Tuesday, October 28, 2014

Bhg.11 | Checkpoint Charlie & East Side Gallery (Berlin Wall)

Masih lagi berada di Berlin. 

Hari yang baru, cuaca pun elok sangat arini! 

Takleh bangun lambat bila travel ni. Rugi je datangkan. Satu benda aku suka bila travel duk hostel ni, bila kita bangun pagi. I mean pagi tu seawal jam 7 pagi camtu, nak pegi mandi kat shared bathroom pun takde kene beratur ke bagai. Sebabnya, foreigners yang lain mana reti bangun awal. Membuta je lagi masing-masing. Ahaks. 

Aku pun foreigner apa? Hahahah. 

Hari ni nak pegi mana? Ada a few tempat yang aku nak terjah. Semuanya dalam area city centre jugak dan boleh sampai dengan naik metro je. Maka, aku break cerita aku untuk hari ni dalam 2 entries la kot. Itu pun kalo rajin nak menaipkan... 

1st stop is "Checkpoint Charlie", antara famous tourist spot kalo kat Berlin ni. 

Direction: U-Bahn - Kochstrabe Station 

keluar je dari exit subway, akan nampak tanda ni tak susah nak jumpa Checkpoint Charlie ni sebab memang ramai yang menuju ke sana

Checkpoint Charlie ni kalo korang nak tau salah satu tempat sejarah pada zaman Perang Dingin kat Jerman ni. Ianya merupakan pintu masuk di Tembok Berlin yang memisahkan Jerman Barat dan Jerman Timur. Checkpoint ni jugak menjadi simbol kepada Perang Dingin pada ketika itu. 


Kat sinilah askar Soviet Union dan jugak askar Amerika memandang antara satu sama lain ketika krisis Berlin pada tahun 1961. 

Aku malas nak type panjang, bagi mereka yang berminat boleh la baca sejarahnya kat ---> SINI 

Actually, checkpoint yang masih ada skang adalah replika sahaja. Kalo nak tengok yang asli ataupun benda-benda yang lain boleh masuk ke dalam muzium Checkpoint Charlie yang ada tak jauh daripada situ. 

Jom layan gambar okeh! 

kawasan utama : tu la booth US Army Checkpoint

signboard kat belakang tu adalah muzium Checkpoint Charlie

persimpangan jalan

abadikan kenangan bersama aktor yang berpakaian askar US, charge dikenakan sebanyak EUR2/pax

tabik hormat! 

nanti bayar kat pakcik ni, dia akan tolong amekkan gambar jugak
replika papan tanda

hahahah tak melepaskan peluang bergambar jugak, dua pose yang diberikan

ruangan exhibition berkaitan Berlin Wall dan jugak Checkpoint Charlie

gambar lama di hadapan Checkpoint Charlie

report jangan tak report!

rehat sebentar

souvenirs Rusia untuk kenangan. nak amek gambar pun kene bayar okeh! so, amek curi-curi jela~ ahaks

topi askar atas benting pasir

berminat untuk dapatkan stamp passport ni? boleh la tapi kene bayar skit. aku ada amek gambar EUR5 dapatlah 6 stamps, nasib bawak skali passport time tu

Agak-agak dah takde pape nak tengok dah, aku beransur la ke tempat lain pulak. 

Plan asal nak pegi ke Oberbaum Bridge, katanya historic bridge jugaklah. 

Jambatan ni merupakan dua tingkat punya jambatan yang menghubungkan antara Friedrichshain dengan Kreuzberg merentasi Sungai Spree. Bahagian bawah merupakan jalan raya biasa, manakala bahagian atas pulak merupakan railway metro U-bahn.

view dari tepi sungai

melintasi jambatan

salah satu menara yang ada atas jambatan

bentuk jambatan yang ada dua deck

mari kita betolkan neck tie

laluan pejalan kaki

nama jambatan dalam bahasa Jerman

tak silap lukisan ni bersempena filem Planet of the Apes yang terbaru tu

macam ni boleh~ tampal selagi boleh orang kata

Time tengah jalan-jalan ni, boleh la pulak nak terkucil. Tak tahan sungguh rasanya... cuba mencari tandas yang terdekat. Rupanya macam takde. Boleh la pulak terjumpa sebelah jalan kat jambatan ni, salah satu lagi lokasi Tembok Berlin. Tapi yang ni lagi elok peliharaan dan lagi macam menarik untuk kita tengok. 

Nama tempat ni adalah "East Side Gallery" terletak di pinggir sungai Spree ni. Memang tak jauh pun dari Oberbaum Bridge. So, jejalan la ape lagi!

Trivia berkaitan East Side Gallery ni:

  • sepanjang 1.3km daripada Tembok Berlin terletak tak jauh dari city centre Berlin
  • mempunyai 105 lukisan daripada artis seluruh dunia yang dilukis pada tahun 1990 di bahagian timur Tembok Berlin ni
  • berkemungkinan galeri terbuka yang terpanjang dan terlama yang ada di dunia
  • kebanyakkan lukisan mempamerkan imaginasi pelukis tentang perubahan masa, harapan kepada masa depan yang lebih cerah
  • lebih kurang 2/3 daripada lukisan asal musnah akibat vandalism dan lain-lain, tetapi diperbaiki oleh badan yang bermurah hati untuk memelihara kesemua lukisan yang ada
  • nak baca lebih? ---> Wikipedia 
 
Jom layan gambar!

peta yang memisahkan Berlin West dan Berlin OST, sungai yang menjadi sempadan

pondok pengawal ke tuew~ ahaks

sedap dia duk bermadu asmara di tempat terbuka!

mereka yang hadir untuk tengok lukisan

galeri sepanjang 1.3km

gambar lama

vandalism kat sini memang agak teruk dari pandangan mata aku

acah-acah candid ler tuew~

lukisan bendera Jerman tapi ada lak lambang Israel kat situ? hurm...

hati-hati memandu~

pondok ni merupakam kedai souvenirs, bagi mereka yang nak stamp passport kat sini ada gak EUR1/stamp, mahal skit

lukisan karikatur

ummppp sakan dia bercium, lukisan ni ada cerita disebaliknya bukan sekadar suka-suka. nama lukisan ni "My God, help me to survive this deadly love" ---> Wikipedia 

selfie skit~ ahaks

van pun turut dikerjanya jugak

antara lukisan-lukisan lain

Tak tahan nak kencing dah ni....

Ayuhh beredar! 

Ke mana aku? Balik hostel laaaaaa semayang dulu! Nanti keluar balik. 

Till then...

Bye!

6 comments:

  1. Seriously lawa giler sume lukisan kat wall tu. Tapi kenapa perlu vandalism tahap kronik. Masa kawan aku gi sini haritu, gigih dia cerita kat aku pasal Cold War tu. Soalan bonus, yang stamp2 tu memang stamp kat passport kita tu ke. Sekian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kannn! mmg lawa lukisan2 tu sume. yup mmg stamp kat passport aku pun.

      Delete
  2. Yg stamp kat passport tu stamp apa eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. stamp passport mcm kt epot tu. kan dulu checkpoint charlie ni border sempadan berlainan negara.

      Delete
  3. vandalism yg cantik..hehehe

    lukisan berasmara di tempat terbuka tuh..hurmmmm puas jugak duk fikir..gambar apa ni..?
    Ditenung tenung..ditelek2..lama2 baru perasan..oooo okeyyyy..hehehe

    ReplyDelete