Thursday, October 23, 2014

Bhg.9 | Brandenburg Gate & The Reichstag Building (Registration only)

Assalamualaikum!

Orait arini entry berkaitan dengan Berlin pulak. Bandar terakhir untuk siri jelajah aku di Jerman ni. Stay kat sini untuk 3 hari 2 malam. Tak sabar actually nak balik sebabnya rindu kat katil sendiri walaupun bukannya lama benor pun travelnya. 8 hari secara total kalo ikut perkiraan aku. Ni kira my first trip secara menyendiri (solo) sejak datang ke UK ni. Last aku travel solo ni, bila trip ke Bangkok tahun 2011 tak silap. Lepas tu dah ade geng dah. Hiks.

Dah lama tak buat travel sendiri ni. Walaupun travel secara ni bukanlah forte aku sangat. Tapi sesekali aku rasa, patut aku jalan sendiri je. Alhamdulillah.. segalanya dipermudahkan oleh-NyA. And I'm happy with this trip. 

Baiklah...

Untuk menuju ke Berlin ni, actually my initial plan was to take a night train. Tapi bila check harga tiket sangat mahal yakni dalam EUR70+/sehala, maka tak jadiklah aku nak naik train. The cheapest option would be bus. Banyak pilihan bas yang ada, boleh dapat semurah EUR22/way macam yang aku dapat tu. 

Untuk link bas, boleh la rujuk entry ni ---> Tips : My Trip to Germany 


hentian rehat malam tu

Bas aku tu, bas malam. Memang aku dah plan awal-awal untuk naik bas malam sebab nak jimat accommodation 1 malam. Hiks. Perjalanan menuju ke Berlin dari Munich mengambil masa kira-kira 10 jam untuk sampai. Bas aku malam tu tak silap dalam pukul 10:30 malam camtu, dan dijangka tiba dalam 7 pagi. Okla takde masalah. Bas yang aku naik 2 tingkat dan katanya ada wifi. Tapi wifinya haram tak berfungsi. Pftttt! Tapi ok atleast ada plug kat setiap kerusi untuk charge telefon ataupun benda-benda lain. 

Malam tu, ape lagi... membuta jela~ Takde insiden yang pelik-pelik berlaku. Bas stop tak silap sekali je malam tu kat RnR. 

Alhamdulillah, selamat sampai di Berlin. Pagi tu kat hentian bas tu sejuk betol. Rasa menggigil la orang kata. Nasib aku bawak 1 jaket just in case cuaca sejuk camni. Terus masuk dalam bangunan untuk celik bijik mata dan cuci taik mata. 

Masih lagi mamai, nak kene buat apa lepas ni... T__T


Berlin Bus Station

Tak silap, aku memang terlupa nak salin/simpan direction untuk ke hostel aku kat Berlin nih. Aisehhh... aku just tau nama hostel tu je. Nasib kat stesen tu, ada internet yang kene masuk coins tu. 10 minit kene charge EUR1. Okla, hanya untuk check direction je. Setel je amek info, terus mencarik subway station. Kat area bus station ni ada dua station yakni S-Bahn dan jugak U-Bahn. Kene tau nak kene naik yang mana satu. 

Maka, berjalan la aku sorang diri menuju ke hostel. Jauh gak naik subway menuju ke hostel aku ni. Aku bayar tambang EUR2.60/way beli kat mesin tiket. Seperti biasa, takde orang jaga ke ape. Tapi ada mesin kecik je untuk validate tiket tu nanti. 

Untuk hostel yang aku menginap bolehla tengok entry di sini ---> Accommodation 

Macam biasa la, takleh nak check-in lagi. Maka, aku letak beg aku kat hostel then terus la keluar jejalan. Tapi sebelum tu aku nak share satu tips yang dengan korang yang aku rasa maybe berguna la kot. Untuk aku memang berguna. 

Tips: Bagi pengguna smartphones yang ada Apps Google Maps, dan pegi travel ke negara yang rangkaian public transportation yang sangat bagus seperti Jerman, Korea, Jepun dan lain-lain boleh la carik siap-siap direction sesuatu places of interest yang korang nak pegi tu. Tempat permulaan adalah bermula dari hostel adalah lebih bagus. Then nanti, print screen direction tu. Boleh rujuk gambar untuk hasilnya. Nanti tak perlulah nak bukak maps ke apa. Senang! 


contoh arah menuju ke Berlin Wall Memorial

Okeh, agak-agak faham tak benda yang aku cuba sampaikan tu? Benda ni banyak membantu aku.

Next?

Pagi tu, aku terus pegi ke Brandenburg Gate, tak jauh dari hostel aku ni. Naik metro hanya beberapa stesen dah sampai.

Direction: U-Bahn/S-Bahn Brandenburger Tor Station


Brandenburg Gate

Aaahhhhhh.... cuaca pagi ni amatlah cantik! I loike~

Tapi sebelum tu, nak share skit pasal Brandenburg Gate ni, sebabnya ni adalah landmark paling femes kat Berlin ni. Kalo datang Berlin, kene datang sini. Gitu la caranya... tak nak datang pun takpe. 

Tempat-tempat yang boleh terus terjah kat area Brandenburg Gate ni adalah:

  • The Reichstag building
  • Brandenburg Gate
  • Memorial to the Murdered Jews of Europe

Kiranya, tiga tempat ni berada di kawasan yang sama. Boleh la nak terjah dalam masa satu hari. InsyaALLAH lebih daripada cukup. 


Sedikit info berkaitan Brandenburg Gate:

  • merupakan tembok Neoclassical pada kurun ke-18
  • dibina atas bekas tapak city gate of Berlin City yang menjadik tanda permulaan jalan di Berlin menuju ke Bandar Brandenburg an der Havel.
  • diarahkan untuk dibina oleh King Frederick William II of Prussia sebagai simbol keamanan
  • dibina oleh Carl Gotthard Langhans dari tahun 1788 hingga 1791
  • boleh dikatakan musnah akibat Perang Dunia Ke-2
  • menjadik tempat utama untuk acara penting di German dan Eropah
  • nak baca lebih boleh la ke ---> wikipedia 

The Brandenburg Gate quadriga 


dataran yang luas depan Brandenburg Gate


Tak jauh daripada situ, terletak kira-kira 1 block away ada pulak The Reichstag Building yang merupakan bangunan Parlimen di Jerman ni. Ni pun salah satu tempat yang menjadik landmark kat sini. Dari jauh aku dah terpandang Glass Dome yang terletak kat bumbung bangunan ni. Memang aim nak masuklah sebab aku baca-baca boleh naik atas tu. 


ni lah bangunannya!


Okeh ni aku tak tau pasal nak naik atas tu takleh sesuka hati. Kene buat registration siap dan kene tunjuk passport dan kemudiannya akan diberikan surat kebenaran. Fuhh~ nak masuk tu pun nanti kene scan badan beg bagai. Ada pegawai yang bertugas dan akan mengiringi kita untuk naik ke atas. 

Yela, nama pun bangunan Parlimen. Takkan nak kasik masuk camtu je kan. 

Part beratur ni giler lama okeh! Aku rasa adalah aku beratur dekat 2 jam camtu. Demi nak masuk Glass Dome tu. Demiiii okehhhh! Aku rasa memang aku sangat bertabah aritu. Kalo tidak, memang dah lama aku let go dah. Pfffttt!




Di saat aku menaip entry ni, ketahuilah bahawasanya, kalo korang teringin nak naik Glass Dome tu boleh la buat online registration siap-siap. Sebabnya ada slot setiap jam. By the way, it's FREE! 

Online registration ---> HERE 


Akhirnya aku book slot untuk esok petang setelah dipikir-pikir nak pegi mana esoknya. Okla takde pape sangat. Dah dapat surat kebenaran tu, aku terus cabut pegi hostel balik untuk check-in. 

Kalo aku tau boleh buat online je, memang dah awal-awal lagi aku buat. Tak perlu lah aku beratur giler lama demi nak masukkan. Tapi bagus gak, atleast aku boleh kill time sementara tunggu nak check-in hostel tu. Tak sabar sebenarnya nak mandi dan tukar baju. Rasa teramatlah masam dan busuk! Walaupun bauku ibarat bau kasturi. Eceh!

Hahahah...

Anyway, aku nak sambung lagi. Tapi cukuplah setakat ni dulu. Aku sambung dalam next entry.

Till then...

Bye!

7 comments:

  1. seronoknya jalan2 tempat org kan

    ReplyDelete
  2. Menarik. Insyaallah akan di turiti tips kalau ada rezeki. Kes tak ingat arah tu sgt biasa. Yang paling parah tak ingat apa satu & tak jumpa internet kiosk. Nak pengsan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu adalah satu masalah yang boleh diubati akak. ahaks. biasalah bila plan ala kadar mesti ade bnda yang termiss.

      Delete
  3. Replies
    1. ahaks. hati2 malam dia bertukar menjadik drakula. ahaks.

      Delete