Wednesday, August 19, 2015

Perry Barr, Birmingham | My Home 1.5 Years

Quick update! 

Actually aku dah lama nak share sedikit sebanyak tempat tinggal aku ketika berada di Birmingham, United Kingdom selama 1.5 tahun. Okla banyaklah jugak kenangan manis kat sana. Kenangan tak brape manis pun ada. Normallah manusiakan.  Takkan semua yang hidup kat overseas ni manis-manis. Kadang-kala bau hapak pun ade. Ahaks. 

Sepanjang duk sana, aku sempat merasa duk di 2 rumah. Satu rumah selama 6 bulan, dan last rumah almost 1 year jugaklah. Tapi in between tu ada la selit-selit menumpang tido umah orang sebab dalam transition period katanya. Ahaks. 

Tapi umah lama aku tak sempat nak amek gambar proper la sebab malas. Lagi satu sebab rumah tu kecik dan sempit je. Tapi rasa selesalah cuma time winter agak sejuk giler babas. Hahaha maybe sebab rumah hujung skali kot. Tidak brape nak ada penebat haba. Sewa pulak GBP175/sebulan untuk seorang. Kira satu umah GBP525/sebulan. Complete dengan perabot dan perkakas elektrik seperti mesin basuh, microwave, peti sejuk dan heater. Kira completelah! 

Manakala, rumah kedua pulak memang aku dan housemates nak carik rumah besar skit plus selesa. Dan alhamdulillah tak tunggu lama untuk dapat rumah baru sebab sewa masih lagi sama, lebih besar, dekat dengan kemudahan seperti train/bas, kedai makan halal dan lain-lain. Sebelah rumah aku ni ada bank! Hahahah time terdesak takde cash, boleh la jalan jap cucuk duit. Yang ni ada 4 bilik yang semuanya double bed. Umah dulu 3 bilik je. 

Umah aku yang beralamat 5, Aston Lane, Perry Barr B20 3BP Birmingham, sebelah kanan adalah gereja, kiri lak Barclays Bank

Untuk gambar living hall, dapur actually aku tak tau pegi letak dalam folder mana. Lupa dah kene korek-korek balik. Tapi macam rumah orang la rupanya. Kat living hall, ada sofa, tv, xbox semua. Dapur lak complete dengan segala peralatan. Tinggal beli bahan-bahan nak masak je. Ahaks. Duk overseas kene rajin masak sebab takde kedai jual nasik campur haiiiii. Kalo tidak, makanlah kau kebab pakistan tuh. Muntah dibuatnya! Hahaha

ni bilik ke-2 kat tingkat atas. Bilik ni paling bersiap. Tuan punya bilik adalah yang pakai baju sweater biru tu. macam hotel!

ni pulak bilik aku kat attic. ni gambar hari terakhir sebelum aku blah dari Birmingham. Bilik paling luas sekali. Housemates aku panggil bilik ni negara sebab nak masuk kene bawak passport! Kah kah kah

aku suka bilik ni sebab pencahayaan sangat bagus, dan tak brape nak panas sangat cuma winter bilik paling sejuk sebab attic kan. 

Okeh! Bercakap pasal Perry Barr. Tak silap aku, ada sorang blogger penah stay kat area sini. Tapi aku dah lupa link dia apa. Kalau tidak boleh aku tag dia gak. Perry Barr ni kira macam mukim/kawasan lah. Ibarat macam Wangsa Maju or Setiawangsa gitu. Tak jauh dari city centre of Birmingham kira-kira kalau naik bas dalam 10 minit dah sampai dah. Tapi kat sini bukan kawasan orang putih tapi kawasan orang timur tengah haaaa.. dan jugak negro! Takdelah bersih mana pun, ade je sampah bersepah kat tepi jalan tu. Knowing them, bukanlah bangsa yang pembersih mana pun. That's the truth ya. Tapi jugak, kat sini memang senang nak carik kedai makanan halal. I mean, bersepah! Memang takdenya kebulur kalau duk area sini. 

Since rumah baru aku ni lokasi yang sangat best. Terletak dekat giler dengan roundabout kat Perry Barr ni. Kiranya semuanya walking distance untuk ke kedai runcit halal, One Stop Centre, kedai makan halal, bus stop, train station dan jugak bank. 

Jom layan gambar!

view depan rumah

crossing the roundabout

terletak di roundabout, kedai Red Onion kedai makan express kalau lapar. kari kambing dia memang sedap!

ni pulak PAK Supermarket. Kedai runcit yang menjual pelbagai makanan halal. dalam ni pun ade ayam halal tapi saiz kecik skit dan tak brape fresh. sayur mayur memang murah kat sini depan rumah je dalam 100 meter. Hiks.

tak jauh dari umah aku dalam 200 meter camtu, ada pulak One Stop Centre Perry Barr. Kiranya macam outlet kedai-kedai kat sini. Macam-macam ada termasuklah outlet Clarks dan Nike! 

jom masukk! 

Asda! My favourite! Macam Giant atau Tesco kat Malaysia tapi rasanya barang dia lagi pelbagai. Macam-macam nak beli kalau masuk. 

kalau masuk kedai ni, tak bawak keluar 1 bag plastik memang tak sah! Where everything is GBP1. Ada macam-macam makanan, barang rumah, toiletries, stationeries, semuanya 1 pound! 

Overall duk overseas ni memang aku suka la jugak maybe sebab cuaca sejuk, cost of living murah despite of u need to pay a lot of tax whatsoever bla bla bla. Orang dia baik-baik, transportation senang nak bergerak ke sana ke mari. Tapi orang kata nothing beats your own country. Honestly, i do love my country but somehow I'm not really interested in living here. Tapi takleh buat apa dah la sebab aku dah pun selamat sampai Malaysia. Hidup mesti diteruskan. 

Tapi bila duk overseas ni jugak, macam-macam ko akan miss benda yang berlaku kat tanahair seperti kenduri saudara-mara, kawan-kawan, kematian, perkahwinan, bla bla bla. Kadang-kala rasa sunyi tu ada gak bila duk sana. Nak makan macam-macam tu memang payahlah. Ko kene buat kalau teringin sangat. Alhamdulillah pandai la jugak aku masak beberaa jenis masakan kat sana. Kalau tidak, haram nak blaja bila kat sini. 

Tapi impian aku nak sambung belajar kat overseas dah selamat tercapai. Huha sana huha sini dah abes. It's time to face the reality... but i will be back! 

Papepun... i wish myself "Gudluck John!"


8 comments:

  1. Tengok gambar , teringat zaman kami student dulu ... tapi kami kat US, agak cowboy sikit , tapi macam student UK hahahahahahhaha

    Anyway, John ambik course apa?

    Tapi kalau migrate, sure tak nak duduk kawasan yang ramai immigrant kan hehehehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. UK lagi best kan en. ghazali? hehehe tp US pn ape kurangnya. Kalo jenis rajin, boleh explore satu US yg tempat2 yg menarik tuh.

      sy kalau saya migrate cnfirmkan nak duk kawasan kejiranan yang takde imigrant. ahaks. ;p

      Delete
  2. Welcome home john.. Apa pun john telah mjadi seorg yg lebih dewasa dan matang...

    ReplyDelete
  3. Hujan emas dinegara orang , hujan batu dinegara sendiri .. at times , aku prefer berdiri dlm hujan emas *sigh*

    ReplyDelete
    Replies
    1. of coz! aku pn prefer hujan emas kat negeri orang sorry to say tp tu yg hati aku katalah. huhuhu

      Delete
  4. Best of luck in everything u do John! Sebenarnya ramai dah xberapa nak interested tinggal kat 'hujan batu' ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you very very much Bie! insyaALLAH hope for the best hendak-Nya.

      Delete