Friday, August 7, 2015

Belgium | Atomium, Brussels

Quick update pasal trip aku ke Atomium yang terletak di Brussels, Belgium. 


Aku hanya ada 3 hari 2 malam sahaja di Brussels. Jadik aku takde spesifik itinerary whatsoever pun kat sini. Kiranya just datang nak renew visa aku untuk masuk semula ke UK  je. Nak tak nak kene keluar UK dulu pun then masuk balik. Jadik Belgium merupakan pilihan aku yang paling senang dan murah. 

Antara benda yang aku sepanjang di Brussels ni tak lain dan tak bukan nak kene datang ke tapak Atomium ni. Kiranya landmark yang paling femes la kalau datang ke Belgium ni. Binaan yang berbentuk atom ni memang semua orang suka bergambar. Aku pun tak terkecuali buat benda yang sama. 

Tapi sebelum tu, nak datang sini tak susah pun. Boleh naik metro Line 6 dan turun di stesen  Heysel / Heizel. Pastu dari situ memang akan nampak Atomium ni daripada jauh. Plus, bagi mereka yang teringin nak masuk Mini Europe pun disinilah tempatnya. 

Tapi aku tak masuklah. Cukuplah sekali penah merasa di Windows of the World di Shenzen dulu. 

view dari metro station
Time aku datang dulu waktu pagi tak silap around 10 pagi. Time tu memang tak ramai orang lagi kat situ. Belum sampai rombongan-rombongan cik kiah atau ahsoo dari pelbagai negara. Jadik proses aku nak beli tiket sampailah naik ke atas tu takde sebarang kesesakkan langsung. Smooth je. Plus, aku boleh guna student price. Jimatlah skit. 

Entrance fee untuk student adalah EUR8/pax. Untuk harga sebenar ---> Prices 


Tapi sebelum aku share gambar dengan lebih banyak. Aku nak share sedikit trivia berkenaan Atomium ni. 
  • pada asalnya dibina sempena World's Fair 1958 yang berlangsung di Brussels.
  • rekaan oleh seorang jurutera "André Waterkeyn" dan arkitek "André and Jean Polak".
  • tinggi 102 meter dan sebanyak 9 bijik sfera yang berdiameter 9 meter setiap satu yang dihubungkan dengan sel yang membentuk rupabentuk satu sel yang telah dibesarkan sebanyak 165 billion kali. Giler ah!
  • CNN menamakan ia bangunan yang paling "bizzare" di Eropah
Nak senang, ianya sekarang adalah sebuah muzium. 

Jom naik atas dan tengok ape yang ada kat setiap bebola besi ni. Ada bahagian boleh masuk dan ada bahagian ditutup kepada orang awam. Di bebola paling atas skali ada restoran dan jugak observation deck. Setiap bebola ni dihubungkan dengan eskalator yang ada dalam tiub besi tu. 

Ape pameran dan sejarah berkaitan Atomium ni yang bagi aku agak menarik untuk dibaca. 

Ayuh!


pemandangan lif menuju ke atas

ruang pameran

ruang pameran

eskalator menuju masa depan

ruang pameran barangan prototype masa hadapan yang konsepnya unik!

meliputi seluruh barang isi rumah

sampai ke baju pun kaler oren. huhuhu

skrin besar untuk video yang dipaparkan

view dari salah sebuah tingkap yang ada memandang ke luar
Dah abes ruang pameran aku jelajah, aku naik la lif untuk ke tingkat paling atas yakni observation deck! Rupanya lif tu kat ground floor! Nasib aku sampai awal lagi, jadik nak beratur masuk ke lif takdelah lama. Sebabnya lif ade satu je ok dan kecik je. Maybe muat dalam 10 orang je camtu. Haaa kene kongsi lak dengan pekerja restaurant kat atas tu kalau dorang nak bawak stok makanan naik ke atas. Ahaks. 

Jom tengok view dari observation deck pulak okeh! 









Ok dah tu je. 

So, camne? Berminat nak masuk? Bagi aku biasa-biasa je kot. Aku jarang nampak orang datang sini masuk ke dalam atomium ni. That's why aku nak masuk nak tengok sendiri apa yang ada. Ada yang menarik, ada yang macam biase-biase jela. Tak masuk pun takpe kot. Cuma aku sendiri nak tau camne ruang kat dalam tu. Ahaks. 

Till then. 

Bye!

1 comment:

  1. Akak tak naik john... Bergambar kat luar aje. Lepas abis posing dtg segrombolan ahsoo 😅😅😅 ngam2 timing

    ReplyDelete