Sunday, August 16, 2015

Belgium | The Grand Place, Brussels Day&Night

Quick update!

Kalo ade singgah Brussels yang merupakan ibu negara Belgium, rasanya tak sah untuk tak pegi ke Grand Place ni. Kiranya salah satu tempat must see kalau datang ke Brussels nih. Actually, untuk cover kat area Brussels ni cukup sekadar 1 hari je. Kalau nak bermalam pun boleh. Nothing much to see pun... dan semuanya boleh cover dengan menapak je. Kalau penat, boleh la naik metro dorang. 

Unless, korang suka nak explore kawasan yang terletak luar dari Brussels. Contohnya Bruges ataupun Leuven. Not bad gak orang kata, lebih kurang 30 minit perjalanan kalau naik train. 

Okeh untuk entry kali ni, saje je nak share gambar sekitar The Grand Place, Brussels ni yang mana suasana siang dan malam. Aku lebih suka waktu malam sebab cahaya lampu dia nampak sangat dia punya grandnya. Ahaks. 

Anyway, bagi sesiapa yang penah ke Muchen, Jerman. Kawasan Grand Place ni lebih kurang sama dengan di Marienplatz, Muchen. Kiranya kawasan square yang dikelilingi dengan bangunan-bangunan bersejarah.


Aku sampai kat Brussels dah petang. Jadik malam tu, memang aku sesaja nak usha kat kawasan Grand Place ni yang mana tak jauh pun dari kawasan hostel aku. Walhallll kene naik metro gak weh. Kah kah kah tapi tak susah la sebabnya banyak papan tanda penunjuk arah untuk sampai ke Grand Place ni. Confirm ah korang takkan sesat punya. 
Sedikit info tentang "The Grand Place"
  • merupakan central square of Brussels
  • dikelilingi oleh bangunan seperti Museum of Brussels City dan jugak The Breadhouse
  • berukuran 68 by 110 metres (223 by 361 ft)
  • merupakan warisan UNESCO.
  • jangan lupa, setiap 2 tahun pada bulan Ogos, akan ada "Flower Carpet" di tengah dataran kat sini hanya untuk beberapa hari. Boleh google gambar untuk ini okeh.
Okeh jom layan gambar waktu malam sekitar the Grand Place nih.

dataran yang dipenuhi dengan cobbled stones

Hard Rock Cafe Brussels yang terletak di salah satu sudut The Grand Place, takde gitar besar sebagai ikon

salah satu lorong di sekitar The Grand Place, amat bersih lorong-lorong kat sini

amat bersepah kedai-kedai Belgian Waffles yang boleh korang pilih serendah EUR1/keping tapi tu yang kosong la. ahaks
Ade satu benda yang aku rasa amatlah kelakar dan agak frust bagi aku. Kan aku datang sini waktu malam. Dan memang plan nak carik dinner lah untuk isi perut. Takdelah nak makan beria sangat pun. Kalau dapat macam fries pun dah ok. 

Dalam maps yang ade kat tangan aku tu, salah satu benda yang macam attraction di Brussels ni adalah "Manneken Pis". Okeh dalam kepala aku ni, bila je baca word "Manneken Pis" tu terus teringat fries yang sedap ketika berada di Amsterdam dulu. Kiranya fries Manneken Pis ni memang femes ah kat sana. Must try katanya. Jadik, bila aku dah nampak word tu dalam map, terus la aku carik kat mana letaknya Manneken Pis ni. Yela, perut lapar kan... haruslah gigih. Plus tak jauh pun dari kawasan Grand Place nih. 

Jalan punya jalan, aku tak jumpa. Yela, duk intai-intai kat mana signboarnya. Bau fries pun tarak nih! 

Rupanya.... Manneken Pis tu adalah patung budak yang tengah kencing! Kah kah kah bangang betul rasanya! 

Actually, patung ade kisah lagendanya tersendiri. Pada mana dikatakan waktu zaman perang dulu telah kencing ke atas bala tentera, menyebabkan pihak musuh telah kalah dalam perjuangan tersebut.  Ada kisah lain. Tapi boleh la korang baca ---> SINI 




Ada pada masa, patung ni akan dipakaikan dengan pelbagai jenis kostum. Tapi bukanlah tiap-tiap hari. Kene check jadual yang ade kat pagar fountain ni. cekidaut!

Tips: Kat kawasan Grand Place ni ade banyak kedai-kedai makanan halal. Cuma kene rajin je explore kawasan dan lorong kat sini. Jadik jangan risau. My Favourite "Durum Kebab" dalam EUR4-5/satu dan memang kenyang!

*********************************
Siangnya, aku datang sini lagi. Saje nak tengok view waktu siang pulak. Tapi kalau datang siang memang ramai ah orang. Warga local dan jugak tourist tu usah cakaplah. Memang ramai. Tapi sebab kawasan ni luas, jadik takdelah rasa sesak sangat. 

Jadik jom layan gambar jela eh. 

berborak ataupun memandang telefon

seniukir yang ada pada city hall. sangat teliti dan berlainan

bukan emas tu... ahaks

bergambar ke tu... 

salah satu lorong di sekitar The Grand Place

The Grand Place, Brussels

leka aku duk tengok dorang ni duk buat pastry, salah satu kedai pastry yang boleh nampak dorang buat keje

vandalism ataupun grafiti? 

salah satu kedai waffle yang ada, aku beli kat sini then makan kat tengah-tengah The Grand Place lepas tu

Belgian Chocolates untuk dibawa pulak dalam EU10 untuk satu ikat camtu ada dalam 5-6 kotak berlainan

jom makan Belgian Waffles! Yummeh!

Ok dah tu je...

Till then..

Bye!

2 comments:

  1. Apakah nama kedai yang menjual coklat berkotak-kotak tu? Apa nama jalan kedai tu? Apakah jenama coklat tu?

    ReplyDelete