Friday, October 17, 2014

Bhg.6 | BMW Museum, Munich

Kereta!

Sape minat kereta angkat tangan! 

Especially BMW kan. Ade ke yang tak minat? Aku personally minat BMW ni terutamanya yang 3 Series dan jugak 4 Series. Terasa diri ni memang layaklah untuk pakai kalo masa depan tadi bergaji 5-6 angka ke. InsyaAllah. Kita angan-angan dulu ye dak? 

Tapi sebelum mampu miliki kereta mewah ni, adalah lebih elok untuk pegi ke tempat asal kereta mewah BMW ni. Tak lain tak bukan kat Germany sendiri. Kat Munich ni adalah tempat asal kereta BMW ni dan ada sebuah muzium untuk mengabadikan jenama BMW dari asal pembuatannya hinggalah zaman sekarang. Perubahan dan evolusi yang telah dilakukan oleh pihak BMW hingga menjadi satu jenama yang cukup gah dalam industri automotif di seluruh dunia. 

Gituh haaaaaa ayat aku! Hahaha. 

Aku secara jujurnya bukanlah peminat tegar dunia kereta ni. Cukup sekadar mengagumi design yang smart-smart untuk pakai nanti. Kalo tanya horse power ke jadahnya memang aku tak tau la weh. Yang penting smart kalo aku pakai nanti. Ahaks. Cuba bayangkan bawak kereta BMW 4 Series Convertible kat highway? Fuhhhh~ ramai mata yang memandangkan. Hahaha bukak lak bumbung tuh. Fuhhh lagi. 

Ok riak disitu. *pandang ke bawah*

Anyway.... let's! 



Bagi sesiapa yang minat masuk muzium dan kereta, ni adalah muzium yang tak pastu terlepas dalam itinerary anda. Ewahhh promote sangat nih! Memang sangat menarik, informative untuk kita semua. 

Direction untuk ke BMW Museum: Coming from the main train station, likewise take the S-Bahn (urban train) and change at Marienplatz to the U3 (underground), direction Olympia-Einkaufszentrum, to Olympia-Zentrum. From there it is only a few more steps to the BMW Welt. 

Opening hours: HERE 

Entrance fees: HERE 

Since aku adalah seorang student, maka aku gunakan sepenuh kelebihan yang ada untuk beli tiket masuk pada harga student. Aku just bayar sebanyak EUR6/pax, kalo normal admission is EUR8/pax. 

BMW Museum ni terletak kat Olympia Park. Kan dulu Munich penah menjadik tuan rumah bagi Sukan Olimpik pada tahun 1972. Kiranya aku tak lahir lagi time tu. Hiks. Besar gak park ni, memang menjadik tempat riadah buat seisi keluarga. Plus, tak silap ade waterpark kat sini kalo berminat. Since aku datang time ni weekend tak silap, so memang ramai orang pun kat park ni. 



one of the stadium arena

ibu bersama anak kecik

pemuda berbasikal

kapel berpegangan tangan tanda sehati sejiwa. gitueww~ ;p

Sebelum masuk ke BMW Museum, aku masuk dulu ke BMW Welt.  Kat situ ada cafe, dan bilik pameran kereta. Saje la nak cuci-cuci mata. Nak beli memang takde duit la kan...

Ayuh layan gambar kat area BMW Welt tu. 

BMW Welt punya bangunan

fuhhhh~ warna dia mencengkam jiwa raga aku

sport rim BMW

ada jugak pameran untuk Rolls Royce sebab anak syarikat kepada BMW Group kan

arghhh Mini Cooper Countryman. Lawa kaler hijau nih. hijau kepala itik taks silap ;p

interior dalam kereta Mini Cooper

Hybrid car dari BMW, kat luar aku penah nampak ade sorang ni pakai kete ni, smart! macam futuristik punya kereta 

bahagian dalam bangunan BMW Welt

mereka yang berminat nak duk dalam kereta tersebut

Dah agak-agak puas tengok kereta mewah tu semua sambil air liur menjeje jatuh. Maka, teruslah aku pegi ke BMW Museum pulak yang terletak bersebelahan je dengan BMW Welt ni. 


Agak besar jugak muzium ni kalo ikut pemerhatian aku. Ianya dimulakan dengan sejarah asalnya BMW ni. Mula-mula buat motor, pastu kereta yang kecik tu, ada buat kapal terbang jugak dan secara terusan membuat research dan development sehingga nama yang begitu gah. 

Ada beberapa bahagian kat dalam muzium ni. Ada bahagian motorsikal, kereta, kereta lumba, motor lumba, enjin kapal terbang, dan lain-lain lagi. Semuanya ditunjukan secara terperinci. 

Aku tak reti nak cakap lebih-lebih. Ni gambar yang aku sempat snap. Ralit duk baca penerangan yang diberikan. Chewwaaah!

benda ni bergerak tau. terlupa kat mana video tu. hahaha macam bentuk dia buat. terdiam aku kat situ

motorsikal pertama daripada BMW

section kereta lumpa, kat atas tu ade BMW Sauber Petronas punya kereta lumba

enjin pesawat, salah satunya

convertible car

evolusi BMW 3 series

no siri kat belakang kereta, evolusi gak nih

untuk pasangan yang suka motor. hiks

ruangan cara BMW membuat kerja dari segi penyelidikan, pemasangan, pemasaran dan lain-lain

BMW convertible yang penah digunapakai dalam filem James Bond

Ok... lama gak aku dalam tuh ade la jugak dalam 2.5 jam camtu. Lepas tu aku chow pegi ke Allianz Arena lak. 

So, berminat ke nak masuk? Kalo berminat Mercedes ataupun Porche, ada muzium dorang terletak kat Stuttgart, Germany yang aku terlepas tak sempat masuk aritu. 

Ok dah. Tu je.

Till then...

Bye!

16 comments:

  1. wahhh.. kereta idaman...... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaks. kereta idaman saya jugak. ayuhlah kita berangan dulu.

      Delete
  2. Hai dik..saper tak minat BMW kan...
    Cuma dua :
    1) Mampu beli
    2) Mampus kalo aku beli... kekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah kannn... ade ke yang tak minat? byk kene pikir bila dah beli tu kan.

      Delete
  3. Salam..bangunan BMW Welt...futuristik..

    ReplyDelete
  4. cair tengok pemuda berbasikal ...
    juga cair tengok building bmw welt tu lawooo ... kereta pun mantopsss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboihhhh kak. tgk laki sendiri ye. ahaks. ;p

      Delete
  5. aku masuk porsche! hikssss jgn DELETE comment akuu ok

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. saya ke mkl? ahaks. saya bukanlah peminat tegar

      Delete
  7. akak mampu.....tengok dan juga mampu.........berangan
    yang lain tak mampu, sekian
    nasib baik berangan tak perlu bayar, kalau kena bayar, silap haribulan itu pun tak mampu
    hahaha..

    ReplyDelete
  8. sapa mampu boleh la nie...
    besar muzium dia ya...

    ReplyDelete
  9. Hebat!
    Saya mampu tengok dan mampu kagum je... :D

    ReplyDelete
  10. masa i gi dulu ada one guy buat stunt naik motobike naik turun tangga dlm BWM Welt. impressive

    ReplyDelete
  11. makan hati tengok. sbb masa aku pegi tu lupa nak check waktu melawat. kiteorg pegi hari isnin. hampeh muzium tutup hari isnin. maka amik gambo dari luar je la heheehe

    ReplyDelete