Thursday, August 27, 2015

Myanmar | Visa Application in Malaysia

Mingalabar Myanmar!

Bila entry ni keluar, maka bermulalah another pengembaraan aku ke negara Myanmar! Rasanya dalam bas/teksi/tuktuk ke bandar Yangon. Ahaks! Cuakk wehhh tak tau ape nak expect sangat. Buat research pun sekadar ala-kadar dengan bacaan kat blog-blog Zilla, Zara, Supermeng Malaya, LilyRiani dan beberapa blogger lain. Bagus dorang pegi dulu. Maka, boleh la dapat bayangan sedikit sebanyak nak expect dari negara Myanmar ni. Thanks!

Anyway, seperti yang kita sedia maklum. Negara Malaysia bukanlah negara yang dikecualikan untuk masuk ke Republik Myanmar tanpa visa. Jadik, kita sebagai rakyat Malaysia, diwajibkan untuk apply visa sebelum masuk ke negara ini. 

Jadik entry ni, adalah sedikit update daripada panduan dari blog Zara. Ada sedikit perubahan dalam dokumen yang diperlukan dalam proses memohon visa ni. 

Entry ni adalah valid pada tarikh aku buat visa ni okeh yakni pada 27 Ogos 2015. Segala update terkini ataupun bilamana entry ni lebih daripada setahun. Sila buat kajian semula okeh. ;) 
visa yang sudah siap! Yes!
Jujur aku cakap. Proses nak buat visa Myanmar ni adalah paling senang! Aku rasa nak yak yak pun lagi susah dari nak buat visa nih. Kah kah kah. Punyalah senang and less hassle. 

Nak buat visa ni, tak perlu pegi embassy Myanmar ke apa. Sebabnya, proses untuk application visa telah dioutsourcedkan oleh Embassy kepada satu syarikat ni yang bernama "Ever Fine Services (M) Sdn Bhd yang terletak sangatlah dengan LRT Stesen Masjid Jamek di Kuala Lumpur tu. Sebelah Burger King dan 7-11, terletak seberang jalan berhadapan dengan McDonalds. Haaa punyalah senang. Naik je lrt nanti turun kat stesen Masjid Jamek okeh.  Confirm tak sesat punya! 

Ever Fine Travel & Tour Sdn Bhd
19-21, Mezzanine Floor, Jalan Tun Perak, 50000 Kuala Lumpur
Tel: +603 – 2022 2033, +603 – 2026 4075/6/7/8/9 (6 lines)
Email: myac@diamondpalace.net, enquiry.everfine@gmail.com
Working Hour: 8.00am to 6.00pm



Dan untuk aku, of course la aku nak apply Tourist Visa.  Selain daripada tu, ada jugak jenis visa yang lain seperti Business Visa, Social Visit Visa, Multiple Journey Visa and etc. Tapi aku yakin, most of us akan apply Tourist Visa kan. Tak yah pening-pening. Don't worry sebab senang sangat. Untuk tourist, kita boleh stay kat sana up to 3 months dari tarikh masuk ke negara ini. 

Untuk application form, sebenarnya ada update terkini. Aku guna form yang aku download dari website ---> SINI . Tetapi rupanya, bila aku sampai sana untuk serahkan borang aku, katanya dah takleh pakai borang tu dah. Jadik aku diberikan 1 keping borang baru untuk isi. Tak banyak pun yang kene isi. Boleh rujuk gambar dibawah untuk latest form okeh. 


Kalau sebelum ni, aku baca kene print out travel itinerary, tiket flight, photostat ic bla bla bla. Tapi rupanya semuanya tidak diperlukan lagi ye. 

As at today hari yang aku buat visa tu. Dokumen penting dan wajib adalah seperti dibawah:
  • Paspport yang lebih 6 bulan tarikh sahlaku (WAJIB)
  • 1 salinan passport
  • 1 borang yang telah diisi lengkap
  • 2 keping gambar passport (background putih)
  • Duit berharga RM141.80/pax
Cukup semua tu, maka dah ready nak submit application visa. 


Dah setel semua tu, just amek nombor jela untuk submit borang. Memang tak payah tunggu lama sebab tak ramai orang pun. Kalau korang berbisik pun boleh dengar punyalah. Hahaha. 



Visa Myanmar ni, kalau korang submit sebelum jam 12 tengah hari, korang akan dapat balik passport beserta visa pada jam 4:30 petang untuk collection. Kalau tidak, esoknya pun boleh takde masalah punya okeh. 

Harga visa adalah RM110 dan service processing fee adalah RM30. Jangan dilupa Goods dan Service Tax sebanyak 6%. Maka, jumlah keseluruhan yang korang kene bayar nanti adalah RM141.80 untuk setiap seorang. Boleh rujuk jadual dibawah untuk harga okeh. 


Selain daripada tu. Let's say korang amatlah malas bontot nak pegi ke ofis Ever Fine di area Masjid Jamek ni. Jangan risau, dorang jugak ada menyediakan door-to-door service untuk visa application ni. Boleh rujuk kenyataan dibawah okeh. 


Dah setel semua. You are good to go! Gudluck and have fun! 

Till then. 

Bye!

8 comments:

  1. wahh senang nya nak masuk Myanmar..

    ReplyDelete
  2. Lpeas ni , maybe boleh letak dalam wish list nak bersiar2 ke Myanmar

    ReplyDelete
  3. thanks for sharing john. have fun and have a safe journey!

    ReplyDelete
  4. wah ada door to door service lagi. terbaik.

    Bertabahlah dengan usd yg makin naik ni :(

    ReplyDelete
  5. John ...

    Dari penulisan yang begitu lengkap tuh, memang nampak senang sesangat !!!

    Cuma tak tau nak pergi ker tak hehehehehheee

    ReplyDelete
  6. Info yang terbaik...mati-mati ingat tak payah Visa nak ke Myanmar ni.Harga nya pun boleh untuk seorang pulak tu...huhuhu

    ReplyDelete
  7. Jgn pergi myanmar byk penyamun dan kaki botol.

    ReplyDelete