tahan woiiii!
Malam tu sunyi sungguh. Keadaaan sekeliling memang gelap gelita. Malam sejuk beku tu hanyalah ditemani dengan cahaya bintang-bintang di langit. Indahnyaaaa dunia.
gambar pertama... nampak kabus agak tebal kat situ |
Tengok hasil gambar pertama, dah nampak cahaya aurora tu cuma huduh skit sebab nampak kabus macam tebal kat situ. Masih tak putus asa lagi aku ni. Adjust setting skit-skit yang mana reti nak kurangkan efek yang mana patut. Lepas dah rasa takde perubahan, aku teruskan jalan lagi menuju ke tepi tasik.
Sejukkkkkk woiii! Tangan aku ni walaupun dah pakai gloves, rasa macam dah beku dah. Takleh nak gerak-gerak pun. Masuk dalam poket pegang handwarmers. Rasa ok skit, keluar balik pegang kamera. Adoyaiii.... susahkan bila travel musim extreme winter camni. Tapi demi nak amek jugak, aku gigihkan jugak.
Jom layan gambar sepanjang 2 jam aku kat luar nih!
Makin lama... makin kurang kabus tu. Langit makin clear. Wahhh ni sudah baguskan. Alhamdulillah.. makbul doa orang musafir nih.
Pastu cahaya aurora pun makin kuat walaupun tidaklah sekuat malam semalam. Yang tu memang kuat sangat! Ni cahaya malam ni tak brape kuat tapi boleh la nampak dengan mata kasar samar-samar camtu. Kene kasik mata adjust dulu dengan keadaan gelap sekeliling.
Tenung lamaaaaa kat langit. Langit makin clear dan cahaya aurora mula nampak dengan jelas. Gembira aku malam tu tak usah cakap banyaklah. Happy giler woi! 2 nights in a row dapat tengok. Rezeki sangat aku.
*sujud syukur atas salji*
Kat tepi tasik tu gak ada family anak beranak tadi. Leka dorang duk amek dan godek-godek kamera dorang. Dorang pakai mirrorless kamera je, Hasil dia pun cun dan gempak gak! Tiba-tiba aku rasa nak pakai mirrorless camera gak. Ringan skit duk angkut bila travel. Jenuh dah duk bawak kamera gabak ni. Huk huk huk...
Ayuh layan gambar lagi.
Bila aku rasa cahaya tu dah macam makin kurang dan aku pun dah rasa tak tertahan dek kerana sejuk. Aku dah ready nak menapak semula balik ke hostel. Dapat pekena kopi panas-panas ni cicah biskut tawar pun layan gak.
Balik ke hostel dalam perasaan yang amat gembira!
Till we meet again aurora. Definitely gonna see you again. InsyaALLAH.
Bye!
You're one of the luckiest people dude. Tengok aurora borealis is one of my dream. Eh! Rupanya aku ni kaki berangan juga. Haha. Tapi entah la bila berpeluang untuk jejak kaki ke sana and tengok sendiri dengan mata sendiri. Haih. You're lucky. Just lucky!
ReplyDeletealhamdulillah! for that moment i wud say i am really lucky! takpe berangan tu free. lama2 kalo ade kesungguhan insyaALLAH akan tercapai jugak nanti. the time will tell.
DeleteWaah alhamdulilah..rahmat sgt tu! Syukur2...
ReplyDeletekannnnnn! syukurrrr sangat2. ;)))
Deletecantiknyaaaaaaaa aurora.....
ReplyDeletesangatttt cantekkk! ;))
Deletesubhanallah.. dulu masa first2 tgk org post gmbr aurora igtkan edit ps. tp setelah sekian lama, barulah tahu itu smua real.
ReplyDeleterasa mcm tgk satu kuasa magis pun ada
yuppp dulu pn saya pikir camtu gak. tp rupanya mmg betol mmg camtu la caranya dia keluar. takjubbb sangatt
DeleteAssalam John! Lamanya JM singgah sini, template pun dh tukar, cantik! Byk entri yg perlu khatam nih
ReplyDelete2 jam dlm kesejukan tu? Klau JM semua mengeras! Cantik! Speechless cuma hairan dari mana datangnya cahaya aurora tu then mlm je ke, siang x de. Mmg rezeki John dpt lihat view yg cantik nih alhamdulillah
ReplyDeleteWah...sungguh bertuah orangnya......semoga selalu bersyukur sahabatku...
ReplyDeleteOh my goodness.... you are so blessed.... it is awesome.. thanks for sharing your stories... wish I can set foot there someday... huhuhu
ReplyDeletebe a friend... www.mieranadhirah.com
Subhanallah! Lawa giler. Walau ko kata xkuat sangat cahaya dia tapi memang ko beruntung giler ah. 2 nights in a row. Walau kena tahan extreme sejuk for 2 hours. Berbaloi2.
ReplyDeleteSubhanallah, lawa sangat. Teringin sangat nak tengok aurora ni.
ReplyDelete