Tuesday, February 24, 2015

#8 | A Dog-sledding Experience, Simply the Best!

Good morning! 

Xinnian Kuaile buat mereka yang menyambut Chinese New Year minggu lepas. 

Whatttt a looooongggg weekend kat Malaysiakan. Takde sape-sape yang terbang ke mana-mana ke? 4h3m pun jadikla orang katakan. Ahaks. 

Anyway, aku nak sambung cerita winter trip aku lagi ni. Harap sempat abes sebelum masuk Spring. Camne tuh? Sempat ke tidakkkk? Huks. 

Hari ke-3 di Abisko. Hari last jugak aku kat sini. Tapi aku ada lagi satu aktiviti yang aku looking forward nak buat bila aku memulakan perjalanan aku ni. Aku nak naik dog-sledding yang ditarik oleh siberian husky dogs tu. Selalu tengok dalam tv je musim nak dekat-dekat krismas. Ni aku sendiri yang akan buat aktiviti ni. Giler tak excited??? Hahahah. 

Macam biasa pagi tu aku bangun awal daripada biasa. Tapi tetap tak mandi! Hahaha camne tuh? Ok takpe, jangan gelabah, jangan runsing. Tetap bau-bauan syurga orang kata. Hiks. Beg aku dah siap packing siap-siap sebab aritu lepas abes aktiviti ni aku kene terus check-out dan gerak ke train station untuk kejar train ke Kiruna balik jam 12:30 tengah hari tu. Kekerapan tak selalu, so aku kene jugak amek train tu ke next destination. 

Suhu pagi tu minus 9 degree celcius. Sejuk beku! Demi taknak beku time tu, aku pakai gak warmsuit oleh hostel kasik tu. Kang sejuk-sejuk tak enjoy lak. Berkumpul depan hostel, cuaca kat luar macam masih gelap ala-ala macam waktu senja maghrib tu. Haihhh... kelammm je rasa. Harap-harap oklakan. 

Ahli group memang tak ramai. Total semua ada 11 peserta dan 2 orang guides yang akan bantu sepanjang aktiviti ni. Honestly, i had no idea on how this activity was going be conducted. 

Ok jap. Cite pasal pakej yang aku amek ni dulu. Ni adalah aktiviti yang paling mahal untuk winter trip aku ni. Pakej ni aku amek direct dengan hostel ni jugak so aku dapat diskaun SEK50/night untuk accommodation aku. 

Package: Winterday Tour (SEK1,200/pax) equivalent to RM550
Description: "where you will be driving your own sled in the wilderness that surrounds Abisko. 1 person, one sled, it’s you and the dogs. But don’t worry, there is always 2 guides joining the tour"

Haaaaa seronok tak bunyinya? Bawak sendiri sled tuh~ lagi laaaa aku suka, takdelah hanya duduk atas sled tu. Kira experience sendiri bawak sendirikan. Uishhh! Tak sabar sangat weh! Dah semua berkumpul, pakat jalan menuju ke kandang anjing siberian husky yang terletak kat belakang hostel tu je. Tak jauh. Kalo waktu biasa, kita boleh je pegi melawat kat kawasan kandang ni kalo nak tengok lebih dekat anjing-anjing yang comel-comel belaka nih! 

suasana kandang anjing siberian husky ni, ada lebih daripada 20 ekor anjing yang supercute nih kat sini

antara mereka yang duduk diam tak menyalak pagi tu

Tengah berjalan menuju ke kandang, memang dah duk dengar salakan anjing-anjing ni semua. Uishhh kuat sungguhla. Ada la sedikit rasa takut, agresif sangat ke anjing ni semua. Kang datang gigit ke ape tak tentu pasalkan. Satu keje la kang kalo kene gigit ke ape. Payahhhh woooo... 

Dalam kepala otak ni, hanya ada duk imagine macam sampai je terus amek sled masing-masing dan jalan! Tetapi tidakkkk ye. Rupanya guide tu bagitau yang setiap seorang kene tolong amek anjing-anjing ni semua pasangkan kat setiap sled yang ada. Ada 11 sleds semuanya yang mana setiap satu sled akan ditarik oleh 4 ekor anjing yang mempunyai nama masing-masing. Tak boleh main pasang je anjing-anjing ni. Kene tau kat bahagian mana nak letak samada kat depan atau belakang. Semua tu akan diberitahu oleh guide tu.

Don't worry. 

Tapi bagi mereka yang tak biasa dengan anjing ni, tambah-tambah anjing yang jenis agresif dan banyak menyalakk lagi laaaa takut kan bila dengar kene pasang sendiri anjing kat sled tu. Aku sendiri tak terkecuali okeh. Nasib cover seluruh badan dengan baju yang tebal-tebal. So, nak taknak kene la beranikan diri. 

Apa? Takuttttt? Balikkk rumah duk bawah selimut! Hahahah 

Ok, buat buat berani. Hulur tangan nak sambut anjing tu. Kene pegang kat tali dan tarik ke atas. Ok, agak kuat renjatan anjing ni kene pegang kuat-kuat jangan kasik terlepas. Anjing ni aku perasan dia duk menyalak non-stop bukan sebab nak pegi gigit orang ke ape, tetapi nak berlari! 









Ok dah siap pasang! Are you ready? 

I am ready ya'll! 

Aku dapat sled nombor 5. Takde beza pun depan ke belakang. Guide dah bagitau awal-awal macam mana nak handle sled masing-masing. Kalo ikut pengalaman aku time tu setelah mencuba sendiri bawak sled sendiri. Lutut kedua belah kaki kene fleksibel takleh keras berdiri atas sled tu. Pastu kene macam pikir kalo terlaju ke ape, kene tekan brek awal-awal. Kang ade yang macam tak sempat nak kawal handle sled tu, boleh terhumban kita dari sled tu sendiri. Anjing tu laju okeh! 

Bila masing-masing dah ready, pakat lepaskan brek dan bergerak slow-slow dalam barisan. Takleh main potong memotong dan kene ikut laluan yang ditetapkan. Time berdiri atas sled tu memang tak sempat dah nak amek gambar ke ape. Memang tangan aku ni pegang kemas handle takut terlepas ke ape. Kene alert ape yang nak jadik. Tapi tetap enjoy! 

Ada beberapa kali kene stop kat tengah jalan sebab ada beberapa orang macam terlepas sled masing-masing, ada yang tergolek la, pastu ada yang tersangkut la. Ok takpe. Aku? So far under control lagi. 

View sepanjang dog-sledding tu memang awesome abesla! Memutihhh je. Tak terkecuali, muka aku rasa macam dah ade ice dah sebab angin kene muka time bergerak tu. 







Perjalanan dog-sledding tu agak jauh bagi aku merentasi hutan skit-skit, kawasan frozen lake yang luas, naik bukit pastu sampai pulak kat kawasan macam look-out point yang begitu cantik!

Nasib baik ada guide yang tolong amekkan aksi kami semua. If not, memang takdela gambar kami semua tengah bawak sled ni kan. 








Arghhhh!!!! Best gila weh bawak sled tu sendiri. Tak tau aku nak ucap camne. Kalo aku ada anjing-anjing sendiri kat kawasan camni, mesti aku tiap-tiap minggu keluar merentas hutan atau kawasan yang ada. Terlalu cantik dan seronokkk sangat! 

Makin laju anjing tu berlari, lagi la aku seronok! Bila lalu macam bonggol skit macam terbang pun ada. Ada sekali tu, ntah camne aku boleh tergolek jatuh! Tapi nasib baik sempat pegang handle dan anjing semua tu tak sempat nak bawak lari jauh sled aku tu. Fuhh~ lega. 

Aku ada amek video, nanti kalo rajin dan reti edit aku akan combinekan semua videos yang aku amekk untuk share kat korang semua. InsyaALLAH. 

Anyway, lepas sejam lebih camtu maka berakhirlah aktiviti yang bagi aku sangat best dan mencabar. Kalo ada rezeki dan diberi peluang sekali lagi memang aku nak buat lagi. Rasa tak puas! 

Wishlist checked! 

Ok dah tu je, aku kene cepat balik ke hostel untuk amek bag semua and check-out. 

Till then, bye!

24 comments:

  1. Ya Allah...bestnya ko dik..dapat naik sled ngan anjing2 tu..
    Baca pun dah rasa teruja...
    Selalu akak tgok benda ni kat National Geographic atau Discovery Channel je..NANGIS..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangattt best akak! Nk naik lagi kalau boleh sebab tak puas!

      Delete
  2. beshnyer! slalu tengok kt tv aje!

    ReplyDelete
  3. wahhhh... pengalaman baru ni..terus terbayang Frozen tauuu....

    ReplyDelete
  4. Hoi! Main kasar ni.... aku nak naik husky! aku nak bela sekor husky! hahahahaha. Best betul weh. Aku yang baca ni pun teruja tengok gambar-gambar tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah tak kasar mana pun. Skit2 je. Ahaks. Memang best bro. Kene try nanti kalau dpt peluang.

      Delete
  5. best pengalaman ni John...terbaek!hahaha aku plak terasa nak naik ni, tapi aku takut anjing...camno tu?hahahah pastu aku takut anjing tu hemo kena tarik aku sebab berat...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adehhhh takut tu kene buang jauh2 ler. If not tak merasa la kau nanti. Kalo berat takpe, letak banyak skit anjing utk tarik nanti. Takde hal lah!

      Delete
  6. Wow John .....sgt2 jeles with u. Bestnye dpt pengalaman naik sled ni. Akak baru tgok movie on sledge dogs ni tittle "Eight Below", sgt best and touching. Very clever dogs.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi jangan jeles please. Nanti kalo akak ade peluang sila try jugak nnt okeh!

      Delete
  7. cerita anda membuatkan saya dah masukkan xtvt ini as a wishlist!

    ReplyDelete
  8. Biar lah mahal janji berbaloi, hati manyak enjoy! Hensem wei anjing2 tu. Mesti diorang non stop menyalak sebab happy ada orang datang...meaning diorang ada chance berlari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangattt berbaloi! Memang aku puas hati la naik dogsledding nih. Anjing tu memang hensem! Teringin nk gomol2 kan.

      Delete
  9. Eee comelnya anjong tue.. Kalau boleh pegang dh lama gomol2 hahaha anyway best gila lah ko john naik sled tue.. Nk tryyyy wish list ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang comeyyyy anjing tu sume. ikut hati memang nak gomol je. ahaks. insyaALLAH one day semoga tercapai okeh! ;))

      Delete
  10. Eee comelnya anjing tueee. Nk gomol2 je rasa. Best ah john dpt pegalaman berharga ni jeloussss wish list ni! Hahah one day john!

    ReplyDelete