Friday, February 6, 2015

#3 | Menuju ke Swedish Lapland "Kiruna"

Test test!

Ada orang tak? Ahaks!

Okeh jom aku sambung trip musim sejuk aritu. 

Tatkala aku tengah menaip entry ni, nak bagitau la tengah tengok live streaming AJL nih. Ahaks arini cuti dari keje, so boleh la rehat-rehat je kat umah. Arini jela yang macam ada peluang nak menaip blog dan buat keje-keje yang lain yang berguna skit. Ahaks!

Orait! Aku sambung dari entry sebelum ni. Lepas dah balik ke hostel untuk rehat jap sebelum amek beg untuk menuju ke Stockholm Central Station untuk bergerak menuju ke Swedish Lapland yakni satu kawasan yang terletak di utara negara Sweden. Jarak dari Stockholm menuju ke Kiruna adalah kira-kira 1,234 km ataupun lebih kurang 17 jam perjalanan menggunakan train. 

Untuk trip ni, actually ada beberapa pilihan untuk direct menuju ke Kiruna. Samada naik flight ataupun boleh naik train. Untuk bas? Aku kurang pasti, tapi rasanya jarak masa perjalanan maybe lebih kurang sama dengan naik train. 

Untuk ringkasan berkaitan transportation menuju ke sana. Boleh refer ---> SINI 


Dari hostel menuju ke train station takdelah jauh mana pun. Boleh jalan kaki je dalam 15 minit camtu. Tapi disebabkan dalam kad travel aku masih lagi berbaki duit dalam tu. So, aku guna jela untuk naik metro menuju ke central station. 2 station je pun. Okla dari membazir tak gunakan. Lagipun bawak bag berat kat bahu ni boleh bikin patah pinggang oi. 

Train aku untuk menuju ke Kiruna akan bertolak kira-kira jam 5:55 petang dan dijangka tiba di Kiruna Station pada jam 10:11 pagi.  Fuhhh~ what a train journey untuk aku malam tu. Okla dah save 1 malam punya penginapan. Selain daripada tu, boleh la aku merasa naik night train ni. 

Aku amek kabin boleh memuatkan 6 orang. Jadik akan ada 6 katil la untuk semua. Kalo tengok keadaaan dalam train, bagi aku agak lama tapi terjaga dengan elok dan bersih. Toilet semua pun bersih dan tak berbau. Kira okla takde masalah. 

Walaupun dah 6 petang, tapi aku duk rasa macam dah 10 malam dah. Bila dah naik train u, rasa nak terus tido je. Tapi masalahnya kang kalo aku tido skang, nanti terjaga tengah malam jadik haru gakla sebabnya nanti dah takleh tido dah nanti. Nak berborak ke ape mestilah semua orang yang naik dah tido. Wifi lak takde dalam tu, nak layan perasaan kat luar tingka memang takde nampak ape lah. Hahaha. 

Tips: Bawak international adapter dan extension untuk charge segala mak nenek gadgets anda. Dalam train ada disediakan bebeberapa plug untuk setiap kabin. Maka, takkan berebut. 


kabin aku. nanti kene convert sendiri kerusi tu jadik katil. ada disediakan selimut, cadar semua

coach lain yang ada kerusi

cafe

washroom


Aku orang pertama yang ada dalam kabin tu. Agak berdebar gak sape yang akan jadik penghuni lain dalam kabin ni. Orangnya camne. Ok ke tak. Yela, kalo ok atleast boleh la layan borak malam tu sebelum tu. Untuk permulaan perjalanan, memang aku sorang-sorang je dalam kabin tu. Train malam tu macam tak penuh. Most of them, adalah mereka yang memang tinggal di Kiruna dan jugak traveler lain macam aku ni haaa...

Lepas stop yang pertama, ada sorang masuk. Orang dari Pakistan ke Bangladesh aku dah lupa asal dia yang namanya Abdul Rahman. Okla, boraklah dia dengan aku sedikit sebanyak tanya pasal diri dia, buat apa, nape duk sini bla bla bla. Dia pun ada tanya aku gak. Tapi soalan dan jawapan yang aku teringat sampai hari ni adalah seperti dialog kat bawah:

Dia: Do you travel alone? 

Aku: Yes...

Dia: Why didn't you bring your girlfriend?

Aku: Oowhh... because I don't have a girlfriend and nobody wants to follow me to go to Kiruna. 

Dia: You should bring her travel with you. So that you can sleep with her in this cabin. Or maybe "Bang" her tonite. 

Aku: Huh??? Are you kidding me? It's haramm! *buat-buat tergelak*

Dia: Yeah.. why not? I have a girlfriend in Kiruna and she's a Swedish. She's quite fat by the way. She only come to me when she need sex. Hahaha. So, I banged her.

Aku: Owhh really? * not impressed* Are you gonna marry her? 

Dia: No ah-ah. I don't have intention to marry her. Just only for sex. I'm planning to go to Canada next to work.


By the time duk cakap benda camni, aku rasa macam mamat ni jenis gebang gak ni. Tapi taktau la kalo betul-betul. Takdelah baik mana pun. And he kept asking me why I didn't bring my girlfriend. Haihh... suka hati akulah! 

Bila dah lama-lama tu, aku macam buat-buat tido. Malas nak layan. Pasang earphone, terus tengok movie Harry Potter. Nasib aku sempat masukkan beberapa siri Harry Potter dalam handphone. Boleh la layan ketika bosan. Dia pun ala-ala nak tido gak dah. Tapi sebelum nak tido tu, yang tak tahan sempat suruh aku baca doa tido dulu. *Nanges tepi katil*.  Dia pun baca gak kuat kasik aku dengar.  

Sempat la aku lena kejap sebelum cecah midnite. Train malam tu sempat la stop di beberapa stesen untuk mengambil penumpang. So, total malam tu ada 4 orang semuanya dalam kabin aku. Okla tak penuh. Nak borak pun, semua masing-masing terus naik katil tido. Nothing much can be done. 

Sesekali aku sempat tengok kat luar kot-kot nampak ke tidak aurora borealis tu. Tapi nothing. Gelap gelita je kat luar. Cuak gak tiba-tiba tertempek hantu putih kat tingkap tu.  Ahaks. 

Layan movie kat handphone sampailah aku tertido. 

Bangun dalam pukul 8 pagi camtu, kat luar masih gelap gelita. Tengok handphone tak silap langit akan cerah skit bila jam 10-11 pagi camtu. Tu pun belum tentu ada matahari memancar-mancar. Kene expect memang takkan ada siang macam tengah hari. Anggap jela macam waktu Maghrib bila siang tu. Tapi harapan tak hujan, tak gloomy dan takdelah heavy snow yang teruk-teruk yang boleh membantutkan perjalanan aku nanti. 


excited tengok view kat luar memutih je dengan salji!

Pagi tu memang aku tak mandi la. Cukup sekadar gosok gigi dan bersihkan yang mana patut. Tak kuasa nak mandi. Sejukkk woiii.. lagipun tak berbau pun. Wangi lagi ada la macam bau-bau syurga gitu. Hahahah ;p 


dah selamat sampai di Kiruna, suhu ketika ni -3 degree celcius

timbunan salji tebal

freezing!

bangunan kecik kat Kiruna Train Station | boleh masuk ke atas untuk toilet, rehat-rehat semua, ada loker jugak untuk simpan barang, cuma masukkan EUR1 refundable deposit

Nak cerita panjang. Tapi cukupla dulu.. Nanti aku sambung di entry seterusnya pasal "Ice Hotel" di Kiruna. 

Till then...

Bye!

31 comments:

  1. stressnye tengok jam dah kul 10:10 am tapi hari mcm matahari baru nak naik

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha stresskan! kalo dtg disember mmg camni. kalo dtg end of jan shud b ok dah. time ni mmg tak nampak matahari langsung!

      Delete
  2. Hurmmm...Abdul Rahman tu bukan org yg baik. Jangan kawan dgn dia lagi yer..
    Jangan ikut cara dia..nanti tuhan marah..nabi marah..
    kekekekeke

    ReplyDelete
  3. Haha. Aku tertarik dengan conversation dengan sang stranger tu. Awkward habis dan anda mengambil langkah yang begitu tepat untuk buat buat tidur so that tak payah nak layan mamat gebang tu. Bhahaha! Snowy habis... tak boleh imagine betapa sejuknya la tu. Fuh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah kann. over sgt bila dia duk cerita tu. xleh nk digest bnda2 cmtu. ahaks. sejukkkk wehhh!

      Delete
  4. Sadisnya, sibuk citer pasal gf dia sekali doa tak tinggal kau...*nangesss*

    ReplyDelete
  5. Hmmm...semalam tbaca blog DJ..kunin mata memandang, hr ni putih mata memandang.. snowyyyyy weeeee..... hehehe...Amboi En Bangla ko tuh...hensem sangatkah dia..? Bkn main borak lagi.... nasib die straight....hahaha..naya ko!

    ReplyDelete
    Replies
    1. snowwww! aku suka snooow! wlpn sejuk yg amat.

      tak hensem pn bangla tu. stok yg keje2 kt mamak msia je. ahaks.

      Delete
  6. Omai...ni yg tazzabar nak baca next entry.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaks! tazzabarrrr nak abeskan cepat2. ahaks.

      Delete
  7. Hahaha nk komen tp ble tbce part bang ngebang tu dh blur,..msuk part doa dh tgelak....aptb la mamat tu

    ReplyDelete
  8. Gitewwww ha kawan baik nampak dengan simamat B? 🙊

    ReplyDelete
  9. Hahaha.. gila lawak cite mamat Bangla tu. Tak sabar nak baca pasal ice hotel tu.. mahai tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hiks. teringat balik mmg lawak rsnya conversation tu. insyaALLAH ice hotel bakal menyusul. ;)

      Delete
  10. Saya memang teringin sangat nak tengok Borealis nih ... walaupun duduk kat Canada, tapi sebab duduk kat City, so memang tak berjumpa lagi ... ada gak gi mountain once in a while in weekend, tapi still tak ketemu lagi ...

    One day ... hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. waahhh duk canada lagi la peluang cerah nak tgk aurora ni. kene pegi skali tengok. rs indahhh sgt alam ni. insyaALLAH.

      Delete
  11. ya Allahhhhh dah kenapa mamat tu sembang cenggitu ngan kooooo ewwwww!

    btw, aku jeles dgn seleju mu itew...

    ReplyDelete
  12. Mcm2 org kan....time ni lah ilmu kebal kena ada...hahhahah.....tahu plk dia doa tido...lawakkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn! mcm tak sangka la pulak bila jumpa org camni. tp mmg lawak part bc doa tu. geleng kepala aku.

      Delete
  13. Terasa freezing melihat gambar di sini :)

    ReplyDelete
  14. Boleh tahu tak,gambar kat washroom , yg diambik dari atas tu, guna teknik apa ye?guna lens ape, and Ade gune monopod atau ape2 material lain tak?

    www.dorsettpink.blogspot.com

    ReplyDelete
  15. Snow snow! Walau orang kata gloomy, aku tetap suka winter. Tapi imagination hantu putih adalah bingai ok. Kot2 muncul, anggap jelah Olaf.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha hantu putihh! adehhh tergelak aku hahaha

      Delete