Assalamualaikum!
First of all, cheewaaaaah! Nak mintak maaf kat Nanatron --> Blog sebab lambat dan almost sebulan selepas kene tagged oleh beliau untuk buat entry sesaja pasal diri sendiri yang berkaitan dengan dunia travel nih. Aku ni takdelah rajin, banyak vitamin M je pun slalunya. Entry travel dah makin lama makin malas nak siapkan. So, harap bertabahlah.
Orait tanpa membuang masa aku try listkan yang mana terlintas kat dalam kepala otak aku ni. Kiranya jujur punya entry la ni ek. Harap takdela mengguris perasaan sape-sape yang membacanya. Samada yang aku kenal, tak kenal, kenal gitu-gitu atau completely strangers. Kalo ade yang terkecil hati gak, aku mintak maaf awal-awal.
Nombor 1 : Suka plan awal-awal
Memang dah nature yang dah sebati dalam diri aku sendiri kot plus ianya berkaitrapat dengan cara aku bekerja dulu memang semuanya ada planning dan timeline yang patut difollow. Kadang-kadang tu planning dan timing pun memang totally kelaut. Tapi aku still aku untuk buat planning awal-awal supaya aku tau brape banyak duit yang akan keluar, nak buat apa, nak tengok ape, nak beli ape. Plus, aku suka predict atau create buffer untuk sesuatu perbelanjaan tu so that bila dah sampai sesuatu tempat tu aku takdelah terkejut beruk. Kiranya semua adalah expected as per planning. Planning je tapi the execution belom tentu berjaya. Tapi kalo setakat 50% daripada plan tu dah achieved it's good enough.
Ada orang tak suka buat plan awal-awal, aku pun skang ni try untuk tidak overplan sesuatu trip. Hanya buat rough plan dan rough itinerary je. Try to feel the adventures during the travelling period. Buat sekadar ala-kadar je. Janji sampai sana. Tapi kalo pegi ke negara yang maju, plan ala kadar adalah ok je sebenarnya. Unless, kalo pegi negara tak membangun, aku definitely akan buat proper planning. Meaning try untuk baca sebanyak mungkin tips dan tricks yang mungkin payah nak jumpa. Supaya takdelah tragedi yang menakutkan berlaku. Tawakal jela orang kata.
gambar sekadar hiasan : di Lake Toba, Indonesia |
Nombor 2 : Suka travel in group (yang penting satu kepala)
Yang ni amatlah aku titikberatkan bila nak travel. Walaupun orang kata aku ni memilih kawan travel. Which is true by the way. Ni adalah elemen yang sangat penting. Pemilihan travelmate yang sekepala, sekufu, dan the list goes on. Sebabnya, elemen ni yang akan menjadikan trip anda sangat best! Walaupun negara tu mundur giler, maju giler sekalipun. Ianya akan menjadikan trip tu best best best. Your bestfriends will not always be your best travelmate. That's totally true. Somehow, your bestfriends should be your best friends on your daily life not your travel buddy. I guess? Aku jumpa travelmates aku bila dah ada blog travel ni. And yes, i do treasure them so much. You know who you are.
Tapi aku skang ni, cuba untuk berfikiran terbuka dalam menerima orang lain dalam travel. Sebab duk jauh dari dorang kan skang ni. Tapi aku still terbuka untuk travel dengan orang lain. Yela, kenal ramai orang lagi bagus. Tapi kalo aku rasa tak masuk dengan orang tu, memang aku takkan rapat dah la. Keji skit tapi nak buat camne.
Kalo travel in group, aku suka maximum 6 orang. That's it. Kalo lebih daripada tu, kene make sure semuanya adalah satu kepala. Baru syiokkkk... Kalo travel sorang lak skang ni senang je aku jalan je skang ni. Tak kisah orang dah janji aku dapat tengok ape yang aku nak tengok.
Nombor 3 : Suka bergambar, bergaya!
Ni yang takleh blah. Aku memang suka amek gambar dan gambar aku diambil orang plus suka bergaya! Yela, aku tak suka selekeh-selekeh ni bila travel. Nak sampai satu tempat tu pun dah satu hal kumpul duit bukan main lama. Takkan nak bergambar kenangan kat tempat tu hanya berpakaian sekadar ala-kadar? Huh? Big no-no for me. Over tak?
Contoh macam aku pegi India dulu. Aku dah ade dalam mindset aku nak berpakaian ala tourist macam mat salleh. Kononnya. Yela, dengan raut wajah persis pan asian, takkan nak mengaku ummah lokal tak? So, aku buat jadik foreigner terus. Takde kebaikan pun walaupun ada mulut-mulut nakal yang baca ni akan carut. Tapi benda ni more kepada fun. Hahah nothing personal ye.
Pastu, aku takdelah suka bergambar semua tempat nak amek gambar. Tapi aku suka bergambar ala candid. Acah-acah candid orang kata dan gambar tu kalo boleh ade bokeh! Tau tak ape itu bokeh? Ahaks. Tak kisah walaupun view belakang tu cun nak mampos tapi blur yang penting aku sebagai objek kene sharp. Ahaks. Ala macam gambar dalam magazine tu. Bukan aku nak upload sangat pun, tapi lebih kepada nak simpanan kenangan sendiri. That's why aku suka travel dengan Janggeltrekker, Masmz dan lain-lain sebab dorang tau capture the moment tanpa perlu disuruh. Gosh! I miss them!
Nombor 4 : Makan apa saja janji rasa halal (yakin)
Ni bab makan ade sesetengah orang yang minat travel mungkin menjadikan benda ni satu masalah antara yang utama. Tapi aku try to make it as simple as it is. Kita ada agama yang kita pegang. Try faham dan hadam supaya memudahkan sesuatu kerja tu.
Aku takde la makan sebarangan. Aku akan tengok lokasi, jenis ape makanan tu, boleh ke nak makan. InsyaALLAH aku makan je. Tolak batu dan kayu je. Kalo makan roti je pun jalan je, janji ade tenaga nak berjalan. Kalo nak selidik sampai ke DNA tu aku rasa dah melampau. Baik duk umah tanam dan ternak bahan makanan sendiri. Lagi bagus!
Nombor 5 : Demanding and yet tolerable?
Aku rasa aku demanding tapi dalam pada tu aku try untuk jadik seorang yang bertimbang rasa. Takleh pikir diri sendiri je. Dan jugak aku try untuk fikir secara logik dan rational dalam membuat segala keputusan.
Demanding tu aku rasa dari segi masa. Kalo travel, adalah lebih afdhol kalo untuk mulakan hari lebih awal supaya dapat dimaksimakan sehabis mungkin. Masa itu emas tu tapi takdelah terburu-buru. Try to take it slow. Supaya takde la kita rasa asyik kene push je manjang.
Tolerable? Tu pulak aku rasa macam aku kene amek tau pendapat orang lain. Bukan ikut kepala aku sendiri je supaya keputusan tu dapat dicapai secara sepakat bukan dipaksa-paksa.
Ok dah. Aku rasa cukuplah lima je aku share sebabnya aku dah takde idea plus I leave it the rest to your imagination. Tak kisah la baik ke, jahat ke. Aku terima seadanya. Remember, i don't know you. Plus, you don't know me either.
Till then. Bye!
Ye memang bergaya...tu yang sampai berbaju Melayu kat Jepang. Stylo.
ReplyDeletefact in tavel kita lebih kurang sama cuma satu je x der gambar candid semua ready je ahahah...teruk kan. apa-apa pun masing2 ada style tersendiri baru lebih meriah :-)
ReplyDeletemmm memang betul tue ;)
ReplyDeletemestilah satu kepala ngan kita wei ...
Ha korang satu geng emangnya pandai ketik camera dan posing sakan.
ReplyDeletePic berbokeh-bokeh ye...pitam lah hai nak oii !!
walaupun tak sebut nama tansree..tapi tansree tak sentap
ReplyDeletehahaha
(gambo makan durian tu legen ok!)
miss you too
yup... setuju sangat... travelmate yg memahami sangat penting.. kadang kita je yang nak faham dia.. dia takmo faham kita.. bila time amik gambar dia.. sampai cramp jari la menekannya.. tapi bila soh amik gambar kita plak.. baru sekeping dua dah kata penat.. T_T
ReplyDelete3,4, dan 5 menggambarkan saya...
ReplyDeletesaya suka bergaya....makan apa sahaja asalkan halal ....saya pun demanding tetapi bertolak ansur. Selamat hari raya haji...
ReplyDelete'like'.. gaya itu penting! it starts from airport (epot fesen jgn lupe tau bajet retis koya hahha) it might be your once in a lifetime nak pose kat situ. Bior le org nak kate ape yek. Den suka amik gambo org, tapi muka sendrik confirm ade dua tiga keping je pasal xde org nak tolong amiikkan hahahhaaha...Opkos kriteria utama is SEKEPALA also GIVE N TAKE..calm,tolerate and accept any possibilities incase pape jadi..that's true partner
ReplyDeleteno 3 tu aku setuju sangat, semua gambar tuan empunya badan stylo abis, tak jumpa lagi yang buruk, ahaha...
ReplyDeleteNtah.
ReplyDeleteyg 1 kepala tu pnting sgt..
ReplyDelete