Quick update!
Actually, tempat ni dah lama aku nak pegi. Sebabnya penah tengok ade orang datang sini sambil bergambar. Yela, lain kot tengok banyak red phone boxes yang amat femes di Kota London yang jatuh dan disusun macam efek domino tu.
Terus aku Google "falling phone booths in London". Ni adalah phrase yang aku reka sendiri sebab aku tak tau the exact name of this place. Yela, Google ni memang bagus sebab korang masuk je keywords yang penting. InsyaALLAH jumpalah tempat tu.
Dan akhirnya aku tau kat mana letaknya phone boxes yang jatuh ni. Terletak di Kingston upon Thames yang mana terletak dalam zon 5 atau 6. Aku pun dah lupa. Kiranya memang agak jauhlah dari city centre London ni. Tapi tempat ni boleh sampai dengan naik tube dan jugak train.
How to go there:
1. Contoh naik tube dari Leicester Square (Northern Line)
2. 3 stops dan turun di Waterloo Station(Northern Line)
3. Tukar/transfer to South West Train, menuju ke London Waterloo
4. Dalam 8 stops camtu, nanti turun di Kingston Station.
5. Tempat ni tak jauh pun dalam less than 5 minutes jalan kaki
6. Kalau sesat, boleh tanya di tourist info counter yang terdapat di depan Kingston Station
view depan Kingston Station |
jalan je ikut arrow kaler merah yang aku buat tu, dah tak jauh dah |
Maybe bagi certain orang journey untuk sampai ke sini tak worth sangat yela, tempat ni dikatakan the only landmark yang ada kat Kingston. Nak sampai sini pun lebih kurang sejam perjalanan. So, bagi mereka yang ada banyak masa free di London boleh la datang. Bagi mereka yang gigih pun boleh.
Nama sebenar tempat ni adalah "Out of Order" yang merupakan salah satu hasil kerja dari seorang artis yang bernama "David Mach". Hasil seni mempunyai 12 kotak telefon merah yang disusun seperti domino efek. Telah dibina pada tahun 1989, dan diarahkan untuk dipindahkan pada tahun 2000. Tapi nampaknya tak jadikla.
Terletak di Old London Road. Laluan pejalan kaki yang aku rasa takde orang lalu sangat. So, nak amek gambar pun senang. Maybe penduduk asal takde sape yang kisah. Tapi ade la sesekali tourist macam aku kot duk bergambar.
Jom layan gambar yang sempat aku amek lepas tu aku blah untuk ke London semula. Takdelah explore sangat pun sebab targat aku nak tengok benda ni je.
Ok dah tu je...
Till then..
Bye!
ok.. masuk dalam wish list
ReplyDeletesila sila wlpn jauh skit. ;)
Delete1989 dah ada?
ReplyDelete1997 nape tak jumpa?
why? why???
tu la akak tak tau! hiks haaaaa kene repeat la pasni.
DeleteMenarik :)
ReplyDeletemenarik kak NA. ;)
DeleteApasal tak cuba berlari atas tu dari hujung ke hujung , vandalisme skit , mana tahu masuk paper.
ReplyDeletehahahaha susah nak panjat weyyy! plus maluuuuu!
DeleteKalau dapat tangkap gambar sambil berdiri atas benda alah tu mesti lagi win. Hihi
ReplyDeletehahaha susah nak panjat wey!
DeleteDalam list ni..hihi..tak tau la TL ciku nak bawak ke dak sini..haha
ReplyDelete