Friday, February 13, 2015

#5 | Chasing the Aurora Borealis at Abisko, Sweden

Aurora Borealis!

Aku rasa setiap orang yang suka travel, mesti ada dalam wishlist dorang akan ada impian untuk melihat dengan mata kepala sendiri cahaya utara (Northern lights) atau nama femesnya adalah "The Aurora Borealis". 

Alhamdulillah, dengan rezeki dari-Nya, salah satu wishlist aku dah ticked! 

Takde perasaan yang boleh gambarkan perasaan aku malam tu tatkala mengharungi kesejukkan malam kira-kira minus 14 degree celcius di kawasan Arctic Circle yang beribu batu dari tanahair sendiri. Aku pun tak penah terpikir untuk sampai ke tempat macam ni. Selalunya tengok dari gambar-gambar kat internet dan jugak dokumentari yang penah ditayangkan di tv. 

Totally I'm speechless with the magical moments of the night.


Ok, aku cerita balik bermula dari perjalanan aku dari Kiruna. Kan aku bagitau yang aku macam transit untuk 3-4 jam di Kiruna sebelum meneruskan perjalanan dengan train menuju ke Abisko. Kawasan terletak di utara Kiruna, kira-kira 80km macam tu. Jadik naik train dalam sejam lebih camtu. 

Info berkaitan transportation ---> SINI 

Info berkaitan accommodation --> SINI 

Dalam pada duk tunggu train tiba, sempat aku berborak dengan kawan aku dari China tu. Rupanya dia salah seorang engineer yang terlibat dalam pembinaan empangan Bako yang terletak kat Sarawak tu. Wah wah hebat rupanya. Dia nak meneruskan perjalanan ke Narvik, manakala aku pulak ke Abisko. So, kami berdua naik train yang sama. 

menunggu train di Kiruna Train station menuju ke Abisko

tak berani nak duduk sebab sejuk yang amat! lagipun macam sayang nak usik sebab terlalu cantik!

keadaan sekeliling pada jam 2 petang, cahaya matahari mula nak hilang di ufuk barat

kawasan ski atas bukit

Sepanjang perjalanan tu, naik je train memang aku terus tertido. Penat giler rasanya aritu! Walhal takdela buat pape sangat pun. Maybe keadaan sekeliling gloomy dan bersalji je. Rasa nak tido je manjang. Ahaks. 

Nasib aku tak terlepas stesen Abisko Ostra. Aku kene turun kat stesen ni sebab hostel yang aku dah booked terletak kat sini. Kat Abisko ada dua main train stations. Salah satunya adalah Ostra dan lagi satu adalah Turisstation. 


Dari train station, aku jalan kaki je menuju ke hostel yang terletak kira-kira less than 5 minutes from the station. Sunyi sepi je kawasan Abisko ni walaupun time ni dah dalam pukul 4 petang camtu. Dah rasa macam pukul 8 malam pun ada. Gelap je okeh! Nasib aku tak sesat untuk carik hostel tu. Yela, nak tanya orang pun macam takde yang lalu lalang. Terus ke bangunan reception untuk check-in. 

kawasan hostel keesokkan paginya jam 9 pagi. camne tu? gelap je...

Untuk beberapa aktiviti yang aku dah planned nak buat kat sini memang aku dah booked siap-siap melalui website hostel yang aku menginap ni sebab aku akan dapat diskaun untuk accommodation aku. Okla jimat skit dari amek dari pakej yang lain. Alah, kat sini bukannya besar mana pun. Pi mai pi mai tang tu gak. Ahaks. 

Aku check-in, terus masuk ke dorm aku untuk rehat kejap sebelum get ready untuk bergerak menuju ke Abisko National Park untuk aktiviti chasing the aurora borealis ni. Tour package yang aku amek directly dengan pihak hostel. 

Untuk list of activities boleh refer ---> HERE 

Mystery Miellejokk Tour

Ni adalah nama tour package yang aku pilih untuk tengok aurora borealis ni. Actually, ada 3 jenis pilihan untuk tour northern lights ni. Satu yang jenis jalan sendiri guna snowshoes, satu yang jenis untuk photography dan satu lagi jenis yang bawak masuk ke dalam national park guna snowmbiles. Pilihan ke-3 yang aku pilih untuk tengok northern lights ni. 

Kos untuk Mystery Mellejokk Tour : SEK900/pax (MYR392) 

Sedikit info berkaitan tour mengikut pengalaman aku sendiri adalah yang mana peserta akan dibawa masuk ke kawasan Abisko National Park kira-kira sejauh 12km (25 minit) dari hostel menggunakan snowmobile yang menarik carriages. 

Kenapa masuk ke kawasan national park? Ini adalah kerana untuk mencari aurora borealis kerana mengikut teori, semakin jauh kawasan tersebut dari pencemaran cahaya, semakin tinggi peluang untuk dapat melihat cahaya tersebut. Naik carriages yang ditarik oleh snowmobile pun ada cabarannya jugak sebab ianya terdedah dengan angin yang meniup muka kita ni. Boleh rasa macam ada kepingan ais kat muka ni selepas terdedah ketika dalam perjalanan menuju ke Abisko National Park pada suhu minus 14 degree celcius. Aku lak lupa nak bawak macam muffler yang tebal untuk tutup muka. Nak taknak kene redah jela. 

Oowh ya, setiap tour ada limit peserta yang mana maximum adalah hanya 8 orang sahaja dan 3-4 jam diperuntukkan untuk tour ni. 

Antara faktor-faktor yang mempengaruhi peluang kita untuk melihat aurora borealis mengikut pembacaan aku adalah seperti berikut: 
  • Kegelapan (Darkness) : Selalunya northern lights ni mudah nampak bila musim sejuk. Yakni bermula seawal bulan Oktober sehingga bulan Mac. Di mana time ni kawasan di Arctic Circle kurang menerima cahaya matahari secara sepenuhnya. Jadik memang sentiasa malam je la rasanya kat sana. 
  • Aktiviti di atmosfera di mana ion-ion electrons dan protons. sorry tak tau sains ni semua. Kalo aktiviti ni cergas, maka peluang nak tengok amat tinggi. Boleh refer website http://www.aurora-service.eu/ untuk forecast aktiviti untuk aurora ni nanti.
  • langit yang tiada awan : ni adalah nasib setiap individu kalau menerjah kawasan arctic circle sebabnya berdoalah banyak-banyak supaya dikurniakan langit yang clear tanpa awan. kalau aktiviti aurora ni begitu cergas tapi suasana dilitupi oleh awan pun tak best. 
  • untuk info lanjut aku sarankan refer ---> SINI 


Ok.. berbalik kepada tour aku tadi. Sememangnya sejukkkk giler ah malam tu. Memang aku underestimate dengan pakaian aku pakai malam tu walaupun dah pakai warmsuit yang disediakan oleh pihak hostel. Menggigil aku duk dalam carriages tu. Kesemua ahli tour malam tu adalah satu kumpulan singaporean dan aku. Kira boleh buat kawan semua duk borak-borak. Takdela rasa sorang-sorang. 

Rasa sunyi sepi bila masuk ke kawasan national park tu dengan kepekatan gelap malam tu walaupun baru jam 8:30 malam camtu. Yang kedengaran hanyalah bunyi enjin snowmobile yang membelah snow yang ada atas track. Sesekali ada gak tersangkut. Terpaksala kami semua turun kasik ringan skit beban. Ahaks. 

Actually, kalau ikutkan yang aku dengar orang cakap ataupun baca. Aurora Borealis ni susah sebenarnya nak dapat tengok dengan mata kasar. Pada mulanya aku sendiri pun tak brape nak nampak. Tapi bila lama-lama mata aku dapat adjust dengan gelap maka, nampak macam satu garisan halus cahaya yang seakan-akan berwarna hijau di langit. Memang aku yakin tu lah aurora borealis yang aku duk carik selama ni. 

Time tu snowmobile macam tersangkut dek salji. Jadik semua terpaksa turun kejap. Aku amek peluang tu keluarkan kamera dan tripod dan try snap yang fokusnya ke langit. 

Dan inilah shot pertama aku untuk aurora borealis ni. Walaupun tak brape nak sharp, tapi kelihatan satu garisan hijau kat situkan. 

Excited okeh! 


Untuk mencuba capture cahaya aurora ni, ada yang tanya boleh ke capture guna kamera handphone. Kalau ikutkan pengalaman aku yang ada try malam tu guna kamera iphone, hasilnya kat skrin tu takde nampak pape pun. Warna hitam-sehitamnya! Memang nak taknak kene capture guna kamera semi-pro ataupun dslr. Ni ikut pembacaan aku la. 

Even kalau kita pengguna dslr sekalipun, takleh main auto mode snap je. Aku sebagai orang yang tak brape nak mahir sangat bab-bab setting kamera ataupun teknikal. Aku kongsikan sedikit ilmu yang aku sendiri baca melalui website-wesbite di internet tentang cara-cara untuk capture aurora borealis.

Ni adalah cara bagaimana aku captured aritu:
  • kene ada tripod (tak kisahla besar atau kecik, tapi mestilah jenis yang stabil yang dapat menampung kamera kita tu)
  • kamera kene guna mode manual
  • fokus zoom adalah infinity
  • Aperture mestilah yang terendah. Aku punya lens paling rendah adalah F/2.8
  • ISO pulak mestila yang tinggi. Aku guna ISO 2000. The higher the better if I'm not mistaken. 
  • Shutter speed gunakan 20 - 30 seconds exposures. 
  • Guna timer ataupun remote cable release untuk elakkan sebarang aktiviti parkison akibat tangan kita sendiri. ahaks. 


Ok dah banyak aku dah aku type ni. Kita layan gambar dulu okeh. 






Snowmobile tu stop kat satu kawasan yang macam agak lapang. Jadik aktiviti nak tengok aurora kat sini la. Time ni memang aurora makin jelas kelihatan dengan mata kasar. Semua turun dengan duk ucap "woahhhh... woaahhhh so beautiful!

Aku sendiri pun tak terkecuali. 

Tour guide ni ada turun menyediakan tripods untuk ahli tour guna just in case terlupa nak bawak. Aku guna aku punya sendiri la dah bawakkan. Terus pacak tripod semua, terus snap guna timer. Setting aku dah set siap-siap kat hostel sebelum bergerak tadi. Cuma adjust sesekali shutter speed untuk tengok hasil yang berbeza-beza. 

Time ni memang sejuk la toksah cakap. Aku pun terpikir camne la aku boleh tahan sejuk gedi camtu sekali. Maybe dah timbal balik dengan pengalaman dapat tengok aurora ni depan mata. Memang rezeki kami semua tengok aktiviti aurora malam tu memang kuat. Amat kuat aku rasa sehingga cahaya tu seolah-olah menari depan kami malam tu berubah-ubah tempat di langit. 

Ahhhh! Those feelings. I wish i could express how I excited I am to see those moments. 

Tour guide malam tu nama dia Oscar. So, dia akan nyalakan unggun api untuk kasik panas skit. Dan jugak panaskan winterberry juice untuk kami semua. Minum juice panas-panas tatkala sejuk giler ni amatlah nikmat sekali okeh. Ada jugak disediakan sandwich daging reindeer tapi aku tak amek la sebab sah-sah la tak halal kan. Patut ada sandwich tuna tapi takde lak. Takpelah it's ok. Bukannya lapar mana pun. 

Ahaks. Ayat menyedap hati kannn. 











Ok.. adakah aku puas? 

Untuk masa sekarang aku rasa puas dah. Cuma ade rezeki memang aku nak pegi tengok lagi. Maybe kat kawasan Arctic Circle yang lain pulak. InsyaALLAH kalau ada rezeki nanti. 

Lepas 2-3 jam kat situ, kami semua bertolak balik semula ke hostel. Time ni aktiviti aurora di langit sudah makin berkurangan. Dah takde nampak cahaya hijau dah. Actually aurora ni ada beberapa warna yang berbeza. Yang paling common adalah hijau. Yang lain adalah merah, oren, biru, kuning. Dan yang paling susah nak tengok adalah purple. Ni orang kata la bukan aku kata okeh. 

By the time sampai hostel dah almost midnite. Terusla masuk berehat dan tido. 

Tido dengan senyuman la orang kata. 

Esokla aktiviti lain. 

Till then...

Bye!

39 comments:

  1. Terbaek beb...klo aku mesti xnmpk gmbr aurora ni sbb aku xreti guna mode manual kamera.huhu sadis kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uishhh mesti nampak punyalah kalo cahaya tu kuat time tengok tu. Tak payah tenung lama2 sbb jelas sgt. Aku pn xdela reti sgt pakai manual setting ni. Mls nk blajar lebih2 huhuhu

      Delete
  2. bestnya dapat tengok aurora dengan mata kepala sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Mmg besttttt! Kene rasa tgk sendiri nnt.

      Delete
  3. Ya Allah cantiknyaaa. Mmg dah ada dlm wishlist. Cuma tu la tuh tak tau bila nya nak pergi.
    Ni pergi bulan berapa eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah one day sampai gak syieda nnt. Ni pegi bulan december aritu.

      Delete
  4. woahhhhh... akak yg tengok gambar awak snap je pun dah boleh nangis. huhuhu subhanallah.. cantiknya ciptaan Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lap air mata tu akak. Thank you. SubhanaAllah sangat dpt tengok. ;)))

      Delete
  5. Fuhh.. memang cantik. John kau memang sangat bertuah dapat melihat sendiri fenomena tu...

    ReplyDelete
  6. Bestnya...bertuah adik dpt tgk kekuasaan Allah...

    ReplyDelete
  7. insan terpilih sgt ko ni sebab dpt jgk tgk aurora..jom pi lagik?? :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnnn! Jommmm g pegi tengok! Jgn lupa ajak aku tau! ;)))

      Delete
  8. Huwaaaa best best ... and thanks for the tips nak capture aurora tu ... bookmark terus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Besttt sangat! Ko kene pegi nnt! Tips tu info basic je. Nnt research lg okeh. ✌️

      Delete
  9. Inilah post yang di tungu-tunggu. Awesome gila. nanti pergilah lagi. My dream too

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengs akak! jangan lupa datang! semoga ada rezeki lebih nanti. ;)

      Delete
  10. Memang teruja dengan Aurora Borealis nih !!! One day ... one fine day ... hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat canada tu dah dekat dah. naik atas je skit. terus nampak! lg awesome katanya ;)

      Delete
  11. Assalam yeop
    Alaaaa...jeleznye...aurora boralis depan mata...
    Akak masih lagi berangan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam yeopp! insyaALLAH sampai jugak akak nnt tu. berangan kuat skit kak. hiks.

      Delete
  12. whoa! bucket list nih. akan ku pergi satu hari nanti. best sungguh baca blog #idola.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah insyaALLAH one day ko sampai gak. amin... #terharu

      Delete
  13. Cantiknya aurora! tanam dalam hati bakal tiba ke sana suatu hari nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik bro! aku pun nak tanam lagi supaya dpt tengok lagi amin...

      Delete
  14. nak bookmarked ni..
    ada tips camera untuk snap aurora.. *ntah bila nak peginya pun. wishlist gak nih*

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe. berangan dulu. ade rezeki insyaALLAH sampainya. ;)))

      Delete
  15. One day...oneeeeeeee day! Aku nak tengok yang siap menari2 tu. Ko tengok wish xmenahan! Padahal nak dapat opportunity macam ko ni pun dah kira sangat bertuah. Btw, thanks for sharing the tips.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye bie! one dayyy aku doakan ko sampai gak untuk tengok aurora ni nanti. ;))

      Delete
  16. Hye john. Menarik lah cerita ko g sana. Hehehe.. John nk tny. Klu pakai kamera mcm sj4000 or go pro tu xpn sepesen mcm tu boleh ke nmpk aurora? Ke x nmpk gak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm gopro and sj4000 tu memang takkan nampak pape. tp tak silap kalau guna gopro hero 4 dh boleh nampak tp kene adjust setting tu tak silap.

      Delete
  17. subhanallah. cantiknya. mmg dalam wishlist. bertuah sungguh.

    ReplyDelete
  18. Bestnya.. Someday kene ke sini..

    ReplyDelete
  19. Subhanallah..Insya Allah akan ke Scandinavia pd 15 sept 2018..

    ReplyDelete