Wednesday, October 15, 2014

Bhg.5 | Marienplatz & The Allianz Arena, Munich

Bersambung!

Bersambung!

Mood tengah mai dah walaupun kat luar ni tengah hujan. Gloomy the whole day orang kata. Plus, bila tengah transition period ni mula la demam nak melanda. Try untuk elakkan kene selsema. Tak selesa okeh bila hidung mula bersumbat nih. Semoga sihat la nanti. Takde yang kene teruk-teruk. Doakan aku ye. 

Anyway, aku nak sambung entry ni ketika berada di Munich ataupun kat Germany ni dipanggil "München". Dua-duanya adalah sama. Kalo sebut Munich pun orang dia akan faham gak. So takde masalah. 

FYI, Munich ni merupakan bandar yang terbesar yang terletak dalam negeri Bavaria. Kalo tengok map, Bavaria ni terletak di bahagian tenggara Germany. Dari Stuttgart menuju ke Munich takdelah jauh mana pun. Kalo naik train dalam 2jam camtu je untuk sampai. Macam biasa, aku amek train waktu malam untuk sampai ke ke sana. Terus check-in hostel yang betol-betol dekat dengan Munich Haupbahnhof (Central Station). Kalo sampai malam pun takdelah takut mana pun. 

Untuk nama accommodation ketika berada di Munich, bolehlah refer ---> Tips | My Trip to Germany 

the new city hall yang terletak di Marienplatz

Malam tu aku sampai hostel pun agak kepenatan. Terus la mandi dan tido sampai waktu pagi esoknya. Owh ya... breakfast turut disediakan. Makan la ape yang boleh makan je seperti contoh roti bakar dan cereal. Cukuplah untuk kasik tenaga nak jejalan pagi tu. 

Pagi tu sambil makan, sambil tengok maps. Ke mana aku nak pegi arini. Kalo tengok luar, cuaca amatlah baik arini. Semoga hari-hari mendapat semua cuaca baiklah. InsyaALLAH. 

Susun punya susun, aku plan arini just nak jejalan kat area Munich dulu. Esoknya baru keluar ke bahagian yang luar skit. Arini nak jejalan kat Marienplatz, The Allianz Arena, The BMW Museum. Tu jela. Aku takdelah nak ambitious nak pegi terjah semua. Nak tengok ape yang hati ni nak tengok je. Cukupla kot. 

Untuk ke Marienplatz memang tak susah, aku just naik U-Bahn ataupun S-Bahn je untuk sampai sana. Kira macam metro la. Kalo nak jalan kaki pun actually boleh je sampai. Boleh tengok view lain lak. Time sampai tu takde orang sangat lagi kat main square tu. Kira ok-ok jela. Plus, ade free wifi je kat area ni. Boleh la nak check-in ke ape. Ahaks! 

Marienplatz ataupun Mary's Square merupakan central square yang terletak di tengah-tengah bandar Munich dan telah ada sejak tahun 1158. Melaka pun tak wujud lagi time tu. Ahaks. Melaka wujud tahun 1511. 

Tips: Jangan beli souvenirs kat kiosk yang ade kat sini sebab memang mahal nak mampos, try beli kat area kedai-kedai kat bawah train station. Boleh dapat lagi murah. 

walking tour yang banyak ditawarkan kalo berminat

Aku ade perasan gambar-gambar kat google images dan jugak pinterest ade orang penah amek gambar dari atas nampak square. Gambar ni boleh kita amek sendiri kat atas clock tower tak jauh dari Marienplatz ni. Korang boleh dongak skit kepala akan nampak satu lagi clock tower berhadapan dengan City Hall ni. Agak tinggi. 

Nak naik pun kene bayar okeh. It's not free. Aku dah lupa brape harga tapi aku bayar guna harga student dapat la dalam EUR1.50/pax. Murah la kan... 

clock tower tu attached skali dengan gereja ni

kalo taknak lalu ikut dalam gereja ni pun takde, ade je laluan kat luar, aku tak jumpa lak time tu

Okeh! Bersedia nak daki anak tangga untuk menuju puncak!

Aku honestly ade sedikit gayat dan gerun. Yela, takut handphone ke, kamera ke terjatuh kat celah-celah tangah anak tangga tu. Barulah aku menangis tak berlagu katakau. 

Nak sampai atas tu ade lah kene daki dalam 10 minit baru sampai. Tapi sebab agak awal pagi, takdelah orang ramai sangat yang sama-sama nak naik. Kalo tidak, berlaga bontot la jawabnya. 


Akhirnya, berkat kesabaran yang tinggi akhirnya aku sampai gak. Fuhh~ *lap peluh dingin*

Bila dah sampai tu, rupanya ade macam pagar yang aku rasa sempit giler ah. Kiranya boleh buat dua orang je kalo disusun punya lebar tu. Memang kene bergilir-gilir untuk tengok view. 

Jom layan gambar....

viewing platform kat atas tu






Tak lama pun aku kat atas tu sebab orang makin ramai lak naik. Dah penuh lak kat atas tu. Nak tak nak.. kene la turun. Nasib baik aku naik awal sebabnya by the time sampai bawah tengok ramai orang duk beratur beli tiket. Hiks. 

Next? 

Nak pegi ke Hard Rock Cafe Munich lak yang terletak tak jauh dari Marienplatz ni. Aku google maps je untuk ke sana sebab ade free wifi kan. Terletak kira-kira 200 meter je dari Marienplatz ni. Tak susah pun. 

Untuk direction ke HRC Munich ---> Directions 





Dah puas dah kat Marienplatz ni, aku akan terus ke BMW Museum. Dah sebelom ni aku terlepas waktu nak masuk ke Mercedes Museum kat Stuttgart. Maka, this time aku try pegi awal skit. 

Entry berkaitan BMW Museum aku akan ceritakan di dalam next entry okeh. 

Ni pulak aku terus sambung selepas balik dari muzium BMW tu. Aku memang dah lama aim nak pegi je Stadium Bayern Munich ataupun lebih dikenali sebagai The Allianz Arena. Terletak jauh skit dari city centre tapi boleh je sampai naik train. Tak susah dengan adenya daypass berharga EUR6/day aku boleh ke mana-mana je. 

Direction untuk ke Allianz Arena: Take the S-Bahn from Munich Main Station or Munich East Station to Marienplatz, a central transfer hub. From there take the U6 underground line (in the direction of Garching-Hochbrück) to Fröttmaning. The travel time from Marienplatz to Fröttmanning is approx. 16 minutes. From here visitors can get to the stadium via the Esplanade. 

Bila dah sampai kat train station tu, dari jauh lagi aku dah nampak stadium tu. Tak ramai orang time tu maybe sebab bukan hari match. Ingatkan dekat la nak jalan tu, rupanya adalah dalam 15-20 minit jalan kaki baru sampai ke pintu masuk stadium. Aritu sedikit panas dan matahari memancar-mancar teriknya. Nasib baik bawak shades. Hiks. 




Ada satu insiden yang agak mencengkam jiwaku time kat sini. Haishhhh kira dah menyebabkan mood aku terbantut sama skali. Tapi ape yang berlaku takleh nak buat ape dah... 

Nak tau kenapa? Aku dah terdelete semua gambar aku dari hari pertama hinggalah saat tu dalam memory card gopro aku. Adoyaiii tak tau nak kata ape dah. Terduduk aku depan stadium tu. Back to zero orang kata! Ada la beberapa keping yang dah terselamat aku download siap-siap sebelum kat iphone aku. Tapi yang lain-lain tuh? Gone with the winds orang kata...

Redha dan pasrah...



Sebab dah kecewa, aku pegi makan ais-krim Movenpick yang ade jual kat cafe stadium tu. Lepas tu teruslah balik hostel. Memang dah takde mood nak explore lebih-lebih dah. By the way, stadium tu takleh masuk kecuali amek stadium tour. Tu jela. 

Huawaaaaaa!!!!!!!!!! Tak tau kata apa dah... memang sedih la aritu. 

Back to Munich Haupbahnhof, aku pegi kaunter tiket untuk beli train ticket ke Fussen untuk esoknya sebab aku nak pegi ke Neuswanstein Castle yang terletak kira-kira 2 jam dari Munich. Harga tiket adalah berharga EUR23/return offpeak period. Aku beli thru mesin je. Sebab nak beli kat kaunter kene beratur ramai lak. 

Tak banyak benda nak buat dah sebab mood dah kelaut, maka aku balik hostel untuk rehat je. What a day untuk aku aritu. 

Till then...

Bye!

17 comments:

  1. cantik dan kagum melihat gambar2

    ReplyDelete
  2. Uwaaaa...memang nangis dik kalau TERdelete gambar...
    Apapun..view dari puncak tu memang cantik...kalerful ♥♥♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu mmg rasa nak nanges pun. tapi benda nak jadik dah kan. maka, kene la bertabah. huk huk huk.

      Delete
  3. Wow cantiknya langit!
    Cantiknya bangunan!
    Canteknya!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboihhh banyaknya komen dia! hahaha terima kasihhhh! rezeki haritu.

      Delete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. salams hari rabu...dtg sini tgk gamabr2 yg sangat teruja.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam rabu jugak. terima kasih sbb sudi singgah.

      Delete
  6. salam, singgah sini. suka tgok gambar2 menarik kat sini.

    ReplyDelete
  7. wei memang sedih giler bila gambar yang kite ambik tue dah hilang or terdelete ;(

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu takleh nak buat ape dah. bnda nak jadik kan.. huk huk huk.

      Delete
  8. Omaiiiii...gambar tersangatlah deabak!

    ReplyDelete
  9. Awesome John. Awesome. Akak try to book the same hostel for next april, dah sold out. Melepas nak yang dekat dengan train station

    ReplyDelete
    Replies
    1. bese2 akak oiii... ada a few hostel and hotel around main station tp sy dh lupa nama.

      Delete