Wednesday, August 19, 2015

Melaka Alive | The Pirate Adventure!

Quick update!

Haaaaa... bagi mereka yang suka pegi ke Melaka untuk jejalan samada bersama keluarga ataupun kawan-kawan untuk weekend getawat.  Kali ni Melaka Alive ada menyediakan satu tarikan terbaru yakni Melaka Alive, The Pirate Adventure!

Melaka kan memang terkenal pada zaman dahulu sebuah perlabuhan yang menghubungkan antara timur dan barat ketika zaman kesultanan Melayu Melaka. Jadik tidak hairanlah, kalau di kawasan lautan negara kita ni ada lanun. Haa, jadik The Pirate Adventure ni kira macam sinonim dengan Melaka tu sendiri. 

Jadik, bagi mereka yang teringin nak jadik lanun dalam masa sehari, why not datang try sendiri! Aku pun boleh la try bila ada masa ke Melaka nanti. 


The Pirate Adventure ni merupakan ilham daripada Nuevo Attraction & Destination Sdn. Bhd yang menyediakan indoor attraction yang menggabungkan 5 element dalam hidup kita. Pengunjung berpeluang untuk menjadi lanun untuk 1 hari, mencari arah di lautan Selat Melaka sebelum sampai di hutan belantara untuk mencari harta karun yang tersembunyi. Dengan kecanggihan teknologi masa kini, pengunjung memang dapat merasai sendiri kegerunan ribut dan ombak di lautan luas. Penasihat kepada Nuevo Attraction & Destination, Mohd Nizar Bin Mohd Najib, beliau yakin bahawa pakej yang ditawarkan oleh Melaka Alive mampu meningkatkan lagi imej Melaka supaya menjadi pilihan para pelancong. 

Kat mana terletaknya The Pirate Adventure ni? 

Bagi mereka yang selalu ke Melaka, tentulah sudah mahir dengan suasana Bandar Hilir Melaka bukan? Terletak tidak jauh dari lokasi-lokasi utama yang menarik di Melaka seperti Kota A'Famosa, Bangunan Stadhuys dan lain-lain. Nak paling senang, The Pirate Adventure ni betul-betul terletak depan Bangunan Pengisytiharan Kemerdekaan. 


Address:
Melaka Alive
Jalan Parameswara, Bandar Hilir, Melaka
(Opposite The Proclamation of Independence Memorial)
GPS: N 2.191 261 E 102.250 725

Opening hours:
Monday - Thursday | 10AM - 7PM
Friday - Sunday & Malaysia Public Holidays | 10AM - 9:30PM

Ticket Pricing:
Adult | RM20 (MyKad) & RM25 (NON-MyKad)
Child (4 - 12 years old) | RM15 (MyKad) & RM20 (NON-MyKad)
Senior Citizen (60 years old and above) | RM15 (MyKad) & RM25 (NON-MyKad)
Ticket can be purchased via www.melakaalive.com.my or directly over the counter

Facebook page : Official Melaka Alive 
Website : Melaka Alive Official 

Actually, The Private Adventure ni baru je dilancarkan. Kiranya memang bau kedai lagi lah. Jadik, sebelum orang lain datang serbu, baik kita datang serbu. Ye dak? Ahaks. 

Jom layan beberapa keping gambar berkenaan Melaka Alive, The Pirate Adventure!










Haaaa ape tunggu lagi? Dari kita terbang ke luar negara untuk bercuti. Kat dalam negara pun ade macam-macam boleh kita tengokkan. Ayuhhhh!

Till then. 

Bye!

3 comments: