Tuesday, August 18, 2015

4D3N in Bali, Indonesia

Quick update!

Takde benda penting, cuma aku just nak share gambar-gambar yang sempat aku snapped ketika berpeluang pegi ke Bali, Indonesia. First time weh jejak Bali! Walhalll... orang lain dah beberapa kali dah ke sana. Aku ke sana bersama sorang kawan aku yang katanya dah 6 kali jejak kaki sana. Hiks. Sape la agaknya tu eh. ;p

Anyway, pegi pun tak lama cuma sempat 4h3m so, faham-fahamlah tak buat banyak benda pun. Tapi okla sebab aku rasa nak pegi naik kapal terbang. Tiket pun dah lama beli sejak Januari aritu lagi. Mula-mula tu nak burn gak sebab macam pikir ada masa ke tak ni. Tapi at the end, we proceed with the plan. Kiranya ni adalah trip leisure la. 

Itinerary secara ringkas untuk trip Bali ni. 
Day 1 - Sunset di Uluwatu dan menonton "Kecak Dance" dan dinner di Jimbaran
Day 2 - Ulun Danu Temple, Air Terjun Gitgit dan menuju ke Pemuteran
Day 3 - Snorkeling di Pulau Menjangan, Pemuteran dan balik ke Kuta
Day 4 - Sightseeing ringkas di Kuta dan balik semula ke Kuala Lumpur

By the way, untuk trip ni memang totally amek Supir untuk bergerak dari airport dan ke tempat-tempat yang aku pegi ni. Jadik senanglah tak yah pening-pening. Cuma tempat penginapan memang dah booked siap-siap sebab berpindah-randahkan. 

Untuk Supir aku, boleh contact Yanto. Memang terkenal jugak Yanto ni kat Forum Cari. Baik orangnya. Memang aku rekomen. Supir yang bawak aku aritu adalah abang kepada Yanto iaitu, Abang Ali. 

Contact Supir Bali:
Yanto : +62 815 58289999 

Secara kasar, untuk bajet aku hanya tukar IDR2.3 juta sahaja tu tidak termasuk accommodation yang aku dah bayar in-advance. Kiranya bajet tu dah termasuk transportation (supir), entrance fee, snorkeling, makanan dan jugak benda-benda lain. 

Dan bagi aku, Bali ni macam agak mahal skit tapi tempat dia happening la untuk datang bercuti dan aku rasanya nak datang lagi kot kalau ade rezeki. InsyaALLAH. 

Jom layan gambar! Walaupun most of it aku guna Gopro sebabnya kamera baru aku tu, terlupa nak bawak charger okeh! Kah kah kah so terpaksa rely kat iphone,gopro dan kamera kawan aku jela. 

beautiful scenery while watching Kecak Dance, Uluwatu

sunset yang tak brape nak nampak di Uluwatu

fullhouse time nih, siap ada yang kene duduk atas tangga-tangga

towards the end of the show, ada api-api la pulakkan

lepas tu, menuju ke Jimbaran untuk menikmati makan malam seafood yang agak pricey bagi aku, cuma ambience dia bestlah. feeeeeeling sangat. ahaks

ada siakap bakar, sotong celup tepung, kangkung goreng belacan dan sotong masak sambal. semua sedap!

di Tanah Lot, pagi tu ada upacara sembahyang atas kuil kat situ

air surut

Ulun Danu Temple di Bedugul

kat sini pun ada upacara sembahyang dorang tengah buat

benda ni akan sering nampak di sini, kadang-kadang tu tepi jalan pun ada

multi-tier Gitgit Waterfalls

multi-tier Gitgit Waterfalls

pagi di Pemuteran, Utara Bali

di jeti untuk ke Menjangan Island

40 minit jugak nak sampai ke sana, alhamdulillah cuaca sangat elok!

testing GoPro masuk air

snorkeling time

antara corals yang cantik aku penah tengok

air pun memang crystal clear

tapak sulaiman kaler biru. comeyyy!

night at Kuta. mencari Babi Guling! ahaks. just joking ya ;p

meriah di Legian street, banyak kelab malam kat sini ya

monumen mereka yang telah terkorban ketika letupan di Bali beberapa tahun yang lepas

last day in Kuta, Bali barulah cuaca amat best!

boleh lepak-lepak sambil berjemur

memang ramai yang duk lepak, berjemur dan mandi-manda

last lunch before balik. nasik yang amat sedap!

Bandar Udara Ngurah Rai yang baru, besar dan selesa!

Ook dah tu je buat sementara ni. Kalau ada kerajinan aku akan update cerita penuh nanti. InsyaALLAH. 

Till then. 

Bye!

19 comments:

  1. Replies
    1. ahaks! thanks! amek guna gopro tu. first time test masuk dalam air. huhuhu

      Delete
  2. wau..john dah smpai bali..sapa la yg dah p bali 6 kali tu kaaaan...
    aku haritu x sempat pun p bedugul..sayang sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaks kannn sampai 6 kali. hiks. haaaa ade reason nk repeat bali lagi la ni. aku pn byk kali x sempat singgah aritu. heheh

      Delete
  3. Subhanallahj...cantiknya gambar..

    pemandangan dlm air tu pun cantik..boleh tau snap gambar guna camera ape..?
    dulu2 masa trip snorkling (dlm negara jer pun) snap guna Olympus tu.. gambar biasa laa..x ler dasatt camni..ke sbb faktor air or kemera iols murah jer..ekleklee :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. saya guna gopro. tu yg boleh bawak masuk dalam air tu. hehehe

      Delete
  4. Finally ko dah sampai! Lawa hoi gambar batu karang semua. Aku gi Tanah Lot & Ulun Danu, pun weather macam ko. Gloomy kedaung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn sangat finally! hahahaha kannn time org lain pegi cuaca semua best. tapi bila kita sampaiiiii... gloomy! huhuhu

      Delete
  5. John ...

    Bali 20 tahun dulu Kekwat sangat !!! Kalau gi bar dia atau restaurant dia, siap charge dalam USD lagi !!!! Hahahhahahahaa

    Tapi my zaman dulu dulu, orang gi Bali banyak beli perabut !!! So my friend nih memang gila akan kayu jati nih, memang shopping giler pelbagai perabut !!!

    Apa apa pun, thanks for sharing ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhh 20 tahun dulu saya pn tak lahir lagi gamaknya. ;p hahahah tu la mmg kat sana femes dengan perabot jati kan. lawa2 ukiran dorang ni. design pn cun!

      Delete
  6. Wah udah pulang ya mas john.. hahah..

    Aku pun tak pernah jejak tanah bali tu..

    ReplyDelete
  7. Gambar lawa! boleh pinjam kamera ni hahaha. Tak pernah lagi sampai ke bali ni

    ReplyDelete
  8. John akak pegi 2001 time honeymoon 😀😀
    Jimbaran tempat kitaorg special dinner. Mayb skrg bali dah byk berubah

    ReplyDelete
  9. Last makan before balik tu...apa nama restaurent dia yer? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aiseh lupa dah. tak silap Warung Rima tak jauh dari airport. ;)

      Delete