Helo!
Bersambung dari perjalanan selepas balik dari Neuschwanstein Castle. Aku sempat jejalan kejap kat area Marienplatz tu sebab ada member teringat nak kirim shot glass HRC lak. So, pegi la kejap.
Then, aku ada lagi satu tempat aku nak terjah kat Munich ni sebelom aku naik bas malam ni untuk menuju ke Berlin.
Time ni tak silap dah nak petang dah dalam pukul 6 petang dah tapi since matahari terbenam pun almost 10 malam, ada masa la lagi untuk jejalan. Tapi takleh lama sangat sebab bas aku untuk menuju ke Berlin tak silap bertolak jam 10:30 malam. Nak kene singgah hostel jap untuk amek backpack aku.
Kene jalan cepat-cepat je la ni...
Nak tau aku teringin nak pegi mana?
sumber : Google Images |
Nampak tak gambar kat atas tu?
Tempat ni la aku nak pegi sebab rasa amatlah cool punya bangunan ni ada slides dari tingkat atas menuju ke bawah.
Tempat ni merupakan Technology University of Munich. Tapi harus diingat universiti ni ada 3 kampus yakni di Munich, Garching and Freising-Weihenstephan. Untuk tengok dan main sendiri slides ni, lokasi dia bukanlah terletak di kampus Munich tetapi di Garching!
Aku ni memang time nak terjah ni, memang tak sempat nak baca abes kat mana betol-betol lokasi universiti ni. Ingatkan kat Munich je. So, direct la aku pegi ke kampus universiti tu nak tengok. Sambil tengah jalan tu, perasaan agak excited la sebab nak tengok benda ni. Tak tau rasa macam excited giler semacam je. Tapi bila sampai kat dalam kampus tu, try la usha-usha kat mana slidesnya, takde nampak pun.
Hati cuakkk...
Nak kurangkan rasa cuak tu, terus tanya orang yang lalu lalang. Rupanya slides tu bukanlah kat kampus Munich tapi terletak kat kampus Garching! Aisehhhhhh.... rupanya salah tempat dah... Kalaulah aku tau, memang aku terus pegi Garching sebab boleh naik train je untuk sampai sana tak silap about 30 minit journey nak sampai sana. Orang yag bertegur sapa tu rupanya architect, dia pun kata konsep kat situ cool dan menarik.
Nampaknya impian tak terlaksana kali ni, takpe, insyaALLAH next time memang aku terjah gak.
sumber: Google Images |
Hati hampa ni.. terusla berjalan balik menuju ke hostel. Dah macam nak gelap dah kat luar ni. Kene kemas beg balik then gerak menuju ke bus station lak.
Dalam perjalanan tu, aku sempat singgah kat satu area. Tak silap muzium ni. Aku dah tak pikir mana pun cuma yang menarik minat aku adalah gulungan hays ni. Ahaks. Bukan diperbuat daripada rumput pun tetapi straw yang berwarna-warni!
Dah puas duk menyelfie kat situ.. aku terus la balik ke hostel.
Goodbye Munich, I shall be back!
Till then...
aku pernah tengok slider camtu dalam cite internship, tapi kat google office rasanya..cam best, ndak jugak tengok ko slide di situ, maybe next time :)
ReplyDeleteaah lebih kurang sama mcm dlm filem "the internship" tu. tp yg tu kecik skit. yang ni besarrr~ ahaks. insyaALLAH one day. ;)
DeleteOmaiiii. .bagus slide ni kalo nak cepat turun ke bawah
ReplyDelete