Showing posts with label Myanmar - Inle Lake. Show all posts
Showing posts with label Myanmar - Inle Lake. Show all posts

Thursday, September 24, 2015

Tips | Persediaan ke Myanmar

Assalamualaikum!

Okeh kali ni aku nak ceritakan segala persediaan yang aku dah buat untuk trip aku ke Myanmar ni. Time tengah ada mood ni baiklah aku ceritakan segalanya. Tu pun kalau aku ingat lagilah. Ni semua berpandukan pengalaman aku dan jugak hasil daripada bacaan aku daripada blog mereka yang penah ke sana seperti Zilla, Supermeng Malaya, Zaradiab dan Jea Mohamad. Thanks guys. 

Alhamdulillah, aku boleh katakan semuanya berjalan lancar. Takde cacat-cela whatsoever. Bajet pun ngam-ngam seperti yang aku plan. Takde shopping pun kecuali fridge magnet sahaja semata-mata. Kali ni aku dah insof. Hahaha lagipun takde bajet untuk tu semua. 

Itinerary
Right after dah beli tiket tu, aku teruslah rangka plan itinerary aku secara kasar. Dalam kepala otak aku ada 3 kawasan utama yang akan singgah selama 5h4m punya trip tu yakni Yangon, Bagan dan jugak Inle Lake. Kira kalau tengok dalam map negara Myanmar tu lokasi tu seperti berbentuk 3 segi. Ada rujuk Zara pasal itinerary kot-kot sesuai ke tidak.

Secara kasar, itinerary aku adalah seperti dibawah.
Day 1: Yangon - Overnite in bus to Bagan
Day 2: Bagan
Day 3: Bagan - Overnite in bus to Inle Lake
Day 4: Inle Lake
Day 5 : Inle Lake - Overnite in bus to Yango and back to Kuala Lumpur

Basically, tempat-tempat yang menarik di sana adalah pagoda, pagoda dan pagoda. Seriously, kat Bagan paling banyak pagoda. Boleh muntah hijau tengok pagoda kat sana. So, pilihlah yang terbaik untuk lihat yakni ketika sunrise ataupun sunset. Kalau tengah hari, maka bersiap sedialah dengan sunblock! Sebab panas tu amat memancar-mancar dan perit. Aku siap sunburnt teruk kot kat seluruh badan. 

So, itinerary tu up to you guys sendiri macam mana nak rangka. Aku ras di Yangon boleh stay 2 days 1 nite, aku tak tido sana ended up tak sempat cover banyak tempat. Rasa rugi pun ada. Tapi takpelah. 

Visa
Rakyat Malaysia yang nak masuk ke Myanmar diwajibkan visa. Entry berkaitan permohonan visa boleh rujuk entry yang dah aku sediakan. Boleh klik link ---> SINI 


Accommodation
Sepanjang kat sana, aku sempat 2 malam sahaja di hotel kat sana. Yang lain-lain tu memang bermalam atas bas je. Ada 3 kali bermalam atas bas. Untuk menjimatkan masa dan jugak bajet untuk accommodation.

.:Bagan:.
Zfreeti Hotel
No. 407, Thiripyitsayar 5th Street, Near Shwe Zi Gone Pagoda, Nyaung U
Booked via: AGODA 
Room type: 2 twin-beds room (USD65/night with breakfast)

.:Inle Lake:.
Sandalwood Hotel
No 88, Phaung Daw Pyan Street, Win Quarter, Nyaung Shwe Township
Booked via: AGODA 
Room type: 2 twin-beds room (USD39/night with breakfast)

bilik di Sandalwood Hotel, Inle Lake

Transportation
Sepanjang aku kat sana, banyak menggunakan bas, angkutan macam jeepney tu dan jugak sewa e-bike untuk ronda-ronda sendiri. Apa yang aku tau, orang luar yakni pelancong yang datang ke Myanmar tidak dibenarkan untuk sewa kereta ataupun motor untuk explore sendiri. So, faham-faham jela ye. Paling busuk yang boleh sewa pun adalah e-bike. Aku suka naik e-bike ni, macam bawak scooter je. 

Untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Seperti contoh Yangon ke Bagan. Ada dua pilihan samada nak naik bas express ataupun naik train. Aku tak berkesempatan nak naik train untuk route Yango-Bagan sebabnya harga sedikit mahal, dah time consuming. Jadik aku teruskan untuk naik bas sahaja. 

Untuk train: Tiket boleh ditempah lebih awal menerusi travel agent yang ada di sana. Boleh book via email based on the trusted agents kat sana. Agents yang aku dapat adalah dari website --> http://www.seat61.com/Burma.htm . Kat situ ada list of travel agents yang boleh bantu kita beli tiket. Quotation yang aku dapat dari dorang adalah lingkungan USD30 untuk sleeper coach. 

Untuk bas: Tiket juga boleh dibeli lebih awal dari Malaysia. Aku guna JJ Express untuk 2 routes yakni Yangon-Bagan dan jugak Inle Lake-Yangon. Untuk JJ Express ni memang aku rekomen untuk korang guna servis dorang. Bas memang tip top dan selesa. Kene beli cepat kang, sold out. Boleh book via facebook page dorang sahaja ---> https://www.facebook.com/jjexpressbus . Harga untuk 1 way ticket adalah Kyat18,500/pax. Boleh bayar kat sana je. Don't forget to print the booking confirmation ye. Tiket bas boleh ditebus di JJ Express agent yang ada di Yangon, berhadapan Yangon Central Train station. 

JJ Express agent di depan Yangon Central Station
Yangon Central Station
inside JJ Express bus. Siap ada screen kat kerusi, dan pramugari okeh. Ada makanan ringan turut diberikan
ofis JJ Express tempat naik bas di Aungmingalar Highway Bus Station

Owh ya, JJ Express ni takde laluan untuk Bagan ke Inle Lake. Jadik aku booked bas menerusi hotel yang berharga Kyat11,000/pax. Tapi bas dia agak horror la bagi aku. Sempit, berbau dan asyik pasang rancangan macam doa-doa agama dorang. Seram sejuk jugaklah. Tapi sampai dengan selamat. 

Manakala, di Bagan memang aku sewa untuk 2 hari e-bike. Range harga adalah antara Kyat 5,000-Kyat 9,000/day. Dorang slalu kira Kyat1,000 (USD1). 

e-bike ni boleh naik 2 orang harga Kyat9,000/day

Myanmar Currency
Myanmar menggunakan matawang "Kyat" sebutan dia macam "Chet" camtu. Tapi Kyat ni takde jual kat Malaysia.  Jadik the best way adalah bawah USD  pegi sana. Tapi, make sure USD dorang tu duit baru keras kejung tu lagi ye. Takde sebarang kedutan, lukisan mahupun lipatan kat duit USD tu. Keji tau okeh. Bila sampai kat arrival hall di Yangon International Airport, korang boleh tukar duit USD tu ke Kyat. Ada banyak money changer yang tunggu korang kat situ. 

Tapi yang kureng ye... duit yang dorang kasik tu.  Pehhhh! Buruk nak mampos! Macam dah kene belacan. Dah la berbau pulak tu. Kalau nasib tak baik, dorang kasik note Kyat1,000 haaaa masaklah korang dapat seikat duit tu. Jenuh nak kira bila nak bayar. Hahaha. 




Makanan halal
Aku jarang makan kat luar sepanjang di sana. Cuma beli nasik putih dan telur je makan dengan ikan bilis goreng kering. Makanan halal ada dijual di Yangon. Tapi takdelah makan pun. Tapi kedai grocery kat sana ada jual jugak makanan yang dari Malaysia. So, takde masalahlah. Roti pun yang aku jumpa ada tanda halal. So, boleh la beli buat bekal. Harga pun lebih kurang je dari Malaysia. 

Kat sana jugak, aku ada try street foods seperti air tebu dan jugak buah-buahan yang ada letak asam tu tepi jalan. Ahaks nasib takde sakit perut. Air tebu dia kene try sebab memang rasa sedappp sangat! Fresh rasanya. Lebih kurang rasanya seperti di Siem Reap aritu. Asam buah dia pun lebih kurang kat Malaysia jugak. 




Okeh ape lagi eh? 

Budget
Okeh... bab bajet ni aku bawak dalam USD150 sahaja. Tidak termasuk accommodation sebab yang tu aku dah bayar siap-siap in-advance dari Malaysia. Kiranya USD150 tu termasuk transportation, makan, entrance fees dan jugak sedikit souvenirs untuk trip 5h4m tu. Cukup je. 

Tapi harus diingatkan, korang kene set aside siap-siap USD10 dan USD20 untuk admission fee ke Inle Lake dan jugak Bagan. Kene bayar waktu nak masuk ke bandar tersebut. Nanti tiket tu kene make sure ade dengan korang setiap masa. Nanti akan ada pegawai yang akan check tiket tersebut. Ada jugak yang berjaya lari dari bayar entrance fee ni. Tapi kalau nasib tak baik, kenela denda. 

Okeh dah tu je...

Papehal, boleh email. InsyaALLAH. 

Till then. 

Bye!



Wednesday, September 16, 2015

Myanmar | Sunset & Intha Fishermen, Inle Lake

Minglabar Myanmar!

Haaa sorry entry lompat-lompat sebab aku malas nak buat in sequence dah. Makin busy sebab next week dan start keje dah. Cuakkk weh! Dah lama tak masuk ofiskan. Tak tau nak expect. Hope it goes well lah. InsyaALLAH. 


*************************************
Anyway, untuk entry kali ni merupakan salah satu highlight yang aku nak tengok sangat bila datang ke Myanmar ni dan secara spesifiknya di Inle Lake ni. Nak tengok aksi akrobatik nelayan Intha. Waktu paling best untuk datang adalah ketika sunset. Bila cahaya matahari mula terbenam di ufuk barat sebagai background yang berwarna keemasan sambil menonton aksi nelayan Intha adalah priceless. 

Untuk tengok aksi akrobatik ni, aku amek sunset tour di Inle Lake ni. Tour ni banyak dioffer oleh pemilik bot-bot di Kampung Nyaung Shwe tempat aku menginap ketika di Inle Lake. Time duk jejalan kat kawasan sekitar kampung, memang ada beberapa kali dioffer untuk boat tour oleh dorang. 

Yang bagus dan aku suka kat sini, orang Myanmar ni jenis tak pushy bila bab berniaga atau menawarkan servis kepada orang luar. Walaupun offer dorang aku tolak dengan baik, dorang masih lagi senyum dan ok dengan tu dan takde push-push orang suruh amek jugak. Agak berbeza senarionya kalau di Indonesia. Ni pendapat aku la. Lain orang maybe lain pengalamannya. 

Sunset tour ni aku tak amek dengan hotel. Sebabnya aku terjumpa dengan salah sorang owner boat yang tanya aku untuk aktiviti di Inle Lake ketika duk usha-usha di kawasan kampung dengan basikal. So, amek 2 tour, satunya sunset tour petang tu, dan lagi satu sunrise tour 6-7 jam untuk esok paginya. 

Untuk sunset tour ni aku jujurnya tak pasti normal rate yang orang lain bayar, tetapi untuk aku hari tu aku bayar dalam 10,000 kyat untuk 1 bot dan satu bot aku perasan boleh memuatkan 5-6 orang termasuk pemandu bot. Tour bermula jam 5:30 petang sebelum sunset. Sunset dalam lingkungan 6:30 petang.  Nak sampai ke tengah-tengah Inle Lake tu makan masa kira-kira 30 minit jugak perjalanan merentasi tasik dan kampung.

Owh ya, aku rasa yang 10,000 kyat (sebutan: "chet") untuk 1 bot sunset tour adalah agak mahal untuk masa dalam 1-2 jam sahaja. Orang lain bagaimana?

suasana di jeti di Nyaung Shwe village. Asyik tergeliat lidah aku nak menyebut nama tempat ni

pelangi petang by stacy

menyusuri anak sungai menuju ke Inle Lake

actually, aku agak terkejut yang dorang masih lagi mandi di tepi jeti camni. ada yang siap membasuh baju okeh kat sini

ni pun ada lagi, ala-ala dalam drama melayu klasik hitam putih haaa

mula-mula cuak gak takut hujan sebabnya tengok tu awan hitam tebal kat belakang tu, ingatkan dah takde sunset dah petang tu

geram gak nak terjun mandi sebab air dia sejuk dan tak berbau busuk pun aku perasan

dah nampak signboard besar

dalam boat, boleh siap tertido sebab angin bertiup best

tak tau ni apa, tapi macam mesin korek pasir?

Sedikit info berkaitan Intha Fishermen ni.
"The Intha are members of a Tibeto-Burman ethnic group living around Inle Lake. They speak an archaic dialect of Burmese and are believed to have come from the Dawei area. They often live on Inle Lake and support themselves through the tending of vegetable farms on floating gardens. Also, the Intha are known for their leg-rowing techniques and are traditionally Buddhists"
Bila dah sampai kat tengah-tengah tasik Inle tu, mata aku cuma zoom la kat mana nelayan-nelayan ni semua. Tapi memang boleh cam je dari jauh sebabnya dorang akan ada satu bubu yang besar berbentuk kon tu. Dari jauh dorang nampak bot aku tu, dorang mula bergerak mendayung sampan dorang menuju ke bot aku. So, memang tak susah lah nak carik dorang ni sebab memang dorang carik pelancong untuk mempersembahkan aksi akrobatik dorang. 

Dari apa yang aku baca dari blog Zilla, takde bayaran khusus yang dikenakan untuk show ni. Semuanya ikut budi bicara kira sendiri. Aku pun ada tanya kepada driver boat, pasal benda ni dia pun kata ikut suka hati jela. So, brape aku kasik tu biarlah rahsia. Cheewaaah! Kalau kita suka dengan apa dorang buat, kita boleh kasik ikut kemampuan. Takde halangan. 

Petang tu hanya kelihatan 2 orang sahaja nelayan Intha. Dua-dua datang dekat dengan bot aku. Mulalah dorang mempersembahkan aksi dorang tu. Lepas satu, dan satu lagi. Sampailah aku kata stop. Hahahah. 










Dah bila mana aku kata dah dah la tu. So, dorang datang rapat. Dah setel hulurkan duit. Sorang daripada mereka beredah meninggalkan bot aku. Yang lagi sorang still duk berborak dengan driver. Aku duk situ jela menghayati sunset di Inle Lake. Lagipun masih belum moment yang aku nak. 

Sunset petang tu aku rasa tak brape nak cantik tapi good enough untuk aku sebab tau cuaca kat sini dua tiga menjak asyik hujan je. 


Bilamana matahari dah nak hampir terbenam, aku suruh sorang lagi nelayan Intha tu buat sekali lagi aksi dia. Menurutla dia amek posisi untuk beraksi. 






Usai semuanya, bot bergerak meninggalkan kawasan tasik menuju semula ke Nyaung Shwe. By the time sampai di jeti dan senja macam nak maghrib dah. Malam tu takde buat pape sangat just pegi carik makanan je. Nak tengok suasana malam macam takde pape sangat. Jejalan tu just naik basikal je courtesy of the hotel. 

Till then. 

Bye!

Tuesday, September 1, 2015

Faces of Myanmar

Quick update! 

Alhamdulillah, aku dah selamat pulang ke tanahair tengah hari tadi untuk trip 5h4m di Myanmar. Tak sempat cover banyak tempat pun tapi okla untuk aku cross kan dari list negara ASEAN aku untuk kali ni. 

Tinggal lagi 4 negara. Huhuhu. InsyaALLAH kalau ada rezeki lain. 

By the way, taknak cerita panjang. Cuma nak share gambar-gambar Faces of Myanmar yang sempat aku snapped aritu. Cuba untuk belajar amek gambar dari angle yang lain lak. Mula-mula takut gak, tapi kalau approach dengan betul, insyaALLAH semuanya ok. 

Papepun aku enjoyed dengan trip ni walaupun banyak je tido haaa. hahaha