Hoyehhhh!
Tak lama dah nak abes dah skit lagi entry-entry untuk trip aku kat Germany ni.
Tak sabar okeh! Hahahah pemalas punya pasalkan...
Okeh.. bersambung dari entry lepas. Lepas dah setel registration untuk masuk ke Glass Dome kat The Reichstag Building untuk waktu esoknya. Aku terus ler balik ke hostel untuk check-in dan mandi. Rasa busuk sangat tak mandi pagi nih. Walhal bukannya berpeluh pun. Tapi tetap nak mandi dan tunaikan kewajipan yang patut.
Lepas dah setel barulah rasa legakan?
Untuk next destination hari pertama kat Berlin ni tentu tak sah kalo tak pegi ke tempat bersejarah kat Berlin ni yakni tinggal Wall of Berlin. Berpandukan direction yang aku dah siap saved kat handphone, aku terus ke sana. Metro station yang turun adalah Nordbahnhof.
Sunyi betol station Nordbahnhof ni dan rupanya stesen ni pun turut dikenali sebagai "Ghost Station" sebabnya pada era wujudnya Berlin Wall ni, memang train yang lalu takkan stop kat stesen ni. Hanya ada askar-askar je yang duk jaga. Lama-lama makin terbiar macam tu. Bila dah runtuhnya Berlin Wall, barulah stesen ni digunapakai semula. Kat dalam stesen ni jugak turun dipamerkan sejarah dan gambar-gambar berkaitan ghost station ni.
pintu masuk Nordbahnhof station a.k.a Ghost Station |
If you like to read about the history of this station ---> HERE
Keluar je dari pintu station ni, terus nampak tinggalan Wall of Berlin.
Dalam hati aku.. "eh takkan ni je? skitnya?"
Lebih kurang camtu la sebab aku macam expect macam banyak la jugaklakan yang tinggal plus macam takde pape sangat. Aku rasa macam yakin yang aku ni tersalah tempat ni. Walaupun kat sini ada jugak tinggalan Wall of Berlin ni tapi ada yang macam lagi elok tak silap aku. Tapi takpe, kat sini pun ada jugak orang datang untuk tour dan pelancong lain. Plus, ada macam penerangan dan sejarah yang diceritakan di papan tanda.
Sedikit sebanyak info yang aku tau berkaitan dengan Tembok Berlin ni. Maybe korang pun nak tau ataupun yang dah tau.
- dibina 13 Ogos 1961 dan diruntuhkan kemudian pada 9 November 1989.
- menjadi tirai besi dan menjadi garisan sempadan antara Jerman Barat dan Jerman Timur selama 28 tahun.
- diarahkan pembinaannya oleh pemimpin Jerman Timur iaitu Walter Ulbricht dan diluluskan oleh pemimpin Rusia ketika itu Nikita Khrushchev.
- Tujuan dibina bagi menghentikan penghijrahan besar-besaran tenaga kerja muda dan produktif Jerman Timur ke Jerman Barat.
- Ramai golongan profesional dan pekerja mahir berhijrah dan ini meninggalkan kesan ekonomi yang teruk kepada Jerman Timur.
- Ramai yang telah membina terowong agar dapat menyeberang ke Jerman Barat. Tetapi tentera Jerman Timur memasang jerangkap samar dan bom-bom.
- Tembok Berlin dibuka semula pada 9 November 1989 ketika Jerman Timur dikuasai oleh Egon Krenz. Runtuhnya Tembok Berlin menandakan penggabungan semula Jerman Barat dan Jerman Timur.
- Penggabungan ini menguatkan lagi Kesatuan Eropah, dolar Eropah dan menjadi saingan kuat kepada kuasa unipolar Amerika Syarikat.
Jom layan gambar yang sempat aku snap.
gambar mereka yang terkorban ketika cuba menyeberangi Tembok Berlin |
bunga ros kering |
sisa tinggalan tembok |
anak muda melepak di tepi tembok |
pasangan kekasih melepak jugak dia |
Berlin City |
memperingati mereka yang dah pergi meninggalkan yang tersayang |
lukisan di dinding bangunan |
lukisan grafiti yang memenuhi tembok Berlin |
Dalam sejam lebih gakla aku berlegar-legar kat kawasan sini.
Next aku nak pegi airport!
Tapi bukan nak naik kapal terbang, tapi nak pegi jejalan amek angin. Haaaa boleh gitu? Ahaks.
Airport ni boleh sampai dengan naik metro je. Nanti turun kat stesen Tempelhofer Damm
Actually, tempat ni aku jumpa pun secara tak sengaja time duk godek-godek places to visit in Berlin via Google dan jugak Pinterest. Tu yang aku semangat skit nak pegi carik dan terjah walaubagaimana cara skalipun. Chewaaaah! Plus, bila lagi nak bergambar atas runway kapal terbang ye dak? Ahaks!
Tapi sebelom aku share gambar aku, nak share jugaklah info sedikit sebanyak info berkaitan the abandoned airport ni.
Tapi aku malas nak type panjang, maka aku share jela links. Aci tak?
Kawasan public park ni dibuka untuk orang ramai pada tahun 2010. Memang ramai orang awam datang beriadah kat sini. Ada yang jogging, berlari, main layang-layang, main segway dan macam-macam lagi lah!
Ayuh!
Ingat bangunan terminal boleh la masuk tengokkan. Selalu kita tengok, bangunan terminal airport mesti penuh dengan ummah yang nak fly-in dan jugak fly-out. Tapi nasib tak brape nak bagus, rupanya bangunan terminal tu takleh masuk pun. Memang kawasan larangan untuk orang awam.
Tapi korang boleh tengok interior kat dalam kat link yang aku paste tadi okeh.
Itulah sedikit sebanyak gambar yang aku boleh share kat Tempelhof airport yang turun menerima jolokan "The Mother of all Airports".
Katanya lah!
Lepas tu ke mana aku? Hurm...
Aku ada lagi satu tempat nak carik. Tapi tak tau la sempat ke tak sebab hari dah makin petang. Plus, macam nak hujan pun ada. Aku naik balik train menuju ke city centre. Menuju ke Gendarmen-markt.
Layan gambar jela eh.
Aku ada lagi satu tempat nak carik. Tapi tak tau la sempat ke tak sebab hari dah makin petang. Plus, macam nak hujan pun ada. Aku naik balik train menuju ke city centre. Menuju ke Gendarmen-markt.
Layan gambar jela eh.
Aku rasa, jauh gakla aku jalan kaki sampailah kat area Alexanderplatz. Ni macam tengah-tengah Berlin dah ni. Area agak meriah dengan orang ramai dan jugak shopping mall. Ahaks! Aku sempat skodeng fridge magnets. Harga dia meletoppp haiii... Mahal giler!
Tips: Jangan beli souvenirs seperti fridge magnets, keychain, poskad dan lain-lain kat area kedai-kedai atas tanah, kalo boleh beli kat area kedai-kedai kat dalam stesen metro. Harganya lagi murah!
Tapi sebab aku ingat lepas ni, tak jumpa dah kot. Maka, belila 2-3 ketul buat kenangan. Sob sob.
Then, pegi la carik makanan... lapar dah woii tak makan lunch pun lagi. Plus, hujan tiba-tiba turun. Dan dan tu la jugak nampak kedai Nordsee (kedai makan jual seafoods), maka teruslah masuk. Orderlah makanan seperti dibawah. Nomm nomm nomm...
Petang gini cuaca dah tak brape nak baik, hujannn je... terpaksalah aku balik hostel. Kaki pun dah penat berjalan untuk hari ni.
Till then...
Tips: Jangan beli souvenirs seperti fridge magnets, keychain, poskad dan lain-lain kat area kedai-kedai atas tanah, kalo boleh beli kat area kedai-kedai kat dalam stesen metro. Harganya lagi murah!
Tapi sebab aku ingat lepas ni, tak jumpa dah kot. Maka, belila 2-3 ketul buat kenangan. Sob sob.
Then, pegi la carik makanan... lapar dah woii tak makan lunch pun lagi. Plus, hujan tiba-tiba turun. Dan dan tu la jugak nampak kedai Nordsee (kedai makan jual seafoods), maka teruslah masuk. Orderlah makanan seperti dibawah. Nomm nomm nomm...
fish baguette, shrimps dan air nesttea dalam EUR10 |
Berlin Dome |
Till then...
Bye!
Smart gile beskal yg passenger dok depan tu.. siap ade cover lagik
ReplyDeleteHahaha aku baru tengok balik lepas ko komen. Ringkas dan nampak x berat bila nak kayuhkan.
DeleteBerlin Dome tu sebijik mcm lukisan..kena pulak dgn awan yg gelap2 gitu.
ReplyDeleteRasa mcm ada vampire je....huhuhu. Seram.
Tak silap tu sebuat cathedral yg ala1 gothic skit. Tak sempat nk explore lebih dah hujan time ni...
DeleteJohn,
ReplyDeleteSuka tengok gambar budak pempuan bawak beg merah tepi tembok tu dengan gambar berlin dome - the clouds awesome
Terima kasih akak. ^__^ alhamdulillah hari tu mmg cuaca elok sgt!
DeleteOo ok br tau kisah tembok berlin nih..menarik!terus nk pi jerman gk..hehe
ReplyDeleteAirport ni cool la..rugi xdpt msuk eh..cunnn....
Harusla la ke sana pulak dj! Ahaks yup agak cool airport ni sbb converted jdk public park cuma tu la xleh masuk dlm main terminal building tu. Nk tgk gak ape jadik dlm tu.
DeleteSuka teknik John ambil gambar...
ReplyDeleteBese2 je nk improve lg ni. Tp papepun terima kasih ^___^
Deletepic semua cntik2.. pakai kamera apa nie
ReplyDeleteTerima kasih! ^__^
DeletePakai dslr nikon d90 dan jugak gopro skit2