Thursday, August 20, 2015

Ber'CouchSurfing' di Leuven, Belgium

Quick update!

Penah dengar perkataan "CouchSurfing"? Okeh, sebelum tu secara ringkas pasal Couchsurfing (CS) ni adalah sebuah networking website yang mana menyediakan platform untuk ahli-ahli stay kat rumah orang ketika travel yakni tido atas couch/sofa. Kiranya kita surfing kat rumah host. Takpun nak join event yang ada pun boleh. 
Couchsurfing is a neologism referring to the practice of moving from one friend's house to another, sleeping in whatever spare space is available, floor or couch, generally staying a few days before moving on to the next house. The term pre-existed the website in vernacular usage; for example, "Couch Surfer" was the title of a song by Bran Van 3000 written in the 90s.
Bagi mereka yang biasa travel, tentu dah biasa guna CS ni sebagai medium untuk jumpa other travelers dan pada masa yang sama dapat stay secara percuma kat rumah dorang. Tapi jangan anggap tido free tu korang bebas untuk check-in dan check-out. Ibarat tetamu datang rumahlah. Kita kene layan elok, dan kita sebagai tetamu hendaklah macam balas balik budi dorang dengan macam contohnya bawak buah tangan, spend some time with them etc. Barulah boleh buat networking dan buat kawan camtu.

Aku actually dah lama join CS ni dan pernah hosted beberapa orang traveler yang datang ke Malaysia dan Birmingham. Kat KL dulu, sorang daripada Iran dan sorang lagi dari  China. Manakala kat Birmingham pulak, sepasang couple dari Austria. 

Dan buat pertama kalinya aku sendiri yang cuba untuk surf ketika berada di Belgium aritu. Mula-mula tu macam cuak gaklah yela nak pegi tido umah orang ni. Kang takde dapat banyak borak-borak rasa macam bersalah dan rugi lak. Mulanya request aku banyak kene tolak sebabnya dorang takde kat umah. Aku macam dah redho dah sebabnya terpaksa keluarkan extra money untuk bayar hostel. Kalau tidak, jimatlah 1 malam accommodation aku. 

Alhamdulillah, maybe rezeki aku kot time kat sana dah aku dapat mesej dari Ehsan Soodmand yang berada di Leuven. Kira-kira 30 minit perjalanan dari Brussels. Dia nak offer couch untuk aku tido 1 malam kat rumah dia. Aku pada mulanya agak malas nak pegi dah sebab macam kene naik train bagai untuk pegi ke Leuven, tapi sebab nak experience punya pasal aku accept invitation dia. 

Jadik, aku terus cancel my other night kat hostel dan terus ke rumah beliau di Leuven. Okla atleast aku dapat tengok view lain selain daripada Brussels walaupun sekejap. 

Dari stesen keretapi Leuven, aku naik bas menuju ke rumah Ehsan. Pada mulanya dia kata nak datang pickup aku kat stesen. Tapi lepas tu dapat mesej katanya dia macam terseliuh kaki whatsoever. Jadik aku terpaksa naik bas sendiri untuk ke rumah dia. Takde hal lah lagipun takdelah susah mana pun nak pegi sana. Kene naik bas sendiri dalam 10 minit camtu. 

Time tu aku sampai dah memang gelap. Malam la katakan. 

Sampai-sampai je teruslah berborak dengan Ehsan ni. Warganegara Iran yang sedang duk buat PhD di Germany tapi skang tengah buat research untuk PhD dia tu kat Leuven selama 2 bulan. Kiranya rumah dia tu adalah studio apartment camtu. Banyak benda berborak dari pasal travel, life, syiah vs sunni dan lain-lain lagi. Seronok dan membuka minda jugaklah bila jumpa orang ni. Aku kan sombong. Mana nak berkawan dengan orang.  Ahaks. 

it's me with Ehsan enjoying our dinner. aku bawah sardin dalam tin untuk kami makan dengan roti! hahaha 

Malam tu Ehsan ajak pegi cuma CS-ers yang lain terletak di student accommodation tak jauh dari rumah dia tu. Dia pun first time gak nak jumpa dorang ni sume. Aku join jela nak jumpa orangkan. Lagipun malam tu takde buat pape. Malam tu dinner lite-lite dengan sorang Iranian, Spanish, dari Belgium sendiri dan sorang lagi dari Netherlands. Uishhh macam-macam borak haaaa... aku sesekali menyelit gak. Kah kah taknak kalah punya pasal. Tapi manis lah experience ni. 

Malam tu balik dari gathering tu, borak lagi! Ehsan bercerita pasal negara dia Iran. So, memang aku tau la Ehsan ni adalah orang Syiah. Cara dia semayang pun kita tau la camne kan. Tapi pakai shorts okey time solat tuh! Atas lutut lak tu. Tapi aku takdelah question ke apa sebab tu memang cara dia. Pastu dia tunjuk pulak gambar-gambar kat Iran. Memang cantik Iran ni oiii... memang kene pegi nanti. InsyaALLAH. 

Okeh jom tengok rumah Ehsan ni aku snap esok paginya. Hehehe. 

katil Ehsan

ni jela ruang rumah dia

patut aku tido atas ni, tapi dia ada 1 extra mattress, jadik aku tido atas tu jela

selfie before berpisah
Esoknya aku akan pulang ke UK semula naik bas jam 1 petang. Esok pagi pun Ehsan ade kelas. Jadik kami berpisah pagi tu. Aku amek peluang untuk jalan kaki je ke train station. Takdelah jauh mana pun dalam 20 minit gaklah sambil aku tengok-tengok suasana pagi kat Leuven ni. Memang tenang dan menarik dari segi bentuk bangunan kat sini. Dorang banyak guna bricks merah tu. Plus memang bersih! Dan kat Leuven ni memang ada university jadik memang ramai la student kat sini. Merata-rata!

Jom layan gambar jela eh. 

suasana pagi di jalan utama, kecik je kan?

bricks

salah satu lorong yang bersih!

aku suka bangunan ni sebab ade ranting-ranting yang menjalar tu

typical european building

arca student tengah pegang buku

cobbled stone street

menuju ke kelas

basikal salah satu pengangkutan utama kat sini

bricks lagi

nak cepatttt terpaksa kayuh laju-laju

jalan besar utama

monument depan train station, hari tu memang cuaca amat best kat Leuven, tapi aku takde banyak masa nak explore
Overall, pengalaman bercouchsurfing buat pertama kali ni memang aku rasa best. InsyaALLAH kalau ade rezeki lagi nak try, aku nak try lagi. Maybe next time aku bawak kain pelikat kasik dorang pakai. Hiks. 

Till then..

Bye!

10 comments:

  1. ok tak CS kat sane?? istimewa punye layanan siap dapat bilik sendiri cantik katit tepi tingkap...
    tak sampai lagi Belgium. cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. so far aku rasa ok je. tp taktaula org lain cmnekan. eh mana ade dpt bilik sendiri. aku dpt tilam sendiri ada la. duk tido sebelah katil dia je. heheh

      Delete
  2. Atleast boleh bertukar-tukar pandangan dengan dia kan? dia orang ada pantang larang makan macam kita tak? lawa juga belgium ni, pusing-pusing mana tahu terserempak dengan fellaini atau januzaj hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuppp. atleast berkembang skit otak aku bila berborak dgn dia. aku nmpk bila berborak dgn dia ni tak semua yg mcm kita nmpk dlm tv syiah tu. maybe ada yg extreme tp tak semua la kot. wallahualam.

      Delete
  3. John ...

    Iran memang cantik !!! Kita cuma baru sampai Tehran jer ... itupun look see look see jer ... and sambar satu karpet !!! Hahahhahahahahaha

    John;

    CS nih memang sesuai ler utk student dan backpacker ... tapi utk kita nih , memang dah tak layak ler hehehehehhe

    Kita banyak kawan Iranian bila duduk kat Canada nih ... dan pasal Syiah and Sunni nih memang menarik !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa kene explore tempat lain la pulak en. ghazali. heheh. gitu haaa sambar satu kapet tp sana mmg femes pn kan dgn buat kapet2 nih.

      yuppp CS ni mmg sesuai utk yg muda2, single la kot. kalau yg ade family ni maybe payah skit.

      Delete
  4. Salam perkenalan

    Concept ni menarik...tapi mcm kiteorang ada anak2 kexik mcm risau pulak nak tumpang tdo rumah orang..

    Lagi satu bab makan....kang kita tolak ape yg diorang serve nanti kecik hati pulak...huhuhu

    So far belum ada pengalaman lagi tapi amat berminat nak try...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan.. pendapat saya macam yg ada anak kecik ni rasanya tidak sesuai la kot untuk buat CS ni. even travel in group pn saya rasa amat tidak sesuai. kalau setakat 1-2 org boleh digunapakai concept ni. bab makan ni, takde masalah as long as dorang tau apa yg kita boleh dan tak boleh makan. insyaALLAH takde sape yg kecik hati nanti.

      Delete